KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA

KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA| Hai semua! Selamat Bercuti dan Selamat Hari Pekerja buat semua! Semalam ada masa terluang kan Mimi tengoklah satu video ni. Memang bagi inspirasi sangat sangat pada Mimi tau. 

Kisah seorang lelaki OKU yang hanya mampu menggerakkan hanya 3 jari saja tapi kejayaan lelaki 3 jari ni jadi inspirasi untuk lebih berjaya. Rasa sedih sangat bila tengok video luahan hati beliau. Rasa terus bersemangat pula nak berjaya dalam hidup lepas tengok video beliau. Lelaki yang Mimi maksudkan ni ialah Khairul Nizam pengasas Jamumall.



KEJAYAAN LELAKI 3 JARI INI JADI INSPIRASI UNTUK LEBIH BERJAYA



Apa kata korang tengok video pengasas Jamumall ni. Memang membakar semangat dan beri korang sumber inspirasi untuk mengecap kejayaan sama seperti beliau. Cuba fikir, sedangkan beliau yang kurang upaya pun mampu berjaya dan menjadi usahawan terkenal, apa entah kita yang telah dijadikan sempurna? Betul tak? Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya. Jom tengok video kat bawah ni serta luahan hati beliau.




Diusia 30 .. dgn keadaan cacat .. aku betsyukur dgn kehidupan .. aku berjaya membina satu syarikat jamumall sdn bhd , dan membina platform jualan jamumall.com .., aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yg mewah , mampu travel ke dubai , korea , japan, australia dan byk negara aku dan sampai.. yg paling best aku dpt sediakan rumah meeah utk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ...




Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku , nak byk duit mcm aku , nk bahagiakan family mereka mcm aku .. tapiii adakah mereka sekuat aku??

Lihatlah aku ...

kehidupan aku dulu tak mcm ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku.. makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian .






Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari , bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile sy haus , lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa , nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yg nak aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar .. kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ... 



Aku melihat ramai yg malas untuk ubah hidup sendiri  , ramai yg suke bg bermacam alasan bile bekerja, ramai yg cepat giveup bile ade cabaran !! 

Ramai cube memilih untuk kerja senang , taknak susah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bg duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ... 





Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat the best kehidupan adalah atas dasar bersyukur .. bersyukur dengan nikmat yg allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk beri manfaat pada org lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dpt melihat kegembiraan , senyuman ramai org2 disekeliling aku ..


Kini aku sedar .. untuk berjaya dlm kehidupan , pekerjaan , mahupun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yg kuat , kasih syg yg hebat , keberanian yg tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yg berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..



Dan semua value yg ade dlm diri aku akan aku bawakan kedalam semua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit , bersemangat , dan berjaya !!! 

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan org sekeliling .. anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi.. kite je mampu ubah diri kita!!



Selepas tonton video ni, memang jauh di sudut hati Mimi sangat hormat dan tabik dengan kesungguhan beliau untuk berjaya. Walaupun pergerakan beliau terbatas tapi beliau tidak berputus asa untuk menjadi insan yang berjaya.

Kalau beliau boleh berjaya kita juga boleh berjaya, betul tak? Tak kisahlah apa pun bidang kerjaya yang kita ceburi jangan sesekali kita mudah putus asa saat diuji oleh Allah SWT tapi anggaplah itu sebagai satu pemangkin untuk kita lebih berjaya. Buat korang semua, kita juga mampu berjaya sama seperti Khairul Nizam.

Nak kenal lebih dekat siapa insan bernama Khairul Nizam ni? Korang boleh layari dan follow Khairul Nizam :


FB : 

PAGE : 

IG: 


Post a Comment

34 Comments

  1. Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?

    ReplyDelete
  2. Kisah yang memberi inspirasi. Kekurangan upaya bukan penghalang untuk berjaya kan.

    ReplyDelete
  3. Oh rupenye jamumall ni dia punya. Bagus betul semangat dia. Walaupun ada kekurangan macam ni, dia tak pernah berhenti berusaha. Tabik spring

    ReplyDelete
  4. Kejayaan beliau sgt memberikan inspirasi utk kita semua..jom berusaha

    ReplyDelete
  5. Mmg inspired... Kita yg normal pun kadang kala rasa susah, bayangkan la dia yg kurang upaya tp masih berjiwa kental!

    ReplyDelete
  6. Inspired betul dengan kisah beliau...moga ia menjadi titik tolak buat kita sama-sama.

    ReplyDelete
  7. Beliau sangat berjiwa besar... Inspirasi yang hebat kepada rakyat malaysia..

    ReplyDelete
  8. Hebat la. Rupanye dia ni founder jamumall yang popular tu. Gigih dia. Semuga Maju jaya dalam bidang perniagaan online ni.

    ReplyDelete
  9. wah ni betul-betul inspire ni. tak sangka walaupun serba kekurangan tapi mampu berjaya. malu pulak kita yang cukup sifat tak boleh berjaya macam beliau. BBL pernah jumpa time majlis kahwin adiknya baru-baru ni

    ReplyDelete
  10. Kita yang normal ni rasa macma tercabar sangat bila lihat orang macam beliau ni mampu berjaya dengan sendiri dan juga tidak menyusahkan orang lain. Satu yang patut kita jadikan Ikon kepada golongan muda untuk terus maju jangan bergantung pada bantuan semata-mata...

    ReplyDelete
  11. Bagus semangat dia untuk berjaya walaupun kurang upaya.. Kita pun rasa bersemangat nak ikut jejak dia

    ReplyDelete
  12. Sangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.

    ReplyDelete
  13. Harini penuh dekat wall facebook pasal beliau. Sekarang baru tahu betapa hebat, cekal dan terinspirasinya dengan kisah beliau. Hebat! Tak semua orang berjiwa kental macam beliau. Tabik spring! Apa je alasan kita yang sihat ni? Jika beliau mampu, kenapa tidak kita?

    ReplyDelete
  14. tersentuh hati ni tengok video tu. kisah beliau, harus dijadikan pemangkin untuk kita terus berusaha 👍👍

    ReplyDelete
  15. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    ReplyDelete
  16. Ramai post pasl dia.. Tak sangka owner jamumal dia punya.. Terbaikla.. Rasa malu bila tgk dia mampu berjaya, kita yang sempurna m ni je.. Hehee.. Ni yang buat tambh semangat ni nak berjaya

    ReplyDelete
  17. Dia memang manusia hebat. walaupun OKU tetap tak pernah putus asa untuk majukan diri dan berjaya. malu pulak bila tengok dia. Dia melalui frasa susah yang lebih sukar sebelum berjaya seperti sekarang. Kita manusia normal kena belajar dan rasa malu dengan dia

    ReplyDelete
  18. terus rasa nak klik lagi baca lanjut pasal dia.. nak tau kisah yang buat dia termotivasi untuk berjaya sampai ke tahap ni.. sebab kita yang normal pun masih hidup di peringkat yang biasa-biasa je..

    ReplyDelete
  19. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.
    Bila tengok pengasas jamumall ni, Allah.. Rasa macam sebak. Pernah mengalami kegagalan, namun tak patah semangat.

    ReplyDelete
  20. Sangat tabik dengan semangat dia utk berjaya ya. Rasa terinspirasi. Yelahhh, kita yg sempurna pon x berjaya mcm dia dan x sekuat dia. Semoga beliau terus maju dan berjaya. Buktikan kurang upaya bukan penghalang.

    ReplyDelete
  21. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    ReplyDelete
  22. Terharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.

    ReplyDelete
  23. Sbenarnya sy br tau beliau pengasas JamuMall. Mmg respek sgt2 dgn kejayaan beliau

    ReplyDelete
  24. Sebak betul baca cerita kehidupan En Khairul Nizam ni. Banyak liku-liku kehidupan yang beliau lalui tetapi boleh mengukir kejayaan tanpa menghiraukan halangan yang ada. Bagus cerita ni

    ReplyDelete
  25. MasyaALLAH Subahanallah kagum sangat!!!, walaupun OKU tapi semangatnya besar!!!, malu pada diri sendiri yang lebih sempurna dari dia tapi tak punya apa sangat. terinspirasi sangat!!. tq post entry ni :)

    yanmie
    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  26. Bagus. Kalau nak berjaya tiada apa-apa halangan sebenarnya. Bila insan istimewa macam ini pun boleh berjaya, tiada alasan untuk manusia yang sempurna badan fizikal.

    ReplyDelete
  27. OKU bukan alasan beliau untuk berjaya

    ReplyDelete
  28. Bangga sungguh tengok kejayaan saudara khairul nizam ni. Oku bukan penghalang beliau malah menjadi pemangkin untjk beliau terus berjaya. Semoga dipermudahkan urusan beliau

    ReplyDelete
  29. Sangat-sangat memberi inspirasi buat semua.. kita yang sempurna pun tak setabah dan sekuat Khairul Nizam.. moga Allah sentiasa memberikan rasa gembira dan hidup yang tenang buat Khairul

    ReplyDelete
  30. semoga kita yang sempourna sifat ni ambik kisah kejyaan beliau sebagai sumber inpirasai ...rasa2 nak down atau nak feeling gagal sila hadam apa yg saudara kita ni buat ....semoga ia bisa menjentik semangat ke dalam hati kita supaya kita kuat berusaha dan janagan berhenti untuk mncuba biarpun kita pernah gagal

    ReplyDelete
  31. He is so inspiring and determine to make it a success.

    ReplyDelete
  32. kecekalan dan semangat beliau untuk berjaya tu memang memberi inspirasi..apatah lagi beliau adalah seorang OKU...maka kita semua boleh mendapat semangat itu

    ReplyDelete
  33. Bagusnya kisah dia ni.. Mcm2 dugaan dia ada tapi dia bangkit utk berjaya kan kak.. Betul2 memberi inspirasi buat ank muda seeperti kita

    ReplyDelete
  34. Memang sgt berinspirasi. Tengok video tu memang sayu dan rasa malu bila dah kita yg sempurna tak usaha sungguh2 dan mudah mengalah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com