Lawatan PERKEP ke Gallery Vantage dan Beryl's Chocolate

LAWATAN PERKEP KE GALLERY VANTAGE DAN BERYL'S CHOCOLATE | Hai semua! Salam Ramdhan dan selamat berpuasa buat semua kaum Muslimin dan Muslimat. Tak sangka dah berpuasa kita semua. Rasa baru semalam Mimi pergi lawatan anjuran PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan tau. 



Selasa minggu lepas Mimi terlibat dengan lawatan PERKEP ke Gallery Vantage dan Beryl's Chocolate. Ada yang tak tahu lagi ke PERKEP tu apa ?Hah yang tak tahu meh Mimi explain. PERKEP ni singkatan  dari  PERSATUAN KELUARGA POLIS. Hah dah tahu dan jelaskan apa maksud PERKEP tu? 

Okey berbalik pada lawatan PERKEP ke Gallery Vantage. Masa kitorang pergi ke Gallery Vantage ni pihak Vantage ada buat jualan gudang  promosi potongan sehingga 80%.

Jualan Gudang sehingga 80%

Memang mana barang yang harga tak boleh bawa bncang tu semua turun harga kaw kaw. Jangan ditanya Mimi beli apa sebab Mimi hanya mampu tengok saja. Sebab matlamat utama nak jalan jalan je tak nak shopping sangat kat Vantage. 

Cantik juga! 

Design gold ni nice juga tapi range harga still tak boleh bawa bincang

Anyone interested with this design? 

Memang berkenan dengan design sakura ni. Cantik kan? 

Nih lagi satu. Menggoda sungguh! 

Sempat bergambar dengan barangan Vantage untuk cabutan bertuah

Ramai betul yang leka bila masuk Gallery Vantage ni tau korang. Shopping macam tak ingat nak balik. Hahaha. Yelah harga jauh lebih murah dari harga asal, mahu tak meroyan tengok. Nasib baik Mimi jenis kuat godaan.

Jadi makcik bawang jap tengok orang beli apa. Hahaha! 

Sakan masing masing shopping Vantage

Hasil rembatan di Vantage


Beli banyak banyak pun tak guna tapi buat hiasan buat apa kan. Duit yang ada baik simpan beli baju raya anak anak. Mimi pun sempat grab beg Vantage yang reject. Dari harga RM59 jadi RM15. Reject sebab pemegang zip tak ada. Tu sajalah Mimi beli sebab besar senang nak sumbat macam macam dalam beg plus beg tuh designnya cantik. 

Nampak tak beg yang pegawai Mimi pegang tu. Hah tuhlah beg yang Mimi beli tuh. Kitorang sama sama beli beg ni sebab cantik dan besar. 


Ada je ahli PERKEP yang lain shopping sakan .Beli magic pan Siti Nurhaliza lah, periuk lah. Ada yang shopping untuk orang pun ada.

Wefie kat luar gallery sambil tunggu yang lain shopping

Candid? 

Kemain lagi masing masing

Wajah happy memasing lepas shopping



Nampak tak hasil memancing dekat Vantage


Lepas selesai shopping sakan kat Gallery Vantage kitorang singgah kilang Beryl's Cookies dan berkesempatan lihat depan mata macam mana biskut Beryl's dibuat. Sorry takde gambar sebab dilarang ambil gambar katany. Kat sini Mimi tak beli pun cookies. Then kitorang terus gerak pergi kilang Beryl's Chocolate. Tapi tak masuk kilang pun. Datang sini sebab nak shopping coklat. Mimi sempat lah beli coklat untuk diri sendiri dan anak anak. Sempat juga belikan coklat yang officemate kirim. 

Coklat untuk anak anak. Memang seda ! 

Selesai shopping, Mimi rushing singgah Petronas berdekatan untuk solat. Lepas solat terus singgah restoran berdekatan untuk makan. Alhamdulillah, lawatan PERKEP dipermudahkan walaupun berlaku sedikit kekeliruan. Kitorang selamat sampai IPK jam 5.05 petang. Lepas ni tak tahu apa lagi aktiviti menarik yang PERKEP Kontinjen akan anjurkan. Sama sama jelah tunggu ya. Oklah see again next entry. Bye! 

Post a Comment

18 Comments

  1. ermm lama tak dengar perkataan PERKEP ni, biasalah dulu ayah polis kan. best betul ek ada trip jejalan bagai, seronok shopping

    ReplyDelete
  2. wah.. cantik2 corak pinggan mangkuk dia.. adoi.. sape tak kenal vantage kan.. er.. vintage ke vantage TB pun confused.. hehehe.. apa-apa pun TB tahu pinggan jenama tu memang cantikkk.. amboih gambar hujung sekali tu.. cekelat.. i likeee

    ReplyDelete
  3. cantiknya design pinggan dan mangkuk tu, ni kalau beli bagi nenek dekat kampung mesti dia suka. Coklat beryl memang favourite zul, selalu beli dekat aeon buka kudap waktu kerja

    ReplyDelete
  4. Kalau dah pergi rombongan dengan geng makcik-makcik bawang ni mesti meriahkan hehehe seronok tengok dapat beli produk tak nak mengalah Vintage lak tu kau mampu heheheheh wakakakak...

    ReplyDelete
  5. Pergh syoknyaa tengok.. Dapat jalan-jalan ke sini.. Pergi kedai cokllat kedai vintage.. Alahii memg menggoda barang dia.. Kalau boleh tahan nafsu, tengok jela mampu kan.. Hehhhee..

    ReplyDelete
  6. Best betul dapat shopping macam2. Ehhh pinggan tu cantik betul lah..klasik. Kalau sis join sure sis target pinggan mangkuk tu

    ReplyDelete
  7. Cantiknya barang-barang dekat sana. But i am not very much into this. So tak pernah beli pinggan mangkuk macam ini. Maybe will buy once i have my own home.

    ReplyDelete
  8. Boleh sawan tgk pinggan mangkuk kat sini. Semua cantik dan menarik. Mesti harganya jauh lebih murah dari pasaran

    ReplyDelete
  9. Wow! Memang nampak gigih memborong kat Vantage tu. Tapi kalau Rawlins yang jenis mudah terpengaruh, memang ada gak terbeli sebab harganya memang jauh murah tu.

    ReplyDelete
  10. Lepas jadi mak-mak ni, kita pun suka sangat kumpul pinggan mangkuk kuali periuk bagai. Boleh lah datang ke sini tambah koleksi

    ReplyDelete
  11. Eh entry bahaya ni. Seakrang ni tak tau la sindrom mak mak kot dah kene dekat saya. Asal nampak pinggan mangkuk cantik je, mesti rasa nak bli tapi sebab rumah kecil dapur tak ada ruang nak simpan, kite pendam je la perasaan tu

    ReplyDelete
  12. seronoklah PERKEP ni mcm2 aktiviti diorang buat..cantik2lah pinggan mangkuk vintage tu..aduii kuat sugguh iman mimi..tak tergodo ye..tp vintage ni mmg tahan lama..

    ReplyDelete
  13. set sakura vantage memang lawa ...corak yang evergreen sampai bila2 ....ni kalau ai pergi sini bawak mak tak tahulah nanti borong berapa troli ...

    ReplyDelete
  14. Wow my mom memang minat pinggan mangkuk and periuk masakan jenama ni. Kat rumah ada banyak display the tea set and also dining set.

    ReplyDelete
  15. Allahu, ibu tak boleh tahu pasal hal nie. kalau tak, nanti habis banyak betul dia borong. tp bagus betul yer jualan gudang nie, harga runtuh gila. cantik2 pulak tu

    ReplyDelete
  16. Akak pi tengok Vantage atau coklat??? hahahah. saya dah la suka periuk dan pinggan tu. Cantiknya!!!!

    ReplyDelete
  17. Aduhhhh.... Bahaya sungguh entri ni. Kita dah laaa suka. Coklat dan peminat Vintage. Kalau ikut ni mau kita borong banyakkkkk. Hahaha

    ReplyDelete
  18. dulu masa remaja suka datang kilang beryl sebab dpt beli coklat murah-murah. Pinggan mangkuk tak pandang. Skg dah jadi mak orang aduii baru paham perasaan mak mak kita terhadap pinggan mangkuk. Pinggan gold tu nampak mewah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com