SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM

SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM 


Hai semua! Siapa kat sini sebelum apply mekap pada muka dia pakai primer dulu, angkat tangan. Basic bila nak mekap kena sapu primer dulu untuk mengurangkan liang pori terbuka, garis halus dan kedutan. So, sebelum pakai mekap Mimi akan sapu primer. Tapi disebabkan primer dah habis, Mimi cuba Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum. Ia bukan berfungsi sebagai primer saja tau korang tapi ada beberapa fungsi yang buat kita rasa wow sangat!



SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM


Dah 3 minggu Mimi gunakan produk ni ternyata serasi dan best bila dipakai. Sebelum Mimi share apa bestnya produk ni Mimi nak share dengan korang apa itu MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM. Produk ini merupakan produk yang bertindak sebagai primer, memudarkan dan melindungi. Ia merupakan salah satu produk asas mekap yang ditemui di mana ia bukan komedogenik dan primer hybrid yang tidak berwarna .

Ia merupakan campuran peptida cendawan untuk merawat kulit di mana ia bertindak sebagai Soft-Focus Complex sehingga 12 jam solekan sempurna tanpa cacat cela . Ia juga mampu mengurangkan penampilan liang pori, garis halus pada muka dan tekstur kulit yang tidak sekata .Ia juga mempunyai pelindung SPF untuk menghalang kerosakan kerana sinar UVA/UVB. Senang kata ia juga bertindak sebagai sunscreen .



Bila dikenalkan dengan sesuatu produk mestilah kita nak tahu kebaikan produk kan ?  Kebaikan Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum ni ialah :

🌸 mengurangkan garis halus dan kedutan pada muka
🌸 mengurangkan kesan dan tekstur kulit tidak sekata
🌸 mengurangkan penampilan liang pori besar
🌸 merawat tona kulit tidak sekata

Hah untuk pengetahuan korang produk ni sesuai digunakan untuk korang yang mempunyai jenis kulit normal, berminyak, gabungan dan kering. 

Apa yang penting produk ini TIDAK mengandungi parabens, sulfates, phthalates, gluten dan kandungan berasaskan dari haiwan. Memang sangat sangat selamat digunakan. Teksturnya lembut, licin dan likat dan mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa oily atau tidak selesa pada kulit. Rasa macam tak sapu apa pada muka. 



Bila menggunakan Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum ni ia akan memberikan hasil pada kesempurnaan solekan selama 12 jam dan pengurangan segera sebanyak 30% penampilan liang pori .

Dalam kajian klinikal selama tiga hari juga telah membuktikan :-

🌸 71% kurang garis halus dan kedutan
🌸 94% kelancaran dan tekstur kulit jadi lebih baik

CARA PENGGUNAAN

Sapu pada seluruh muka, leher dan dada dengan rata. Boleh dipakai sebelum mekap atau boleh digunakan macam tu saja tanpa mekap. Terpulang.

Selepas hampir 3 minggu menggunakannya memang Mimi nampak perubahan ketara pada muka. Yang paling best memang mekap tahan lama dan smooth saja tau. Memang puas hati sangat sangat bila gunakan. Tak rugi Mimi cuba produk Murad ni kan. So, memang solekan akan nampak sempurna, flawless dengan MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM. Kalau korang nak cuba pakai produk yang Mimi gunakan ni memang Mimi highly recommend pada korang sebab walaupun saiz kecil dan harga tahap tak boleh bawa bincang tapi korang kena tahu dan ingat tak salah untuk melabur sedikit supaya kita dapat kulit yang sihat dan cantik. Yang penting hasil selepas penggunaan memberangsangkan dan memuaskan hati. 

Maklumat lanjut mengenai produk ni boleh layari :

Website : https://www.murad.com.my/invisiblur-spf-30

Post a Comment

27 Comments

  1. Macam menarik ni , semua jenis kulit sesuai

    ReplyDelete
  2. Best kan...akak memang gunakan sebelum pakai mekap..lebih kurang fi=ungsi sebagai primer jugak..bagus sebab ia melindungi...

    ReplyDelete
  3. senangnya nak ingat jenama ni MURAD.. nampak menarik.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya byk fungsi primer ni. Boleh try nnti

    ReplyDelete
  5. Murad ni memang dah lama kat pasaran dan memang trusted brand

    ReplyDelete
  6. Menariknya sunscreen ni. Boleh jadi primer jugak ke? Teringin betul nak cuba jenama Murad ni. Ramai yang cakap bagus. Tapi nanti ada duit lebih sikit la. Jenama ni kuat pricey jugak kan?

    ReplyDelete
  7. untunglah kaum hawa ada macam2 produk. hehehe dah baca ni nanti boleh la khai recommend dkt kawan2 yang lain hehe tq tau share

    ReplyDelete
  8. murad product is good.. yet to try out this one... hehehehe... time to pamper our skin

    ReplyDelete
  9. Perghhhhh! Menarik jugak produk ni.. Dr.Murad pulak tu. Agak well-known and then multifunction. Seronok bila awak kata buat mekap tahan hingga berbelas jam. Will try soon :D

    ReplyDelete
  10. serius best sngat produk ni.. Dah try.. Memang puashati walaupun harganya sedikit meninggal.. hehe.. Janji puashati..

    ReplyDelete
  11. Wah! Bagus ni! Cx baca banyak juga review menarik tentang murad ni. Rata² semua bagi feedback yang positif. InShaaAllaj one day boleh try. Bagus bila pakai primer sblm make up.

    ReplyDelete
  12. Wah bagusla.. Botol kecil je tapi banyak kegunaan dia.. Menarik sangat.. Warna jernih..

    ReplyDelete
  13. Barangan murad ni memang sesuai dengan sis..maklumlah dah berumur ni byk sgt garis tua timbul..hehehe. sebab tu sis apply murad nk kurangkan kedut2 ni

    ReplyDelete
  14. Jenama murad ni bagus tapi harga dia pun boleh tahan kan? Haha

    ReplyDelete
  15. comelnya size botol tu. ha harap berkesan pada siapa yang ada masalah tertera di atas. Tak silap, produk Murad ni sesuai untuk kulit muka orang asia kan

    ReplyDelete
  16. Bagus juga ada produk macam ni. Walaupun harga tak boleh bawak bincang tapi consider jimat jugak sebab 1 botol dah ada banyak fungsi kan. Sesuai la untk iols yang sejenis malas nak tepek dua tiga jenis lapisan krim kat muka.. ahakkss

    ReplyDelete
  17. Betul tu, yg penting hasil slps guna tu memuaskan. Nak tengok sis punya kulit slps pakai produk ni!

    ReplyDelete
  18. Alaaaa mana gambar akak bersolek. Saya nak tengok efek lepas guna Murad tu. Dia jadi camana. Hahaha. Kalau jd flawless nak beli! !! Hahaha

    ReplyDelete
  19. I tried this before and like it too, they have many good skincare. I like their sun protection.

    ReplyDelete
  20. Age Reform tu sangat sesuai untuk orang yang dah makin dikejar usia seperti Rawlins nie - perlu bantuan dari semua pihak dan dari segala segi. And Murad pun dah ada nama yang gah di bidang kecantikan kan.

    ReplyDelete
  21. Rangkaian penjagaan wajah dari jenama murad ni memang berkesan. Salah sorang dari kenalan emi dulu pernah cuba. Muka dia dari breakout teruk, makin lama makin okay

    ReplyDelete
  22. Sejak akhir-akhir ni macam ramai yang guna produk Murad ni dan saya baca review pun semua baik-baik dan memberikan kesan yang memuaskan kepada para pengguna.

    ReplyDelete
  23. ooo...primer ke...Sally at first ingatkan macam serum je...huhuhu...elok la kalau sesuai tu kak...

    ReplyDelete
  24. Ana pun pakai. Memang bagus produk Murad ni mimi sebab dpt kurangkan wrinkles semua.

    ReplyDelete
  25. Oooo baru tahu sebelum make up nk kena ltk primer dulu. Dh macam nak cat rumah plak rasanya. Hehe. Tp bagus produk ni ya.

    ReplyDelete
  26. Still haven't try any Murad products yet. But I just found out that primers are really a game changer when applying makeup.

    ReplyDelete
  27. Makin famous produk brand Murad ni.. Macam-macam produk juga dia ada. Paling bagus bila takde parabens tu. Extract cendawan ye? Terbaiklah

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com