Sabtu, 18 Mei 2019

RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

10:30:00 PTG 5 Comments
RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA  | Hai semua! Dah beli kasut raya dan beg raya ke? Kasut raya anak anak dan suami dah siap beli lagi dua hari nak puasa. Mimi tak beli kasut raya pun beli kasut untuk pakai pergi kerja saja. Dan semestinya kasut raya yang family Mimi beli dari Bata Malaysia. Kasut dari Bata memang jadi pilihan sebab ada pelbagai design dan tahan lama. Tahun ni memang family Mimi Raya Sakan dengan Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin gitu! 

Memandangkan tahun ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin,  ia menawarkan pelbagai design dan corak yang menarik di samping promosi yang best dan buat korang nak beli dan beli lagi. Hah gitu!



RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA

Mimi tak beli pun kasut raya tahun ni sebab kasut raya tahun lepas masih elok dan nampak baru lagi tau! Dah semestinya kasut tu Mimi beli di Bata masa bulan puasa tahun lepas. 


Jadi, raya tahun ni Mimi nak beli beg raya pula. Dah bertahun tak beli beg baru kali ni kita shopping beg!

Nak tahu beg mana jadi pilihan hati Mimi baca sampai habis ya. Jom cuci mata dulu tengok koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama!

KOLEKSI RAYA SAKAN DENGAN BATA RAYA BERGAYA

Masuk Bata memang hati kena kental. Kalau tak, rasa nak borong semua tau! Semua koleksi nampak cantik dan elok saja di mata. Yelah jenama Bata kot! Jenama paling mendapat tempat di hati pelanggan! Selesa, harga murah dan mampu milik gitu! Mohon bertabahlah baca entry Mimi ni ya. Agak mana yang berkenan terjah cepat cepat kedai Bata yang berhampiran! 

Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Beg Wanita






Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Wanita








Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Lelaki dan Kanak Kanak






Ini baru sikit tau korang. Ada pelbagai lagi koleksi design dan corak kasut serta beg yang cantik cantik! Yang penting kualitinya terjamin dan harga mampu milik. 

APA MIMI BELI DI BATA SEMPENA PROMOSI BATA BERGAYA BERSAMA

Nak dijadikan cerita, masuk saja outlet Bata, Mimi jadi rambang mata tengok koleksi baru yang ada. Baik kasut mahu pun beg. Memandangkan misi utama Mimi nak beli beg jadi koleksi terbaru beg yang ada di Bata terus Mimi terjah. Dah nama pun perempuan kan, bab membeli memang ambil masa berjam lamanya. Yelah bukan senang nak puaskan hati. Nak nak suami pula pengaruh kuat! Ambil ni cantik yang ni tahan lasak... Ishhhh buat hati berbelah bahagi sungguh!




Kalau membeli memang Mimi suka belek dan check sesuatu barang tu sebab nak bagi puas hati. Dari segi jahitan, kekemasan, keselesaan dan fungsi semua tu memang Mimi ambil berat. Tapi koleksi di Bata Malaysia tak pernah mengecewakan okey! Mesti korang tertanya tanya antara koleksi terbaru beg raya Bata Bergaya Bersama yang ada mana satu jadi pilihan Mimi. 

Bila up status di facebook kebanyakan teka Mimi akan ambil beg yang kanan sekali tu, warna pink belacan! Yelah peminat pink tegar katakan mestilah orang akan teka warna pink belacan. Sebenarnya Mimi tak pilih warna pink belacan tau! Tapi warna lain! Nak tahu warna dan design apa Mimi pilih tengok sajalah gambar di bawah.

.



..



...



....


.....

Tada!!!!!!! 


Beg warna blue black jadi pilihan Mimi. Sebelum ni beg dah ada warna pink belacan takkan nak beli warna yang sama lagi betul tak? Tahun ni pilih beg warna lain. Dah lama tau aim backpack macam ni. Akhirnya berjaya juga beli beg idaman! Yeayyyy!! 

Korang yang belum shopping beli kasut raya ataupun beg raya cepat cepat singgah Bata Malaysia berhampiran dengan korang tau! 



Sekarang ni Bata  Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin menawarkan promosi yang best buat korang! Dengan setiap pembelian RM149 ke atas dalam satu resit korang akan dapat jam tangan dan bracelet Marie Claire secara PERCUMA dan juga dapat baucer bernilai RM25 di mana korang boleh tebus baucer tersebut untuk pembelian yang seterusnya. 

Kalau korang berbelanja RM99 ke atas pula korang akan akan dapat baucer bernilai RM25. Hah! Berbaloi ke tak shopping sakan di Bata? Berbaloi sangat kan!



Kalau korang tak berkesempatan nak terjah mana mana outlet Bata Malaysia berhampiran, korang juga boleh beli layari web Bata Malaysia untuk lihat koleksi terbaru dan terkini dari Bata !

Domino’s ‘Unite’ dengan Mobile Legends dalam 515 Quest

1:03:00 PTG 3 Comments
Rakyat Malaysia Nikmati Personal Pizza RM5 & Regular Pizza RM15

Rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmati sajian yang sungguh istimewa apabila Domino’s Pizza berkolaborasi bersama Mobile Legends untuk melancarkan kempen ‘United We Win’. Dalam kempen ini, pelanggan boleh merebut tawaran hebat dan menarik bersama Domino’s dan juga berpeluang untuk bertarung bersama-sama rakyat Malaysia lain, menyelamatkan dunia dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang!



Ditubuhkan oleh Moonton, permainan popular Mobile Legends: Bang Bang telah dipilih sebagai acara pingat di Sukan Asia Tenggara (SEA) 2019 yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Filipina. Malaysia adalah antara beberapa negara yang akan melancarkan kempen global Mobile Legends ‘515 Unite Day’ yang bakal menghimpunkan para pemain dan individu lain untuk menyelamatkan dunia. Kempen ‘United We Win’ anjuran Domino’s akan menyokong ‘515 Unite Day’ dengan matlamat menarik penyertaan baharu dalam permainan. Di samping itu, di dalam kempen ini, mod permainan baharu akan dilancarkan sambil peserta berusaha mematahkan serangan kuasa gelap yang bakal menjelma. 

Menurut Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino’s Pizza Malaysia dan Singapura, “Di Domino’s, kami tetap berpegang teguh pada janji kami ‘It’s All About You’. Kerjasama kami dengan Mobile Legends bagi kempen ‘United We Win’ mencerminkan janji Domino’s untuk membawakan pengalaman baharu dan menarik kepada pelanggan serta merapatkan silaturrahim menerusi piza dan gaming. Kempen ini juga menekankan sokongan berterusan Domino’s kepada industri esports yang kian berkembang. Domino’s mengiktiraf potensi besar esports dalam kalangan rakyat Malaysia dan kami berusaha menjadi sebahagian daripada gaya hidup mereka dengan membuka pelbagai peluang keemasan. Justeru, Mobile Legends ialah platform yang sesuai untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan esports kegemaran mereka, dan kami gembira untuk menganjurkan satu-satunya permainan persahabatan seperti ini demi hiburan masyarakat. Rakyat Malaysia sudah pasti akan menikmati tawaran ‘515’ kami yang luar biasa dan juga bersuka ria bersama rakan-rakan dan orang yang tersayang dalam kempen ini.”


Mobile Legends: Bang Bang ‘515 Unite Day’ berlangsung dari 20 April hingga 8 Jun 2019. Sempena dengan ‘515 Unite Day’, kempen Domino’s x Mobile Legends ‘United We Win’ yang diadakan dari 29 April hingga 23 Jun 2019 akan menyaksikan pelbagai promosi hebat bawa pulang ‘515’ Domino’s termasuk Personal Pizza daripada harga RM5, yang memberikan penjimatan RM7.90 dan Regular Pizza darpada harga RM15, untuk penjimatan RM14.90. Personal Pizza serendah RM5 ialah tawaran nilai luar biasa Domino’s, sejajar dengan matlamat jenama untuk membawakan tawaran Ohsem Hari-Hari kepada rakyat Malaysia. Ditawarkan setiap hari sepanjang minggu, rakyat Malaysia mempunyai 13 perisa untuk dipilih menerusi Ohsem Hari-Hari.


Untuk lebih banyak lagi penjimatan, pelanggan boleh membeli United We Win Combo, yang menawarkan 1 Regular Pizza,  1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM24.90, untuk penjimatan RM15.90 atau 2 Regular Pizza, 1 Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix pada harga hanya RM39.90, iaitu dengan penjimatan RM21.85. United We Win Combo disediakan dengan penghantaran percuma, dengan jaminan penghantaran 30 minit. Tambahan lagi, pelanggan boleh menyertai peraduan ‘United We Win’ Domino’s dengan setiap pembelian Personal Pizza RM5, Regular Pizza RM15 atau United We Win Combo. Pelanggan berpeluang untuk memenangi patung kecil Miya Edisi Terhad, Set Parti Domino’s, Grafik Kagura Soryu Maiden (Epic), dan banyak lagi.


Nelson Woon, Pengurus Pemasaran Serantau (Asia Tenggara) Moonton berkata, “Kami benar-benar teruja untuk berkolaborasi bersama Domino’s Pizza dalam kempen ‘515 Unite Day’! Esports kini semakin menarik perhatian orang ramai di Malaysia dan Majlis Olimpik Asia telah menyedari nilai tontonan dan kandungan bagi esports kini mengatasi sukan tradisional. Sebagai acara esports pertama yang disahkan masuk Sukan SEA 2019, rakyat Malaysia pasti tidak sabar untuk mencuba permainan ini bersama rakan dan keluarga, sambil menikmati piza lazat daripada Domino’s. Kami berharap kerjasama seperti ini akan terus menambat hati dan selera rakyat Malaysia.”

Mencerminkan cogan kata esports Domino’s, “Gaming is Pizza Party Time!’, ‘United We Win’ telah menyaksikan persaingan hebat antara tokoh-tokoh permain popular sambil mereka berganding bahu dengan rakan sepasukan untuk menumbangkan “Enemy Crystal”. Ini adalah kali pertama Domino’s Pizza Malaysia menganjurkan sesi permainan secara langsung di cawangannya, menawarkan piza lazat dan hidangan sampingan kepada penonton yang menyaksikan paparan secara langsung dan ulasan mengenai pertempuran yang berlaku daripada pengulas permainan.


Pasukan yang bersaing untuk menjulang kejuaraan termasuk Sterk Production, eGG Network, Sultan Army, Todak, Ai Gaming dan Team Bosskurr Pusher. Dalam Pertandingan Akhir, pasukan pilihan Bosskurr Pusher telah bersaing menentang Todak dalam perlawanan sengit yang mendebarkan para penonton. Akhirnya, Todak berjaya memusnahkan “Enemy’s Crystal” dan dinobatkan sebagai juara, sekaligus membawa pulang Hadiah Utama berupa wang tunai RM2,000.

Sebagai sebahagian daripada matlamat kempen untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia menyertai perjuangan menyelamatkan dunia, ‘515 Unite Day’ telah dilancarkan di Pulau Pinang dan Kedah. Untuk mendekati lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara, kempen ini akan singgah di AEON Station 18, Ipoh pada 1 Mei, Sunway Pyramid, Selangor pada 4 Mei, Domino’s Pizza Bandar Baru UDA, Johor Bahru pada 11 Mei, sebelum menutup tirai di Fahrenheit88, Kuala Lumpur pada 18 Mei. Rakyat Malaysia berpeluang untuk menemui selebriti, menyaksikan pasukan profesional bersaing sengit dan juga menyertai pertandingan tarian dan cabutan bertuah menarik. Domino’s Pizza juga akan menawarkan piza percuma dan tawaran nilai luar biasa di setiap persinggahan tersebut. 


Berkongsilah saat-saat menarik Mobile Legends anda bersama Domino’s di media sosial dan tag kami dengan @DominosMy, #DominosMy, #515Unite dan #MLBB. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen ‘515 Unite Day’ bersama Domino’s Pizza dan Mobile Legends, sila klik pautan berikut:

Selasa, 14 Mei 2019

Kek Viral RM10 Isma Bakery Port Dickson

8:38:00 PG 42 Comments
KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON| Hai semua! Selamat berpuasa bagi kaum Muslimin dan Muslimat . Kat sini siapa suka makan kek angkat tangan! Hah Mimi nak share dengan korang pasal KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON! Memang murah dan sedap . 

Sebelum ni mana nak dapat kek yang sedap dan murah. Susah nak dapat. Sekarang ni dah ada kek dijual murah dan sedap. Tak percaya? Hah sebelum puasa, Mimi ada beli kek viral RM10 Isma Bakery Port Dickson tau. Serius memang sedap keknya. Dahlah lembut murah pulak tu! 

KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON



Mula mula Mimi tak tahu juga pasal kek viral RM10 ni. Biasa beli dekat kedai bakery lain harga standard cecah RM28 dan keatas walaupun kek tu saiz kecil dan 1/2kg. Mimi tahu kewujudan kek viral RM10 ni pun daripada adik sepupu. Dia beli kek untuk sambut hari lahir staf di tempat kerja dia. Bukan satu tapi dia beli lebih dari 5 biji. Tak ingat exact amount kek yang dia beli masa tu. Tapi memang banyak. Macam macam flavour ada dijual. Siap share dekat group whatsapp family lagi. 

Dia siap promote cakap kek sedap dan murah. Bila dia beritahu harga Mimi cakap dia membongak. Mana tanya aje gila kek macam tu harga murah. Tak puas hati Mimi usha FB pula. Bila tengok memang betul murah kek yang dijual. Hah apa lagi dah alang alang pejabat nak buat majlis bacaan yassin dan tahlil sempena sambut Ramadhan dan nak sambut hari lahir staf, Mimi pun order kek di Isma Bakery.

Mimi order 4 biji kesemuanya. Setiap kek berat 1/2kg ya. Harga setiap kek RM10 tapi memandangkan Mimi beli waktu promosi 2 BIJI KEK 1/2 KG RM15 so total yang Mimi bayar 4 biji kek RM30. Hah murah tak? 



Kek yang Mimi order ialah kek Tiramisu untuk birthday Januari, kek Pandan Gula Melaka untuk birthday Februari, kek Red Velvet untuk birthday March dan kek Blueberry Cheese untuk birthday April. Majlis 03 Mei so Mimi pick up 02 Mei petang selepas balik kerja. Gigih dari Seremban ke Port Dickson nak ambil kek.


Tiramisu
Coklat Vanila




Red Velvet
Blueberry Cheese




Masa sampai Isma Bakery tu jangan cakaplah memang penuh orang tau. Ada yang datang nak ambil kek yang ditenpah, ada yang datang nak tuntut kek percuma dan ada yang walk in nak beli kek terus.

Tapi masa nak ambil kek yang ditempah Mimi kecewa sikitlah, sikit je sebab kek Pandan Gula Melaka yang Mimi tempah tak ada. Sebenarnya memang staf dah asingkan tapi tak tahu mana silapnya kek tu tak ada. Mimi pun tak pastilah apa yang jadi. 

Kecewa memang ada TAPIIII kekecewaan Mimi terubat bila staf offer gantikan dengan kek lain. So kek Pandan Gula Melaka digantikan dengan kek Chocolate Vanila. Mimi pun tak suka nak bising bising yelah sebab benda kecilkan. Mungkin ada yang cakap "Eh dah bayar mana boleh macam tu, kenalah tuntut juga." Ya, memang dah bayar tapi benda yang berlaku kecil je, benda boleh settle buat apa nak gaduh, betul tak? Hah gitu!


Credit gambar : Is Ma

Di Isma Bakery bukan kek saja ada dijual tau, ada juga dijual aiskrim, biskut, kerepek dan pelbagai lagi. Semua harga yang dijual memang berpatutan. Kek birthday yang korang nak tempah ikut tema macam tema Frozen ke, Minion ke, Unicorn ke semua Isma Bakery boleh buat. Harga kek yang ditempah ikut tema ni harganya bukan RM10 tau tapi harga lain tapi still murah. Sebab apa? Sebab Isma Bakery buat kek bertema ni ikut bajet yang korang mampu.


                               Credit gambar : Is Ma


Credit gambar : Is Ma

Selain daripada beli kek viral RM10, Mimi ada juga beli cheese kek leleh di Isma Bakery. Harganya RM15. Memang sedap dan lembut tau korang. Berbaloi sangat beli. Kira rasa kek tu berbaloi dengan harga yang dijual.



APA ISTIMEWANYA ISMA BAKERY PORT DICKSON?

Hey banyak istimewanya ISMA BAKERY ni tau. Antaranya ialah : 

1) stafnya sopan dan ramah

2) aneka kek sedap dan murah


Credit gambar: Is Ma


Memang murah nau nau. Sedap tak payah cakap. Dahlah sedap, lembut pulak tu.

3) promosi yang tak masuk akal

Sekarang ni ada promosi 2 biji kek 1/2kg harga RM15. Hah murah tak? Tak masuk akal promosi kek ni. Hahaha... 

4) kek percuma hari lahir

Sepanjang 2019 ni ada tawaran kek percuma hari lahir. Sekarang bulan Mei. Yang mana hari lahir dah lepas jangan gatal gatal nak tuntut. Dak Mimi luku kang. Yang hari lahir akan datang ni korang boleh tuntut di Isma Bakery. Contoh birthday korang 15 Mei ni korang boleh tuntut kek free di Isma Bakery dengan syarat korang bawa ic original atau fotostat untuk tujuan pengesahan ya. Tapi sekiranya masa tarikh hari lahir korang nak tuntut kek tu bakery tutup korang boleh je datang keesokkan hari untuk tuntut. Faham?

5) buat giveaway

Isma Bakery ni suka buat giveaway bagi kek free atau kek harga RM0.10 untuk followers di Facebook. Belum pernah lagi Mimi tengok bakery lain buat macam ni. Ni first bakery yang Mimi tengok buat macam ni tau.

Isma Bakery ni bukan untuk orang Port Dickson atau Seremban sahaja ya. Yang duduk di luar kawasan pun boleh datang beli atau tempah kek kat sini. Nak tuntut kek free pun boleh (sila rujuk point no 4 di atas)

Kalau korang masih tak percaya atau was was hah pergi terjah FB Isma Bakery follow rapat rapat    atau korang guna je waze atau maps taip "Kedai Kek Isma Bakery" memang korang akan sampai betul betul depan bakery. Oh ya lupa nak beritahu korang, Isma Bakery ni terletak di kawasan perumahan tau. Isma Bakery ni betul betul di corner lot.

Info lanjut mengenai KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON layari :

Facebook: Is Ma

Isnin, 13 Mei 2019

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

12:08:00 PTG 6 Comments
Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal.



Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa. 

Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut.



Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.”



Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.” 

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.



Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.



MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut.  Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan. 



Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.”

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.

M1 LUMINENCE SERUM 24K GOLD MEMBANTU DALAM PENGHIDRATAN, KEREMAJAAN DAN PENCERAHAN KULIT WAJAH

1:21:00 PG 32 Comments
M1 LUMINENCE SERUM 24K GOLD MEMBANTU DALAM PENGHIDRATAN, KEREMAJAAN DAN PENCERAHAN KULIT WAJAH| Hai semua! Macam yang pernah Mimi kongsikan sebelum ni yang Mimi memang sejenis penggemar serum. Tak lengkap skincare kalau tak ada serum. Serum sangat penting untuk memastikan kulit wajah sihat dan cantik. Betul tak?

Siapa tak suka dengan kecantikan? Semua orang suka. Kalau tak suka ada something wronglah dengan orang tu jawabnya kan. Cerita pasal serum, Mimi sekarang ni menggunakan serum yang lain daripada serum yang Mimi gunakan sebelum ni. Serum yang Mimi maksudkan ialah M1 Luminence Serum 24K Gold dari Mireina Cosmetics. Nak tahu lanjut pasal serum ni, jom baca sampai habis.



M1 LUMINENCE SERUM 24K GOLD MEMBANTU DALAM PENGHIDRATAN, KEREMAJAAN DAN PENCERAHAN KULIT WAJAH




Untuk pengetahuan korang M1 Luminence Serum 24k Gold ni merupakan serum yang terhasil dari gabungan alam semulajadi dan teknologi Sains. Terhasil dari gabungan 9 bahan ekstrak semulajadi dimana formula yang dihasilkan memberi kesan sangat efektif kepada kulit wajah. M1 Luminence Serum ini membantu dalam penghidratan, keremajaan dan kecerahan kulit wajah. Yang paling bagusnya serum ini telah diuji secara dermotologi dan tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Kalau korang nak tahulah kan serum ni diformulasikan oleh doktor pakar aestetik gitu. 

Bukan senang nak beli produk kecantikan ni. Bukannya main hentam kromo je bila nak membeli. Kita mesti nak tahu macam mana serum terhasil, adakah selamat digunakan. Apa pula kandungan bahan yang digunakan. Semua tu kita kena ambil tahu, betul tak? 

KANDUNGAN BAHAN SEMULAJADI YANG ADA DI DALAM M1 LUMINENCE SERUM 24K GOLD



Hah korang mesti tak sabar nak tahu kandungan bahan utama dalam M1 Luminence Serum ni kan? Serum ini juga mempunyai product safety certificate. Korang boleh tengok gambar di bawah untuk rujukan.

M1 Luminence Serum  ni  megandungi ekstrak semulajadi seperti : 

Pyrus Malus (Apple) 




Epal merupakan astrigen  semulajadi  yang membantu pori pori besar kelihatan kecil untuk kulit muka jenis berminyak. Sifatnya yang mengetatkan menjadikan epal sesuai dijadikan sebagai toner. Kandungan Vitamin C yang kaya dengan kombinasi manfaat astringen juga membantu membersihkan jerawat dan meremajakan  kulit yang mengalami penuaan. 

Esktrak Daun Camellia Japonica




Daun Camellia Japonica menunjukkan aktiviti antioxidatif yang tinggi serta kandungan anti yang lain kerana mengandungi kandungan sebatian polifenol. 

Tricholoma Matsutake




Ia juga dikenali sebagai cendawan pain. Ia juga menunjukkan sifat antioksidan bioaktif, immunomodulatoey dan sifat antitumoral yang kuat. Ia berkesan merawat anti kedut kerana ia menghalang degradasi kolagen dan gentian anjal. 

Galactoarabinan



Ia bertindak sebagai penambah pengelupasan. Dengan peningkatan kadar perolehan sel kulit hasil pengurangan garis halus, kedut dan juga menegangkan kulit. Galactoarabinan mengurangkan kehilangan air transepidermal (TEWL) yang membolehkan penghalang kulit kita lebih berkesan dalam mengekalkan kelembapan. 

Ekstrak Akar Mulberry Kertas



Komponen aktif dari ekstrak ini menunjukkan melanogenesisi yang unggul (menghentikan pengeluaran pigmen) dan juga menawarkan manfaat, antioksidan dan pencerah kulit. 

Ekstrak Teh Hijau



Bukti saintifik menunjukkan keupayaan teh hijau dalam mengurangkan warna kulit, melindungi sel (terutama dari kerosakan sinar UV), antipenuaan dan juga mengurangkan keradangan. 

Alpha Arbutin 



Bahan pencerahan kulit semulajadi dari ekstrak bearberry. Blok pengeluaran melanin (pigmen) oleh enzim pigmen (tyrosinase) 

Morus Alba Bark



Bahan semulajadi yang kuat dengan memberi kesan pengcahayaan pada kulit. Ia juga mempamerkan sifat anti keradangan. 

Ekstrak Centella



Ia juga dikenali sebagai Gotu Kola. Ia merupakan salah satu yang tersenarai di kalangan "elixir keajaiban hidup" kerana sifat sifat anti anti kuat yang menunjukkan keupayaannya menyembuhkan luka, merangsang pertumbuhan sel baru, membina kolagen dan meningkatkan peredaran. 

Hah banyakkan kandungan bahan semulajadi yang ada dalam serum ni. Sebab itulah serum ini mampu merawat pelbagai masalah kulit wajah. Kalau korang perasan dalam serum ini juga mengandungi flek emas dimana kita tahu emas juga mempunyai kebaikan dan memberi manfaat kepada kulit wajah. Ia mampu meningkatkan peredaran kulit, meningkatkan pembaharuan sel, memperbaharui kulit, merangsang pertumbuhan kolagen serta melambatkan proses penuaan dan banyak lagi.



M1 Luminence Serum juga mengandungi emas menggunakan nanoteknologi untuk membantu bahan bahan semulajadi yang digunakan menembusi kulit wajah.

PANDANGAN MIMI MENGENAI M1 LUMINENCE SERUM 24K GOLD

Kali pertama tengok kotak, Mimi assume botol serum ni sama saiz dengan serum yang berada di pasaran. Bila dah buka kotak ternyata sangkaan Mimi meleset sama sekali. Botolnya lebih besar dibandingkan botol serum yang biasa Mimi gunakan. Apa yang buat Mimi terpegun dengan packaging botol ini ialah packaging  botol serum ini diseal dengan kemas dan teliti. Korang boleh tengok cara serum ni dipacking. Sangat sangat terpelihara dan hygiene dititikberatkan. Itu yang Mimi suka. Dalam kotak disertakan manual cara nak buka seal pada botol.



Cara nak guna macam biasa korang gunakan serum yang lain cuma nak keluarkan serum dari botol tu kena picit penutup putih getah tuh. Korang boleh nampak dengan jelas flek emas dalam serum ni tau. Geram pulak Mimi tengok flek emas ni. Nasib baik tka boleh gadai. Kalau tak dah lama gadai..hahah .. gurau aje.



Selalunya Mimi akan gunakan serum ni waktu tengahari dan malam sebelum tidur. Bau serum ni wangi tau korang. Walaupun kandungan utamanya tak ada ros tapi baunya wangi macam ros tau korang.



Bila sapu pada kulit ia mudah dan cepat meresap. Langsung tak meninggalkan kesan berminyak atau melekit pada muka. Dah seminggu guna memang Mimi dapat rasa kulit muka lembut dan lembap. Pori pori yang besar pada pipi pun nampak mengecil. Kena pakai dengan konsisten kalau nak dapatkan kesan yang best, betul tak?

Harga untuk sebotol M1 Luminence Serum ini ialah RM149 untuk 50ml. Berita baik buat korang yang ingin cuba M1 Luminence Serum, sekarang ni ada promosi beli 1 percuma 1 tau! Free postage lagi. Tak percaya korang boleh terjah link ni
https://www.mireinacosmetics.com/product/m1-luminence-serum/



Cepat cepat grab sementara promosi masih berjalan!

Nak tahu maklumat lanjut mengenai M1 Luminence Serum boleh layari:

Instagram : mireina_cosmetics
Facebook : Mireina Cosmetics