Cara Pengiraan Usia Bayi Dalam Kandungan

Cara Pengiraan Usia Bayi Dalam Kandungan | Bila dah mengandung ni salah satu benda penting yang perlu ibu ibu ambil tahu ialah usia bayi dalam kandungan. Bila jalan sana sini terserempak dengan orang yang dikenali mesti diorang akan tanya dah berapa bulan. Takkan tanya berapa minggu. Betul tak?

Mimi dulu confuse tau bab usia bayi dalam kandungan ni sebab bila cakap dah berapa bulan tu dengan penuh confident tapi sebenarnya salah. Bila Mimi mula ambil tahu dan belajar serba sedikit bab usia bayi dalam kandungan baru tau cara pengiraan usia bayi dalam kandungan dengan tepat.



Cara Pengiraan Usia Bayi Dalam Kandungan

Buat ibu ibu yang baru merasai pengalaman mengandung dan belum arif bab usia kandungan korang jom tengok cara pengiraan usia bayi dalam kandungan. Bagi memudahkan korang, muat turun aplikasi pregnancy di Play Store atau Apple Store. Bila dah muat turun aplikasi tu, masukkan maklumat diminta untuk aplikasi trace usia bayi dalam kandungan. Selalunya dalam aplikasi akan diberitahu usia bayi dalam hari atau minggu. Korang mesti nak tahu kalau usia dalam hari atau minggu ni agak agak dah berapa bulan kan? 

Cara nak kira senang saja tau korang. Mimi listkan di bawah, korang boleh tengok usia kandungan korang sekarang.

0 - 28 hari = 4 minggu (1 bulan)
29 - 56 hari = 8 minggu (2 bulan)
57 - 91 hari = 13 minggu (3 bulan)
92 - 119 hari = 17 minggu (4 bulan)
120 - 147 hari = 21 minggu (5 bulan)
148 - 182 hari = 26 minggu (6 bulan)
183 - 210 hari = 30 minggu (7 bulan)
211 - 245 hari = 35 minggu (8 bulan)
246 - 280 hari = 40 minggu (9 bulan 10 hari)

Kat atas nih pengiraan ikut minggu dan bulan tau. Kalau masih tak faham dan tak jelas kat bawah nih Mimi bagi pengiraan ikut hari dan minggu. Kemudian korang boleh rujuk pengiraan yang kat atas tuh.

7 hari 🌸 1 minggu
14 hari 🌸 2 minggu
21 hari 🌸 3 minggu
28 hari 🌸 4 minggu
35 hari 🌸 5 minggu
42 hari 🌸 6 minggu
49 hari 🌸 7 minggu
56 hari 🌸 8 minggu
63 hari 🌸 9 minggu
70 hari 🌸 10 minggu
77 hari 🌸 11 minggu
84 hari 🌸 12 minggu
91 hari 🌸 13 minggu
98 hari 🌸 14 minggu
105 hari 🌸 15 minggu
112 hari 🌸 16 minggu
119 hari 🌸 17 minggu
126 hari 🌸 18 minggu
133 hari 🌸 19 minggu
140 hari 🌸 20 minggu
147 hari 🌸 21 minggu
154 hari 🌸 22 minggu
161 hari 🌸 23 minggu
168 hari 🌸 24 minggu
175 hari 🌸 25 minggu
182 hari 🌸 26 minggu
189 hari 🌸 27 minggu
196 hari 🌸 28 minggu
203 hari 🌸 29 minggu
210 hari 🌸 30 minggu
217 hari 🌸 31 minggu
224 hari 🌸 32 minggu
231 hari 🌸 33 minggu
238 hari 🌸 34 minggu
245 hari 🌸 35 minggu
252 hari 🌸 36 minggu
259 hari 🌸 37 minggu
266 hari 🌸 38 minggu
273 hari 🌸 39 minggu
280 hari 🌸 40 minggu

Hah, dah baca ke? Faham ke tak cara pengiraan usia bayi dalam kandungan. Senang saja kan nak faham. Mula mula mungkin akan rasa confuse, lama lama faham lah.

Sekarang ni Mimi sedang mengandungkan anak yang keempat. Alhamdulillah ini merupakan kandungan kali kelima tetapi anak yang keempat. Sebelum ni Mimi mengandung hanya mampu bertahan selama 7 minggu 2 hari sahaja. Lagi 5 hari usia nak masuk 2 bulan dah keguguran. Tak ada rezeki kan. Tapi alhamdulillah selang beberapa bulan kemudian, diberikan rezeki mengandung lagi. Usia kandungan Mimi sekarang dah 22 minggu 4 hari bersamaan 6 bulan. Rasa sekejap pula usia kandungan dah 6 bulan. Tinggal lebih kurang 3 bulan saja lagi nak melahirkan.

Korang doakan Mimi dan baby baik baik saja dan segala urusan dipermudahkan ye! 

Post a Comment

6 Comments

  1. Zaman sis dah berakhir dah..now zaman nk menimang cucu je ni..hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah rajinnya siap buat list lagi, saya cuma guna app je. hihihihihi

    ReplyDelete
  3. Faham, cikgu 😘😘 all the best Mimi.

    ReplyDelete
  4. Tu la masa mula2 pregmant tak reti nak kira.. Hehehe.. Bila dh ade pengalaman baru tau.. Semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  5. Knowledge baru utk Sally ni kak... Hehehe... Semoga baik² semuanya tau kak

    ReplyDelete
  6. Wow bagus ni.. tapi akak dah tutup kilang kut. Boleh share dgn adik2 akak lah nanti

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com