Resipi sambal gesek +- sambal lanun = sambal gelan

Dah dua hari berturut turut buat sambal istimewa nih sebab incik hubby suka..Dia cakap sedap...Sambal nih cara nak buat macam sambal lanun dan sambal gesek tapi saya ubah sikit...Asalnya nak buat sambal lanun tapi memandangkan saya tak boleh makan belacan so saya ubah sikit resipi tuh...Ambik sikit dari resipi sambal lanun dan sambal gesek..

Kalau sambal lanun cili padi, belacan dan ikan bilis kena goreng kan..Lepas tuh tumbuk sampai lumat..Sambal gesek pulak cara masak yang sama bezanya bahan bahan sambal gesek cili padi, bawang kecik, bawang putih, ikan bilis, jus limau kasturi dan garam...Tumbuk sampai lumat dan last bubuh jus limau dan garam...Tuh cara buat sambal lanun dan sambal gesek..Tapi sambal yang saya buat saya gabung dua resipi tadi jadi satu...Jadilah sambal gelan suka suki saya..hahaha...

Cara nak buat senang aje..Goreng ikan bilis sampai garing...Lepas tuh goreng cili padi, bawang kecik dan bawang putih...Tumbuk sampai lumat semua bahan bahan tadi..Dah siap...Senangkan...

Post a Comment

11 Comments

  1. Kalau ada cili padi yang sedap sangat tu :)

    ReplyDelete
  2. kembang air liur rasa nk mkn jugak..haha..

    ReplyDelete
  3. tempat akak di panggil sambal totok@tumbuk.... cuma last tuh kene tambah perahan limau kasturi.... n masa tumbuk bg gula skit

    ReplyDelete
  4. wah.. ni kira upgrade la dr smbal lanun tu.. blh cuba nih...

    ReplyDelete
  5. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete
  6. amboiii sedapnya ni kak... nyumm!

    ReplyDelete
  7. Mcm pernah makan dan memang sedap :D

    ReplyDelete
  8. Wahhh menyelerakan..terima kasih resepinya ya..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com