MENU SAHUR 1 RAMADHAN DAN 2 RAMADHAN | Hai semua! Selamat berpuasa buat kawan kawan blogger yang beragama Islam. Syukur hari ni merupakan hari kedua kita berpuasa .
Semalam dan hari ni memang Mimi masak panas panas untuk bersahur. Masak simple simple janji makan waktu sahur kan. Seawal jam 3.45 pagi Mimi dah bangun masak nasi dan siapkan bahan untuk di masak.
MENU SAHUR 1 RAMADHAN DAN 2 RAMADHAN
Menu Sahur 1 Ramadhan yang Mimi masak ialah telur masak kicap. Memang ringkas dan mudah nak sediakan. Yang newbie baru nak belajar masak boleh cuba masak lauk ni.
#Menu 1 - Telur Masak Kicap
Telur goreng
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Lada masak
Kicap
Air
Cara masak:
1. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau.
2. Masukkan kicap. Biarkan sekejap.
3. Masukkan air dan telur goreng. Biarkan sekejap. Masukkan sedikit garam.
4. Siap!
#Menu 2 - Sambal telur
Bawang besar ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Telur
Cili yang diblend
Air
Cara masak:
1. Tumis bahan yang ditumbuk.
2. Kemudian masukkan cili. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air. Biar mendidih. Kemudian pecahkan telur.
3. Masukkan air. Biar mendidih. Kemudian pecahkan telur.
4. Biarkan sekejap hingga telur masak.
5. Siap!
#Menu 3 - Kentang dan Ikan Bilis Goreng Telur
Bawang besar ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Cili padi 5 biji ditumbuk
Kentang dihiris nipis
Serbuk kunyit
Ikan bilis segenggam digoreng
Telur 2 biji
Cara masak:
1. Gaulkan kentang dengan serbuk kunyit dan sesikit garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk.
3. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis. Masukkan garam. Gaulkan.
4. Pecahkan telur. Gaul hingga semua bahan sebati dan masak.
5. Siap!
Senangkan menu yang Mimi masak ni. Ahli keluarga tak ramai so masak pun tak banyak. Anak anak bukan makan banyak pun. Sambil menaip entry sambil memikir menu untuk bersahur nanti. Orang lain fikir menu nak berbuka, dak Mimi fikir menu nak bersahur.
Mana mana pun tak apa kan. Menu sahur ke menu buka puasa ke sama je. Sebenarnya lagi puas hati masak sendiri daripada beli, betul tak? Semalam buka puasa pun suami ajak pergi bazar. Mimi berbuka pun makan roti bom saja. Hari ni berbuka baru masak kat rumah. Tengah memikir nak masak menu apa? Korang pula masak apa. Sharelah resipi mana tahu boleh try masak nanti .
33 Comments
telur kicap tu kalo time sahur mmg berselera btul
ReplyDeleteMenu ketiga tu macam sedap kak mimi!
ReplyDeleteFarhana Jafri
Lauk sahur memang sedap yang simple-simple je kan. Telur kicap memang antara favourite.
ReplyDeletemak aiii rajin ni, Mimi awal bangun masak. Akk sahur biasa2 je...menu buka. Tapi akk xmkn sgt. Amek kurma, minum air panas je pagi td. Tak de mood nak sahur pagi td
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletelaku telur time bulat puasa ni kan.hehehe...
ReplyDeletenieyl pun selalu kalau xde idea masak telur je..
Sedap2 menu.. Biasa sahur ringkas2 je kan..pastu air teh.. Kenyangggg
ReplyDeleteSelluny sahur memg simple je.. Hehehw.. Swnang.. Berbuka tu yang berat sikit.. Hehehe.. Sedap je kalau dh lapar ni kan
ReplyDeleteRajin masak... time buka ok lagi.. time sahur, malas nye nak makan nasik..
ReplyDeleteRajin nya masak untuk bersahur. Sis time sahur makan je le apa yang ada masa berbuka tu..malas nak masak baru sebab hanya sis berdua je gan anak...lagipun time sahur anak kurang sikit nak makan
ReplyDeletePehh semuanya menu telur la.. Hehe.. Kita pon smlm sahur telur kicap & sup telur .. Haha
ReplyDeleteSally dah 3 hari puasa ni masa sahur minum susu dgn roti je... Belum ada selera nak makan nasi pun... Hahaha... Kalau nak suggestion maybe sardin, sup ayam ke sup sayur, ayam goreng
ReplyDeleteSedap juga simple menu macam ni, i like it so much.
ReplyDeleteSedapnya menu sahur dia. Simple pun nampak sedap. Akk yang telur kicap tu mmg fav anak2. Kalau masak mmg menambah nasi
ReplyDeleteSimple2 jer menu sahur mimi. nak tiru lah..huda pagi tadi masak nasi goreng, rugi tak habis kena buang jer. Kalau masak lauk gini, konfem habis tak membazir
ReplyDeletetq so so much for the recipes - nmpk simple and sedap! i tgh belajar masakan melayu, will use your blog as reference from now on :)
ReplyDeletealamak terbuka pagi ni. huhu walaupun menu sahur tu simple dah ternampak post ni waktu jam 11.30 pagi.. omg tempted perut lapar nak makan.. huhu
ReplyDeleteThanks for the delicious dish recipe. Times for me to cook it out for my family.
ReplyDeleteTelur masak kicap menu yang selamat disaat kesuntukan masa nk sediakan. Sambal telur pon sama. Memang menu yang hits untuk sahur time. Tq sharing resepi. Terbaik.
ReplyDeletesimple betul menu sahur ni. sesuai sangat BBL try masak telur masak kicap tu. dah la kena standby lauk sahur setiap hari boleh pening pikir nak makan apa hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa. Simple tapi nampak sedappp
ReplyDeleteEh! Samalah menu first day! Ramai buat masak kicap je sbb plg senang dan cepat. Mula² puasa takleh makan pedas. Bahaya hehe. Tp haritu cx buat ayam masak kicap hehe
ReplyDeletebetul..lagi puas hati masak sendiri dri beli kat bazar...kalau nak beli lauk kat bazar,takut nak pilih lauk..sbb rega mahai..kita masak, boleh sekali untuk berbuka & bersahur..
ReplyDeletemenu yang simple untuk sahur memang menjadi pilihan kan akak, thanks bagi resipi esok nak cuba masak ni lah
ReplyDeleteKak Sue hari-hari masak untuk berbuka setakat nie, kuih muih ja beli. Sahur panaskan balik lauk berbuka sedap kadang kami bersahur makan kurma ja pun dah cukup Mimie..
ReplyDeleteWah.. Kebanyakan menu mimi menggunakan telur sebagai bahan asas.. AM kalu masak telur bila dok sensorg, adik xder baru puas.. Kalu x, mesti dia bising.. Sbb kalu mkn telur, AM kerap kentut sampai ke tido pun sempat.. Hehehe
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya berasaskan telur. Tapi telur kicap tu nampak macam best
ReplyDeleteresipi sahur yang senang dan berkhasiat :) Selamat berpuasa dalam bulan Ramadan yang mulia ni dengan keluarga dan rakan-rakan.
ReplyDeleteKak tiap kali sahur buat nasi goreng jer...goreng telur dadar and ikan mason
ReplyDeleteSamalah kita! Menu simple ringkas cepat gini memang paling win! Confirm licin. Yg penting anak² bangun sahur.
ReplyDeleteNak cuba la kentang ngan ikan bilis goreng telur tu..nampak sedap
ReplyDeletemenu yang simple tapi sedap..sesuai untuk bersahur... kalau berbuka pun sesuai jugak sebenarnya...biar ringkas asalkan sedap
ReplyDeleteKita time sahur simple je kak. macam sayur goreng pagi. Baru rasa fresh kan. Tapi sejak dah 2 hari ni,kita makan nasi drngan serunding je. Tu pun dah cukup dah.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com