Sabtu, 27 April 2019

RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN

10:18:00 PG 16 Comments
RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN| Hai semua! Siapa suka pakai serum sama macam Mimi angkat tangan. Serum merupakan salah satu produk skincare yang sangat penting untuk penjagaan kulit. Dulu Mimi tak tahu sangat pasal serum ni. Tapi bila dah tahu apa fungsi dan kebaikan serum mestilah kena pakaikan.

Mimi tak ingatlah serum pertama Mimi pakai apa. Tapi sekarang memang macam macam jenis Mimi pernah pakai dan cuba. Alhamdulillah semua okey dengan kulit muka sebab menggunakan bahan bahan yang selamat. Tapi sekarang ni Mimi guna satu serum ni untuk merawat masalah jerawat dan liang pori di bahagian pipi. Serum yang Mimi maksudkan ialah Antioxidant Serum Sanny & Joleen.



RAWAT MASALAH KULIT DENGAN ANTIOXIDANT SERUM DARI SANNY & JOLEEN



Mesti ada yang tak pernah dengar mengenai Serum Sanny & Joleen ni kan. Apa itu antioxidant serum Sanny & Joleen? Antioxidant Serum Sanny & Joleen merupakan serum yang diformulasikan dengan sifatnya yang tidak berminyak dan ia menyejukkan.

Terdapat pelbagai fungsi dan kebaikan serum ini untuk membantu merawat masalah kulit muka. Antara kebaikan Antioxidant Serum ini ialah:

๐ŸŒธ Memudarkan bintik–bintik gelap dan pigmentasi 
๐ŸŒธ Mengurangkan jerawat dan memudarkan kesan lama jerawat di kulit wajah
๐ŸŒธ Membaiki kesan sunburn sinaran matahari 
๐ŸŒธ Melembabkan dan dehidrasi pada kulit 
๐ŸŒธ Membuat struktur kulit lebih anjal dan kenyal 
๐ŸŒธ Melambatkan proses penuaan 
๐ŸŒธ Melicin serta mencerahkan kulit Menutrisi kulit
๐ŸŒธ Membantu mengurangkan stretch mark



Banyak kelebihan jika korang menggunakan Antioxidant Serum ni. Sangat berbaloi beli untuk kecantikan dan kesihatan kulit sendir. Betul tak?Antioxidant Serum ini mengandungi bahan bahan utama yang sangat efektif dalam mencantikkan kulit wajah seperti Ticotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3) dan Calend & Olive Oil. 



Keunikan yang difokuskan di dalam Antioxidant Serum ini ialah Tocotrienol Vitamin E di mana kajian menunjukkan Tocotrienol mempunyai potensi antioksida 40 hingga 60 kali lebih tinggi daripada yang lebih biasa iaitu Vitamin E aplhatocopherol. Antara kelebihan lain Vitamin E ialah :

๐ŸŒธ Vitamin E (alpha-tocopherol) -
Tocotrienol mempunyai antioksidan yang kuat, ianya melindungi kulit wajah daripada sinaran cahaya, radiasi dan ozon ultraviolet. 

๐ŸŒธ Ia membantu mencegah penuaan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit dengan merangsang sintesis kolagen secara mengurangkan aktiviti MMP, berpotensi berkesan dalam regenerasi kulit dan kesan pelicinan.

๐ŸŒธTocotrienol menggalakkan pemutihan kulit dengan mengurangkan aktiviti tyrosinase dan kandungan melanin. 

๐ŸŒธ Berkesan dalam mengurangkan jerawat, keradangan dan kemerahan kulit.

๐ŸŒธPenggunaan jangka masa panjang Antioxidant Serum, menggalakkan kulit yang sihat.




Yang paling best sekali Antioxidant Serum telah diuji dan bahan bahan yang digunakan sangat selamat dan terdiri daripada bahan bahan tanpa kimia keras seperti Sodium Laureth Sulphate (SLS), paraben, deravatif haiwan dan pewarna. Bahan bahan yang digunakan di dalam serum merupakan bahan bahan yang terpilih sahaja. 

TEKSTUR ANTIOXIDANT SERUM SANNY & JOLEEN



Tekstur serum ni likat dan berwarna putih. Sangat lembut, ringan dan tidak berminyak. Paling best ia mudah serap pada kulit.



CARA MENGGUNAKAN ANTIOXIDANT SERUM

Cara nak gunakan antioxidant serum ni sangat senang saja tau korang. Selepas mandi dan cuci muka dengan bersih.  Kemudian titiskan beberapa titis Antioxidant Serum ke kulit muka atau badan ikut kesesuaian dan ratakan. Mimi sendiri akan pakai serum pada waktu pagi selepas mandi dan cuci muka, waktu tengahari selepas solat dan waktu malam sebelum tidur. Mimi jatuh cinta dengan Antioxidant Serum ni sebab ia mudah serap dan tidak berminyak pada kulit muka. Nak nak cuaca sekarang yang panas menyebabkan kulit muka kering. Tapi bila pakai serum ni muka memang akan sentiasa lembap. 

PENDAPAT MIMI MENGENAI ANTIOXIDANT SERUM SANNY & JOLEEN



Macam Mimi bagitahu seperti di atas sekarang ni muka Mimi menghadapi masalah jerawat yang boleh dikatakan teruk juga. Bahagian kanan yang paling teruk. Tumbuh seketul dua jerawat bila hilang tumbuh lagi kat tempat lain berketul ketul. Puncanya Mimi dapat tahu dari penggunaan toner. Orang lain pakai okey saja tapi bila Mimi pakai tak okey. Mungkin tak serasi. Jadi Mimi stop pakai toner tu dan fokus pada penggunaan Antioxidant Serum Sanny & Joleen ni. 

Bila fokus dan tumpu pada penggunaan serum ni, nampaklah perubahan pada kulit muka Mimi. Jerawat yang berkampung pada muka semakin kurang dan tak meninggalkan parut. Cuma sekarang ni Mimi nak rawat parut jerawat yang ada. Ambil masa juga tapi tak mengapalah kan. Asalkan kulit muka pulih dan sihat. 



Korang yang menghadapi masalah kulit muka macam Mimi ni memang disyorkan pakai Antioxidant Serum Sanny & Joleen ni. Memang puas hati. Biar kesan penggunaan ambil masa untuk pulih asalkan kulit muka tidak rosak dan tercemar dengan bahan kimia berbahaya. 

Harga sebotol Antioxidant Serum ni ialah RM49 (10ml) dan RM97 (30ml). Korang boleh dapatkan serum ini di farmasi terpilih atau beli terus di laman web Sanny & Joleen. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Antioxidant Serum ini korang boleh layari:


Selasa, 23 April 2019

PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT

9:45:00 PG 26 Comments
PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT | Hai semua! Dari sehari ke sehari nak share dengan korang cerita Mimi iftar dengan family dekat Bangi Golf Resort tapi semendang busy dengan kerja. Finally, berjaya juga update entry basi yang tak berapa nak basi sangat ni dengan korang. 

Sabtu minggu pertama bulan April tahun dua kosong satu sembilan (awal bulan April lah, hehehe), Mimi berkesempatan bawa keluarga ke Bangi Golf Resort untuk menikmati pelbagai juadah sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia tak lama lagi. Of course lah kan Mimi nak PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT dengan keluarga tercinta! 



PERUT KENYANG HATI RIANG IFTAR SESAMA DI BANGI GOLF RESORT

Korang yang belum berkeluarga sendiri tu boleh saja bawa mak ayah atau adik beradik iftar kat sini. Boleh juga nak bawa kawan atau insan insan kurang bernasib baik menikmati juadah istimewa dan sedap di Bangi Golf Resort ni. 

Ermmm mesti korang tertanya tanya kan apa tarikan utama yang ada di BANGI GOLF RESORT ni kan. Yelah beria ia nau dak Mimi bercerita kan. Hah, nak tahu sangatkan tarikan utama di Bangi Golf Resort ni apa?

Mestilah ada pelbagai seleksi buffet dengan lebih 200 jenis makanan yang ada kat sini. Cakap je nak hidangan apa! Hidangan tradisional Melayu yang boleh buat korang terkenangkan masakan ibu nun  jauh kat kampung atau korang nak ubah sikit selera tekak nak makan hidangan Barat. Semua ada di BANGI GOLF RESORT! Kalau korang iftar kat sini memang perut kenyang hati riang dibuatnya nak nak Iftar Sesama bersama orang tersayang kan!

Dan yang paling best di Bangi Golf Resort ni mestilah konsep 'Kebun Dalam Bandar' yang menjadi trademark dan kebanggaan Restoran BGR. Ia mengenengahkan bahan mentah yang ditanam sendiri digunakan dalam masakan Melayu dan tradisional. 

Sebagai contoh kalau korang makan Nasi Kerabu di Restoran BGR. Nasi Kerabu bersama ulam ulaman organik dipetik sendiri oleh chef chef di BGR sendiri dimakan pula dengan serunding kelapa ikan, kuah sambal tumis, keropok ikan  ayam goreng berempah dan gabungan ulam ulaman yang segar iaitu bunga kantan, kubis bulat, ulam raja,  daun selom dan kacang panjang. Tak lupa juga budu bersama hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Hah dapat bayangkan tak kesedapan Nasi Kerabu di Restoran BGR.







Nasi Kerabu berwarna biru bukan dicurahkan dengan pewarna biru ya korang  tapi warna biru tu dari bunga Telang yang ada di kebun. Terbayang bayang pula kesedapan Nasi Kerabu BGR yang Mimi makan semasa iftar tahun lepas.



Nak bagi korang rasa sendiri pengalaman memetik sebahagian ulam ulaman terus dari pokok, tahun ini di bahagian ulam ulaman dan kerabu disediakan peluang keemasan ini kepada korang yang berkunjung kat sini. Di seksyen yang sama juga, korang jangan lepaskan peluang cuba Laksa Singapura dan Ipoh Hor Fun yang sedap dan menyelerakan.







ANEKA VARIASI MENU MENAMBAT SELERA

Seperti tahun lepas  eksklusif sepanjang Ramadhan, Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak memang menjadi pilihan pengunjung selain Satay Ayam dan Daging. Kueh Teow dan Mee Mamak pula di masak dan korang boleh tengok depan mata cara masak.









Iftar kali ni Mimi tak lepaskan peluang rasa makan Nasi Ayam. Ayam pula dipanggang bersama sos BBQ ala Oriental. Memang sedap tau korang. Dah lah ayam tu empuk dan berjus, nasi pula gebu, berkilau. Tambah pula sos kicap soya dan sos cili dibuat sendiri perrghh bertambah sedap.

Bahagian masakan India pula, ada Ayam Varuval  Kari Ikan Tenggiri, Daging Kambing Masak Hitam Mamak yang digandingkan bersama nasi kukus.





Hah korang jangan lupa singgah di bahagian masakan Barat tau. Makanan Barat tak kurang hebatnya. Macam tahun lepas tahun ni memang Mimi tak lepaskan peluang makan Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma. Memang sedap tau korang. Kalau nak makan Spaghetti dan Penne dengan sos bolognese ayam atau carnonara pun ada tau korang!





Apa maknanya berbuka puasa kalau tak ada manisan dan pencuci mulut. Macam macam ada seperti Churros Sepanyol dengan Sos Coklat Pekat, Tiramisu Itali, Talam Koko, Talam Cendol, Kasui Pandan, Koci, Putri Ayu dan pelbagai lagi kuih muih Melayu yang ada. Aneka kek seperti Blueberry Creme Brule Cake, Red Velvet Swiss Roll  Green Tea Cheese Cake, Pandan Gula Melaka Mousse dan pelbagai lagi kek pun ada!








Dah makan mestilah nak minum kan? Kang tercekik naya je kan. Hah jangan lupa basahkan tekak korang dengan aneka minuman seperti Kordial Mangga, Kordial Anggur  Air Tebu ,Soya Ros, Teh Bunga, Teh Tarik, Kopi dan Teh serta buah buahan.

Last but not least, kitorang dihidangkan dengan Raja Buah! Siapa yang tak suka Raja Buah kan! Malam tu dewan semerbak harum buah Raja Buah. Mimi dan sekeluarga tak lepaskan peluang makan durian!




Pertandingan menguoas durian terpantas juga diadakan mengamatkan suasana di dalam dewan tau .



Di Bangi Golf Resort  selain daripada kita dapat Iftar Sesama, kita juga boleh berkongsi pahala sama sama kerana Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungan sepanjang Ramadhan kepada Relief Malaysia (IRM).

Selain daripada itu  Restoran BGR juga mengamalkan konsep sifar pembaziran di mana mereka bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan lebihan makanan daripada buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Bukan itu sahaja, Restoran BGR dengan kerjasama
portal F8Buzz.com juga mewujudkan Kotak Sumbangan Iftar Sesama untuk orang ramai yang ingin menyumbangkan makanan dan pakaian sepanjang Ramadhan ini. Satu usaha murni yang patut dihargai!

Oh ya lupa nak beritahu korang di sini juga disediakan surau yang lebih luas untuk menunaikan solat, 16 kubikel tandas dengan taraf 5 bintang dan 800 lot parkir percuma disediakan untuk memudahkan para pengunjung. Memang memudahkan sangat sangat urusan pengunjung kan!



Harga untuk tempahan buffet Ramadhan untuk dewasa ialah RM59.00 nett dan RM29.00 nett untuk kanak kanak.

Boleh buat tempahan di :
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/

Untuk maklumat lanjut layari :



Instagram : @bangigolfresort

Ahad, 21 April 2019

RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

3:20:00 PTG 22 Comments
RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN DERMASAFE | Hai semua! Bila umur semakin meningkat ni macam macam produk skincare yang kita akan try and error untuk cari keserasian. Betul tak? Tapi perlu diingatkan janganlah nak cantik dengan masa singkat sanggup rosakkan kulit muka dengan produk skincare timbang kilo atau yang mengandungi kandungan bahan kimia berbahaya yang tinggi. 

Dulu masa zaman study di U, kulit muka Mimi memang breakout teruk bukan sebab salah guna produk ke apa tapi lebih pada masalah hormon. Masa tu jerawat tumbuh besar besar dan merah. Nak berdepan dengan orang pun malu langsung tak ada keyakinan. Alhamdulillah masalah Mimi tu dapat diatasi selepas menggunakan produk Safi. Sejak dari itulah Mimi kenal Safi. Semua orang tahu, Safi sekarang mempunyai pelbagai rangkaian produk yang sangat bagus untuk kulit wajah. 

Untuk pengetahuan korang, sekarang ni Safi telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu SAFI DERMASAFE. Korang yang ada masalah kulit muka kusam, breakout, berjerawat dan sebagainya apa kata RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE. 



RAWAT MASALAH KULIT MUKA DENGAN SAFI DERMASAFE

Rangkaian SAFI DERMASAFE mempunyai kandungan bahan semulajadi utama iaitu Licorice dan Chamomile di dalam rangkaian produknya. SAFI DERMASAFE terdiri daripada 5 produk utama iaitu :



1) SAFI DERMASAFE Pembersih Mousse - ia merupakan pembersih lembut, ringan dan tidak merengsakan kulit muka. Ia menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam sahaja. Buih yang dihasilkan padat dan berkrim ini membersihkan kulit dari sebum dan kekotoran yang berlebihan sambil mengurangkan tekanan pada kulit.

Ia diperkaya dengan bahan bahan alam semula jadi seperti Licorice dan Chamomile untuk mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Formula yang tidak kering dan anti pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) dan meninggalkan rasa segar dan bertenaga sambil mengekalkan kulit terhidrat, lembap dan lembut.



2) SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist  - Cuaca panas menyebabkan kulit muka menjadi kusam, letih dan tak bermaya yang mengakibatkan kulit pudar dengan cepat, kulit terasa kering dan tidak selesa. Dihasilkan dengan bahan semulajadi ekstrak Licorice dan Chamomile ia memberi manfaat 2 dalam 1 pada kulit muka iaitu bertindak sebagai penggalak yang meningkatkan kelembapan. Ia juga melegakan dan melindungi kulit ketika mengenakan solekan dan ia akan membuat solekan tahan lebih lama serta memastikan kulit lembut sepanjang hari.

Fungsi SAFI DERMASAFE Hydrate & Refresh Booster Mist 2 in 1 :

๐ŸŒธ Meningkatkan kelembapan sehingga 3x
๐ŸŒธ Melindungi kulit dari bahan pencemar
๐ŸŒธ Menguatkan struktur kulit dan melindungi kulit daripada bahan pencemar
๐ŸŒธ Berkesan menenangkan kulit
๐ŸŒธ Mekap tahan lebih lama
๐ŸŒธ Melegakan ketidakselesaan pada kulit.





3) SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle  - membersihkan kulit secara mendalam sambil menyingkirkan sebum dan kekotoran. Formula yang ringan dan lembut ini diperkaya dengan bahan semulajadi iaitu Licorice dan Chamomile untuk membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit muka. Secara keseluruhannya, pembersih ini membantu mengekalkan keseimbangan kelembapan kulit dan menghasilkan kulit yang sihat dan berseri. 




4) SAFI DERMASAFE Rehydrate & Recover Night Cream  - emulsi berasaskan air dan teksturnya selembut sutera yang tidak berminyak dan menyerap dengan cepat. Formula pelembap yang diperkaya dengan bahan bahan semulajadi seperti Licorice & Chamomile melembap dan mencegah kekurangan air pada kulit. Ia juga mengurangkan kemerahan kulit  kerengsaan untuk membantu ketidakselesaan pada kulit. Emulsi ini sangat membantu nemulihkan kulit muka ketika tidur. 

Ia juga diperkaya dengan Niacinamide di mana ia menguatkan fungsi penghalang kulit untuk membentuk perlindungan yang tinggi pada kulit.



5)  SAFI DERMASAFE Soothing & Hydrate Day Moisturizer  - merupakan gel yang ringan dan mudah menyerap pada kulit muka di mana ia memberikan penghidratan 24 jam sambil mengekalkan kulit yang tenang dan lembap di siang hari. 

Formula anti pencemaran dengan bahan bahan semulajadi dari ekstrak Licorice dan Chamomile yang membentuk halangan pelindung dari bahan pencemar sambil mengurangkan kemerahan pada kulit dan kerengsaan. Ia juga diperkaya dengan Hyaluronic Acid untuk mengunci kelembapan dan mengekalkan kulit lembut dan lembap sepanjang hari.

TEKSTUR DAN CARA GUNA PRODUK SAFI DERMASAFE

Mesti korang nak tahu tekstur kelima lima produk SAFI DERMASAFE ni kan. Apa yang boleh Mimi katakan kelima lima produk SAFI DERMASAFE lembut pada kulit dan ringan. Cara nak gunakan pun tak susah mana.

Mimi selalunya akan guna pembersih muka jenis gel dulu baru diikuti dengan mousse. Korang boleh tengok tekstur gel dan buih yang terhasil dari pembersih gel pada gambar di bawah. Cara nak guna pun senang saja. Picit pembersih pada tapak tangan dan ratakan dengan air. Sapu sekata pada muka dan bilas.

Tekstur pembersih gel

Buih yang terhasil dari pembersih gel

Selepas itu guna pembersih mousse pula. Pastikan tangan dan muka basah dengan air. Pamkan pembersih pada tapak tangan dan ratakan pada muka. Bilas hingga bersih. Kalau korang nampak tekstur pembersih mousse dalam botol adalah jenis cecair dan bila dipam ia berbentuk buih halus. Mimi suka pembersih yang didatangkan dalam bentuk botol sebab lebih hygiene.

Tekstur pembersih mousse di dalam botol

Tekstur pembersih mousse selepas dipam

Selepas dah bersihkan muka dengan pembersih SAFI DERMASAFE jangan lupa pakai krim pelembap siang untuk siang hari dan krim pelembap malam untuk malam sebelum tidur.

Kedua dua pelembap ni sangat lembut pada kulit muka dan mudah menyerap ke dalam kulit. Krim pelembap siang berwarna jernih manakala krim pelembap malam berwarna putih.

Tekstur krim pelembap siang

Tekstur krim pelembap malam

Selepas pakai pelembap Mimi akan sembur booster mist. Waktu pagi Mimi akan sembur selepas mengenakan mekap. Malam Mimi tak guna pun. Pakai krim pelembap malam tu pun dah cukup.

Jangan lupa sembur muka dengan booster mist

PENDAPAT MIMI MENGENAI RANGKAIAN PRODUK SAFI DERMASAFE




Selepas menggunakan rangkaian SAFI DERMASAFE ni memang Mimi dapat rasa kulit muka lebih lembut dan lembap. Paling best skincare SAFI DERMASAFE baunya tak terlalu kuat dan tidak wangi tau.

Mimi suka kedua dua pembersih muka SAFI DERMASAFE gel dan mousse tu. Gel tu buih tak terlalu banyak dan bila sapu pada muka memang lembut je. Macam tu juga bila pakai pembersih mousse tu. Pam sekali sahaja dah cukup. Bila sapu pada muka memang terasa betul kelembutan buih tu.



Krim pelembap siang dan malam memang mudah menyerap pada kulit muka. Tak tinggalkan kesan melekit atau oily pada muka Mimi. Memang Mimi suka produk macam ni. Sebab sejenis kulit Mimi ni mudah berpeluh, jadi bila skincare yang meninggalkan kesan melekit atau oily memang buat mood spoil terus.


Hah antara kelima lima produk SAFI DERMASAFE Mimi paling suka booster mist. Sembur sembur saja pada muka memang sejuk dan segar je rasa. Nak nak time panas ni kan memang elok sangat sembur booster mist ni pada muka. Tak lah muka layu je rasa betul tak?

Yang penting SAFI DERMASAFE telah diuji secara Dermatologi dan TIADA pewangi, TIADA alkohol, TIADA colorants, TIDAK diuji ke atas haiwan dan TIADA minyak mineral.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk SAFI DERMASAFE ni korang boleh layari  :

Laman rasmi :

Facebook  : 

Instagram :