PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU | Hai semua! Alhamdulillah tahun ni tahun ketiga Mimi berpeluang bertugas semasa pilihan raya. Semasa PRU 14 dan PRK Port Dickson, Mimi bertugas sebagai Kerani Pengundian. Kali ni di PRK Rantau Mimi bertugas sebagai KPDP iaitu Kerani Penyemak Daftar Pemilih .
Walaupun skop tugas agak berbeza tapi alhamdulillah dipermudahkan semua urusan. Tak ada pun berlaku perkara yang tak diingini.
PENGALAMAN BERTUGAS SEBAGAI KPDP SK MAMBAU PRK RANTAU
Mimi sampai di SK Mambau seawal pukul 7.00 pagi. Kena prepare apa yang patut. Seawal 7.30 dah ada pengundi yang datang. Kat sini kebanyakan pengundi terdiri daripada warga veteran. Ada yang lahir dari tahun 1919 tau korang. Dan ada antara pengundi veteran ni kategori OKU. Jadi, bila pengundi kategori OKU memang kami kena alert.
Bertugas sebagai KPDP kena duduk di "Barung". Memang luaslah pengalaman bila duduk di luar. Boleh tengok macam macam gelagat. Mimi dan kawan setugas berpeluang bergambar dengan Ras Adiba Radzi tau. Beliau bertugas sebagai pemerhati pilihan raya, so dia memang akan ronda ronda dalam bilik pengundian lah. Lepas tu masa nak balik tu dia singgah "Barung" nak bergambar dengan kitorang.
Memang beliau peramah sangat sangat tau. Happening sangat kitorang masa tuh. Lepas tu ada satu kejadian yang buat Mimi sedih. Di mana salah seorang pengundi pakcik warga emas yang memang sedang sakit datang dengan ambulans semata mata nak mengundi. Masa tengok tu air mata dah bergenang dah sebab sedih. Yela sedangkan warga emas yang sakit pun sanggup datang dengan ambulans untuk jalankan kewajipannya inikan pula kita yang muda dan sihat walafiat kan.
Alhamdulillah segala urusan Mimi dan rakan setugas dipermudahkan. Pukul 6.00 petang Mimi dah sampai rumah. Yela tugas sebagai KPDP tak seteruk tugas KP. Walaupun skop tugas tak sama tapi pengalaman bertugas di pilihan raya memang pengalaman yang menyeronokkan. Penat tapi enjoy. Hopefully lepas ni berpeluang bertugas di PRU akan datang. In shaa Allah Amiin.
32 Comments
Wah Bestnya pernah bertugas utk prk.. Dapat la rasa pengalaman lain dari. Lain kan
ReplyDeleteBaguslah boleh buat program macam ni. Well done
ReplyDeleteSeronok namapknya tu.
ReplyDeleteAdoii!!! #sentap sihat-sihat muda belila pun malas pergi mengundi huhuhuu...
terbaik la pakcik tu... orang lama memang semangatnya tinggi...
ReplyDeleteteringin nak terlibat dalam kerja2 pengundian ni..boleh juga tengok pelbagai ragam manusia..janji enjoy dengan tugas yang telah diamanahkan
ReplyDeletebarung tu maksudnya apa ye mimi? jakun jap akak hehheh
ReplyDeletekak ras adiba tu mmg sgt peramah n tak sombong, akak follow kt ig dia... rajin jgk dia bls komen2 org... suka baca kisah dia...
Wah! Ras Adiba. Lama tak nampak. Mesti macam-macam peristiwa hari mengundi menjadi kenangan dan pengajaran, kan?
ReplyDeleteTahniah kerana telah berjasa pada negara. Rawlins yang baca pasal pakcik tua tu pun terasa sedih- alangkan lagi kawan-kawan yang berada di lokasi kejadian kan.
ReplyDeletepengalaman yg tak dapat di jual beli. Best akk tgk mimi aktif ke sana sini
ReplyDeletebestnya! bukan senang dapat peluang jadi part of sejarah tu. heheeh apatah lagi pilihanraya bukan selalu ada kn? nanti boleh kongsi cerita dkt anak cucu kelak.
ReplyDeletewow..bestnya ada pengalaman sbgai kerani mengundi..:)
ReplyDeleteRajinnye...tapi bagus juga dapat pengalaman macam ni. I benda camni paling malas hahaha...tak suka sangat bercampur orang.
ReplyDeleteseronoknya bertugas masa ni.. tentu meriah kan
ReplyDeleteSally pun teringin nak cuba sekali tapi macam rasa takut sbb byk sgt pemilih nak kena check kan...hahahaha..tahniah kak dah buat yg terbaik!
ReplyDeleteWahh bestnye dpt pengalaman yg baru.. Tak semua org berpeluang tu..
ReplyDeleteWah teringin nak bertugas semasa pilihanraya. Macam menarik je ad pengalaman tu. Next pru la yer. Baca story mcm best je. Pengalaman tu penting kan. hehehe
ReplyDeleteBest la mimi dapat jumpa artis. Sure ramah orangnya. Seronok baca pengalaman mimi. Dan alhamdulillah tiada kejadian yang x di ingini berlaku.
ReplyDeleteEna tak penah lagi dapat pengalamn macamni. Mak sedara rajinlah join.hehe.. memang tiap kali pru die wajib ada bertugas. Mesti penat kan kalau pru yg besar. Bestlah mimi ada pengalaman. Dapat tengok pelbagai ragam.
ReplyDeleteWahh... Satu pengalaman yang sangat bermakna ni. Beruntung awak
ReplyDeleteSaya pun pernah jadi petugas masa PRU last year. Memang pengalaman yang baru dan berharga sebab dapat tengok gelagat para pengundi. Paling risau kalau ada yang buat kecoh tapi mujur la tempat saya jaga tu ok. Tapi masa kira undi paling mencabar, banyak kali ulang. Sebab dah penat kot. haha
ReplyDeleteBagusla kak kerja macam ni kan. Macam-macam ragam dapat tengok.. Hehehe.. Rasa nak join je.. Hahaha.. Tapi takut banyak situasi
ReplyDeleteRas adiba..lama xdengar kabo dia... Bestnya amik pengalaman kat sini.. Atleast tau la kan cmne nk buat...sbb melibatkan org ramai utk PRK kali ni
ReplyDeletePengalaman yang baru tu. Kalau emi pun emi suka nak merasai pengalaman baru macam ni.
ReplyDeleteBonde mmg pertugas SPR macam-macam perangai boleh nampak para pengundi yang datang. Pernah jaga saluran 1, 2 & 3...
ReplyDeleteTapi untungla Mimi siap jumpa pengara popular
Menariknya ada pengalaman macam ni. Waktu ni lah macam macam ragam orang yang kite boleh jumpa kan. Ada menarik dan mesti ada yang annoying
ReplyDeletesatu pengalaman yang sangat berharga sb dpt berbakti dengan cara begini. Mesti jadi kenangan yg tak leh lupa sampai bila2 kan..:)
ReplyDeleteWah pengalaman best ni bertugas di prk. Bukan semua orang dpt rasakan.
ReplyDeleteWow best kan, this could be once in a lifetime experience. I have not have the chance yet.
ReplyDeleteI think I wouldn't be able to work already after seeing that old person coming in ambulance. I will probably cry at a corner...but really respect that person for fulfilling his duties.
ReplyDeletebetul mimi..akak pun dah 2-3x bertugas jadi kerani pengundian saluran satu masa PRU, terharu tengok atuk2, nenek2 yg sanggup dtg untuk mengundi walaupun dalam keadaan dorang tu tak yah dtg pun, tak pe...rasa nak menitik air mata tengok kegigihan dorang untuk laksanakan tugas sebagai rakyat malaysia..tapi lagi sedih bila tgk anak2 muda kita ramai yg tak amik kisah pasal tanggungjawab ni...
ReplyDeleteKak dulu pernah bertugas bhg semak nama2 pengundi, mmg best dan bangga sbb satu pengalaman utk kita
ReplyDeleteNak cari pengalaman bukan mudah kan bila ada peluang kena ambil
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com