UiTM Lendu : Kisah seram

Sebenarnya UiTM Lendu nih lah tempat saya belajar dulu. Memang tak dinafikan, UiTM Lendu nih memang agak "keras" sikit tempatnya. Dulu masa saya study waktu malam, tiba tiba berlaku kekecohan di mana pelajar wanita histeria. masa tuh saya duduk di Kolej K (Kesidang) bersebelahan blok J di mana histeria berlaku. Kemduain histeria tuh merebak ke student kolej K pulak. Kira berjangkit jangkit pulak histeria nih. Saya masih ingat lagi tau, time tuh kitorang ramai ramai kena turun kat bilik perjumpaan dan baca yassin ramai ramai. Dan menjadi wajib setiap Jumaat lepas solat maghrib kitorang buat bacaan yassin.

Sekarang kat internet kecoh kisah seram kat UiTM Lendu. Memang tak dapat dinafikan, ada kebenaran di sebalik kisah yang berlaku.



KUALA LUMPUR – Kalau anda jenis lemah semangat jangan tenung lama-lama gambar di atas.

Kalau anda jenis berani, lihat di celah-celah besi di belakang gadis dalam gambar itu.

Apa yang anda nampak?

Seolah-olah ada sesuatu bukan di kejauhan itu.

Persoalannya kini apakah ia hanya satu bentuk bayangan di sebuah pokok atau mungkin juga satu gurauan?

Dengar kata ia adalah gambar lama yang diambil berhampiran Jambatan Tasik Tun Fatimah yang menyebabkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka sedang kecoh dengan pelbagai kisah seram buat masa ini.

Ada yang mengatakan imej dalam gambar itu adalah orang minyak.
elain itu, tersebar kisah bahawa rasuk dan histeria sedang berleluasa di sana.

“Dengar kata semalam ada budak-budak membuat program Tarian Ulik Mayang yang menyebabkan mula berlaku gangguan,” menurut seorang pensyarah ketika dihubungi di Melaka malam ini.

Apa yang diketahui, kekcohan yang berlaku menyebabkan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Lendu mengadakan bacaan Majlis Bacaan Yassin Perdana di setiap tingkat asrama malam ini.

Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian pelajar terutama yang duduk di tempat yang berhampiran dengan kampus kembali ke rumah masing-masing.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam ketika dihubungi Mynewshub.my memberitahu beliau belum lagi menerima sebarang laporan mengenai kekecohan di UiTM Lendu malam ini.

Beliau bagaimanapun memberitahu akan melihat kepada isu itu.

Kini, semua pelajar di UITM berkenaan sedang berada dalam keadaan dilema dan trauma berhubung isu tersebut. Terdapat beberapa kes kena rasuk dilaporkan oleh seseetengah pelajar. Berikut adalah perkara yang dibincangkan dilaman twitter ketika ini.

Terpulanglah nak percaya atau tak?Bagi saya "benda" tuh makhluk Allah jugak. So, buat pelajar UiTM Lendu, pandai pandailah bawak diri kat tempat orang. Jangan sebarangan nak buat tak tentu arah. Ikutkan banyak lagi kisah seram yang saya tahu masa belajar dulu tapi malas nak ingatkan balik, Saya nih dah penakut...huhuhu

Nota kaki* Saya demam...

Post a Comment

14 Comments

  1. hui..sermnyer..hu3,,mkn ubt yer..

    ReplyDelete
  2. hurmm sekolah cikgu dulu tiap kali nak exam mmg kawan2 yg tinggal kat asrama kena histeria...

    ReplyDelete
  3. Adik sy blajar kat sini jugak...tp lelaki la...dia pun ada gak crite tmpat ni byk crite2 mistik...takut jugak dgr...

    ReplyDelete
  4. sama jugak cam akak, masa blajar kat manjung dulu, kalo diikutkan macam2 cerita yg dengar, tp malas nak ingat, akak pun penakut gak...hehehehe

    ReplyDelete
  5. berpada2...jangan terlalu berani & jgn penakut sangat

    sy kalau xthu cerita ok je, tp bila thu cerita dan dan tu jugak jd penakut...huhu

    ReplyDelete
  6. Asrama mmg selalu ada benda2 gini kan. Seram jer.

    ReplyDelete
  7. biasala setiap tempat mst ade kisah lama2 tu pkara biasa tp jgn kite jd kn bnde tusbgai smpdan dan jd ikut ikutan...kalo dulu2 itu dulu2 punya cite la kite try berubah..kn..time shida study dlu kak pon byk tp msa kami junior kakak2 suka cite bkn2..tp bila kami jadi senior kami tukar patern..xlg citer mcm tu..

    tp kalo bnde baru jd ni mcm histeria dan lain2 tu haihh xtau nk komen ape..seram jugee..

    ReplyDelete
  8. Seram jugak kalau duk kat rumah tu... banyakkan baca yassin je le!

    ReplyDelete
  9. saye ni bekas pelajar uitm melaka ..memang ramai yang kate jambatan tu keras, tapi, so far setiap kali lalu kat jambatan tu, alhamdulillah tak pernah jumpe ape ape ..semoga semua pelajar di sana dilindungi oleh allah, tak terserempak dengan bende bende pelik lagi ...jage kelakuan, banyakkan berzikir ....kan????

    ReplyDelete
  10. kat mana2 U pun ada kisah seram kan. so mmg kena pandai2 la bawak diri

    ReplyDelete
  11. x nampak seram picture ni..huhu...adakah mata MV yg kabur??

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com