Petua 1 : Mengelakkan Rambut Gugur
Dapatkan beberapa helai daun lidah buaya dan daun banga raya. Ramas atau mesin sehingga lumat dan lumurkan di atas kepala selama lebih kurang 1 jam dan di cuci bersih. Ulangi beberpa kali selama seminggu. InsyaALLAH pasti membuahkan hasil.
* Daun bunga raya bertindak melembutkan rambut dan lidah buaya pula boleh menyejukkan serta menyamankan kulit kepala. Ini dapat mengelakkan rambut gugur dan bertindak sebagai perapi rambut.
Petua 2 : Elak rambut gugur (Rambut lembut dan harum)
Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenangan atau bunga bunga wangi. BAsuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa di syampu.
Petua 3 : Rambut berminyak
Campurkan sedikit syampu bersama kuning telur di dalam semangkuk air suam dan cucilah rambut seperti biasa. Lakukannya dua kali dalam seminggu. InsyaALLAH masalah ranbut berminyak akan dapat diatasi.
Petua 4 : Masalah rambut kering
Rawatan minyak panas amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah ini. Caranya ialah panaskan minyak (minyak sayuran) kemudian lumurkan pada rambut menggunakan jari. Kemudian tekupkan kepala dengan tuala yang diwapkan. Biarkan dalam 20 minit dan bersihkan.
12 Comments
bagus petua ni..
ReplyDeleteMEKASIH :) INSYA ALLAH NAK TRY
ReplyDeleteTq share
ReplyDeletethnx sbab sudi share petua ni...kena cuba ni...
ReplyDeletebagus petua ni, thanks ye <3
ReplyDeletesemua petua tu pernah dgr cuma malas nk buat...huhu
ReplyDeleterambut saya memang gugur. tp takde pokok bunga raya kat sini.
ReplyDeleteTq. Amat berguna :-)
ReplyDeletethanks share.. rambut kak ina kering kot
ReplyDeletebyk petua blh guna kan?
ReplyDeletebaguslah tips ni kak mi :)
ReplyDeletenk try petua rambut gugur hehe
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com