Soalan : Syaikh Muhammad bin Ibrahim ditanya : Bila aurat dibolehkan untuk dibuka?
Jawapan : Aurat hanya boleh dibuka kerana adanya penyakit yang membahayakan.
Adapun ungkapan,"Boleh membuka aurat untuk pengubatan" ertinya boleh hingga aurat yang berat tetapi aurat yang berat ini hanya dibolehkan untuk dibuka dengan sebab suatu penyakit yang sangat berbahaya dan ditakutkan boleh menyebabkan meninggal atau semakin parahnya penyakit tersebut. Adapun sakit yang ringan tidak termasuk dalam ungkapan tersebut. Yang dimaksudkan di sini adalah aurat wanita dan lelaki dengan catatan bahawa yang dibolehkan melihat aurat wanita hanyalah kaum wanita sendiri.
Memang pada dasarnya aurat wanita tetap dianggap sebagai aurat di hadapan wanita lain akan tetapi lebih ringan dibandingkan dengan di hadapan lelaki kerana penyebab timbulnya fitnah, tidak ada dalam diri wanita apabila melihat pada aurat wanita lain. Maksud dari segi pengubatan di sini adalah pengubatan dari suatu penyakit. Sedangkan untuk tujuan menambah kekuatan dan masalah ini banyak orang dilalaikan, maka misalnya seorang lelaki membuka peha lelaki lain kerana sakit yang ringan atau tujuan untuk menambah kekuatan merupakan suatu kerosakan dan kejahatan yang besar. Ini telah menjadi perkara yang biasa dilakukan manusia tetapi ini adalah kebiasaan yang dilarang oleh syarak, meski banyak dilakukan manusi.
Sumber : 1001 Soal Jawab Agama Umat Bertanya Ulama Menjawab
6 Comments
tulah masalah yang sering saya hadapi
ReplyDeletebila berada di hospital kerajaan =)
oo camgitu.. baru paham.. thanks mimie share
ReplyDeletebila darurat yg mmg x dpt dielakkn... Islam tu mudah kn.. :)
ReplyDeletekan mudah begitu.... thanks share kak..
ReplyDeletethanks share kak mimi.. Islam tu xpernah nak menyusahkan umatnya kan..
ReplyDeleteooo..
ReplyDeletetapi kan kalau pempuan bersalin seeloknya dptkan doktor wanita juga. sbb ianya bukan dikira darurat..
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com