Kedai Baiki TV Murah di Seremban

Kedai Baiki TV Murah di Seremban | Minggu lepas TV di rumah buat hal pulak. Anak anak on saja tv boleh tengok sekejap saja lepas tu TV tu keluarkan bunyi nyaring. Dua hari berturut-turut jadi benda yang sama. Penyudahnya Mimi suruh anak anak off sahaja tv tu jangan tengok lagi. Memang sah rosak. Beritahu suami tv di rumah rosak tak boleh nak tengok lagi.
Minggu lepas suami duk survey dalam internet tempat baiki tv murah di kawasan Seremban. Cari punya cari, dia jumpa satu kedai baiki tv murah di Seremban. Kebetulan hari Jumaat lepas suami tak kerja, jadi dia yang hantar tv tu untuk dibaiki.

Kedai Baiki TV Murah di Seremban
Suami Mimi deal melalui whatsapp saja. So, owner kedai minta hantar saja di kedainya. Dah siap nanti dia akan maklum. Sabtu pagi tu, suami keluar hantar pergi Karate. Dia whatsapp suruh Mimi bersiap ikut dia ambil tv yang siap dibaiki. Wah cepat sungguh siapnya kan.
Kedai baiki tv murah di Seremban ni terletak di Oakland, Seremban 2. Alamat kedai seperti tertera di bawah. 
Kedai baiki tv murah ni terletak di tingkat 1 rumah kedai. Dari ground floor boleh nampak bunting yang di sangkut pada tiang batu dan depan pintu grill.

Bila masuk saja kedai baiki tv murah ni mata memang dijamu dengan deretan tv yang disusun di rak rak. Memang banyaklah. Ruang bekerja untuk baiki tv pun tak besar mana. Masa kami sampai kedai baiki tv tu pun ada pelanggan lain yang baru sampai.

Sebelum ambil tv, owner kedai akan test dulu tv depan kita. Bila kita dah puas hati, baru dia akan serahkan resit bayaran untuk kita buat bayaran penuh.


Mesti korang nak tahu kan apa kerosakan pada tv Mimi tu. Bila dah hantar baiki baru tau powerboard tv tuh rosak. Harga untuk baiki powerboard yang rosak ialah RM250. Bagi Mimi cukup murah dah tu. Survey kedai lain ada lagi mahal dari ni.

Bila powerboard rosak faham fajam sajalahkan, kerja anak anaklah. Biasalah bila ada anak kecil ni kan. Dia main tutup tv terus pada suis on off tanpa menggunakan remote control. Bertabah sajalah Ummi dia ni. Sayang tau tv tu. Dah sama usia dengan perkahwinan Mimi, 11 tahun. Yela tv tu Mimi beli menggunakan gaji pertama bekerja di kerajaan. Mahu tak sayang. Selagi boleh guna kita guna. 
Buat korang yang menetap di kawasan Seremban dan mengalami kerosakan tv serta mencari cari kedai baiki tv murah korang boleh dating ke kedai seperti berikut :
Baiki TV Seremban ( (Dzal (M) Sdn Bhd )
Alamat :
No.151, 1st Floor,
Lorong haruan 5/5, Oakland Commerce Square,
70300 Seremban, Negeri Sembilan

No. telefon : 016-6392737

Post a Comment

23 Comments

  1. menarik jugak ada kedai baiki tv macamni, boleh di percayai dan nampak tersusun cantik je kedai nya... kalau kt kl ni banyak yang ownernya bangla

    ReplyDelete
  2. bagus ada perkhidmatan baiki TV ni. dulu memang banyak sekarang nak cari susah sebab deme mengamalkan untuk beli yang baru instead daripada repair.

    ReplyDelete
  3. Tq share kak. Dah tahu senang :)

    ReplyDelete
  4. Lepas ni kalau ada masalah tv rosak bleh la akak halakan diorang kat sini je..senang kan..area Ampangan ada tp akak x puas hati plak sbb lambat

    ReplyDelete
  5. Bila tv rosak memag sush. Kadng tak tau nak baiki dekt mana. Ada kedai cas mahal betul. Nak beli baru takde duit lagi. Mujur ade kedai murah kan

    ReplyDelete
  6. Oooo...tekan on off terus tu boleh sebabkan tv rosak eh... memang murah dah harga tuu..budak-budak kadang nak cepat je..tak jumpa remote terus nak tekan suis

    ReplyDelete
  7. bagus ada kedai macam tu.. senang bila ada apa2 masalah pasal tv..

    *done follow sini

    ReplyDelete
  8. Ok ke harga baiki tv tu? Utk orang sekitar Seremban bole la cari kedai ini kan!

    ReplyDelete
  9. Wah usia tv tu 11 tahun? WOw. masih berfungsi ya! hebat. untung orang seremban2 ada tempat baiki tv harga murah. dkt tempat saya ni macam tak ada. tapi tak apa kut sebab saya bukan tengok tv pun. hehe :)

    ReplyDelete
  10. Tv kalau rosak mau murung kejap..hehehe. Kat KL ni nak baiki memang mahal, nak cari murah memang susah.Sebab tu cakap gan anak kena jaga tv, kalau rosak tak payah dah nak tgok tv

    ReplyDelete
  11. wah bolehlah rekemen dekat kawan kedai nih sebab tv dia terjatuh masa pindah hari tu

    ReplyDelete
  12. thanks for sharing this info. untung orang sermban

    ReplyDelete
  13. Walaupun kat rumah ni jarang tgk TV, tapi kalau TV rosak terasa jugak la mati akal kan. Hahah. Nasib jumpa kedai yg murah nak repair ye.

    ReplyDelete
  14. Selamat ada kedai baiki yang murah. Kalau tak beli baru lah jawabnya. Hehe

    ReplyDelete
  15. Memang sesuai sesiapa yang ada masalah boleh pergi ke tempat ini. Semoga ia mendapat sambutan

    ReplyDelete
  16. Bagusnye kedai repair tv macam ni. Tapi jauh plak kat seremban

    ReplyDelete
  17. Tv ena pon rosak screen separuh je biru. Geram hai sebab bukan salah kita. Tiba2 je blackout taman ena. Terbakar terus power board. Tak tahu la tu kena berapa. Lom survey lagi. Tapi kawan kata dalam 250 jugak. Kalau lebih tu kira mahal la kan

    ReplyDelete
  18. Ni kan seremban ni ~ Veronica dari KL, tapi will introduce to kawan yang dari seremban! Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  19. Murahnya baiki tv kat sini. Ni kalau dekat ngan rumah mmg datang kedai ni. Blh tlg juga en ninkembangkan bisnes dia

    ReplyDelete
  20. Bestnya dah jumpa kedai yang boleh baiki kan. Mudah dah. Kalau alami kerosakan tahu nak tuju mana.

    ReplyDelete
  21. Thanks for the info, nowadays very hard to find repair shop like this

    ReplyDelete
  22. Service dia okey tak, berapa lama dia betulkan

    ReplyDelete
  23. Rarely we can have a TV repair shop out there, I'm glad that now we can easily send TV to repair now.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com