1. Al-Anaanah
Terlalu banyak keluh-kesah kerana merasakan segala pemberian suami dalam kehidupan bersama sentiasa tidak mencukupi. Malah, perbuatan ini juga seolah-olah menunjukkan perasaan tidak redha dengan usaha dan pemberian yang diberikan. Terlalu inginkan suami memenuhi kehendak dan nafsu sendiri tanpa melihat dan menjaga perasaan suami. Perbuatan ini mampu mewujudkan perasaan tidak hormatkan suami apatah lagi berterima kasih.
2. Al-Manaanah
Wanita yang suka mengungkit dalam satu-satu perkara. Sekiranya tidak menyukai dengan pengorbanan atau kerja yang dilakukan oleh suami, setiap perkara itu akan diungkit kerana berasa tidak senang. Mudah untuk mengeluarkan kata-kata seperti suami tidak sayangkan dirinya, tidak bertanggungjawab, tidak mengenang budi dan pelbagai lagi.
3. Al-Hunaanah
Wanita yang mempunyai perasaan menginginkan atau berkenan kepada lelaki lain. Juga suka membandingkan suami dengan lelaki lain dalam kehidupan mereka.
4. Al-Hudaaqoh
Wanita yang suka memaksa suami sekiranya inginkan sesuatu atau dalam menyuruh melakukan sesuatu kerja. Sentiasa menekan suami tidak kira masa kerana mahukan nafsunya dipenuhi dan suami diperlakukan seperti orang suruhan. Jika tidak ditunaikan, akan memberikan ugutan seperti ingin lari dari rumah, mahu bunuh diri atau mencemarkan maruah suami sendiri.
5. Al-Hulaaqoh
Wanita yang sibuk menghabiskan masanya dengan perkara yang tidak berfaedah seperti suka bersolek, tidur, dan sebagainya hingga mengabaikan urusan rumah tangga. Malah, langsung tidak melakukan perkara-perkara yang sunat seperti zikir atau pun menjaga anak-anak.
6. As-Salaaqoh
Wanita yang gemar berbicara dan bergosip mengenai suami. Sentiasa memburukkan perihal diri suami di mata orang lain.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”
21 Comments
Peringatan yang sungguh baik.....tq sharing
ReplyDeleteSemoga kita tak tergolong dlm golongan wanita ini. Thanks for sharing.
ReplyDeleteselamat pagi buat mimie tercomel..hehe..:)
ReplyDeletemimie apa khbar..sorry lama datang sini..kebizian melanda..rasa mcm lama x datang sini kan kan..hehe..minta kta diajauhkan daripada sikap2 di atas..
info menarik ni kak..TQ share..
ReplyDeletehrap kita dijauhkan dr sifat2 tu kan..:)
semoga tidak tergolong dalam golongan2 ini. mintak dijauhkan la...
ReplyDeletenice sharing here
ReplyDeletesemoga kita tidak tergolong dari golongan2 ini...In Shaa Allah... semoga kita dijauhkan...
ReplyDeletemoga kita isteri di jauhkan sifat tu semua.nik masih cuba untuk jadi isteri yg baik di mata suami..ecece
ReplyDeletenice entry..
ReplyDeletemintak dijauhkan tergolong dalam golongan wanita yg 6 ni..
ReplyDeletemintak2 kite dijauhkn dr sume sifat2 tuh
ReplyDeletemintak dijauhkan ......
ReplyDeletesemoga kita tak tergolong dlm golongan tu semua
ReplyDeletetq sharing ye. moga kita x termasuk dlm golongan itu ye In SHaa Allah
ReplyDeleteErk..takot pulak baca
ReplyDeletemoga dijauhkanlah dr sifat2x sedemikian....
ReplyDeletemoga tidak tergolong dalam golongan ini..amin
ReplyDeletenice sharing.. semoga kita semua adalah wanita yg tidak tergolong seperti di atas. kalau ada pun.. jangan risau, pintu taubat sentiasa terbuka (^_~)
ReplyDeleteinsyallah.. akan mjaga diri supaya tidak tergolong dlm isteri sprti ini..
ReplyDeleteno.5 tu kalau dikaitkan dengan zaman millenium ni, sibuk dengan fb dan berblog..hahaha..jaga2lah kita..
ReplyDeleteminta dijauhkan dr kita semua
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com