Ahad, 7 Julai 2019

Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap dan Mudah Disediakan

NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN | Hari ni baru ada mood nak update blog. Bercinta rasanya nak update. Sedangkan dah janji dengan diri sendiri nak keep update blog. So, untuk kembalikan mood update blog, so Mimi up entry sarapan hari ni iaitu Nasi Goreng Ikan Bilis.

Nasi Goreng Ikan Bilis Sedap dan Mudah Disediakan. Yang ni Mimie tabur cili padi potong. 


Bila ada anak anak kecil kat rumah ni nak masak tak boleh ikut tekak sendiri. Contoh Mimie ni memang kuat pedas tapi bila fikirkan anak anak kenalah masak tak pedas. Kadang kadang termasak pedas juga sebab tak boleh nak lari. Pagi ni Mimie sediakan sarapan NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN.

JOM BELAJAR MASAK NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN

Bagi yang baru baru nak belajar masak ni JOM BELAJAR MASAK NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN untuk isi perut yang lapar tu.

Bahan bahan yang diperlukan senang disediakan. Tumbuk 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, segenggam ikan bilis dan 6 biji cili padi. Cili padi tu ikutlah pada tahap kepedasan yang korang nak. Kalau nak pedas lagi tambahlah lagi bilangan cili padi tu. Macam Mimie letak sikit je sebab anak anak pun nak makan. Tumbuk kesemua bahan tu hingga lumat. Jangan terlalu lumat. Agak agaklah ye.

Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi

Tumis bahan yang ditumbuk tadi

Masukkan dua biji telur. Gaul sebati hingga garing

Masukkan minyak biarkan sekejap bagi panas kemudian baru tumis bahan yang ditumbuk tadi. Agak agak dah garing masukkan dua biji telur. Kemudian masukkan garam. Gaul sebati last sekali masukkan nasi dan gaul sehingga bahan tumisan dan telur tadi rata. So, dah siap NASI GORENG IKAN BILIS SEDAP DAN MUDAH DISEDIAKAN. Senangkan nak masak nasi goremg ni. Tak renyah pun!

Last sekali masukkan nasi. Gaul sebati. 


Macam Mimie suka pedas dan hantu pedas so, Mimie taburkan cili padi potong atas nasi goreng tu nak bagi pedas. Bila ngap je tergigit cili pergh nikmatnya! 

11 ulasan:

  1. Wahhh thank you for this recipe..rabia suka masak nasi goreng hehee..suka makan nasi goreng

    BalasPadam
  2. aduhai. sedap nyer!
    simple. tapi gini la yg boleh pikat hari anak2 makan byk :)

    BalasPadam
  3. Wallah wallah terkeliur tgknya. Sedap. Nora pn suka ns grg mcm ni.

    BalasPadam
  4. akak pun selalu msk nasi grg mcm mimie nih, tumbuk semua... bab pds tu kadang terlebih jugak... bila masak rasa mcm pds lebih akak boh kicap lah utk aiyan hehehe...

    BalasPadam
  5. Sama je lebih kurang cara kita masak nasi goreng...esok nak buat laaaa...lama tak bawak bekal pi keja

    BalasPadam
  6. semestinya sedap kan. lama tak buat sendiri.

    BalasPadam
  7. okey, nnti boleh cuba resipi mimi ni..skrg akak tgh berjinak2 masak utk bekpes hari kerja..nak bawak bekal ke opis...

    BalasPadam
  8. okey, nnti boleh cuba resipi mimi ni..skrg akak tgh berjinak2 masak utk bekpes hari kerja..nak bawak bekal ke opis...

    BalasPadam
  9. sama laa kita..selalu buat macam ni.. cepat dan mudah. perut pun cepat je kenyang.hehe

    BalasPadam
  10. ala-ala nasi goreng kampung pun ada gak kan mimi, kak ana pun lately ni kurang gak pedas sebab selalu kena gastrik, faktor usia gamaknya ye :)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.