RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN

RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN| Hai semua! Siapa suka pakai serum sama macam Mimi angkat tangan. Serum merupakan salah satu produk skincare yang sangat penting untuk penjagaan kulit. Dulu Mimi tak tahu sangat pasal serum ni. Tapi bila dah tahu apa fungsi dan kebaikan serum mestilah kena pakaikan.

Mimi tak ingatlah serum pertama Mimi pakai apa. Tapi sekarang memang macam macam jenis Mimi pernah pakai dan cuba. Alhamdulillah semua okey dengan kulit muka sebab menggunakan bahan bahan yang selamat. Tapi sekarang ni Mimi guna satu serum ni untuk merawat masalah jerawat dan liang pori di bahagian pipi. Serum yang Mimi maksudkan ialah Antioxidant Serum Sanny & Joleen.



RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN



Mesti ada yang tak pernah dengar mengenai Serum Sanny & Joleen ni kan. Apa itu antioxidant serum Sanny & Joleen? Antioxidant Serum Sanny & Joleen merupakan serum yang diformulasikan dengan sifatnya yang tidak berminyak dan ia menyejukkan.

Terdapat pelbagai fungsi dan kebaikan serum ini untuk membantu merawat masalah kulit muka. Antara kebaikan Antioxidant Serum ini ialah:

🌸 Memudarkan bintik–bintik gelap dan pigmentasi 
🌸 Mengurangkan jerawat dan memudarkan kesan lama jerawat di kulit wajah
🌸 Membaiki kesan sunburn sinaran matahari 
🌸 Melembabkan dan dehidrasi pada kulit 
🌸 Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal 
🌸 Melambatkan proses penuaan 
🌸 Melicin serta mencerahkan kulit Menutrisi kulit
🌸 Membantu mengurangkan stretch mark



Banyak kelebihan jika korang menggunakan Antioxidant Serum ni. Sangat berbaloi beli untuk kecantikan dan kesihatan kulit sendir. Betul tak?Antioxidant Serum ini mengandungi bahan bahan utama yang sangat efektif dalam mencantikkan kulit wajah seperti Ticotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3) dan Calend & Olive Oil. 




Keunikan yang difokuskan di dalam Antioxidant Serum ini ialah Tocotrienol Vitamin E di mana kajian menunjukkan Tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40 hingga 60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa iaitu Vitamin E aplhatocopherol. Antara kelebihan lain Vitamin E ialah :

🌸 Vitamin E (alpha-tocopherol) -
Tocotrienol mempunyai antioksidan yang kuat, ianya melindungi kulit wajah daripada sinaran cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. 

🌸 Ia membantu mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen secara mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit dan kesan pelicinan.

🌸Tocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan kandungan melanin. 

🌸 Berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.

🌸Penggunaan jangka masa panjang Antioxidant Serum, menggalakkan kulit yang sihat.




Yang paling best sekali Antioxidant Serum telah diuji dan bahan bahan yang digunakan sangat selamat dan terdiri daripada bahan bahan tanpa kimia keras seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), paraben, deravatif haiwan dan pewarna. Bahan bahan yang digunakan di dalam serum merupakan bahan bahan yang terpilih sahaja. 

TEKSTUR ANTIOXIDANT SERUM SANNY & JOLEEN




Tekstur serum ni likat dan berwarna putih. Sangat lembut, ringan dan tidak berminyak. Paling best ia mudah serap pada kulit.



CARA MENGGUNAKAN ANTIOXIDANT SERUM

Cara nak gunakan antioxidant serum ni sangat senang saja tau korang. Selepas mandi dan cuci muka dengan bersih.  Kemudian titiskan beberapa titis Antioxidant Serum ke kulit muka atau badan ikut kesesuaian dan ratakan. Mimi sendiri akan pakai serum pada waktu pagi selepas mandi dan cuci muka, waktu tengahari selepas solat dan waktu malam sebelum tidur. Mimi jatuh cinta dengan Antioxidant Serum ni sebab ia mudah serap dan tidak berminyak pada kulit muka. Nak nak cuaca sekarang yang panas menyebabkan kulit muka kering. Tapi bila pakai serum ni muka memang akan sentiasa lembap. 

PENDAPAT MIMI MENGENAI ANTIOXIDANT SERUM SANNY & JOLEEN




Macam Mimi bagitahu seperti di atas sekarang ni muka Mimi menghadapi masalah jerawat yang boleh dikatakan teruk juga. Bahagian kanan yang paling teruk. Tumbuh seketul dua jerawat bila hilang tumbuh lagi kat tempat lain berketul ketul. Puncanya Mimi dapat tahu dari penggunaan toner. Orang lain pakai okey saja tapi bila Mimi pakai tak okey. Mungkin tak serasi. Jadi Mimi stop pakai toner tu dan fokus pada penggunaan Antioxidant Serum Sanny & Joleen ni. 

Bila fokus dan tumpu pada penggunaan serum ni, nampaklah perubahan pada kulit muka Mimi. Jerawat yang berkampung pada muka semakin kurang dan tak meninggalkan parut. Cuma sekarang ni Mimi nak rawat parut jerawat yang ada. Ambil masa juga tapi tak mengapalah kan. Asalkan kulit muka pulih dan sihat. 




Korang yang menghadapi masalah kulit muka macam Mimi ni memang disyorkan pakai Antioxidant Serum Sanny & Joleen ni. Memang puas hati. Biar kesan penggunaan ambil masa untuk pulih asalkan kulit muka tidak rosak dan tercemar dengan bahan kimia berbahaya. 

Harga sebotol Antioxidant Serum ni ialah RM49 (10ml) dan RM97 (30ml). Korang boleh dapatkan serum ini di farmasi terpilih atau beli terus di laman web Sanny & Joleen. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Antioxidant Serum ini korang boleh layari:


Post a Comment

16 Comments

  1. bagus tau serum dengan antioxidant ni sebab boleh melambatkan proses penuaan diwajah , lagi dah masuk 40 ni kenalah bagi extra penjagaan , kan kan kan

    ReplyDelete
  2. oh murah je harga serum ni..ingatkan mahal. mampu milik rupanya. BBL pun selalu sapu serum kat muka sebelum tidur..baru berseri muka bila bangun pagi

    ReplyDelete
  3. Best sgt serum ni. Bau natural n cepat meresap. Tak melekit or berminyak. Botol kecik tapi kesan power kan.. tak rugi pakai. Power of vitamin E.

    ReplyDelete
  4. penjagaan muka memang penting kan mimi, semua pun nakkan kulit wajah yang berseri. makin cantik dan flawless la mimi

    ReplyDelete
  5. Nampak satu produk yg begitu bagus untuk kulit wajah. Kena sangat, sebab tengah cari serum utk rawat masalah kulit dan sekaligus mengatasi masalah kulit kering. Nanti boleh cuba serum nie

    ReplyDelete
  6. nad suak pakai serum sebab dia meresap terus dalam kulit..serum memg bnyak kelebihan ia merawat kulit sekali..

    ReplyDelete
  7. Bagus serum ni. Dia dapat mencantikkan lagi kulit wajah. Saya mmg mencari serum yg dapat memelihara dan meremajakan kulit. Ingat nak try juga

    ReplyDelete
  8. Best Sanny Joleen serum ni sebab bahan2 nya dihasilkan dengan semulajadi.. tanpa bahan kimia yang boleh merosakkan kulit

    ReplyDelete
  9. Wahhh macam best ni. Untuk muka yg jenis sensitif boleh ke pakai?

    Jemput blogwalking ke blog saya :)

    ReplyDelete
  10. serum ni nampak menarik. bila kita tengok pada ramuannya. paling penting dia ada elemen anti oksia yang boleh meremajakan kulit wajah kita :-)

    ReplyDelete
  11. Bestkan pakai serum dia kak pun dah pakai

    ReplyDelete
  12. This brand is new to me, I quite like the bottle and will check out more about the product soon.

    ReplyDelete
  13. tengok ayat cooling & non oily tu, tetiba jatuh hati pulak hehe

    ReplyDelete
  14. Banyak fungsi dia tu mimi. Bagus utk kulit nampaknya tu. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  15. Akak pun guna serum ni...best sangat..

    ReplyDelete
  16. Rekemen serum ni.. Mmg best, melembabkan kulit muka.. Sesuai pakai pada cuaca sejuk dan panas dan senang nak bawa travel

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com