RESIPI ASAM PEDAS IKAN SARDIN | Hari ni up lagi mentry masakan. Mood nak update blog memang ke laut sungguhlah. Nak update socmed lagilah bercinta rasanya. Nih pun paksa diri update entry kalau tak blog bersawang.
Selalunya kalau masak asam pedas Mimie akan ikut cara masak mak mertua. Guna bawang besar, bawang putih, jintan manis, halia, cili kering diblend, air asam jawa, serbuk kunyit, air dan garan. Tuh memang versi sebelah Melaka masak. Tak berapa nak pedas. Tapi kalau versi dak Mimie orang nismilan lain.
So, semalam Mimi masak asam pedas tapi hat pedas punya. Baru selera makan bertambah tambah. Kebetulan ada sardin, so, Mimie decide nak masak asam pedas. Mimie share dengan korang RESIPI ASAM PEDAS IKAN SARDIN.
RESIPI ASAM PEDAS IKAN SARDIN
Bahan untuk diblend :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sb lada hitam
2 sb cili boh (cili kering yang dah diblend)
1 tin besar Sardin Ayam Brand
2 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang puith dihiris
Cili boh (cili kering diblend)
Daun kesum
Bunga Kantan
Bendi
Air Asam Jawa
Air
Minyak
Garam
Cara nak masak senang saja korang. Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang yang dihiris, bahan yang diblend tadi dan cili boh sehingga garing dan pecah minyak. Kemudian masukkan ikan sardin. Gaul sekejap. Masukkan air dan air asam jawa. Biarkan mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan bendi. Last sekali masukkan garam. Pandai pandailah adjust rasa kuah tu ya. Kalau kurang garam masukkan sikit lagi. Kalau terlebih masukkan air. Rasanya senang je nak masak Asam Pedas ni. Main campak campak je. Lepas tuh dah siap.
Kalau Asam Pedas yang hat ni memang makan bertambah tak pandang kiri kanan dah. Sebab memang kena dengan tekak yang suka pedas kan. Korang kalau nak masak Asam Pedas versi nak guna ikan pun boleh. Tapi kalau dapat masak ikan pari perghhh lagi sedap kan...Okeylah korang selamat mencuba.
12 Comments
Wah, pestime tengok menu sardin masak asam pedas. Buh pulak lada hitam. Lagi sedap rasanya. Sama mcm Mak Ruby letak lada hitam juga. Hehe.
ReplyDeleteDone follow Mimi #1767
Adehhh! terliur tengok
ReplyDeleteFirst time ni Mrs. A tahu ada orang buat sardin masak asam pedas.
Nanti nak trylah resepi ni.
Thank you for sharing ya
akak tak pernah lg try asam pedas dgn ikan sardin dlm tin, kene cuba juga nnti nih...
ReplyDeleteyelah klau dh kene dengan selera, takmo makan pun sedar2 blh bertambah nasi
Uishh. Saya sampai skrang tak berapa nak pandai masak Asam Pedas ni. Biasa beli yang perencah tu je... tu pun masih tak menjadi 100 peratus.
ReplyDeletetak penah buat lagi tapi rasanya mesti sedap kan
ReplyDeleteWahhhh ikan sardin msk asam pedas. Xpenah try lg ni. Penah msk kari ngn lmk cl pd je. Blh cuba alh nnti. Tq sharing mimi
ReplyDeleteNampak sedap tu ha...tak pernah buat lagi..nanti akak cuba
ReplyDeletetak pernah try lagi asam pedas ikan sardin.
ReplyDeleteSedapnya Mimi.. nanti nak cuba lah masak asam pedas cara Mimi nie..
ReplyDeleteBoleh cuba nanti ...tak pernah lagi buat asam pedas ikan sardin.
ReplyDeletesedapnya asam pedas. dah lama tak buat..tak pernah lagi guna sardin n...
ReplyDeletenampak pun sodap mimi :)
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com