SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION

SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION | Hai semua! Safi sekarang ni ada mengeluarkan produk baru iaitu SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION. Korang dah try belum? Mimi memang pakai ni senang. Disebabkan mood malas menjadi jadi, so Mimi guna SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION ni sebagai rutin harian. Malas nak bawa toner, moisturiser asing asing buat berat beg je kan. Bawa ni je dah senang. Nak nak sekarang ni semua Mimi nak siap cepat. So, ni solusi yang Mimi nak sebab dapat jimat masa bila bermekap.



SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION

Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi suka guna SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION ni kan. Hah sebab utama Mimi suka gunakannya of course lah fungsinya 2 in 1 tuh. Bertindak sebagai penyegar dalam masa masa yang sama sebagai pelembap. Produk kalau ada 2 fungsi dalam 1 memang Mimi suka. Jimat masa dan tenaga.

Lagipun tak kisahlah apa pun jenis kulit muka korang sama ada kombinasi, berminyak, kering, sensitif dan sebagainya korang tetap perlu hidratkan kulit muka korang tu. Kata nak kulit muka cantik dan sihat kan, so kenalah hidrat kan kulit muka. Jadi SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION ni memang sesuai untuk hidrat kulit muka korang tu.

SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION 100ML



Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion merupakan gabungan formulasi penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

🌸Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.
🌸Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid

🌺 Macro Hyaluronic Acid
🌺 Nano Hyaluronic Acid
🌺 Bio-Hyaluronate
🌺 Oligo-Hyaluronic Acid
🌺 Super Nano Hyaluronic Acid

🌸Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

🌸Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

CARA MENGGUNAKAN SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION



Cara nak guna senang saja tau korang. Just titiskan beberapa titik pada tapak tangan dan sapu pada keseluruhan kulit muka. Korang akan rasa ia mudah meresap pada kulit dan rasa lembap saja. 

Mimi sendiri guna SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION dua kali sehari. Waktu siang dan malam. Dah kata sejenis malas nak pakai banyak banyak produk pakai ni je hah senang. 2 in 1 terus! 

PENDAPAT MIMI MENGENAI SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION



Selepas pakai beberapa minggu ni memang nampak ketara kulit muka rasa lembap dan lembut walaupun kerja dalam air cond. Mekap pun jadi sekata. Memang sangat penting untuk kita pastikan kulit muka sentiasa dalam keadaan hidrat.

Korang yang nak dapatkan SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION ni selain dari pasaraya terkemuka boleh juga dapatkan secara online di Shopee dan LAZADA tau! 

Nak tahu maklumat lanjut mengenai SAFI OXYWHITE WHITENING HYDRATING LOTION WITH IR PROTECTION korang boleh layari :


Post a Comment

12 Comments

  1. Interesting! Siap ada IR Protection pula tu. Rutin muka saya tak termasuk losyen. Haha. Selalunya cuci, bilas dan kadang-kadang pakai mask. But maybe can recommend this to my cousin yang selalu ada masalah kulit muka kering.

    ReplyDelete
  2. Nampak ramai dah cuba Safi Oxywhite lotion ni. Nak cuba jugalah lepas ni. Nampak ada Hyaluronic Acid tu mesti best!

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ini, yang pasti wanita akan menyukai produk ini

    ReplyDelete
  4. bekerja seharian dalam aircond memang cepat buat kulit muka kita kering kan mimi. bagus dapat produk inovasi safi ni. pelbagai fungsi dalam satu botol. itu yang aju suka, tak berat beg nak bawak byk barang penjagaan muka

    ReplyDelete
  5. i masih tak cuba lagi produk safi ni, tengok ramai dah review best best je ayat.. i cuma takut tak serasi dengan kulit I. last time i pakai elixir dari safi habis jerawat naik... mungkin sesuai dengan kulit orang lain bukan kulit i.. apa pun the price sangat affordable and those malaysians who needs extra moist bolehlah cuba safi ni

    ReplyDelete
  6. menarik produk terbaru ni. sebab fungsinya dalam 1. bolehlah saya suggest dekat mak ngn kakak saya lepas ni. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  7. Wahhh... dalam produk ni banyak super ingrediants rupanya. Baguslah Safi pun keluarkan produk setaraf international punya. Rasa nak try jugak bila bacak ingrediants list dia, elok sangat untuk pulihkan kulit ni.

    ReplyDelete
  8. Senang pakai Safi ni, 2 in 1..dh senang dah. Akk pepagi selalu rushing

    ReplyDelete
  9. I am sure that this product will benefit a lot of women. After reading the ingredients list I am sure a lot of ladies will be tempted. :)

    ReplyDelete
  10. Wahhhh teknologi IR. makin advance ya produk2 sekarang. Yang penting kulit nampak lembab dan muda. Nanti nak cuba jugaklah produk safi nie. Ramai kata elok dan beri feedback yg positif

    ReplyDelete
  11. serius memang best safi 2 in 1 ni senang dah nak guna setiap hari :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com