Sabtu, 1 Jun 2019

Berbuka Puasa di McDonald's Seremban 2

BERBUKA PUASA DI MCDONALD'S SEREMBAN 2 | Hai semua! | Pejam celik pejam celik dah masuk 27 Ramadhan. Sekejap saja kan. Tapi bila bulan puasa ni kita yang mak mak mesti pening kepala nak fikir masak apa untuk berbuka kan.

Boleh kira berapa kali je Mimi masak dalam bulan puasa. Kebanyakan beli kat param atau berbuka di luar. Khamis baru ni suami ajak berbuka kat McDonald's sebab si bujang kecil tu nak sangat makan kat McD. Asal lalu kat sebelah McD dia tunjuk, asal lalu dia tunjuk. Bila tanya adik nak makan kat McD ke, dia angguk. So, abi dia tunaikan kehendak anak dia nak makan McD.



BERBUKA PUASA DI McDONALD'S SEREMBAN 2

No meja kitorang. 211

Sampai McD pukul 6.30 petang. Sampai je kitorang pesan makan menggunakan papan menu pintar elektronik. Memang senang nak pesan makan kat sini. Klik klik saja. Cara nak bayar pesanan pun mudah saja. Nak bayar guna kad atau cash. Kalau cash bayar melalui kaunter. Print resit dan bawa ke kaunter, bayar. Senang kan? 

Kononnya nak berbuka puasa di McDonald's Seremban 2 ni nak makanlah set Nasi McD. Sekali staf McD awal awal dah bagitahu set nasi McD tak ada. Dah habis. Kecewa betul. Last last order set burger. Suami order set ayam untuk si bujang kecil order Happy Meal. Macam biasa sebelum berbuka kita bergambar dulu. 



Set burger yang Mimi order. Big Mac! 


Sementara tunggu waktu berbuka puasa, suami layan si bujang kecil tampal sticker kat kereta Hot Wheel yang dapat dari Happy Meal. Mimi layan movie kat handphone. Dah settle bab kereta Adhwa, dia main kereta. Mimi sambil tengok movie sambil layan Adhwa main kereta. Tak lah leka sangat tengok movie kan. 


Encik suami sibuk tampal sticker pada kereta Hot Wheel


Tepat jam 7.18, kitorang berbuka. Makan pun cepat cepat sebab berkejar nak solat Maghrib. First time tau berbuka makan kat restoran fast food. Kalau makan kat kedai makan tu biasalah kan. Bila bertiga saja dekat rumah memang suami ajak makan kat luar sebab kesian kat isteri penat nak masak. Hehehe... 

9 ulasan:

  1. Wow sedap juga buka mekdi.. dah sebulan x makan mekdi ni

    BalasPadam
  2. dh buka puasa gak kat MCD utk tahun ni pekena nasi

    BalasPadam
  3. bagus asben mimi, hargai isteri. Bg cuti masak !

    BalasPadam
  4. Lapar pulak nak mkn mcd.. Kan syok kalau rmh dekat dgn mcd

    BalasPadam
  5. Sesekali buka luar best juga tu mimi. Reward para isteri katanya. Hehe

    BalasPadam
  6. Kak Sue tak ingat pernah berbuka kat McD ke tak.. tapi sahur tu selalu juga lah.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Raya ni tak pergi mcd lagi.. Hahaja.. Puasa haritu ade mkn mcd.. Mkn nasi mcd.. Perh sedpp

    BalasPadam
  8. Wah best nyer, I like the Nasi McD with kuah kari banjir, sedappp.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.