BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 | Dari dulu lagi memang Mimie sejenis ulat buku. Kalau ada event buku yang buat sale memang takkan lepaskan peluang pergi. Tapi tengok tempat juga kalau jauh sangat memang tak pergi.
Salah satu event book sale yang Mimie teringin nak pergi sudah tentulah BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2. Sebelum ni selalu tengok kawan kawan up cerita diorang shopping sakan buku buku di Big Bad Wolf. Jealous tau tengok dorang shopping. Sampai terdetiklah dalam hati, BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni tak nak ke buat kat Seremban. Yes! Finally ada juga Big Bad Wolf kat Seremban. Bila dapat tahu, apa lagi tak lepas peluanglah datang sini kan.
|
Pintu masuk ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 |
BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2
|
Banner Big Bad Wolf Boom Sale |
Pertama kali jejak kaki kat Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mall Seremban 2 jadi tak keruan sebab besar yakmat. Duk terfikir habis ke jelajah semua section kan. Penyudahnya memang tak habis jelajah semua section sebab besar sangat. Lagipun Mimie datang sini minggu ni sebab risau minggu depan tak dapat datang sebab nak pergi jemputan kahwin. So, kesempatan yang ada gunakan sebaiknya ye tak.
Hah korang yang tak berkesempatan nak jejak kaki ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni jangan risau jangan sedih sedih sebab masih ada masa lagi korang nak datang je sini. Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni berlangsung dari 27 Jun sehingga 7 Julai 2019 bermula dari pukul 10 pagi sampai 12 tengah malam. Hah 14 jam sehari tau Big Bad Wolf Book Sale ni dibuka. So, masih ada masa lagi nak datang sini shopping buku!
Masa sampai kat Big Bad Wolf Book Sale 2019 ni pun ramai juga yang datang nak beli buku. Budak budak sekolah pun ramai. Yela, dah ada book sale besar macam ni takkan masing masing nak lepaskan peluang kan. Satu kerugian kalau tak datang BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni.
|
Orang ramai mula memenuhi Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 |
PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE W019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2
Fokus utama nak cari buku untuk Aina dan Auni barulah cari buku untuk diri sendiri. Rambang mata dibuatnya sebab PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 ni tau korang. Antaranya buku cerita kanak kanak, buku latih tubi untuk pelajar sekolah, buku motivasi, buku keagamaan, novel Melayu dan Inggeris, kamus, Al-Quran dan banyak lagi.
|
Antara buku cerita kanak kanak yang ada |
|
Section novel novel Melayu |
|
Section buku latih tubi pelajar sekolah |
|
Majalah untuk kanak kanak pun ada |
|
Buku motivasi yang ada |
|
Buku buku keagamaan pun ada juga tau |
Harga semua buku yang ada di sini jangan cakaplah. Murah dari harga yang biasa dijual di pasaran. PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni murah murah tau korang sebab ada diskaun dari 75% sehingga 95%. Jangan tak percaya ada buku serendah RM1 tau.
|
Ni pula Big Bad Wolf Membership Zone |
|
Pelanggan berpeluang memenangi RM50 baucer |
Yang kaki novel, memang confirm tak keruan kalau datang sini sebab novel jauh murah dari harga asal. Ada harga RM8 ada harga RM10. Mimie memang hantu novel tapi tak beli novel Melayu pun sebab dekat rumah ada 5 buah novel masih cantik elok berplastik tak baca lagi. Buat hiasan dekat almari. So, Mimi cari buku keagamaan dan novel Inggeris. Nak improve kan bahasa Inggeris gitu!
|
Aina duk belek buku latih tubi yang ada |
|
Belek belek buku yang ada |
|
Cepat nak beli buku apa. Pilih pilih! |
Untuk Aina dan Auni Mimie belikan buku latihan dan buku cerita. Adhwa Mimi belikan buku ABC Upin Ipin. Jumlah semua buku plus harga beg plastik RM0.20 ialah RM58.20. Puas hati sangatlah dengan RM58 dapat banyak buku. Nampak gaya memang akan jejakkan kaki lagi kat sini. Tak percaya tengok kan jelah.
|
Berpeluh peluh tau nak beli buku punya pasal. Dah puas, moh ler bayar kat kaunter. |
|
Sebelum balik bergambar dulu dekat pintu gerbang Big Bad Wolf Book Sale 2019 |
|
Tepek lagi sekeping gambar! |
|
Hasil rembatan di Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 |
Buat korang yang tinggal di sekitar Seremban dan Port Dickson, apa tunggu lagi. Jom sama sama meriahkan BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2! Banyak buku yang best best ada dijual di sini. Tak rugi kalau datang! Tapi jangan lambat sangat tau takut nanti buku yang korang nak kehabisan.
Info lanjut mengenai BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 korang boleh layari :
Instagram
Facebook
Website
27 Comments
Wah BBW ada kt N9. Mudah org N9 nk pi ni. Selalunya.. Setiap thn BBW buat kat Mines mmg akk xpernah lpskan peluang.
ReplyDeleteSeronok g situkan. Byk buku blh pilih hg pn berpatutan dgn diskaun yg ditawarkan.
ReplyDeleteBestnya Mimie.. nanti kalau ada buat kat sini boleh lah Kak Sue terjah juga..
ReplyDeleteBestnyaa.. Perkongsian menarik ni
ReplyDeletejemput singgah : www.cikza.com
LZ dah habis jelajah BBW Seremban 2 ni Mimie, puas hati..
ReplyDeleteTempat luas dan tak crowded.. best sangat!
Bestnya mimi dpt g BBW. Ana x pernah pergi lagi. Diskaun dia bukan main banyak tu. Rugi kalau yg dekat tak ke sini kan.
ReplyDeleteBest kan ke sini sebab bukunya memang berbaloi baloi murah. Menggalakkan rakyat Malaysia ni mempupuk minat untuk membaca. Paling best kalau buat kat Mines sebab dekat sikit. Waktu operasi pun menarik!
ReplyDeletebestnya dpt pergi bida bag wolf .rindunya nak pergi big bad wolf...dulu pergi dengan kekwan borong buku murah bbw..dh kawin ada anak kecik ni pkor byk nak pergi
ReplyDeleteSeronok betul ada book sale macam ko. Bandar saya duduk ni jarang dan hampir takde. Saya nak sangat pergi sebab boleh belikan buku untuk anak-anak. Beli kat kedai tak semudah event macam ni
ReplyDeleteBig Bad Wolf is such a good book fare for those with children
ReplyDeleteSeronok g sini kan. Macam2 buku ada. Harga pulak gila2 murah. Rugi siapa tak pergi kan.
ReplyDeletepaling suka pegi kedai buku atau library. stress therapy!
ReplyDeleteharitu dekat kl ada..tak pergi juga sebb husbnd busy..alahai..tegk orang pergi syok giler..sebb banyak jenis buku ada kan
ReplyDeletelepas pgi pesta buku kuala lumpur awal tahun hari tu , teringin pulak nk pgi yang big bad wolf ni. mmg best bila dapat tgok mcm2 buku, dapat borong buku. haha in shaa Allah akan sampai :) terima kasih share :)
ReplyDeleteX pernah lg dtg ke big bad wolf book ni..sure best sbb ada mcm2 buku..nti nk terjag kalau ada kt penang
ReplyDeletebanyaknya buku dari buku kanak-kanak, sekolah, remaja sampai majalah untuk dewasa pun ada. fuh ni ulat buku area seremban mesti suka sangat la ada big bad wolf. Confirm penuh orang yelah semua dah boleh bagi boleh la borong buku baru
ReplyDeleteKalau peminat buku ataupun ulat buku mesti takkan lepas peluang nak ke Big Bad Wolf Book Sale 2019. peluang ni lah nak cari bukur yang kita nak dengan hrga yang berpatutan kan.
ReplyDeleteNasib la akak ni bukan kaki buku, kalau tak mau terjebak gak ngan big bad wolf ni..kat KL ni, selalu buat...
ReplyDeletePeminat buku, ulat buku memang tempat ni la yang paling best. Nak cari buku sekolah anak-anak pun senang dengan harga murah. Diskaun sampai 95% pulak tu. Sebenarnya Bella mmg tak pernah jejak lagi kaki ke BBW ni. Malas sebab ramai orang. hehehe.
ReplyDeleteBestnya kalau dpt join BBW ni. Thn ni kat negeri sembilan lah plak. Jauh plak nk p terjah kat sana. Kalau time BBW ni suka beli buku2 sbb harga dia sgt2 murah
ReplyDeleteAkak ni peminat buku. Memang seronoklah kalau BBW ada. Kat Ipoh ada ke tahun ni Mimi? Nak cari buku utk anak-anak. Memang seronok cari buku kat BBW ni.
ReplyDeleteSeronoknyaaaaaa.... memang teringin nak pergi, harap suami ada waktu lapanglah minggu ni untuk bawak. Boleh balik rumah mertua sekali. Selalunya BBW ni dekat KL sesak je sentiasa, fikir banyak kali nak bawak budak. Yang dekat Seremban ni nampak clear sikit, seronoklah kalau bawak budak.
ReplyDeleteLast pergi big bad wolf masa anak umur 2 tahun. Time tu memang pergi sebab nak beli buku untuk anak je. Berbaloi sangat sebab harga murah. Boleh beli banyak banyak
ReplyDeleteLama dah tak pergi bbw ni. Memang best borong buku sebab banyak buku ada lepastu harga murah. Last pergi memang lama sangat dah harap nanti ada la diaorang buat dekat jb lagi
ReplyDeleteWah macam best ja k.mimi. aina dulu minat jugak p book fare macm ni. Sejak ada anak ni, xdan, hihi.
ReplyDeleteMy whole fam memang suka kunjung ke BBW banyak buka boleh beli dengan harga yang sgt best.
ReplyDeleteaduhai. best nyer.
ReplyDeletetak dpt nak gi, sebab tak balik seremban.
minta2 ler ada bbw kat melaka.
nak sgt memborong bahan bacaan baru utk anak2 ni.
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com