NEEM BALM DAN DAUN SEMAMBU SAMA TAPI TAK SERUPA

NEEM BALM DAN DAUN SEMAMBU SAMA TAPI TAK SERUPA| Hai semua! Siapa pernah dengar mengenai Neem Balm angkat tangan! Kalau tak pernah dengar Mimi pasti korang mesti pernah dengar dan kenal daun semambu kan? Betul tak ?Hah, kalau korang nak tahu NEEM BALM DAN DAUN SEMAMBU SAMA TAPI TAK SERUPA. Mesti korang nak tahu apa yang sama apa yang tak serupa. Jom baca selanjutnya mengenai daun semambu dan Neem Balm ni.

Seperti kita semua sedia maklum daun semambu sangat berguna dalam merawat campak dan cacar air pada badan. Mimi ingat lagi sampai sekarang masa kena cacar air atau lebih dikenali sebagai chicken pox, mak mertua suruh suami ambil daun semambu. Masa tu Mimi dan dua orang anak kena chicken pox serentak. Separuh daun semambu buat lapik atas katil dan separuh lagi mak mertua blend campur dengan beras. Buat bedak untuk disapu pada muka dan badan. Memang jadi mak kau hijau lah time tu. So, kita semua sedia tahu daun semambu digunakan untuk merawat campak dan cacar air (chicken pox). 

NEEM BALM DAN DAUN SEMAMBU SAMA TAPI TAK SERUPA

Sumber : Google


Jadi, dalam kalangan masyarakat Melayu daun semambu bukan asing lagi. Kepercayaan masyarakat Melayu bahawa daun semambu mampu merawat masalah campak dan cacar air (chicken pox). Ia dipercayai mampu mengurangkan rasa gatal serta miang akibat penyakit yang disebabkan virus measles (campak) dan varisela zoster. Sehingga ke hari ini amalan ni masih berterusan tau korang. Dan Mimi percaya akan khasiat daun semambu ni.

Kalau korang dengar ada sesetengah orang akan sebut daun semambu dan ada juga yang sebut daun mambu. Sama je korang daunnya sebutan saja lain sikit. Kalau nak tahu pokok mambu atau  dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indicasin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan juga Pakistan. Ia tumbuh di kawasan teopika dan kawasan semi-tropika. 


Sumber : Google


Nama lain pokok mambu termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam) Azad Dirakht, Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Bevu (bahasa Kannada), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan mampu merawat 40 jenis penyakit.

Banyak juga kan nama lain bagi daun semambu ni. Daun semambu juga dianggap sebagai daun perubatan kerana ia digunakan dalam upacara keagamaan masyarakat Hindu dan kebanyakan pokok semambu ditanam berhampiran dengan kuil.

Campak dan cacar air juga boleh dirawat dengan menyapu ke kulit atau mandi dengan air yang diramas dengan daun semambu. Macam Mimi cakap tadi, mak mertua buatkan bedak daun semambu. Just blend daun semambu dan beras yang telah dibasuh. Tepek pada muka dan badan macam bedak sejuk tu. Memang rasa sejuk dan nyaman saja bila pakai. Tak rasa gatal dan miang sangat .

Korang tahu tak yang pokok semambu mempunyai minyak yang dikenali sebagai Minyak Neem. Ia digunakan sebagai bahan asas perubatan Ayuvedic di India. Ia juga berkesan sebagai bahan anti serangga perosak tanaman dan sayuran.

Dah tahu kan pasal daun semambu? Jangan cakap lepas ni tak tahu dan tak kenal daun semambu pula. Rotan karang! Sebab itulah Mimi cakap Neem Balm dan daun semambu sama tapi tak serupa kerana Neem Balm didatangkan dalam bentuk balm dan digunakan untuk sapuan luaran yang menjadikan daun semambu sebagai bahan utamanya. Selain itu, packaging Neem Balm ni sangat mudah dibawa ke mana sahaja kita pergi. Kegunaan Neem Balm juga pelbagai. Sebab itulah NEEM BALM DAN DAUN SEMAMBU SAMA TAPI TAK SERUPA.



KENAPA MIMI MEMILIH NEEM BALM?



Kandungan Neem Balm terdiri daripada serbuk neem, minyak zaitun, minyak bunga lavendar fan tea tree. Memang sangat organik dan yang paling penting tiada kesan sampingan. Neem Balm juga telah diuji di Permulab Sdn Bhd. Tak perlu ragu ragu menggunakan Neem Balm.

Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi memilih Neem Balm untuk kegunaan harian. Sebab Mimi pilih Neem Balm ialah :

🌸 ada kelulusan KKM
🌸 Bebas bahan kimia berbahaya
🌸 Produk semulajadi
🌸Ia mudah menyerap dan tidak berminyak yang melampau
🌸 Baunya yang wangi
🌸Yang paling penting produk ni menggunakan Neem asli

KHASIAT NEEM BALM




Mesti korang nak tahu apa khasiat Neem Balm ni kan? Sebelum nak mengggunakan sesuatu produk kenalah tahu apa khasiatnya ye tak? Korang tahu tak Neem Balm mampu melembut, melembap dan melindungi kulit daripada kekeringan .

Contohnya kalau korang ada masalah tumit kaki pecah atau merekah, sesuai sangat guna Neem Balm ni untuk rawat masalah yang dihadapi. Kalau bekerja dalam air cond atau pakai kasut tumit tinggi memang akan menyebabkan tumit jadi kering dan kasar. Macam Mimi kerja dalam aircond memang tumit kering dan kasar. Kadang geram sangat suruh anak tolong kopek kulit kasar tu. Tapi sejak dah ada Neem Balm ni, kulit kasar dah tak ada. Sapu saja Neem Balm sebelum pakai stoking  memang tumit lembap sepanjang hari.



Kalau korang ada masalah kulit kering pun boleh saja sapu Neem Balm ni macam losyen sebab ia tak melekit. Mimi suka bau Neem Balm ni tau korang wangi dan rasa segar saja lepas sapu. Kalau ada rasa kurang selesa pada kulit atau gatal boleh juga guna Neem Balm.

Neem Balm ni sangat sesuai digunakan oleh semua peringkat usia. Tak kira bayi sehingga dewasa lelaki dan perempuan boleh saja guna Neem Balm ni. Ermmmm boleh ke orang yang mempunyai kulit yang sensitif gunakan Neem Balm ni? Of course lah korang boleh guna sebab Neem Balm ni diperbuat daripada bahan yang semulajadi. 

KELEBIHAN NEEM BALM




Mesti korang nak tahukan kelebihan menggunakan Neem Balm ni. Kelebihan menggunakannya ialah :

🌸 Selamat digunakan oleh semua peringkat usia
🌸 Tidak panas atau sejuk
🌸 Mengandungi Lavender dan Tea Tree Essential Oil
🌸 Menggunakan Daun Semambu sebenar
🌸 Tiada penggunaan ekstrak

CARA GUNA NEEM BALM

Cara nak gunakan Neem Balm pun mudah sahaja korang. Sapu terus di tempat yang diperlukan, boleh digunakan dengan kerap tanpa kesan sampingan.

PENDAPAT MIMI MENGENAI NEEM BALM

Pertama kali guna Neem Balm ni Mimi dah jatuh suka dah sebab baunya wangi. Kan salah satu kandungannya ialah minyak bunga lavendar, sebab tu Mimi suka. Bau lavendar memang Mimi suka. Tenang saja bila hidu tau. Selain itu, teksturnya yang lembut dan mudah menyerap pada kulit yang buat Mimi lagi suka. Mimi tak suka pakai balm jenis oily sangat dan rasa melekit. Tak selesa kan.



Mimi bukan sahaja guna Neem Balm sapu pada tumit yang kering dan mengelupas, Mimi juga sapu Neem Balm pada jerawat. Sebab bila tumbuh jerawat, kulit sekitar jerawat tu kering. Jadi, Mimi sapu sajalah. Hah confident je sapu kat jerawat kan. Yalah kan ada Tea Tree Essential Oil. Then, dah kata kan Neem Balm ni terdiri daripada bahan organik so memang tak risaulah nak sapu pada jerawat. So far, Mimi sapu pada jerawat tak rasa pedih langsung. Dannn paling best jerawat cepat kering dan kecut.

Itu cara Mimi lah. Kalau korang Mimi tak pasti. Rasa nak cuba sapu kat jerawat sapu lah, kalau tak nak tak apa. Tak paksa suruh ikut hehehe. So far, okay je guna sapu kat jerawat. Jerawat kecut gituuu...

TESTIMONI PENGGUNA NEEM BALM

Korang boleh lihat sendiri testimoni pengguna Neem Balm. Ramai berpuashati dengan kesan menggunakan Neem Balm.





Setiap pembelian Neem Balm, korang akan dapat casing, keychain ZMBeauty dan Termometer comel. Terhad untuk pembelian Neem Balm 10,000 yang pertama tau. Selagi stok masih ada memang akan dapat as free gift.

Untuk sebarang belian dan maklumat lanjut boleh layari :

Page : NeemBalmHQ
                      Fb : Zuraini Muhammad
Whatsapp (fast reaponse) : https://bit.ly/2OaXiGL

Post a Comment

32 Comments

  1. Nieyl kena campak masa umur 23thun..dah besar dah time tu...
    Kebetulan dkt tepi rumah mmg ada pokok daun semambu tu...habis di amek utk buat air mandian,letak dekat tilam bagai...

    ReplyDelete
  2. memudahkan skrg nih... klu dulu, nk kejekan n cari daun semambu tu satu hal, nk jadikan halus tu satu hal

    ReplyDelete
  3. wajib ada satu lah ! Bagus ni dari daun semambu

    ReplyDelete
  4. Tumit kaki CR merekah. Maybe boleh guna krim ni kan. Nti usha2 dlu

    ReplyDelete
  5. Haaa start tahu pasal pokok semambu ni masa Dania kena campak akhir tahun Darjah 5. Mula la mencari. Rupanya dekat dengan rumah ada pokok ni. Kita je tak tahu. Banyak kelebihan daun semambu ni eh?

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak manfaat balm ni.. Utk kaki merekah tu cun jugak..

    ReplyDelete
  7. Teringat masa kecik2 kena campak dulu ntah mana atuk pi carik pokok semambu tu. Hehe. Senang la ada balm mcm ni nak juga takyah kalut2 dah carik pokok kan.

    ReplyDelete
  8. saya ada masalah kulit kering, kadang tu sampai nampak putih2 dekat muka. nak jadikan muka sentiasa lembab, tengah cari produk. kebetulan singgah blog nie, alhamdulillah nanti sy nak cari lah Neem Balm nie.

    ReplyDelete
  9. Dah lama sebenarnya cari produk neem atau daun semambu ni. Byk juga khasiatnya,ada jugak yg cakap neem ni sesuai utk pesakiy psoriasis. In shaa Allah akan beli nnti.

    ReplyDelete
  10. wow mudah aje ada balm ni tak payan cari daun semambu bagai

    ReplyDelete
  11. Menarik product ni.. Bahan pun organic ada sekali tea tree oil

    ReplyDelete
  12. dulu kena pakai daun, kena buat cara tradisional...skrg bagus dah dlm bentuk balm...mudah nak guna!

    ReplyDelete
  13. Nak cari daun semambu bukan senang ye.. Bgus bil ada macam ni.. Siap dah.. Tinggal sapu je.. Nak kene simpan satu dekt rumah ni

    ReplyDelete
  14. Macam best plak ye. Boleh pakai untuk pelbagai fungsi dan yang penting bau tak tengik. Rawlins tak gemar yang berbau kuat sangat. Segan nak pakai hahaha

    ReplyDelete
  15. Rasa-rasanya dekat area rumah saya ada daun semambu ni, tapi tak pastilah sebab lain negeri nama tu tak sama ^

    ReplyDelete
  16. Ehhh bagusnya balm ni. susah nak jumpa daun semanbu. Banyak kebaikan daun ni.. terutama yg chicken pox

    ReplyDelete
  17. Eh tak sama ek? Haha sebelum ni ingat sama daun ni. Aduh. Dah 29 thn baru tau. Btw syira pun suka guna neem balm ni. Wangi sangat

    ReplyDelete
  18. Tak kenal pun daun semambu, bhahahha . Emi memang failed sket bab nak cam segala jenis daun ni

    ReplyDelete
  19. la baru tahu nama pokok semambu. dulu masa kena deman campak memang wajib la mandi rebusan pokok semambu ni. nasib baik area rumah banyak pokok ni. hebat sekarang dah komersial produk lagi

    ReplyDelete
  20. baguslah ada produk baru macam ni, duduk bandar susah nak jumpa daun semambu.

    ReplyDelete
  21. Sesuai untuk kulit kaki merekan ok lah kita memang ada masalah tu sebab berat badan kot boleh lah guna ni tengok produk diyakini dan selamat bagus ni heheheh nanti nak beli lah online je kan..

    ReplyDelete
  22. Menarik je packaging dia siap ada beg zip bagai. Nampak cam eklusif pulak lah. Bekas pun cantik. senang nak bawa ke sana sini

    ReplyDelete
  23. Daun semambu ni biasa dengar. Tapi masa kita kena ciken pox dulu takde la cari. Tapi tak sangka sekarang dah dijadikan balm kan. Mudah orang nak guna.
    Boleh letak untuk hilangkan jerawat jugak ek kak..

    ReplyDelete
  24. Ooo baru tau rupanya neem ni daun semambu. Tapi memang tau yang daun semambu ni banyak khasiat

    ReplyDelete
  25. pernah baca juga tentang kebaikan daun semambu ni. memang bagus. menarik pulak bila produk diinspirasikan dan guna daun semambu ni ya.

    ReplyDelete
  26. wah.. dudatangkan dalam bentuk cream pulak ye.. senang kalau macam ni

    ReplyDelete
  27. Produk serbaguna macam ni sepatutnya ada di setiap rumah. sebab banyak kegunaan dan semulajadi..thanks for sharing

    ReplyDelete
  28. Ni dah bawak masa travel ke Korea hari tu dah la cuaca sejuk kulit cepat kering, selain minum air dok sapu neem balm ni, alhamdulillah ok

    ReplyDelete
  29. Oh thanks for the detail info and explanation about the differences between the two leaves. I will check out the product soon.

    ReplyDelete
  30. wah...dh buat dlm bentuk balm pulak..senang nak letak dlm beg..

    ReplyDelete
  31. Memang best sangat, tumit pon dah lisin he he he

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com