Lindungi Kulit Muka dari Sinar UV dengan Murad City Skin Age Defense Broad Spectrum PA++++ Mineral Sunscreen
Hai semua ! Sekarang ni cuaca panas terik betul kan. Bila cuaca panas terik macam ni kita kenalah jaga kulit muka kita dari sinar uv betul tak .Ada yang jenis muka bila terdedah dengan cahaya matahari ni mudah terbakar . Macam Mimi sendiri kalau terdedah lama sangat kulit muka mulalah berbelang. Sebab sebahagian terlindung dengan tudung. So Mimi cari alternatif untuk LINDUNGI KULIT MUKA DARI SINAR UV DENGAN MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++MINERAL SUNSCREEN produk dari Murad Malaysia.
Kalau korang nak tahu produk dari Murad Malaysia ni memang terkenal dalam dunia kecantikan dan sentiasa mendapat pengiktirafan kerana kualiti produknya yang terbukti berkesan dan selamat .
MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++ MINERAL SUNSCREEN
Sunscreen Murad Malaysia ini merupakan produk perlindungan kulit yang baharu . Diformulasi dari 100% mineral ultra ringan revolusioner PA++++ dan SPF 50 dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar ia mampu melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan di mana menyebabkan tanda tanda penuaan berlaku dengan cepat. Punca punca berlakunya proses penuaan dengan cepat seperti berikut:
🌸 Blue Light dari peranti
🌸 Pencemaran
🌸 Radiasi Inframerah
🌸 UVA dan UVB
Ia juga mampu melindungi kulit dari:
🌸96% pencemaran
🌸89% daripada Blue Light dari peranti
🌸52% daripada Sinaran Inframerah
Formula ringan berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan menyerap dengan cepat. Ia juga meninggalkan kesan glowing pada kulit muka, boleh juga digunakan sebelum mekap dan membuatkan mekap nampak lebih cantik dan juga boleh dipakai begitu sahaja .
Apa yang Mimi suka tentang sunscreen Murad ni warna pic lembut membantu kita untuk mendapatkan warna dan tona kulit yang betul untuk merangsang kulit yang lebih bersinar dan senada. Macam Mimi katakan sebelum ni , bahan-bahan yang digunakan juga selamat untuk kulit sensitif dan formulanya adalah bebas wangian.
Ia juga mengandungi Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, tona tidak sekata dan juga melindungi dan memperbaiki kulit yangbrosak akibat sinaran matahari. Produk ini jua selamat digunakan di sekitar kawasan mata.
Ia juga mengandungi Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, tona tidak sekata dan juga melindungi dan memperbaiki kulit yangbrosak akibat sinaran matahari. Produk ini jua selamat digunakan di sekitar kawasan mata.
CARA -CARA PENGGUNAAN
Sebelum guna goncangkan botol .Kemudian sapukan secara rata pada kawasan leher dan dada. Untuk dapatkan hasil yang baik ketika menggunakan sapu dengan kumlah saiz nikel selepas sapu pelembap harian untuk perlindungan yang lengkap.
Sebelum Mimi terlupa, harga untuk MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++ MINERAL SUNSCREEN ialah RM298 .
Sebelum keluar ke mana mana Mimi tak lupa nak apply sunscreen .Dulu tak kisah sangat sekarang wajib sapu. Mula mula sapu pada kukit muka Mimi, muka rasa macam pijar di kawasan pipi dan hidung tapi rasa tu sekejap jela. Risau juga takut tak serasi. Tapi lama lama okey je pakai . Selain tu, apa yang best ia juga lindung kulit Mimi dari sinar Blue Light dari handphone, televisyen dan laptop. Jangan ingat Blue Light tu tak beri kesan pada kulit kita okey. So, kalau korang nak pakai sunscreen Mimi highly recommended sunscreen Murad Malaysia ni.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Murad Malaysia:
Website : https://www.murad.com.my/age-defense-broad-spectrum-spf-50-pa
23 Comments
First time dengan dengan brand ni. Macam ok bila tengok wajah Mimi selepas menggunakan Suncsreen dari Murad ni. Tapi kan... Tapi kan... harganya agak mengecewakan pulak. Dah LeYa banyak nak guna duit ni.. Hahahha.. Tapi takpe, kalau berbaloi dan serasi memang akan beli juga. Mahal bukan faktor janji kulit sihat. Hee..
ReplyDeletesekarang ni i bukan nak perlindungan dari sinaran uv sahaja, sebab i bukan selalu keluar rumah banyak duduk bawah atap.. tapi sekarang i sangat concern dengan blue light ray.. hahahahha... dari pc hp tv... bukan mata je leh jadi rabun tapi kulit pun boleh naik pigmentasi sebab blue light ni.. jadi I nak cari juga... protection sun + bluelight sekali..
ReplyDeleteana pun dh jatuh cinta dengan murad ni mimi. memang nampak kulit makin sihat dan kedutan pun makin berkurang.
ReplyDeletePernah baca mengenai produk Murad ni, tapi tak pernah pakai lagi. Boleh tahan juga harga Mineral Sunscreen dia ye. hhuhuhuhuhuhuhu
ReplyDeleteProduk murad ni mmg bagus...
ReplyDeleteha..boleh dijadikan base make up juga ni..
selalu tgk jenama dr murad ni kat farmasi tapi tak pernah berani nak cuba. tapi mungkin nnt leh try sikit mintak promoter derang test skit kat kulit ni
ReplyDeleteSekarang musim panas kan memang wajib kena pakai sunscreen. Kalau tidak jenuh sunburn la. Ini first time syira dengar pasal Murad. Boleh cuba
ReplyDeletekita pun guna..best..:)
ReplyDeleteSunscreen dah nak habis. Boleh cuba yang ini pulak la. Kena pakai sebab kat Malaysia ni panas ya amat. Nak melindungi kulit kita dari sinar UV tu.
ReplyDeleteAla kenapa kita baca review ni lepas kita balik dari pantai hehehe kalau tak boleh guna untuk lindungi kulit kita dari terbakar wakakakkaka hitam dah ni wakakakka..
ReplyDeletewah bestnya skincare ni mmg bagus ye
ReplyDeleteTak pernah try Murad ni. Tapi kan selalu dengar pasal brand ni. They are very long in the industry and reputable too. I need to check this out soon.
ReplyDeleteSelalu baca orang review jenama Murad ni bagus. Iza tak pernah lagi try tapi teringin nak try. Tapi sunscreen ni boleh buat muka berminyak tak bila dah lama? Iza sunscreen ni memilih sikit.
ReplyDeleteBest sb bukan je untuk sinaran matahari.. Tp blue light dr devices, tv, hp
ReplyDeleteWowwwwwww harga dia memang tak terjangkau tapi i know this brand terbaik. Mesti best kan sunscreen dia awak :D
ReplyDeleteProduk Murad memang diakui bgus dan dah ada peminatnya yang tersendiri. Sis pun ada jugak pakai produk Murad, tapi untuk wringkle..maklum umur dah lanjut ni bnyak kedut..:D
ReplyDeleteSunscreen antara rutin wajib skincare. Nk try tapi takut x sesuai dgn skin
ReplyDeleteBest kalau ada set lengkap product dari Murad ni...jimat beberapa bulan kan...
ReplyDeleteMouse mommy suka sunscreen yg jenis Aqua base dan x lekit. Mmg wajib pakai sunscreen tiap2 hari skrg.
ReplyDeleteBagusnya. Banyak juga cx baca review pasal produk Murad ni. Ternyata sekarang ianya makin dikenali ramai . Murad memang terbaik. Nanti nak trylah
ReplyDeleteProduk murad memg bgus.. Lernh guna sebelum ni. .not bad.. Bgus juga ade sunscreen ni.. Keluar je kenw pakai sunscreen
ReplyDeleteNampaknya SPF 50++ tu not bad kan? Memang perlu sekarang untuk perlindungan daripada UV yang sangat bahaya ni. Brand ni memang boleh dipercayai kan? :)
ReplyDeleteOh yes! I tried this product before and its really good. I like the lightweight texture and its very easy to apply.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com