Isnin, 19 Ogos 2019

BEAUTEA BY SAFI PRODUK BARU SAFI MELINDUNGI KULIT AGAR SIHAT DAN BERSIH SENTIASA

9:55:00 PG 0 Comments
Beautea By Safi Produk Baru Safi Melindungi Kulit Agar Sihat Dan Bersih Sentiasa | Hai semua! Sebelum ni, kalau korang perasan Mimi banyak share dengan korang mengenai produk Safi. Safi sekarang ni banyak sangat produknya kan? Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Untuk dalaman pun ada tau. Hah Nampak tak? Safi semakin mengorak langkah maju dan semakin maju. Bangga tau jadi salah seorang pengguna Safi sejak dulu lagi. Sekarang ni Safi ada produk baru iaitu Beautea by Safi. Ish bila dapat tahu pasal cleanser Beautea by Safi ni terujalah Mimi nak cuba. Kebetulan pula skrub muka dah habis apa lagi terus grab Beautea by Safi dekat Watsons. Lambat nanti takut stok habis pula kan.



Beautea By Safi Produk Baru Safi Melindungi Kulit Agar Sihat Dan Bersih Sentiasa

Sebab apa tau Mimi teruja nak try Beautea by Safi ni? Sebab rangkaian Beautea by Safi ni mengandungi 100% ekstrak the premium yang menyegarkan serta gabungan dari bahan bahan semulajadi yang dapat melawan atau melindungi  kulit wajah kita daripada kesan pencemaran, tekanan dan juga kesan daripada pemakaian kosmetik.



Beautea by Safi ni ada 4 rangkaian produk yang best tau korang iaitu :

1) White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser – untuk kulit kering

2) Black Tea & Black Orchid Detoxfying Cleanser – untuk kulit sensitif

3) Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser – untuk kulit normal hingga berminyak

4) Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Disebabkan sekarang ni Mimi mengalami kulit muka yang kering so, Mimi try White Tea & Damask Rose dan juga Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Beautea by Safi ni bagus dan tak perlu ragu or was was nak guna sebab ia bebas dari alcohol, bebas paraben, bebas SLS/SLES dan juga bebas silikon.

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser – untuk kulit kering (RM23.30)



Gel pembersih yang lembut dan bebas sabun ini membersihkan liang pori yang tersumbat dan membersihkan kotoran di wajah. Ia dirumus khas dengan gabungan Teh Putih dan Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit menghidrat dan mengecilkan saiz liang roma. Gel Cleanser ini sesuai buat korang yang mempunyai kulit normal dan juga mempunyai masalah kulit kering.

Black Tea & Black Orchid Detoxfying Cleanser – untuk kulit sensitive (RM23.30)



Pembersih Krim Asid Amino  yang lembut dapat mebersihkab dan menghapuskan kekotoran di wajah. Ianya dirumus khas dengan campuran Teh Hitam dan Black Orchid yang dapat membantu detoks kulit agar kulit kelihatan lebih sihat dan melindungi kulit daripada kesan penuaan kulit pramatang. Pembersih Krim Detoks ini sesuai digunakan untuk korang yang mempunyai masalah kulit sensitive.

Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser – untuk kulit normal hingga berminyak (RM23.30)



Gel pembersih yang lembut dan dapat membersihkan kotoran dan minyak berlebihan di wajah. Ia dirumus khas dengan gabungan Teh Hijau dan Ekstarak Neem yang dapat melindungi kulit daripada persekitaran dan pertumbuhan jerawat sambil mengawal sebum serta mengurangkan masalah aprut di wajah. Sesuai buat korang yang menghadapi masalah kulit berminyak dan juga kulit normal.

Apricot Tea Revitalising Face Scrub (RM23.30)



Buat korang yang megalami masalah liang pori tersumbat, memang wajib ada skrub Apricot Tea ni. Sebab ia merupakan skrub yang mampu membersih liang pori dan menyingkirkan sel kulit mati melalui pengelupasan tanpa mengeringkan kulit. Ia dirumus dengan gabungan Ekstrak Aprikot dan Teh Putih yang kaya antioksidan di mana ia dapat membantu memulihkan tekstur kulit supaya lebih cerah dan berseri. Sesuai digabungkan dengan mana mana rangkaian Beautea by Safi yang lain dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Pendapat Mimi mengenai White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser dan Apricot Tea Revitalising Face Scrub 



Selepas menggunakan kedua dua cleanser ni. Selepas guna memang kulit muka rasa lembut dan lembap sahaja. Kulit dah kurang kering dan memang nampaklah perubahannya. Faham faham sajalah kan, bila berbadan dua ni kan. Kulit muka jadi keringlah, pedihlah. Bila pakai Alhamdulillah kurang rasa pedih pada muka. Skrub apricot ni pun best tau korang! Lepas guna kulit muka rasa lagi bertambah lembut. Yelah habis semua kekotoran dibuang keluar. Tapi perlu diingatkan bila pakai skrub ni, kena gosok dan sapu lembut sahaja pada muka korang. Sebab biji yang ada dalam skrub ni agak kasar. So, kalau korang gosok kuat sangat takut luka pulak kulit muka korang. Cukup sekadar gosok lembut dan guna hanya dua hingga tiga kali seminggu sahaja.



Kesemua rangkaian Beautea by Safi ni korang boleh dapatkan di mana mana farmasi berdekatan, Watsons atau korang boleh sahaja beli secara online di Watsons. Korang boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari :

Selasa, 13 Ogos 2019

‘ANAK DERHAKA! ADA HATI NAK JADI KAYA’

10:25:00 PTG 12 Comments
Puan Ju atau lebih selesa dipanggil ‘Ummy Ju’ 39 tahun. Aku membesar dgn melihat kesengsaraan,kepayahan ,ketabahan serta kesabaran hidup ummi dlm mencari rezeki membesarkan kami adik beradik..
Dalam keadaan membesar ini lah aku byk belajar tentang erti ingin berusaha untuk mengubah kehidupan family aku terutama ummi.. kerana x ingin ummi aku susah selama nya kerana membesarkan kami…
Ummi membesarkan kami dgn berniaga kantin kilang.. Dr zaman sekolah aku dh mula bekerja part time untuk bantu ummi & adik beradik.
Wanita ini nekad untuk membahagiakan Ibunya,setelah melihat keperihan Ibunda nya, Puan Sharifah Rauzah,68



Sangat menjadikan Ibu nya Idola & Inspirasi sepanjang kehidupan dan Perniagaan nya, Puan Jue meletakan segalanya adalah IBU nya dihadapan..

PADA TAHUN 2017 NEKAD UNTUK MENGHASILKAN PRODUK ‘SERI LADY

BERMULA HANYA KERANA KEBENGANGAN MEMPUNYAI SUSUK TUBUH YG AGAK BERISI, DAN TERUS MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PERNIAGAAN WALAU BANYAK DUGAAN YANG HARUS DITEMPUHI.
BERKAT KESABARAN & TIDAK MELUPAKAN SUMBER INSPIRASI IBUNYA, TERUS MENJALANKAN PENIAGAAN SERI LADY SEHINGGA KINI, MALAH TELAH MEMPUNYAI SERAMAI 70 AGEN JUALAN YANG BERKUALITI SERATA MALAYSIA, SINGAPURA, INDONESIA & BRUNEI.
SEBAHAGIAN AGEN JUALAN YANG SENTIASA MENJADI TULANG BELAKANG SERI LADY

MALAH AGEN JUALAN JUGA MENJADIKAN ‘PUAN JUE’ SEBAGAI SUMBER INSPIRASI KERANA SIFAT RENDAH DIRI & KETABAHAN MENAIKAN PERNIAGAANNYA..
BUAT PESANAN BERSAMA TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘
HARGAI IBU YANG MASIH ADA, ❤️
MENGHADIAHKAN PAKEJ UMRAH RAMADHAN 2019 BUAT IBUNYA.
SALAH SEORANG ANAK DIDIK AZIZAN OSMAN (TITANIUM) BERSAMA 2 RAKAN KONGSI CIK NAZIRA SHARIFF & AIN HAMID.
BERSAMA SUAMI ENCIK ZAMRI, ANAK-ANAK YANG SENTIASA MEMBERI SEMANGAT & DORONGAN.
KELUARGA BESAR, PUAN JUE ADALAH ANAK KE 2 DARI 4 BERADIK.

Gambar Terkini Puan Juzailah Shariff Founder kepada Jenama SERI LADY


Rabu, 7 Ogos 2019

100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Menanggalkan Solekan Dengan Mudah

12:19:00 PTG 13 Comments
100% Ekstrak Tumbuhan Organik, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water Meanggalkan Solekan Dengan Mudah | Kosmetik merupakan salah satu elemen daya tarikan seorang wanita. Solekan seperti pembayang mata, celak, maskara dan barangan kosmetik lain menyerlahkan kecantikan pada mata serta menaikkan seri pada wajah. Sudah menjadi trend bagi kebanyakan pengguna terutamanya wanita dan gadis untuk menggunakan kosmetik dalam kehidupan seharian mereka. Oleh kerana bahan kosmetik mengandungi bahan kimia dan pewarna, adalah penting untuk memastikan solekan dibersihkan secara menyeluruh tanpa mengganggu lapisan perlindung kulit yang boleh mengakibatkan kulit kering.



Sebagai jenama yang dipercayai lebih 20 tahun, EVERSOFT memang terkenal dengan pembersih wajah yang diformulasi dengan 100% ekstrak tumbuhan organik dan menggunakan teknologi Jepun. EVERSOFT™ kini memperkenalkan pembersih solekan berasaskan air yang tidak melekit. Ia menggabungkan beberapa langkah pemeliharaan kulit iaitu menanggalkan solekan, membersih, menyegar serta melembapkan kulit dengan hanya 1 botol dalam 1 langkah dengan mudah.



Diperbuat daripada 100% ekstrak tumbuhan organik dan tanpa kandungan kimia berbahaya, EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water boleh menanggalkan semua jenis solekan, krim pelindung matahari, lebihan minyak dan kotoran kulit tanpa menggosok. Ia mampu mencapai kotoran yang tersumbat pada liang-liang pori sambil membersih dan melembap dengan ekstrak tumbuhan organik tanpa perlu dibilas. Bahan-bahan semulajadi yang lembut dan ternyata semulajadi ini dapat menyegarkan kulit wajah, kekal hidrasi dan tidak memedihkan mata.


Memandangkan hidrasi merupakan sebahagian penting dalam proses penjagaan kulit tidak kira jenis kulit anda, Bio-Hyaluronic Acid yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini bebas daripada paraben, SLES/ SLS, propylene, glycol, phthalates, wangian, alcohol, minyak mineral, dan pewarna, menjadikan pembersih ini sesuai untuk semua jenis kulit.



Terdapat dalam 3 variasi, rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water mempunyai variasi yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit.


EVERSOFT™ AVOCADO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT NORMAL 



Jika anda dikurniakan kulit wajah normal yang tidak terlalu berminyak, anda boleh memilih apa sahaja variasi air micellar yang anda gemari. Namun, EVERSOFT™ telah mencipta formulasi khas yang akan membantu mengekalkan keseimbangan kulit anda. EVERSOFT™ Avocado Micellar Cleansing Water dapat menyuburkan serta meremajakan wajah anda kerana ia dapat menghilangkan sisa solekan dengan mudah, menjadikan kulit lembut dan kekal terhidrat. Ekstrak Avocado yang diperkaya dengan antioksida Vitamin E bermanfaat untuk melawan radikal bebas, pencemaran, serta mengandungi ciri-ciri anti-penuaan yang membantu meremajakan kulit wajah.

EVERSOFT™ TOMATO MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT KERING



Jika anda mengalami kulit kering, anda mestilah mengelakkan pembersih yang akan mengeringkan kulit anda. Namun dengan EVERSOFT™ Tomato Micellar Cleansing Water anda tidak perlu lagi bimbang kerana ia bebas dari astringen dan alkohol. Ekstrak tomato organik dapat mengekalkan lembapan kulit serta membantu mencerahkan kulit menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. 100% bahan organik yang terkandung berupaya membantu melambatkan proses penuaan serta membekalkan kulit wajah dengan perlindungan sinaran matahari semulajadi. Diperkaya dengan manfaat pati minyak zaitun, iaitu anti-oksidan yang kuat dapat mengekalkan fungsi lapisan pelindung kulit yang membantu memperbaiki keadaan kulit sambil memberikan lembapan pada kulit.

EVERSOFT™ GRAPEFRUIT MICELLAR CLEANSING WATER – UNTUK KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT



Jika anda mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, anda boleh berasa yakin dengan manfaat ekstrak limau gedang yang terkandung di dalam EVERSOFT™ Grapefruit Micellar Cleansing Water. Ia dirumus khas untuk mengurangkan minyak yang berlebihan, serta menghalang jerawat daripada terus tumbuh. Ia juga menggalakkan penghasilan kulit sihat dengan mengecilkan liang pori dan mengurangkan jerawat.

EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water dengan 100% ekstrak tumbuhan organik sangat sesuai digunakan tidak kira di rumah, atau jika anda merancang untuk menggunakannya semasa bercuti. Malah anda juga boleh membawanya ke gimnasium untuk membersih dengan segera selepas bersenam. Setiap cucian memberikan anda manfaat nutrient untuk kulit yang bersih dan sihat.



Rangkaian EVERSOFT™ Micellar Cleansing Water baharu ini amat berpatutan serta dapat memberikan hasil yang menakjubkan! Ia boleh didapati pada harga RM25.90 (Semenanjung)/ RM27.20 (Sabah & Sarawak)* dalam botol bersaiz 300 ml di semua pasaraya besar, pasar raya hyper, dan farmasi di seluruh negara.

*Harga termasuk 6% SST.