SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI | Dulu kan Mimi ingat lagi kalau sarapan malas nak makan berat berat Mimi minum minuman bijirin 3 in 1. Sebab senang nak sediakan. Koyak bungkusan masuk dalam cawan, buh susu sikit tuang air minum terus. Tapi tuhlah sampai tengahari perut lapar semula. Tapi rasa manis tu tetap ada. Bukan manis semulajadi. Sebab ada kandungan gula kan.
Bila umur makin meningkat ni Mimi duk mencari minuman multi-bijirin yang tak ada kandungan gula dan yang penting perut kenyang sepanjang masa. Cari punya cari, jumpalah SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG. Mimi beli dekat Watsons je wei. Tapi jenuh jugaklah dua tiga Watsons cari tapi tak ada. Eh laku keras pulak Surya S Great Grain ni kan?
BAHAN KANDUNGAN SURYA S GREAT GRAIN
Untuk pengetahuan koranglah kan, minuman multi-bijirin Surya S Great Grain ni mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada 18 bijirin berkhasiat iaitu beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rani beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitan, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih cia dan beras pulut. Ia juga mengandungi campuran 5 makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu di mana ia menpunyai nutrien yang komprehensif termasuklah karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan menjadikannya pilihan terbaik buat korang yang nak mulakan rutin harian korang dengan baik.
Korang dah puasa 6 atau puasa ganti belum? Hah kalau belum lagi baru nak mula puasa, apa kata korang amalkan minum Surya S Great Grain semasa sahur nanti. Gerenti kenyang dan full saja perut korang sampai berbuka. Bukan sahaja bagus diamalkan untuk berpuasa tau tapi kalau korang yang mana plan nak diet secara sihat boleh juga amalkan Surya S Great Grain ni. Sepanjang Syawal dah makan macam macam dah tiba masa diet untuk singkirkan segala lelemak dalam badan. Amalkan minum multi-bijirin waktu sarapan akan buat korang kenyang sepanjang hari di samping membekalkan tenaga pada korang seharian.
Surya S Great Grain juga boleh dijadikan minuman untuk seisi keluarga dan buat kita ibu ibu yang ingin memberi nutrisi yang baik untuk anak anak. Buat korang ibu ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi bagus minum Surya S Great Grain ni. Ia juga bagus diamalkan untuk mengelak penyakit seperti kolesterol, obesiti dan pelbagai lagi.
PENDAPAT MIMI MENGENAI SURYA S GREAT GRAIN
Masa mula mula minum tu Mimi macam tak boleh nak masuk sebab bancuh dengan air suam. Nak bagi nampak selera untuk minum Mimi simpan dalam peti sejuk bagi sejuk. Bila sejuk baru gagah minum. Tapi bila dah masuk peti sejuk kena kacau tau sebab ia mendap ke bawah. Memang bila amalkan minum Surya S Great Grain ni memang rasa kenyang tau. Nak makan lain pun tak lalu sebab perut rasa penuh. Rasa Surya S Great Grain ni tawar tau korang tak ada rasa gula langsung. Then, korang akan terasa kacang merah dan beras merah tu lebih dari bahan yang lain. Tapi okaylah minuman ni. Taklah langsung tak boleh minum. Nak nak Mimi jenis tak suka manis boleh saja telan tapi kena masuk peti sejuk dulu lah.
Korang boleh dapatkan Surya S Great Grain ni di semua cawangan Watson, cawangan Himalaya dan farmasi tempatan yng berhampiran dnegan korang atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.
Untuk info lanjut, boleh layari :
Shopee :
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/
32 Comments
nampak menyelerakan... yummy... jom kunjung balas ke blog lynn pula...
ReplyDeleteThanks for sharing this great nutritious meal that we could take in order to stay healthy and fit. The multi grain drink is really ideal for those who are always on the go. 👍😁
ReplyDeletemesti dia sangat mengenyangkan kan mimi.. sebab baca cara mimi tulis tu macam bijiran semata kandungan dia.. sebab tu dia mendak.. tapi mesti sedap ni kan.. kalau akak pun sama suka simpan dalam peti atau bancuh dengan air sejuk.. hehe..
ReplyDeletesedap je tengok mimi minum, akk mmg plan nak kurus. Kena ada 1 kat rumah dan ofis juga ni
ReplyDeleteTB pun minum minuman bijirin ni gak mimie. ingatkan TB tak suka rasa dia sebab ternampak kacang merah tu.. rupa2 nya sedap jugakk.. sebab ada kurma dan bahan lain tu kan
ReplyDeleteMacam menarik ja nie Mimi, rasa nak cari kat Watsons. Boleh cuba juga nanti..
ReplyDeleteOo.. Ada jual kat watson ehh. Kalau ke watson nanti boleh la cari. Macam nak try je..
ReplyDeleteBagus kandungan bahan2 dia. Sesuai utk diamal utk orang2 yang berdiet sebab kenyang lama kan.
ReplyDeleteSedap ni...kenyang lama plak tu
ReplyDeleteSedapanya, macam nak cuba cari jugaklah. Sebab perut sentiasa lapar je asyik ke dapur cari kudap-kudap lepas tu menyesal badan naik. Kalau ada minuman yang boleh bagi kenyang sepanjang hari rasanya boleh bantu kawal berat badan jugak. Tengok ingerediants jugak not bad.
ReplyDeletewah sedapnya. BBL kalu pagi memang suka breakfast minuman bijirin ni sebab senang nak sedia & kenyang. tak lah moody bila masuk office kalu perut lapar. kat laci memang ada standby kot2 terasa lapar boleh terus bancuh satu paket
ReplyDeletekan..rasa macm pelik tapi lama-lama ok..memng kenyang aklau minum ni..tak minum benda lain dah.kdang sampai terlupa makan..haha
ReplyDeletesaya dah lama jugak rasanya tinggalkan sarapan pagi. mungkin lepas ni boleh kut saya cuba minuman bijirin ni sebab belum pernah try. terima kasih share ya. :)
ReplyDeleteAirah pun suka jugak bijiran 3in1 tu bila breakfast senang bancuh je tapi tu la manis, memang tinggi kndungan gula.lepasni nak try yang ni pula la
ReplyDeleteSedapnya.. akak suka multi grain drink, minum secawan mengennyangkan
ReplyDelete4 Tip Untuk Berjaya Dalam Affiliate Marketing
bagus juga, since couple years ni kan makin ramai share pasal minuman bijiran yang menggantikan nasi. nutritional food/drink yang bagus tuk kita yang nak diet. lepas baca ni rasanya nak la amalkan jugak daripada makan makanan yang bukan2.
ReplyDeleteBolehlah try yang ni macam sedap jer, tunggu stok yg ada ni habis dulu 😊
ReplyDeletenampak sedap jer..sesuai la untuk diet ni..lps raya ni naik badan..so kena diet la....hihi
ReplyDeletenampak sedap je minuman nie. perisa strawberry pulak. kalau buat smoothies nie best nie. baguslah produk nie boleh tahan lapar. nanti boleh kurus dengan mudah
ReplyDeleteNanti kita nak beli juga la. Sebab kita ni jenis kurang makan nasi sekarang, sejak dari operate. Kadang perut lapar. So minum ni boleh la cover perut juga kan..
ReplyDeleteRawlins pun teringin nak try - mana tahu boleh membantu mengurangkan kegilaan pada nasi hahah
ReplyDeleteyang penting istiqamah dalam apa jua amalan kan, baru boleh nampak hasilnya.
menarik minuman ni.. byk khasiatnye . bagus klu konsisten ni..
ReplyDeletemana tak abis, mimie..sakan naik kat wall akak ramai benor promote surya S great grain ni...bagus sgt ni sbb ramai share..
ReplyDeleteMacam sedap jer, teringin nak cuba Surya S Great Gain ni juga... tapi perlu habiskan stok makanan yang ada ni dulu
ReplyDeleteBanyak jugak kandungan bijirin yang ada. Jimat masa minum 1 sachet. Sesuai untuk mereka yang nak kawal diet. Mudahlah cari jual kat watson ye.. boleh lah ena cuba.
ReplyDeleteWah macam sedap and sihat tu, nak try juga la.
ReplyDeleteSesuai ni untuk diet, tahan brapa lama ya.
ReplyDeleteKak pun suka minum bijiran sbb rasa sedap dan mengeyangkan, bdk2 pun suka
ReplyDeleteSedap dan berkhasiat..akak dah cuba dan lps ni nak beli lg..sebab nak diet yg sihat so minum s great grain ni mengenyangkan
ReplyDeleteMaybe to loose my belly fats I should drink this so that I can cut down on my rice intake. Hmmm thank you for the product suggestion!
ReplyDeleteMouse mommy pun suka minum Surya S Great Grain multigrains , sedap dan berkhasiat untuk semua :)
ReplyDeleteNampak sedap dan menyelerakan. Boleh tambahkan tenaga dan berkhasiat. Tengah nak cari makanan pengganti nasi blh try produk ni. Tq mimi share pasal Surya S Great Grain.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com