PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES | Hai semua! Pejam celik pejam celik sekejap saja dah masuk 5 Ramadhan kan? Selain kita berlumba lumba tambah amal ibadat, ada juga dalam masa yang sama cuba ubah diri untuk jadi insan yang lebih positif. Yelah hidup kita ni mestilah sentiasa positif kalau nak jadi insan berjaya, betul tak? 

Bila nak berjaya kita mesti hadirkan diri ke bengkel atau seminar yang menganjurkan program yang boleh membangkitkan semangat kita supaya terus berjaya dalam hidup kita. Mesti korang terfikir bengkel atau seminar mana yang patut korang hadir untuk menyerlahkan potensi diri korang tu? Hah Mimi nak share dengan korang berita baik. Korang nak ubah hidup korang supaya jadi lebih baik dari yang sebelum ni? Hah apa kata korang join PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES. 

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES 




Mesti korang nak tahu juga siapa yang menganjurkan program ni. Untuk pengetahuan korang, PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES telah dilancarkan oleh Richworks International Sdn Bhd secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.

Selain dari itu, ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.



Tapi, setelah menghadiri beberapa program RichWorks, ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik dengan kebanyakannya muncul sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Hah agak agak korang dapat agak tak siapakah gerangan empunya Richworks International Sdn Bhd ni. Pandai pun masing masing teka. Siapa lagi kan kalau bukan Dr Azizan Osman. Mimi memang kenal beliau melalui iklan motivasi di internet, akhbar dan majalah. Memang program beliau dihadiri orang ramai yang pelbagai latar belakang. Tak silap Mimi kawan kawan Mimi yang ada buat bisnes pun tak melepaskan peluang untuk menghadiri program yang dianjurkan beliau. Memang tak dapat dinafikan ramai usahawan berjaya lahir dari program anjuran Richworks International Sdn Bhd. 



Sehingga hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan.

Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.



RichWorks melihat program ini sebagai peluang kami untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes.

Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 




Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 




“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.




Jadi, buat semua di luar sana yang nak ubah hidup apa kata sertai program yang dianjurkan oleh Richworls International Sdn Bhd. Bila dah sertai nanti pasti korang tidak rasa rugi dan akan terus bersemangat untuk ubah hidup seperti mereka yang telah berjaya. Pendaftaran  dibuka untuk sertai Program Ubah Nak Ubah Hidup.

Untuk pendaftaran boleh layari www.nakubahhidup.com atau hubungi talian hotline 1300-88-2424

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Post a Comment

32 Comments

  1. Alhamdulillah rezeki beliau, best baca kisah org2 suksess ni.. Diri sndri bila lah nk berjaya..

    ReplyDelete
  2. rugi siapa tak join program begini kena ambil peluang ni

    ReplyDelete
  3. It is very important to be able to improve one self and be motivated

    ReplyDelete
  4. dr azizan ni pakar ceramah yang terkenal dan terbaik..untung kalau dapat pergi program beliau

    ReplyDelete
  5. Ni lah masa yang terbaik utk mereka yg nak keluar dr belenggu kewangan. Byk ilmu dan tips boleh diperolehi.

    ReplyDelete
  6. orang berniaga memang perlu ada ilmu supaya apa yg dibuat semua membuahkan hasil.. program yg bagus dari Richworks

    ReplyDelete
  7. Hebat event nih kan! Kalau ada masa nak pergi jugaklah nanti... Jom mimi

    ReplyDelete
  8. yang berpeluang untuk sertai, memang bagus.. dapat cungkil potensi diri :)

    ReplyDelete
  9. Dr azizan skrg dh ok ke kak? Kalau cmni bgus gk beri semangat kat orang kan

    ReplyDelete
  10. Macam menarik ja nie Mimie..

    ReplyDelete
  11. Teebaik la seminar dia.. Ramai datang tengoknyaa.. Siapa nak ubah diri boleh dtg kan

    ReplyDelete
  12. Dah lama teringin nak join program DA ni. Hope one day ada rezeki untuk join.

    ReplyDelete
  13. he is one of the Malays speaker that could really motivate and inspired many ppl... i kinda like him!!

    ReplyDelete
  14. Pernah teringin nak pergi sebab ramai kawan Yaya yang buat bisnes dengar talk dia. And mostly memang cara berfikir mereka juga sangat positif dan maju kedepan!

    ReplyDelete
  15. Hebat betul seminar dia. Semua macam excited and motivated je. Yang penting effect untuk peserta positive and beri impact in their life.

    ReplyDelete
  16. orang berniaga x kira mana2 platform memang kena ada ilmu..xde ilmu mmg x jadi kan..

    ReplyDelete
  17. Kalau dapat peluang hadiri talk yang macam ni memang bagus untuk kita lebih bersemangat dan faham apa yang kita nak capai dalam hidup. Lagi bagus lepas balik talk kita buat apa yang kita rancang.

    ReplyDelete
  18. Kalau dapat join program macam tu best juga. Membangkitkan semangat untuk berubah

    ReplyDelete
  19. Bagusnya program macam ni atleast dapat membantu dan memberikan semangat untuk usahawan dalam business mereka. Bukan mudah untuk berniaga atleast ada program yang dapat membantu.

    ReplyDelete
  20. bagus mimi pergi program motivasi macam ni. mesti lepas balik tu rasa bersemangat nak update blog kan. kadang2 kita perlu jugak sedikit inspirasi & motivasi untuk keep move on dalam kehidupan. lagi2 orang business

    ReplyDelete
  21. Kita pun semangat bila tengok Dr Azizan ni bagi speech memang penuh dengan emosi dan juga kata rangsangan heheheheh cuma kita tak ada masa nak pergi dan juga bajet rak ada....

    ReplyDelete
  22. Beruntung nya Mimie dapat join Dr Azizan. Kata² dia memang akan memberi inspirasi untuk berjaya. Yang penting kena bertindak.

    ReplyDelete
  23. Rasanya semua org ingin berubah untuk berjaya. Apatah lagi dalam bisnes memang kita kena ada strategi baru untuk elakkan diri berada dintakuk yg lama

    ReplyDelete
  24. Peluang hebat yang tak boleh kita lepaskan...

    ReplyDelete
  25. Dulu emi pernah pergi program dia sekali, teman akak emi & kawan dia. Sebab masa tu ada promo kalau pergi 3 org dapat lagi murah. Banyak dapat positive vibe la bila kat sana.

    ReplyDelete
  26. Ramai yang dah berjaya lepas join program dr azizan ni.. kagum dengan kejayaan diorang yang pernah join program dr azizan yang seolah-olah menyuntik semangat buat diorang..

    ReplyDelete
  27. Bagus motivational talk like this for those who need to change their life kan.

    ReplyDelete
  28. Kereeenn acaranya, pasti semua orang harus selalu lebih baik dari hari ke hari, tentu 2019 harus berubah terutama dari segu keuangan

    ReplyDelete
  29. Nampak bagus program ini. Boleh membantu sesiapa yang nak ubah hidup mereka.

    ReplyDelete
  30. Keeren ini acaranya, orang yg beruntunh adalah hari ini lebih baik dari hari kemarin. Semoga saya bisa ikutan
    Aminnn

    ReplyDelete
  31. Interesting, this seems to be a great motivation talk for entrepreneurs, shall share with my hubby.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com