8 Rahsia Lelaki Perempuan Perlu Tahu




1. Lelaki tidak detail dalam percakapan

Cth : Kakaknya baru sahaja putus cinta. Apabila kita tanya "Apa yang telah terjadi? Lelaki hanya menjawab: "Dah nak putus nak buat macam mana..."

Alasan : Sebenarnya secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap seperti perempuan. Menurut seorang pakar, wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari sementara lelaki rata rata hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata.

2. Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

Cth : Kita sering tidak menemui jawapan sebab lelaki snaggup menghadap game sepanjang malam tanpa henti.

Alasan : Di sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakan wanita seperti untuk mengukur sudut pandang (angle), kecepatan dan jarak itu adalah Kesedaran Ruang Visual (VSA)

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik, permainan atau aksesori kereta

Cth : Lelaki rela mengeluarkan wang simpanan untuk mengubah suai aksesori kereta tapi kenapa mereka membebel apabila melihat perempuan shopping

Alasan : Alat alat elektronik atau aksesori kereta boleh dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa. Bagi  lelaki, benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka,, dengan demikian mereka secara tidak sedar telah membuang duit untuk hobi mereka.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambangan bunga

Cth : Dalam filem, kita sering lihat hero muncul tiba tiba di rumah kekasihnya dengan sejambak bunga, tapi kenyataannya?

Alasan : Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. Kebetulan pula hal hal bunga tidak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar benar satu pembaziran. itu tanggapan orang lelaki....

5. Lelaki tidak bergosip

Cth : Apabila kita kata : "Eh betul ke cerita ni?" Dia pantas memotong : "Pergi makan jom! Dah lapar ni..."

Alasan : Sebenanrnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yang hendak digosip berada dekat situ. Kalau mereka mempunyai masalah dengan seseorang, biasanya mereka menyelesaikannya atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengagungkan ibu mereka

Cth : Lelaki jarang mengkritik ibu mereka, apa lagi hubungan mereka akrab. Lebih panas lagi kalau dia kata : "Eleh, macam tuh pun tak tahu buat? Emask saya pejam mata pun boleh buat."

Alasan : bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita paling ideal dan inti daripa hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. oleh itu, tidak perlulah minta lelaki persoalkan apa apa tentang ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi terhad komik, cd, jeans, kasut, jam tangan dan sebagainya!

Cth : Bosan! Sekejap dia ajak pergi Petaling Street, kemudian kedai komik, Bundle...sana...sini...semata mata hendak cukupkan koleksinya.

Alasan : Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka se;lalu berwaspada bakal diadili lelaki lain sehingga tidah hanya mengekar kuantiti tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, mempunyai sesuatu yang boleh dibanggakan adalah pretasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki suka melihat wanita memakai skirt pendek - Asalkan bukan kekasihnya (isteri)

Cth : lelaki suka memuji setinggi langit kaki perempuan lain ketika perempuan iti memakai mini skirt. Tapi kalau isterinya yang pakai, komennya ringkas saja : "Saya tak suka lah!! Tukar lain..!" Bengang kan?

Alasan : Bagi lelaki, kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita. Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian "rangsangan" yang lainnya mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki lelaki lain.


Post a Comment

14 Comments

  1. wooo... macam tu ei rahsia laki.. kena jaga2

    ReplyDelete
  2. hahaha..mimie , tq ...nanti nak test tgk..hehe

    ReplyDelete
  3. Hahaha... Mimie dah bongkar 8 rahsia lelaki buat tatapan kita semua.

    ReplyDelete
  4. Memang banyak yg betoi tu..hi hi

    ReplyDelete
  5. ooo macam tu eh. memang susah nak memahami lelaki. ;)

    ReplyDelete
  6. info yg bagus ni...kadang kadang tak faham ngan laki sndiri wlupun dah berbelas tahun kawin..

    ReplyDelete
  7. oh..ni lbh terperinci..bru tau hehe..hehe..

    ReplyDelete
  8. aduhhh..no 8 tu pedih.hehehe

    p/s: Yg akak bw keluar tu akaun 2 KWSP kan? yg sy mksudkan utk bt pelaburan tu adalah Akaun 1..KWSP hanya benarkan utk pelaburan je utk Akaun 1.

    ReplyDelete
  9. banyak yg tak ada pada husben akak. 90% tak ada. adehhh...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com