Jumaat, 7 Jun 2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN | Hai semua! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Mimie minta maaf kepada semua kawan kawan blogger sama ada yang jauh dan dekat, ampun dan maaf kalau ada salah dan silap ya.



Sekejap saja dah raya ketiga. Alhamdulillah tahun ni Mimie beraya di Sg. Rambai, Melaka kampung sebelah suami. Turn raya rumah mertua pula. Tahun ni suami yang tetapkan warna tema. I follow je. 




Beraya kat Melaka sekejap saja sebab raya kedua dah kena balik, hari ni encik suami kena kerja. Lepas dia balik dari kerja beraya di Port Dickson pula.

Tahun ni tak beraya sakan pun lebih pada anak anak je sebab tak berapa sihat. Sakit dada dan cirit birit. Hahaha, siapa suruh makan tak ingat dunia kan. 

Raya kedua sebelum balik sempat tolong mak mertua masak masak kat dapur untuk saudara mara yang akan datang. Dah siap masak mandi dan bersiap ala kadar. Berborak dulu dengan saudara mara. Diornag balik terus bergegas siap beraya kat Pagoh pula. Kat Pagoh bukan rumah saudara tapi rumah kawan sepejabat Mimi, Sjn Aziz. 



Selesai beraya di Pagoh balik semula Sg Rambai kemas kemas nak balik Seremban pulak. Sepanjang nak balik tu faham faham jelah dugaan orang sakit perut ni macam mana. Azab sengsara menanggung sakit. Hahaha... 

Akhir kata, Mimie sekali lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang mengenali Mimie.

5 ulasan:

Terima kasih sudi tinggalkan komen.