Selamat Hari Lahir buat suami tercinta pada 22 Januari yang lepas

Entry yang hampir hampir basi kot sebab dah lepas 3 hari  baru nak post entry pasal birthday incik hubby. Al maklum ajelah CNY kan....PU nak cuti jugak kan.....So, blog nih bersawang dalam beberapa hari nih sebab tahap kemalasan nak update blog agak tinggi...

Apa yang istimewa sambutan birthday incik hubby kali nih ialah nothing!!!Cuma ucapan daripada PU saja. Takde hadiah atau celebrate bagai. Nak tahu sebab apa? Sebab dari kitorang berkawan sehingga la berkahwin, kitorang memang suka wish daripada bagi hadiah. Bab bab nak bagi hadiah nih anytime kitorang bagi. Bagi PU ucapan tuh lebih bermakna sebab itu tandanya dia ingat tarikh istimewa kita. Tuh yang PU dan incik hubby buat. Nak nak dia orang pertama yang wish, mesti bangga kan...So, PU pun jadi orang pertama yang wish kat incik hubby. Tak mau orang lain wish kat dia dulu.

Ucapan untuk incik hubby : Selamat Hari Lahir yang ke 26. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Ayg doa hidup kita sekeluarga dirahmati dan diberkati olehNYA sentiasa. Semoga abg dikurniakan kudrat yang sihat untuk mencari rezeki yang halal untuk kita sekeluarga. Semoga kehidupan abg sentiasa dilindungi dan diberkati ALLAH S.W.T. Doa ayg semoga kasih sayang dan cinta antara kita suami isteri dan anak anak kekal hingga ke syurga. Amin...

Ucapan untuk MIL (Birthday MIL sama ngan incik hubby) : Semoga mak dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik. Terima kasih kerana sudi bermenantukan saya...(Walaupun MIL tak pernah online tenet tetap nak wish jugak..huhu)

Nota kaki ku yang panjang * Jumaat nih birthday Aina pulak...Tak tahu nak bagi hadiah apa...Nak belikan mainan dah banyak sangat kat rumah tuh....Lappy, teddy bear, buku, puzzle etc...PU rasa nak bagi baju tapi tengok dulu la macam mana...Kek pulak mungkin PU nak beli Coklat Indulge kot....nak beli cheese kek pulak incik hubby memang tak makan sebarang jenis cheese....

Post a Comment

0 Comments