Khamis, 28 Februari 2019

JATUH CINTA DENGAN RANGKAIAN ALTHEA'S EXCLUSIVE MAKE UP

10:46:00 PTG 21 Comments
JATUH CINTA DENGAN RANGKAIAN ALTHEA'S EXCLUSIVE MAKE UP | Hai semua! Sebelum ni mesti korang banyak baca entry Mimi berkaitan dengan produk Althea kan? Nama pun Althea Angels, kenalah happy dan bangga dengan rangkaian produk dari Althea. 

Kalau sebelum ni Althea banyak mengeluarkan produk produk skincare kali ni Althea keluarkan produk baru tau korang. Bukan skincare tapi mekap!! Yeayyyy!!! Dak Mimi JATUH CINTA DENGAN RANGKAIAN ALTHEA'S EXCLUSIVE MAKE UP sebab warna dan fungsinya yang superb plus memang sejenis manusia bernama Mimi yang suka mekap. Produk mekap Althea yang dikeluarkan ni best best belaka. Bila dah dapat produk mekap haruslah main conteng conteng pada muka. 



Nak tahu rangkaian produk mekap yang dikeluarkan? Jom baca entry Mimi sampai habis. 

1) Althea Skin Relief Spot Film Gel



Sebelum apply mekap, kalau muka ada jerawat hah elok sangatlah apply Skin Relief Spot Film Gel ni kat jerawat korang tu. Ia mampu mengecutkan jerawat tanpa meninggalkan parut tau. Ia mengandungi ekstrak tea tree leaf. Kita semua tahu bahawa tea tree memang digunakan secara meluas dalam rangkaian produk jerawat .

2) Althea Flawless Creamy Concealer



Untuk concealer ni ada 4 warna berbeza iaitu :-

🌸 #01 Vanilla 
🌸 #02 Ginger
🌸 #03 Honey
🌸 #04 Mocha 

Flawless Creamy Concealer ni memang teksturnya creamy tapi meninggalkan kesan matte pada muka. Paling best ia berfungsi melindungi segala cela pada muka korang. Mimi memang fall in love betul dengan concealer Althea ni sebab ia membantu cover cela pada muka, eyebag dan dark circle tau. Memang terbaik. Mekap pun jadi smooth je. 

3) Althea Spotlight Eye Glitter



Spotlight Eye Glitter ini didatangkan dengan dua warna iaitu -

🌸 #01 Gold Light
🌸 #02 Pink Light

Spotlight Eye Glitter ni boleh juga gantikan eyeliner korang  Asyik pakai eyeliner warna hitam je kan apa kata sekali sekala tukar warna eyeliner tu dengan spotlight eye glitter dari Althea .Confirm gorgeous gitu. 

4) Althea Watercolor Cream Tint



Walaweiiii... Althea dah ada lip tint yang super gorgeous okey! Warna warna lip tint ni memang terang tau tapi korang yang kaki mekap mesti tahu cara nak dapatkan look yang korang nak kan. Macam Mimi tak suka terang sangat, so, Mimi apply nipis jer .

Ada 4 warna kesemuanya iaitu :-

🌸 #01 Plum Cream
🌸 #02 Strawberry Cream
🌸 #03 Peach Cream
🌸 #04 Marron Cream

Mesti koramg tertanya kenapa namanya Watercolor Cream Tint kan. Teskstur dan warna cream tint memang seperti watercolor tau. Di mana tekstur dan sifat warna yang terang, lembut dan tahan lama pada bibir. 

5) Eye Palette Sunrise & Moonrise BCL X Althea



Setakat ni Mimi ada 4 koleksi eye palette di rumah dannnn BCL X Althea eye palette ni jadi pilihan utama Mimi sebab warnanya yang sangat pigmented tau. Terdiri daripada 8 warna yang menawan sesuai digayakan ketika waktu siang sehingga ke malam. Kalau korang perasan eye palette ni terdiri daripada warna shimmers, mattes dan glitters yang pasti buat korang nampak gorgeous dan meletop. Hah gitu! 

Serius Mimi cakap ya, warna warna yang dipilih untuk disatukan dalam eye palette ni memang Mimi suka sangat. Selain daripada pigmented warnanya pun tahan lama tau. Tu yang buat Mimi suka sangat. 

Okey dah kenalkan dengan kesemua produk mekap Althea, sekarang Mimi nak share dengan korang gambar dan video tutorial Mimi main conteng conteng pada muka. Sorrylah kalau video tak menarik nak ditengok sebab masih amatur lagi dalam bab editing video ni. 

Untuk tutorial mekap kali ni Mimi suka natural look. Tak suka nampak terang sangat. Kira sedap mata memandang. 



Dalam video di atas sebelum apply mekap Mimi gunakan Skin Relief  Spot Film Gel pada jerawat. Lepas tu baru Mimi gunakan Flawless Creamy Concealer code #02 Ginger untuk cover dark circle, eyebag dan cela pada bahagian mata  pipi dan dagu. Untuk eyeshadow Mimi pilih tiga warna untuk natural look iaitu #1 Shimmery Nude, #2 Matte Light Brown dan #5 Rich Brown with Golden Shimmer. Eyeliner tu Mimi gunakan Spotlight Eye Glitter code Gold Light. Untuk blusher pula Mimi guna eye palette BCL X Althea code #7 Pearly Pink Shadow with Purple undertoner. Dan yang terakhir sekali Mimi apply Watercolor Lip Tint code #03 Peach Cream.

So, nihlah final look lepas Mimi mekap. Simple dan natural. Less is more kan. 




Kalau korang nak dapatkan produk produk dari Althea ni korang boleh layari web berikut :-


Ataupun korang download saja aplikasi Althea di Play Store atau Apple Store. Lagi mudahkan korang nak layari produk Althea dengan tenang dan aman. Di web Althea nanti korang akan dapat pelbagai info lengkap setiap produk dan juga review daripada pengguna setia Althea. Korang juga boleh layari media sosial Althea seperti di bawah :

Facebook: 

Instagram: 

Ahad, 24 Februari 2019

CARA DAFTAR JADI AHLI KELAB BATA DAN KELEBIHAN JADI AHLI KELAB BATA

7:31:00 PTG 25 Comments
CARA DAFTAR JADI AHLI KELAB BATA DAN KELEBIHAN JADI AHLI KELAB BATA | Hai semua! Selamat hujung minggu. Hari ni tiba tiba rasa rajin pula nak up entry. Kali ni Mimi nak kongsi dengan korang CARA DAFTAR JADI AHLI KELAB BATA DAN KELEBIHAN JADI AHLI KELAB BATA memandangkan ramai yang tanya macam mana cara nak jadi ahli rentetan perkongsian Mimi pasal tebus baucer BATA sempena birthday Mimi bulan lepas.




CARA DAFTAR AHLI  KELAB BATA

Untuk daftar sebagai ahli Kelab BATA ikut beberapa langkah mudah seperti di bawah :

🌸Lawati mana mana store BATA berhampiran 

🌸Belanja minimum RM50 dan ke atas

🌸Berikan nombor telefon dan nama kepada cashier di kaunter pembayaran

🌸Satu SMS akan di hantar ke nombor telefon yang didaftarkan tadi untuk melengkapkan proses pendaftaran

🌸Klik link page yang diberikan pada SMS untuk lengkapkan proses pendaftaran dan korang akan terima RM10 e-baucer pada SMS berikutnya kerana berjaya daftar sebagai ahli kelab

🌸Korang boleh tebus RM10 e-baucer yang diberikan dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit

Untuk makluman korang, nombor telefon yang korang daftarkan dijadikan sebagai "unique identification" korang di mana ia juga digunakan sebagai ID ahli. Sebagai ahli setiap kali korang shopping di BATA, korang hanya bagi saja nombor telefon yang didaftar pada cashier nanti. 

Sebarang kemaskini  e-baucer dan tawaran yang menarik akan dihantar terus melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan atau melalui e-mail. Macam Mimi selalu dapat tawaran terkini melalui SMS daripada BATA. Ada sesetengah mesej tawaran dari BATA disertakan dengan "unique secure code". Nak tebus kod tawaran tu korang kena tunjukkan SMS yang ada "unique secure code" kepada cashier.

Setiap kali korang shopping di BATA, korang layak dapat points tau. Setiap RM1 yang dibelanjakan korang akan dapat 1 point. Untuk setiap 150 points, korang akan dapat RM5 e-baucer. Sebagai contoh kalau korang ada 300 points korang dapat RM10 e-baucer, kalau 450 points dapat RM15 e-baucer dan seterusnya sehingga capai had maksimum iaitu 1500 points dapat RM50 e-baucer. Pastikan kalau korang nak tebus minimum kena ada 150 points. Kurang daripada tu tak boleh tebus. Setiap penebusan sah dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit.  

Macam Mimi last check points ada 300++ points. Sebelum ni banyak tapi dah tebus masa shopping kasut anak anak. Buat masa ni biar points tu beranak dulu. Kemudian nanti baru fikir nak tebus.

KELEBIHAN DAFTAR SEBAGAI AHLI BATA

Bila dah daftar jadi ahli mesti korang nak tahu apa kelebihan jadi ahli ni kan, betul tak? Sebenarnya banyak tau kelebihan kalau jadi ahli BATA ni. Antara kelebihannya ialah :

🌸 Tiada yuran memperbaharui keahlian
🌸 Layak terima RM10 e-baucer semasa daftar sebagai ahli bersama maklumat peribadi yang lengkap
🌸 Bonus Hari Lahir  - RM15 e-baucer akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang didaftar. Penebusan dengan pembelian minimum RM50 dalam satu resit 
🌸 Penebusan points  - tebus points untuk e-baucer🌸 Jemputan ke majlis eksklusif BATA
🌸 Member's Preview Sale Day
🌸 In Store products pada harga eksklusif untuk ahli
🌸 Tawaran penebusan ke atas kategori/brand yang terpilih
🌸dan pelbagai lagi tawaran menarik yang akan datang dari BATA

Hah banyakkan kelebihan kalau daftar jadi ahli Kelab BATA ni. Korang yang ada tanya Mimi macam mana bak jadi ahli tu, Mimi dah share info dalam entry ni. So, tunggu apa lagi kan! Cepat cepat daftar jadi ahli. Tak rugi pun jadi ahli.  Banyak kelebihan yang korang akan dapat dari semasa ke semasa nanti dari BATA. 

Sabtu, 23 Februari 2019

CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND

3:23:00 PTG 22 Comments
CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND | Hai semua! Siapa kat sini memang pakai contact lens sama macam Mimi sila angkat tangan. Actually Mimi memang rabun jauh dan pakai spek tapi lebih selesa pakai contact lens sebab kalau pakai spek bahagian tepi tudung kembang. Muka pun nampak kembang je kan. Sebab tu Mimi lebih prefer pakai contact lens. Spek Mimi pakai dekat rumah saja.

CONTACT LENS COLOUR DARI BARBIE EYESLAND




Sekarang ni Mimi pakai contact lens colour kalau jalan jalan luar. Kadang kadang saja pakai contact lens colour pergi kerja. Selalunya pergi kerja pakai contact lens transparent tu je. Cerita pasal contact lens colour ni kan korang, Mimi nak share dengan korang contact lens colour yang Mimi pakai sekarang ni.

Contact lens yang Mimi pakai dan nak share info dengan korang tu ialah. Contact lens Barbie Eyesland ni banyak pilihan warna tau korang. Nak warna yang natural ada nak warna macam Barbie ada . Nama pun Barbie Eyesland kan .Bila pakai mata jadi ala ala mata Barbie ,hah gitu. Korang boleh pilih saiz diameter lens dari 14.5 mm hingga 16mm. 






Mimi pula kalau beli lens suka pilih warna yang nampak natural contoh macam hitam, coklat dan kelabu. Untuk power mata bagi lens bermula dari 0 hingga 800 tau korang.



Bagi penghantaran pesanan pula sangat cepat tau iaitu dalam tempoh 24 jam dan ambil masa 1 hingga 3 hari bekerja untuk terima bagi Malaysia manakala penghantaran ke Singapura ambil masa 2 hingga 5 hari waktu bekerja. Kos penghantaran bagi setiap item adalah "Free Shipping" di Malaysia dan Singapura pula dikenakan caj sebanyak RM25  Pembayaran juga senang tau korang. Kalau ada Paypal boleh digunakan untuk pembayaran .



Yang paling Mimi suka part packaging tau korang. Masa Mimi dapat bungkusan, ia di pack rapi di dalam kotak yang di seal kemas .Bungkusan lens juga didatangkan dalam packaging yang cute dan comel. Botol contact lens pun di seal dengan rapi tau .




Kalau sebelum ni Mimi beli lens tak dapat pun contact lens case. Kalau beli solution baru dapat free contact lens case tau. Tapi bila beli di Barbie Eyesland bukan setakat dapat contact lens case tapi siap dapat travel kit contact lens case box yang super cute tau. 



Barbie Eyesland menawarkan produk yang 100% authentic dan berkualiti tinggi walaupun harga yang ditawarkan sangat murah. Setiap contact lens ni boleh dipakai sehingga 3 bulan .Seperti contact lens yang lain juag, pemakaian untuk sehari sehingga 8 jam sahaja. 

Pilihan warna contact lens yang Mimi beli di Barbie Eyesland ialah Natural Black 14.5mm, Luna Grey 15mm dan Oh My Huper Choco 16.5mm. Ada warna yang Mimi nak takde stok untuk power mata Mimi.



So far selepas Mimi pakai contact lens Barbie Eyesland ni mata Mimi memang selesa dan langsung tak memedihkan mata. Lens pun soft saja. Oh ya harga bagi setiap lens ni bermula dari RM25. Setiap contact lens yang Mimi beli ni bertahan sehingga 3 bulan. Hah jimat tak jimat kan. Dah habis tempoh tiga bulan nanti, Mimi nak repeat order lagi sebab dah serasi dan selesa. Murah pun murah kan....  



Kalau korang nak tahu cara order contact lens dari Barbie Eyesland ni korang boleh rujuk di sini https://www.barbieeyesland.my/pages/q-a

Untuk sebarang maklumat atau pembelian korang boleh klik link seperti di bawah :



Sabtu, 16 Februari 2019

TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR

11:34:00 PG 28 Comments
TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR | Hai Semua! Bulan lepas Mimi dapat baucer diskaun dari BATA sempena hari lahir Mimi .Kod baucer diskaun dari BATA tuh Mimi dapat thru SMS. Last tebus 25hb Januari 2019 . Hari last tebus tuh baru Mimi berkesempatan nak tebus .

Kebetulan time tu Mimi bawa anak jalan jalan kat AEON S2. Teringat pula kod baucer BATA tak tebus lagi. Alang alang tebus terus. Sebelum ni kalau pergi BATA Mimi cari kasut anak anak dan kasut nak pakai pergi kerja. Kali ni Mimi cari sandal buat pakai jalan jalan. 


Tara ! Sandal BATA yang menjadi pilihan Mimi

Mimi suka pakai jenama BATA ni sebab selesa pada kaki. Harga pun affordable seiring dengan kualiti . Kasut jenama BATA pun tahan lasak tau. Tu yang buat Mimi suka dan selesa .

Sandal yang Mimi pilih ni pun lembut pada tapak kaki. Memang selesa di pakai tak rasa macam pakai sandal pun. Macam biasa warna hitam jadi pilihan sebab senang nak matching dengan apa apa warna. 


Harga sandal ni RM59.99 kira genapnya RM60.00. Lepas tebus baucer diskaun BATA sempena hari lahir Mimi dapatlah sepasang RM45.00 . Kira okeylah kan siapa nak bagi kan? 



BATA ni memang best sebab selalu bagi kod diskaun . Kira tak rugi register jadi ahli sebab macam macam keistimewaan yang ahli BATA dapat. Ni Mimi baru terima SMS ada offer lagi dari BATA. Tak tahulah nak beli apa lagi. 

Korang yang belum daftar jadi ahli BATA cepat cepat daftar .Banyak keistimewaan bila jadi ahli ni .Bukan setakat dapat kod baucer saja tapi sambil beli boleh kumpul points di mana points tuh kita boleh tebus untuk pembelian seterusnya. Best tak best? So pa tunggu lagi cepat cepat daftar tau .

Adakah cara anda membersihkan bilik air salah?

10:10:00 PG 2 Comments
Adakah anda tahu kemungkinan besar cara anda membersihkan bilik air adalah salah? Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehingga mengabaikan beberapa perkara utama – yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman – dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya.   



Bilik air adalah tempat yang perlu anda bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus didatangi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.



Berikut beberapa cara yang anda lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu anda melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan, selepas ini.  

1) Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air 

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas - terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka - bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. Malah, terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan anda membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air. 

Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti Produk Pelbagai Guna WD-40® yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas anda. Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Anda juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.




2) Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas

Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar. Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain mikrofiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan anda boleh mencuci dan menggunakannya semula.

Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini anda akan dapati bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40® juga boleh membantu anda. 


3) Hanya mop lantai 

Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40®. Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang residu. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.



   4) Menggunakan produk pembersih yang salah 

Lazimnya, sesetengah indvidu cenderung untuk menggunakan hanya satu produk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ia lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi anda, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya  memerlukan pembersih tertentu. 

Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili anda) memerlukan perhatian tambahan. Hanya sembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.



5) Tidak membersihkan berus tandas 

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan, dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.

Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih antibakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman anda dan memastikan peralatan anda dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia. Anda pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.

Jumaat, 8 Februari 2019

Domino’s Pizza Memperkenalkan Pengalaman “EGG-CITING” bersama “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!

7:50:00 PTG 12 Comments

Pengalaman “Eggstra Shiok” menanti pelanggan denga piza baru yang telah “menetas” di Domino’s Pizza. Sejajar dengan perisa yang menjadi kegilaan ramai, Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.




Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut. 



Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.


Di majlis pelancaran, Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”


Domino's Pizza akan melancarkan tiga Egg-cellent pizzas yang diberi nama sebagai Royale Chicken Pizza, the Royale Tuna Pizza and the Royale Delight Pizza!


Juga hadir pada pelancaran tersebut ialah Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.

 Bermula dari 11 Februari 2019 pelanggan boleh menikmati kesemua Royale Salted Egg Pizza yang baru! 


Pelancaran Royale Salted Egg piza di Domino’s ini dihadiri oleh pihak media, para pencinta telur masin dan juga “food influencers” popular yang berkongsi minat terhadap telur masin.

Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau RM9.25 sebagai ala carte.


Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg piza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.


Selasa, 5 Februari 2019

PENGALAMAN RUMAH DI PECAH MASUK

12:36:00 PTG 27 Comments
PENGALAMAN RUMAH DI PECAH MASUK | Hai semua! Selamat tahun baru Cina buat kawan kawan yang menyambutnya. Cuti ni Mimi duduk rehat di rumah kemas apa yang patut. Kawan kawan yang bercuti balik kampung pastikan sepanjang ketiadaan korang di rumah, jiran jiran tahu dan seeloknya maklum pada balai berdekatan untuk elakkan kejadian pecah rumah. Andai akan datang mampu buat rumah atas tanah sendiri,  nak cari kawasan yang gated. Memang mahal sikit harga tanahnya. Tapi keselamatan jauh lebih baik. Baca tips yang bagus untuk buat rumah atas tanah milik kita di blog Nikmatterbaik

Berbalik kepada cerita pasal kejadian pecah rumah ni, Mimi sendiri alami perkara yang sama baru baru ni. Dijadikan cerita Khamis lepas Mimi keluar rumah seawal pagi sebab nak hantar anak anak sekolah dan pergi kerja. Sebelum keluar rumah memang Mimi dah pastikan keadaan rumah dalam keadaan selamat. Suis dan plug ditutup, sliding door dan gril dikunci. 

Keadaan atap rumah


Mimi sampai rumah pukul 6 petang. Bila buka pintu Mimi tengok bilik Mimi terang tau . Jadi pelik pula macam mana boleh terang sedangkan suis lampu dah tutup . Bila masuk bilik ,Mimi terkejut sebab atap dan siling bilik utama pecah. Lantai penuh bertaburan dengan atap genting yang pecah dan air. Mimi assume pecah sebab hujan lebat dan angin kuat. Langsung tak terfikir pasal pecah rumah. Terus snap gambar send whatsapp dekat suami. 

Malam tu suami minta tolong jiran tutup atap sebab Mimi bagitahu dia hujan petang tu  air masuk. Gigihlah Mimi dan anak anak tadah dengan baldi . Dahlah diuji atap pecah sekali diuji dengan area rumah blackout pula. Bayangkan jiran Mimi pasang atap dalam gelap.


Keadaan lantai kotor dengan air plus seepihan atap yang pecah


Mesti korang tertanya kan macam mana Mimi syak rumah dipecah masuk sedangkan Mimi cakap punca sebab hujan dan angin kuat. Malam kejadian tu, Mimi dapat whatsapp daripada pengasuh Adhwa. Dia beritahu kejadian yang berlaku di rumah Mimi sama macam kejadian berlaku jiran depan rumah dia. Pengasuh Adhwa ni tinggal di lorong belakang rumah Mimi tau .Kira kitorang satu taman tapi berlainan loronglah . Dia cakap jiran tu dah siap buat report polis sebab risau akan jadi benda yang sama. Masa tahu tu hati dah rasa tak tentu arah .

Malam tu tidur dengan anak anak, Mimi tawakal je dan bergantung pada Allah. Mimi tahu Allah ada lindung kitorang anak beranak . Alhamdulillah kitorang dapat tidur dengan tenang .

Keesokkannya, Mimi kerja macam biasa  Anak anak ke sekolah macam biasa. Mimi tunjuk gambar atap pada pegawai Mimi dan minta pendapat. Dia cakap atap tu bukan kesan hujan atau angin tapi kesan pecah. Terus dia suruh Mimi pergi buat report. Nasib baik kerja dekat IPK, balai pun dekat jalan kaki je. Mimi ajak kawan temankan. Lepas buat report, Mimi terus drive balik sebab sarjan incharge nak datang rumah buat pemeriksaan dan ambil statement. 

Hasil pemeriksaan memang ada cubaan pecah rumah. Anggota polis pun pesan jadi apa apa cepat cepat call gerakan atau balai berdekatan. Mimi difahamkan, sarjan incharge ada juga datang di taman perumahan beberapa minggu lepas untuk kes yang sama. Rumah Mimi ni kira rumah ke 6 tau korang.  Sebelum ni ada beberapa rumah jadi benda yang sama. Dan yang buat Mimi terkejut rumah jiran Mimi jadi benda yang sama seminggu sebelum berlaku di rumah Mimi. Jiran satu lorong tau.

Lepas ni memang kena hati hati sebab zaman sekarang ni manusia yang negatif ni semakin hilang kewarasan bila buat sesuatu perkara asalkan hati mereka puas  tanpa fikir kesan yang bakal berlaku. 

Isnin, 4 Februari 2019

ANAK ANAK SERONOK BERMAIN DI KIDZOONA

10:00:00 PG 20 Comments
ANAK ANAK SERONOK DI KIDZOONA | Hai semua ! Sabtu baru ni selepas anak anak training Karate, Mimi bawa diorang jalan jalan di Aeon S2. Mula mula nak belanja diorang tengok wayang tapi cerita tak berapa best. Last last decide bawa diorang makan. Diorang nak makan kat Secret Recipes.



Lepas makan di Secret Recipes Mimi bawa diorang bermain di Kidzoona pula. Tiket masuk untuk kanak kanak pada weekdays RM14 manakala untuk weekends/public holiday pula RM19. Untuk orang dewasa free of charge. Nak masuk Kidzoona ni kena pakai stoking tau  Disebabkan anak anak dan Mimi tak ada stoking, so Mimi beli stoking. Total stoking RM13. So, total semua Mimi bayar RM70 . Unlimited time tau bila masuk Kidzoona tu. Mimi dan anak anak masuk Kidzoona dari jam 1200 sampai jam 0245 petang. 








Kira berbaloilah harga dengan aktiviti yang ada. Ada station jual burger, jual aiskrim, hospital, firestation dan pelbagai lagi aktiviti yang ada. Aina juga sempat join aktiviti DIY yang pihak Kidzoona anjurkan . Aina dan anak anak lain belajar buat rantai. 

Sesi DIY buat rantai


Sesi bergambar selepas selesai aktiviti DIY


Lepas selesai aktiviti DIY,  Aina sambung main lagi . Auni dan Adhwa masa ni sibuk main masak masak di stesen yang disediakan. Kemudian diorang sambung lagi main permainan yang ada.




Ikutkan diorang tak nak balik tapi Mimi pujuk diorang belanja diorang mainan. Adhwa Mimi belikan patung ultraman, Aina pula Mimi belikan Saidina sebagai hadiah hari lahir dia dan Auni pula Mimi belikan DIY cupcakes. 

Selesai reward dengan permainan Mimi dengan anak anak pun balik. Memang letih tau layan karenah anak anak tapi puas sangat sebab tengok muka happy diorang. Rasa satu kepuasan yang tak boleh digambarkan .

Jumaat, 1 Februari 2019

HOT DOMINO’S PIZZA DEALS EXCLUSIVELY ON SHOPEE

9:13:00 PG 4 Comments
Irresistible pizza deals during Chinese New Year

Domino’s Pizza lovers can rejoice as the pizza brand is now officially on Shopee, the leading e-commerce platform in Southeast Asia and Taiwan. Exclusively for Shopee users only, pizza lovers will get to enjoy tantalising deals that could prove really difficult to say no to. 

Domino’s Pizza Malaysia first began in 1997 and has expanded its footprint to over 230 stores across the country. It is known for its ultimate pizza experience, offering product satisfaction guarantee, 30-minute delivery guarantee and 15-minute take-away guarantee. Living up to its brand promise of It’s All About You, Domino’s is extending its convenience and exclusive deals to Shopee customers this festive Chinese New Year season. The official store on Shopee will be selling vouchers that carry special promotions so users can purchase the vouchers before using them at Domino’s website or outlet. 

Apart from its official store on Shopee, Domino’s official website, www.dominos.com.my is packed with useful information, menu and the brand’s loyalty programme. It is also of course where customers can place online orders for their favorite pizzas.



In conjunction with its official launch on Shopee as well as to celebrate Chinese New Year and in the spirit of family reunions, Domino’s Pizza will be extending not one, not two, but three crazy bargains that would call most taste buds to attention. 

From 1 to 5 February 2019, Shopee users can enjoy several Shocking Sale with savings up to 68%, taking place across these days at different times. Stay tuned on the Shopee app or site to be the lucky ones to catch the Shocking Sale and enjoy the lowest prices from Domino’s.  

On the first day, purchase one regular pizza for just RM8.80 (worth RM26.50), while from 2 to 4 February, users stand to enjoy a large pizza for RM18.80 (worth RM35.65). These are limited to one purchase per Shopee user and are valid for takeaway or dine-in. 

As for 5 February, when it is time to let reunion party hosts rest from all the cooking and cleaning, order the extra-large pizza for only RM28.80 (worth RM45.10) for everyone at home. It is only limited to one purchase per Shopee user, and valid for delivery, takeaway or dine-in. 

The vouchers, once purchased from Domino’s Pizza official store on Shopee, can be redeemed across all Domino’s outlets in Malaysia for takeaway or dine-in. For those who fancy their pizzas delivered right to their doorstep, they need to log on to www.dominos.com.my and key in the coupon code, serial number and expiry date. Select the offer and click “Redeem” before completing the order. 

“We are pleased to be working with Shopee as it allows us to reach out to its 16 million strong customer base. Through this, we are able to further provide greater value for our pizza-loving Shopee users with just one click away and this is very much in line with our promise of providing greater value and convenience to our customers. With Chinese New Year around the corner, and together with Shopee’s Kongsi Fa Cai themed-celebration, the launching of Domino’s official store on Shopee is timely as Malaysians can now enjoy Domino’s pizza with their friends and family as they celebrate the festive season or enjoy a good break. As the expression goes, ‘a family who eats together, stays together’,” said Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore.

More “toppings” to bite off  
The celebration continues until 31 March 2019 because the best things are meant to be enjoyed for as long as possible. The Domino’s Pizza official store on Shopee will continue to sell mouth-watering vouchers. Terms and conditions apply, and surcharges may apply too. 

Takeaway/ Dine-in Offers: Spend RM15.90 for a combo of Regular Pizza and Twisty Bread or RM26.50 for a Large Pizza and Breadstix. 

Delivery Offers: Domino’s is offering three regular pizzas and chicken wings side dish at only RM56.18; a combo of one regular pizza, one banana kaya 6 inch and one can of soft drink at only RM23.32, and five regular pizzas for only RM69.96. The offer is also extended for takeaways and dine-ins.