9 amalan trimester pertama

Buat ibu ibu mengandung dan tak lupa juga mummy to be..Hope info yang ai share nih berguna buat korang hasil pembacaan ai dari Majalah Pa&Ma..

1. Cari maklumat - Dapatkan formasi sebanyak mungkin mengenai apa yang akan korang hadapi dari trimester pertama sampai trimester akhir kehamilan..Boleh dapatkan dari surat khabar, televisyen, majalah, internet dan sebagainya. Sambil korang ngadap blog korang ringan ringankan jari cari kat tok google pasal kehamilan. Rasanya banyak kot blog yang share pengalaman masa mengandung kan dari duk tengok youtube atok atok yang tak semenggah tuh...Eeeuuuwww efek kat baby nanti..Menyampah ai tau so annoying betul!!!

2. Jaga dehidrasi - Banyakkan minum air suam, susu atau jus buah segar memandangkan kebanyakan ibu hamil akan sering mual dan muntah pada trimester pertama yang menyebabkan dehidrasi. Selain daripada tuh kalau korang minum air secukupnya dapat mengelakkan korang dari sembelit. Jangan nak menggatal minum air berkarbonat cth F&N yang banyak perisa tuh..Alasan yang tak boleh terima kan bila orang jawab ala air nih buah gak bezanya air nih air gas jer..Jer ko cakap? Nak jer aku sungkit hidung ko Jenab!!

3. Makan secara sihat - Tak perlu makan untuk 2 orang!! Hahh yang nih kerap ai dengar ibu ibu mengandung makan banyak sebab makan untuk 2 orang..Banyaklah ko makan untuk 2 orang padahal dah ko memang jenis kuat makan, ko babitkan anak ko yang tak tahu apa apa...Mohon jangan terasa pulak ye..Ai bukan tuju kat awak, kamu, ko, kau, mu ye..Nih secara general..Kalau tak boleh terima sila klik X ye. Untuk pengetahuan korang keperluan tenaga tak berubah dalam tempoh 6 bulan pertama korang mengandung. Hanya akan meningkat sedikit dalam tempoh 3 bulan terakhir iaitu 200 kalori sehari. Korang kena make sure diet korang ada banyak buah buahan, sayur sayuran sekurang kurangnya 5 hidangan sehari. Sarapan berasaskan karbohidrat macam roti, pasta dan nasi. Protein macam daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu setiap hari jangan pulak korang buat derk plak..Kena ambik jugak ye ibu ibu Yong semua.

4. Elak penyebab muntah - Hah korang yang mengandung tuh mesti ada rasa nak muntah semendang aje kan. Korang disyorkan jauhkan diri dari bau busuk bancin a.k.a yang memang tak boleh diterima lubang hidung korang tuh. Jangan lupa biasakan diri berus gigi lepas makan. Selain daripada tuh cara korang nak elak mual bangun perlahan lahan daripada keadaan baring dan jangan nak gatal lakukan secara spontan. Selain tuh makan sekerap mungkin tapi dalam kuantiti yang sikit. Jangan pulak korang bantai melantak penuh sepinggan pastu kerap pulak..10 minit sekali korang melantak memang jadi bear lah jawabnya.

5. Pemeriksaan antenatal - Rasanya semua ibu ibu mengandung tahu kesihatan korang dan anak yang korang kandungkan tuh sangatttttt penting dan kena utamakan. Pedulikan hal lain dulu..Kalau korang ada check up dan dalam masa yang sama ada program yang penting kat office korang utamakan check up tuh dulu..Pedulikan hal kat office..Korang fahamkan betapa pentingnya pemeriksaan antenatal nih. So kena rajin rajinkan diri ikut rutin pemeriksaan sebelum minggu ke 12 untuk senangkan doktor pantau korang dan perkembangan baby.

6. Makan ikan - Beberapa kajian menunjukkan minyak ikan yang mengandungi Omega 3 mempunyai kesan baik terhadap praeklampsia, bearat kelahiran baby dan perkembangan otak baby di peringkat akhir hamil. Korang tahu tak ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vit D & asid lemak omega 3. Banyak banyakkan lah makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2 kali seminggu. Boleh jer kalau nak makan ikan lain banyak mana pun. Ikut korang punya tekaklah kan nak makan banyak mana.

7. Bersenam - Hahaha...bab nih ada yang suka dan rajin buat ada jugak yang culas kan..Siapa culas nak bersenam baik mengaku..Jangan nak tipu takmo takmo takmo..Ai tahu okey..hahaha..Semua ko tahu..ppiiirahhhhh..Senaman boleh menceriakan korang dan mengelakkan korang dari kemurungan. Jenis senaman yang sesuai ialah berjalan, berenang dan aerobik air..

8. - Senaman lantai pelvis - Awal kehamilan adalah digalakkan korang amalkan senaman lantai pelvis yang sangat membantu ketika proses bersalin dan baik untuk korang selepas bersalin.Buat 3 kali sehari okey.

9. Kurangkan kafein - Penyelidik berpendapat korang yang ambik kafein terlalu banyak semasa mengandung akan menyebabkan babh berat badan lahir rendah atau meningkat risiko keguguran. Kalau nak minum jugak boleh jer tapi minum 2 cawan kopi atau 4 cawan teh sehari untuk elak baby terjejas dengan kesannya..Bagi ai lah kan tak payah minum lagi elok kot. Sebab kalau minum teh bukan elok sangat pun sebab confirm kena kencing kotor..Tak caya korang try minum bercawan cawan teh pastu check air kencing kat klinik confirm "kotor"..Masa tuh tadah telinga dengar misi membebel...Seeloknya korang minum kopi tanpa kafein atau jus buah buahan segar. Alternatif lain minum segelas air kosong dengan perahan lemon atau limau..

Hamekkk..Sekali panjang lebar ai punya entry..Hope imfo info yang ai share nih berguna untuk korang yang sedang memgandung dan bakal mengandung..Ai tak palsa baca sampai habis..Baca setengah pun boleh pastu sambung baca esok pun boleh..Risau pulak korang muntah pink baca entry nih banyak nau nak baca (^_^)..

Enjoy you reading!!! Ok bye..

Post a Comment

7 Comments

  1. saya selalu search..dari trimester pertama sampai skrg :)

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg menarik..hihi

    ReplyDelete
  3. panjang entry
    moning singgah sini

    ReplyDelete
  4. very gd sharing ni tq !

    ReplyDelete
  5. info yg sangat berguna. sy masa pegnen mkn biasa2 je kot sbb kena diet. huhuhu.

    ReplyDelete
  6. thanks mimie share ni. tambah ilmu

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com