PERCUTIAN TANPA DIRANCANG KE BUKIT FRASER DAN GENTING HIGHLAND | Isnin lepas betul betul buat kerja gila Mimi laki bini tau. Pagi Isnin tu Mimi masih duk melingkar atas katil lagi. Still cuti lagi kan. Sekali suami kejutkan Mimi tanya nak ikut ke tak. Dengan malasnya Mimi jawab nak pergi mana. Yelah, dahlah esoknya dah kerja, last day nak berehat dan bermalasan kat rumah.
Sekali dia jawab pergi Bukit Fraser terus segar biji mata! Gila nak tolak. Bangun je terus mandi siap siap. Suami siapkan si bujang. Pukul 11.50 pagi macam tu terus bertolak.
Bayangkan hari tu Mimi puasa, jalan nak ke sana pula bengkang bengkok macam ular kena palu. Bayangkan macam mana keadaan Mimi time tu. Seksa menahan pening dan loya. Tiba tiba terbau "semerbak harum". panya Auni muntah. Nasib baik masa tu dah sampai area Bukit Fraser. Berhenti kejap bersihkan muntah Auni yang terkena seat, baju dan tudung.
Lepas settle misi membersihkan muntah Auni, kitorang sambung lagi perjalanan. Dah nak dekat pun sampai dekat Menara Jam Bukit Fraser tu. Sampai je terus parking, suami pergi makan di Restoran Strawberi Mimi. Mimi bawa anak anak pergi tandas awam.
Settle urusan kat tandas bawa anak anak pergi restoran isi perut diorang. Dah kenyang semua apa lagi kan, sesi bergambar pula.
Tak ada apa pun kat Bukit Fraser ni, kalau nak ambil gambar memang sesuai. Pemandangan cantik sangat. Memandangkan kitorang bosan kat Bukit Fraser, kitorang decide pergi Genting Highland. Ikut jalan dalam lebih kurang 80km ke atas. Pukul 3.30 kitorang bertolak sampai pukul 6.22 petang sebab jalan jammed.
Pergi Genting Highland pun sebab nak jalan jalan hirup udara sejuk bukannya nak main games kat sana pun. Saja jalan jalan ambil gambar. Merasa juga Mimi buka puasa kat Genting Highland.
Lebih kurang pukul 8.15 malam kitorang balik sebab nak pergi open house pegawai suami kat Seremban. First time kitorang laki bini buat kerja gila macam ni tau. Selalu nak bercuti atau berjalan ke mana mana kitorang akan plan sampai jadi. Tak pernah plan last minute macam ni. Walaupun plan last minute tetap jugak rasa seronok. Cuma nak pergi Bukit Fraser lagi memang taklah. First and last datang. Tak sanggup hadap jalan macam ular kena palu. Oklah jumpa lagi next entry.. Bye!
32 Comments
alhamdullilah seronoknya
ReplyDeleteI haven't been to genting for at least 3 years already!
ReplyDeletePernah pergi Bukit Fraser sekali je..hahaha...takde boypren ank ajak pergi lagi...ehhhhh....
ReplyDeleteKadang bila un plan macam nie best juga kan Mimie..
ReplyDeletewithout planning, sometimes it goes more and more fun! happy travelling. nice..
ReplyDeleteHahaha.
ReplyDeleteNie memang kerja tak betul.
Dengan kemungkinan jalan jam di mana-mana, boleh gak bercuti tu.
Kagums!
seronok jln2 fraser hill & genting tu..last pegi fraser ms kecik2 dlu..genting byk kali juga la pi
ReplyDeleteAlaa kita je xpenah ke sana lg.. Asl nk pergi je plan cancel .. Hahahaha.. Ok nnti nk ke sana la one day
ReplyDeleteseronok kan kita, kalau laki on bawa jenjalan. Thn ni, kami tak berjalan sgt. Memasing tak sihat
ReplyDeleteBest ke bukit fraser tu mimi. Tp jalan dia yang ana tak sanggup nak tempuh. Muntah ijo orang kata.
ReplyDeleteBese bese je Ana. Kalau datang nak snap gambar dengan view cantik memnag sesuai tapi kalau nak jenjalan atau libur tak sesuai. Kaki golf atau suka menunggang kuda sesuai la ana
DeleteWalaupun last minute plan..tp menjadi..seronok jugak last2 minute ni..dr plan awal sllu x jd haha
ReplyDeleteamboii kak, boleh pulak berjalan-jalan tanpa rancang macam tu yer? dengan hadap traffic jammed lagi. Next time nak join kerja gila akak bole?
ReplyDeleteImproptu betul dua laki bini ni. 🤣😂 Tapi lagi thrill and best camni kan. I bet from the photo semua happy dengan trip ni kan? Lama tak pernah singgah Bukit Fraser.
ReplyDeletePergi masa bukan masa cti sekolah lebih menenangkan daripada masa cuti sekolah. hehe
ReplyDeletebest giler kak..macam ni memng on je..alahai bila la suami kita nak ajak macm ni..memang segar biji mata..ehhee
ReplyDeleteBestnyaaaa lama tak gi gentingg, tpi fraser hill blum pernah pergi hee
ReplyDeleteWahhhh Bestnya! Kita dah lama tak prgi Freser Hills. Rasanya masa kecik² dulu jer pernah. Anak² pun dok teringin suh bawak jalan sana. Nampak masih cantik Freser Hills, salah satu tempat sejuk yang ada kat Malaysia. Cuma bila kenangkan perjalanannya, risau kita yg muntah hijo pusing². Huhuuu
ReplyDeleteBestnya! Seronok dapat bercuti dengan family. Benda tak dirancang ni biasnaya akan jadi best. Just follow the flow. Heheh kadang2 plan lama pon tak jadi gak peegi hahaha
ReplyDeletebestnya mimi.. akak suka tau bukit fraser, kami sekeluarga suka.. nak gi ke buat aktiviti naik kuda dgn memanah?
ReplyDeleteWah bestnya sis.. syira tak pernah lagi sampai ke sana. Teringin jugak. Sebab cantik kat sana.
ReplyDeleteDah lama x naik bukit fraser. Pernah naik sekali. Tapi jalan ke atas tu macam seram sikit. Tapi suka tempat ni. Tenang dan santai
ReplyDeleteWah best nyer! I like to go for family trip just santai tak payah nak stress sangat about the planning and schedule. Just go with the flow.
ReplyDeletelovely family travelling moments! No need to plan, just go and have some family bonding fun time! Have fun!
ReplyDeleteIt's been so long since the last time I went for a random trip.. T T maybe it's about time... And with the weather like this now... Fraser hill and Genting really seems like the perfect getaway...
ReplyDeleteBestnye dpt jenjln.. Lama dh x cuti² mesia..
ReplyDeleteBkt Fraser tak pernah sampai..Genting Highland dah lama tak naik ke sana sejak2 tengah renovation...best buat plan last minute ni..selalu plan last minute ni confirm jadik..hehe
ReplyDeleteWah bestnya.. akak pernah sampai Kat bukirt Fraser Masa zaman sekolah dulu je..
ReplyDeleteSeronok jln2 bwk anak2 kak dulu masa anak2 kecik mmg rajin bwk dorang jln2 masa Hari Minggu atau cuti sekolah, ni anak2 dah besar kita org gi berdua jer
ReplyDeleteSebenarnya kan..yang last minute plan tu yang menjadi...dan banyak sangat kenangan
ReplyDeleteWah bestnya bercuti k.mimi. Selalu yg xplan tu lah, yg menjadi kan.
ReplyDeleteteringin nak naik Genting H. lom berkesempatan.
ReplyDeletetgk lah nanti lepas Syuhada abis upsr, nak tgk time.
moga ada peluang :)
cantik nyer gambar2 kat fraser's hill tu.
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com