Selamat Hari Lahir yang ke 2 tahun NUR AINA ZAHIRAH

Hari nih genaplah dua tahun umur anak dara sulung PU, Aina. Alhamdulillah ALLAH beri kesempatan kat PU tengok Aina membesar depan mata.


Syukur, Aina membesar dengan sempurna dan sihat. Semakin lama semakin terserlah kegarangan dan kenakalan dia. Kalau PU marah dia confirm dia akan pukul PU....Kelakar pun ada gak..Kecik kecik dah pandai pukul Ummi dia...Nakal tak payah cakap la...Kadang kadang hilang sabar PU dibuatnya tapi bila fikir semula itu memang salah satu proses pembesaran dia, sabar aje la kan....

Istimewanya Aina nih dia cepat dan mudah belajar dari apa yang kita buat. Contohnya kalau PU masak dia pun sibuk snak masak jugak. Kena dukung dia sambil tuh tangan sibuk pegang sudip kacau lauk yang dimasak...Pastu, kalau pakai mekap dia suka tengok...Lepas tuh, harap maklum la mekap PU jadi mangsa kat muka dia...Habis lipstick dicalit kat bibir. Kalau PU guna lipbalm sibuk panggil "Ma" sambil tunjuk bibir dia...Nak pakai jugak anak dara sorang nih..

Aina juga faham dengan arahan PU atau abi dia. Kalau kita suruh buang samaph dia tahu nak buang dekat mana. Kalau kita suruh kemas permainan yang bersepah pun dia tahu cuma kalau datang penyakit "M" dia tuh cakap patploh ribu kali suruh buat tuh buat nih jangan harap la dia nak buat. 

Cuma sekarang nih PU sedang berusaha mengajar Aina rajin bercakap dan sebut perkataan perkataan yang senang. PU nak mula ajar Aina buang air kecil dan besar tanpa pakai lampin pakai buang. At least boleh jugak jimatkan kos perbelanjaan....Macam macam PU buat nak bagi Aina meringankan mulut dia menyebut perkataan yang mudah sebab Aina nih memang terkenal dengan mulut beratnya tuh. Dia lebih suka guna bahasa isyarat dari bercakap.

Pu nih bebel panjang panjang pun bukan Aina tahu baca kan. Tapi takpe semua nih jadi kenangan untuk dia bila dia dah besar nanti. Baru dia tahu karenah dia macam mana masa kecik..hehehe

Ucapan untuk Aina : Selamat Hari Lahir ke 2 tahun sayang. Ummi doakan anak ummi nih akan jadi insan yang solehah dan berguna pada bangsa, agama dan negara...(Ceh ceh ceh ucapan tak boleh blah). Semoga Aina dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan diberkati ALLAH SWT. Patuh dengan ajaran agama dan taat kpd ummi dan abi. InsyaALLAH ummi dan abi akan berusaha dan berkorban apa saja untuk memberi didikan agama dan ilmu yang sempurna untuk Aina. 
Semoga ALLAH sentiasa melindungi Aina dari kealpaan dunia. Ya ALLAH jauhkan la anakku dari segala godaan dan hasutan syaitan, jin dan iblis...Teguhkan imannya, kuatkan cintanya padaMU ya ALLAH...Amin.

Nota kaki * Belum dapat idea lagi nak belikan Aina apa...Pening juga nak cari hadiah untuk dia...

Post a Comment

3 Comments

  1. Selamat hari lahir aina.. semoga apa yg PU doakan tu dimakbulkan Tuhan..

    ooo aina berat mulut ek.. kalau PU selalu sembang dengan dia.. insyaAllah lama2 rajinlah smebang tu.. :-) Macam alisha ni pulak, terlebih rajin... walaupun dia hanya cakap bahasa German..hihii

    ReplyDelete
  2. ala~..comel je Aina, hihi~...
    untung sy penah jmpe die, ngehehe.. XD

    xpe, byk kn borak ngan Aina..ajak Auni skali, hehe..

    Hepi b'day ye Aina..
    moge jd anak yg baik & solehah...amin~... ^_^

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com