Menu Sahur 1 Ramadhan dan 2 Ramadhan

MENU SAHUR 1 RAMADHAN DAN 2 RAMADHAN | Hai semua! Selamat berpuasa buat kawan kawan blogger yang beragama Islam. Syukur hari ni merupakan hari kedua kita berpuasa .

Semalam dan hari ni memang Mimi masak panas panas untuk bersahur. Masak simple simple janji makan waktu sahur kan. Seawal jam 3.45 pagi Mimi dah bangun masak nasi dan siapkan bahan untuk di masak.  

MENU SAHUR 1 RAMADHAN DAN 2 RAMADHAN

Menu Sahur 1 Ramadhan yang Mimi masak ialah telur masak kicap. Memang ringkas dan mudah nak sediakan. Yang newbie baru nak belajar masak boleh cuba masak lauk ni. 

#Menu 1 - Telur Masak Kicap



Telur goreng
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
Halia dihiris
Lada masak
Kicap
Air 

Cara masak:

1. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau. 
2. Masukkan kicap. Biarkan sekejap.  
3. Masukkan air dan telur goreng. Biarkan sekejap. Masukkan sedikit garam. 
4. Siap! 


#Menu 2 - Sambal telur



Bawang besar ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Telur
Cili yang diblend
Air

Cara masak:

1. Tumis bahan yang ditumbuk. 
2. Kemudian masukkan cili. Tumis hingga garing.
3. Masukkan air. Biar mendidih. Kemudian pecahkan telur. 
4. Biarkan sekejap hingga telur masak. 
5. Siap! 

#Menu 3 - Kentang dan Ikan Bilis Goreng Telur



Bawang besar ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Cili padi 5 biji ditumbuk
Kentang dihiris nipis
Serbuk kunyit
Ikan bilis segenggam digoreng
Telur 2 biji

Cara masak:

1. Gaulkan kentang dengan serbuk kunyit dan sesikit garam. Goreng hingga garing. Ketepikan. 
2.  Tumiskan bahan yang ditumbuk. 
3.  Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis.  Masukkan garam. Gaulkan. 
4. Pecahkan telur. Gaul hingga semua bahan sebati dan masak. 
5. Siap! 

Senangkan menu yang Mimi masak ni. Ahli keluarga tak ramai so masak pun tak banyak. Anak anak bukan makan banyak pun. Sambil menaip entry sambil memikir menu untuk bersahur nanti. Orang lain fikir menu nak berbuka, dak Mimi fikir menu nak bersahur. 

Mana mana pun tak apa kan. Menu sahur ke menu buka puasa ke sama je. Sebenarnya lagi puas hati masak sendiri daripada beli, betul tak? Semalam buka puasa pun suami ajak pergi bazar. Mimi berbuka pun makan roti bom saja. Hari ni berbuka baru masak kat rumah. Tengah memikir nak masak menu apa? Korang pula masak apa. Sharelah resipi mana tahu boleh try masak nanti . 



Post a Comment

33 Comments

  1. telur kicap tu kalo time sahur mmg berselera btul

    ReplyDelete
  2. Lauk sahur memang sedap yang simple-simple je kan. Telur kicap memang antara favourite.

    ReplyDelete
  3. mak aiii rajin ni, Mimi awal bangun masak. Akk sahur biasa2 je...menu buka. Tapi akk xmkn sgt. Amek kurma, minum air panas je pagi td. Tak de mood nak sahur pagi td

    ReplyDelete
  4. laku telur time bulat puasa ni kan.hehehe...
    nieyl pun selalu kalau xde idea masak telur je..

    ReplyDelete
  5. Sedap2 menu.. Biasa sahur ringkas2 je kan..pastu air teh.. Kenyangggg

    ReplyDelete
  6. Selluny sahur memg simple je.. Hehehw.. Swnang.. Berbuka tu yang berat sikit.. Hehehe.. Sedap je kalau dh lapar ni kan

    ReplyDelete
  7. Rajin masak... time buka ok lagi.. time sahur, malas nye nak makan nasik..

    ReplyDelete
  8. Rajin nya masak untuk bersahur. Sis time sahur makan je le apa yang ada masa berbuka tu..malas nak masak baru sebab hanya sis berdua je gan anak...lagipun time sahur anak kurang sikit nak makan

    ReplyDelete
  9. Pehh semuanya menu telur la.. Hehe.. Kita pon smlm sahur telur kicap & sup telur .. Haha

    ReplyDelete
  10. Sally dah 3 hari puasa ni masa sahur minum susu dgn roti je... Belum ada selera nak makan nasi pun... Hahaha... Kalau nak suggestion maybe sardin, sup ayam ke sup sayur, ayam goreng

    ReplyDelete
  11. Sedap juga simple menu macam ni, i like it so much.

    ReplyDelete
  12. Sedapnya menu sahur dia. Simple pun nampak sedap. Akk yang telur kicap tu mmg fav anak2. Kalau masak mmg menambah nasi

    ReplyDelete
  13. Simple2 jer menu sahur mimi. nak tiru lah..huda pagi tadi masak nasi goreng, rugi tak habis kena buang jer. Kalau masak lauk gini, konfem habis tak membazir

    ReplyDelete
  14. tq so so much for the recipes - nmpk simple and sedap! i tgh belajar masakan melayu, will use your blog as reference from now on :)

    ReplyDelete
  15. alamak terbuka pagi ni. huhu walaupun menu sahur tu simple dah ternampak post ni waktu jam 11.30 pagi.. omg tempted perut lapar nak makan.. huhu

    ReplyDelete
  16. Thanks for the delicious dish recipe. Times for me to cook it out for my family.

    ReplyDelete
  17. Telur masak kicap menu yang selamat disaat kesuntukan masa nk sediakan. Sambal telur pon sama. Memang menu yang hits untuk sahur time. Tq sharing resepi. Terbaik.

    ReplyDelete
  18. simple betul menu sahur ni. sesuai sangat BBL try masak telur masak kicap tu. dah la kena standby lauk sahur setiap hari boleh pening pikir nak makan apa hehe

    ReplyDelete
  19. Sedapnyaaa. Simple tapi nampak sedappp

    ReplyDelete
  20. Eh! Samalah menu first day! Ramai buat masak kicap je sbb plg senang dan cepat. Mula² puasa takleh makan pedas. Bahaya hehe. Tp haritu cx buat ayam masak kicap hehe

    ReplyDelete
  21. betul..lagi puas hati masak sendiri dri beli kat bazar...kalau nak beli lauk kat bazar,takut nak pilih lauk..sbb rega mahai..kita masak, boleh sekali untuk berbuka & bersahur..

    ReplyDelete
  22. menu yang simple untuk sahur memang menjadi pilihan kan akak, thanks bagi resipi esok nak cuba masak ni lah

    ReplyDelete
  23. Kak Sue hari-hari masak untuk berbuka setakat nie, kuih muih ja beli. Sahur panaskan balik lauk berbuka sedap kadang kami bersahur makan kurma ja pun dah cukup Mimie..

    ReplyDelete
  24. Wah.. Kebanyakan menu mimi menggunakan telur sebagai bahan asas.. AM kalu masak telur bila dok sensorg, adik xder baru puas.. Kalu x, mesti dia bising.. Sbb kalu mkn telur, AM kerap kentut sampai ke tido pun sempat.. Hehehe

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah, semuanya berasaskan telur. Tapi telur kicap tu nampak macam best

    ReplyDelete
  26. resipi sahur yang senang dan berkhasiat :) Selamat berpuasa dalam bulan Ramadan yang mulia ni dengan keluarga dan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  27. Kak tiap kali sahur buat nasi goreng jer...goreng telur dadar and ikan mason

    ReplyDelete
  28. Samalah kita! Menu simple ringkas cepat gini memang paling win! Confirm licin. Yg penting anak² bangun sahur.

    ReplyDelete
  29. Nak cuba la kentang ngan ikan bilis goreng telur tu..nampak sedap

    ReplyDelete
  30. menu yang simple tapi sedap..sesuai untuk bersahur... kalau berbuka pun sesuai jugak sebenarnya...biar ringkas asalkan sedap

    ReplyDelete
  31. Kita time sahur simple je kak. macam sayur goreng pagi. Baru rasa fresh kan. Tapi sejak dah 2 hari ni,kita makan nasi drngan serunding je. Tu pun dah cukup dah.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com