Isnin, 28 Januari 2019

SUFFY B GENIUS SUSU BUAT SI MANJA MENAWARKAN SAMPEL SUSU PERCUMA

3:01:00 PTG 32 Comments
SUFFY® B GENIUS SUSU BUAT SI MANJA MENAWARKAN SAMPEL SUSU PERCUMA | Hai semua! Buat ibu bapa yang ada anak kecil pasti akan mengambil makanan yang baik dan menyokong tumbesaran si manja. Mimi sendiri pun akan pastikan Adhwa mendapat khasiat dari susu untuk membantu tumbesarannya.



Bercerita pasal susu, baru baru ni Mimi ada baca di satu laman web berkenaan susu Suffy® B Genius untuk si manja. Mesti korang ada yang tak pernah dengar pasal susu Suffy ni kan? Hah jom baca serba sedikit mengenai susu Suffy B Genius .

Suffy® B Genius dikeluarkan oleh syarikat Suffy Dairy Group Sdn Bhd yang merupakan pengeluar produk tenusu jenama SUFFY yang berpusat di Ipoh, Perak. Syarikat ini mempunyai 6 tahun pengalaman dalam pasaran produk berasaskan susu. Produk yang dikeluarkan berasaskan susu lembu dan juga susu kambing. 


NAK CUBA SUSU SUFFY® B GENIUS? KORANG BACA ENTRY INI SELANJUTNYA UNTUK DAPATKAN SAMPEL PERCUMA

Susu Suffy® B Genius diformulasikan dengan Formula B3 dirumuskan dengan DHA, 19 vitamin, mineral seperti zat besi, kalsium, magnesium, iodin , vitamin A, B ,D dan selerium serta tambahan Prebiotik - FOS dan Manna untuk membantu si manja kekal sihat, bijak dan kuat. 

Apa kebaikan susu Suffy® B Genius? 

a) Diformulasi dengan Formula B3


BRILLIANT  - Mengandungi DHA yang merupakan antara komponen utama dalam otak. Ia berfungsi untuk membantu perkembangan otak kanak kanak.

BALANCE - Membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian yang diperlukan si manja. Nutrisi yang seimbang membantu si manja untuk membesar dengan lebih baik. 

BOOST - Dirumus istimewa dengan Prebiotik dari FOS dan Manna untuk membantu meningkatkan sistem penghadaman si manja .

b) Susu Suffy® B Genius juga mempunyai tambahan khasiat sebenar dari buah kurma dan juga madu. 

Khasiat Susu Suffy® B Genius



Cara Penyimpanan dan Penyediaan 




Cara Untuk Dapatkan Sampel Susu Suffy® 

1) Layari Laman Web http://www.suffy.com.my/samplesususuffy/

2) Pilih senarai set percubaan dan isi maklumat peribadi. 



3) Baca semua butiran yang tertera (T&C) dan klik submit .



4) Klik pada gambar set percubaan yang diinginkan.



5) Log masuk web Shopee jika belum daftar sebagai  ahli perlu daftar terlebih dahulu. 



6) Pilih gambar susu seperti tertera di gambar dan klik pada beli sekarang dan kuantiti yang diinginkan .



7) Klik pada Suffy Malaysia dan trial pack Suffy® B Genius dan klik semak keluar. 

8) Tambah baucar dengan menggunakan kod SUFFYSBG



9) Pastikan klik pada baucar diskaun SUFFY Malaysia Official store dan klik pada ok untuk pengesahan.



Tempoh untuk tebus sampel percuma bermula dari 24/01/2019 - 15/02/2019.

Kelebihan Beli Set Perubahan ( 3 sachet) vs Free Trial Pack (1 sachet) 

* terima 3 sachet untuk 3 kali pengambilan
* dapat produk segera dalam tempoh 24 jam*
* Pegawai Khidmat Pelanggan akan menghubungi pelanggan dan memberi panduan serta khidmat nasihat cara pengambilan .

Set percubaan mempunyai 3 sachet untuk memberi pelanggan peluang rasa, kesan pada tubuh badan selepas pengambilan dan juga kesan pada sistem penghadaman selepas pengambilan .

Testimoni Adhwa Selepas Minum Susu Suffy® B Genius



Sebelum ni Adhwa memang minum susu berasaskan lembu tau. Risau juga kalau bagi dia minum susu Suffy® B Genius dia tak nak tapi alhamdulillah dia suka minum. Nampak lah dia suka dan tak ada masalah sembelit. Nak buang air besar pun senang saja.



Eh yang lagi bestkan adik sepupu Mimi pun bagi anak dia minum Suffy® B Genius tau sebab anak dia alergik susu lembu minum je akan sembelit dan anaknya pun ada ekzema. Sejak minum Suffy® B Genius masa umur 8 bulan, anak dia tak ada dah ekzema. Siap bagi bukti lagi yang dia setia dengan Suffy® B Genius.



Untuk maklumat lanjut boleh layari web dan facebook Suffy Malayska seperti di bawah :

FB : Suffy Malaysia

Ahad, 27 Januari 2019

ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI

11:52:00 PTG 20 Comments
ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI | Hai semua! Sebagai blogger dan peniaga online amat penting Mimi mempunyai kad nama atau kad business untuk meluaskan lagi pengaruh sebagai blogger ataupun peniaga online. Kira kad nama tuh melambangkan identiti Mimi gitu. Korang pun mesti ada kad nama jugak kan, betul tak? Korang yang tak ada tu cepat cepat buat sebab penting okey kad nama tuh. Bercerita pasal kad nama, Mimi nak share dengan korang mengenai ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI. 

ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI




Selain mendesign dan mencetak kad nama, Arifani Design juga menyediakan perkhidmatan tempahan kad kahwin, banner, bunting  sticker, rubberstamp, flyers dan banyak lagi. Kesemua tempahan tuh akan disiapkan dalam tempoh seminggu KECUALI kad kahwin sahaja akan siap dalam tempoh 14 hari waktu bekerja .

Kenapa Mimi recommend korang untuk buat tempahan di Arifani Design ni?  Ini kerana hasil design dan cetakan yang disediakan sangat memuaskan hati korang nanti. Selain daripada harganya yang murah, produk perkhidmatan mereka yang disediakan sangat berkualiti. Bab layanan pada pelanggan pula tak perlu nak dipertikaikan lagi sebab layanan yang diberikan memang terbaik. 



Pihak Arifani Design juga tidak lokek nak share idea dan cadangan yang terbaik buat pelanggan untuk mendapatkan hasil yang cantik memuaskan hati. Kot korang tak ada idea, hah diorang sedia membantu memberi beberapa idea yang bagus. Design yang dibuat juga menarik dan cantik tau korang. Masa Mimi nak pilih design untuk kad business jadi rambang mata tau. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Semua cantik cantik belaka. Ambil masa nak pilih. 

Eh terlupa pula nak beritahu, kalau korang buat tempahan kad tapi ketandusan idea nak design apa korang tak perlu risau sebab Arifani Design akan design untuk korang. Design percuma ditawarkan untuk Kad Business, Kad Kahwin, Banner dan Banting yang simple, rubberstamp dan sticker .



Perkhidmatan cetakan pun mereka buat tau.  Let say korang dah ada design semua tapi tinggal nak cetak sahaja pun boleh di Arifani Design ni. So, memang tak ada masalah pun kalau nak gunakan perkhidmatan mereka .

Mesti korang cakap eh dak Mimi sembang kencang entah ya ke tak dia cakap pasal Arifani Design ni. Korang tak baik tau fikir bukan bukan. Takmo takmo takmo. Sebab baguslah dak Mimi share. Tak percaya? Korang boleh tengok feedback pelanggan Arifani Design tentang perkhidmatan yang mereka sediakan .






Kalau korang nak dapatkan perkhidmatan terbaik dari Arifani Design korang boleh layari laman sosial mereka seperti di bawah :


Facebook - Arifani Design
Instagram - @arifanidesign

Sabtu, 26 Januari 2019

HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY

11:50:00 PTG 38 Comments
HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY | Hai semua! Malam ni baru ada mood nak update blog. Makin menjadi jadi pulak pemalas nak update blog kan. Padahal banyak je story nak share dengan korang semua! Mesti ada yang perasan sebelum ni Mimi kerap update entry mengenai produk yang best best dari Althea. Nama pun Althea Angels kan bertindak sebagai ambassador gitu. Kenalah promote barang barang yang best dari Althea.



2 minggu lepas iaitu 13 Januari merupakan hari lahir Mimi. So, Althea Angels yang birthday bulan Januari akan dapat hadiah istimewa dari Althea. Pilih sendiri gitu. Hadiah dari Althea ni Mimi dapat 12 Januari. Agak teruja bila dapat tau! Selalu dapat kotak pink cecoet saja saiznya kali nih panjang ngko! 

So, nak tahu apa HADIAH ISTIMEWA ALTHEA ANGELS JANUARY BIRTHDAY yang Mimi dapat, sila baca entry ni hingga tamat siaran.... hahaha

Total produk yang Mimi grab ialah 16 jenis. Produk yang Mimi grab ialah :


1) My Beauty Tool Hair Brush

Bila nampak sikat ni terus grab. Sebab colour pink. Tolonglah jangan kecam sejenis dak Mimi ni. Memang pantang betul tengok segala benda warna pink. Dah test guna. Memang best. Bila sikat rambut, rambut yang rosak dan gugur akan melekat dekat sikat. So, takde dah rambut gugur bersepah dekat lantai. I like sangat!! 

2) Holika Holika Collagen

Mimi baca review ramai cakap best dan memang berkesan bila pakai. So, Mimi pun grab satu sebab nak jugak nampak awet muda selalu kan. Cara nak pakai pun senang, guna selepas cuci muka. Picit sikit pada tapak tangan dan sapu pada muka. Lepas tu, sambung pakai toner, essence dan bla bla bla. 


3) Koelf Ruby Bulgarian Rose Hidrogel Eye Patch

Love sangat eye patch ni. Bau wangi. Mimi pakai masa sebelum nak tidur malam. Mimi pakai eye patch ni untuk kurangkan eye bag dan dark circle.  Sangat hygienic okay sebab diaediakan small spatula untuk korang pick eye patch dari bekas pink.


4) Lovey Dovey Perfume Fabric Mist

Serius cakap Mimi tak boleh move on dengan bau fabric mist Lovey Dovey. Wangi gila kot. Sembur sembur sikit kat baju pergh terbaik baunya. Jarang guna sebab sayang .hahaha....


5) Nature Republic Argan Essential Deep Care Shampoo

Baca review ramai cakap best syampu ni nak nak ia mengandungi argan oil. Kita semua tahukan kebaikan argan oil ni. So, Mimi grab satu nak cuba. Bila dah pakai memang best, bau wangi yang semulajadi lah. Soft je tau korang bau syampu ni.

6) Mise - En - Scène Perfect Repair

Kecil kecil cili api okey. Cara nak pakai senang jer, lepas cuci rambut korang keringkan dengan tuala. So rambut dalam keadaan basah dan kering. Kira masih lembab lagilah. Then sapu perfect repair ni. Dah beberapa kali pakai nampak perubahan pada rambut tau. Rambut halus, lembut dan paling best rambut kurang gugur. Memang best sangat lah korang. Tak sia sia pilih.


7)  The Face Shop Pink Cushion Blusher

Memandangkan blusher sedia ada dah nak habis. So, haruslah dak Mimi grab satu blusher yang cute ni. Didatangkan dalam packaging yang cute dan puff bulus bulus yang lembut gitu. Belum pakai lagi tau. Nak habiskan betul betul blusher sedia ada. Rasa sayang pulak nak pakai sebab cute!

8) It's Skin Power 10 Formula VC Effector with Vitamin C Derivative

Serum ni Mimi pakai waktu malam sebelum nak tidur. Waktu siang serum lain. Serum ni best pakai. Bau lemon yang soft. Pakai pun tak rasa melekit. Saiz pun besar kalau nak compare dengan serum yang lain.


9) Althea Bare Essentials Contour Cleanser

Kebanyakan kawan kawan bloggers Mimi pakai ni sebab best. Bau lemon yang sangat wangi dan bila apply pada muka rasa berangin sejuk saja. Jangan tak tahu adik adik Mimi pun guna. Diorang suka. So, yang ni Mimi grab untuk mama. Stok Mimi ada lagi tau.

10) AHA BHA PHA 30 DAYS Miracle Toner

Since Mimi baca banyak review yang best best pasal toner ni, Mimi pun grab satu buat stok. Dah pakai memang best. Kulit muka rasa lembut dan moist saja. Liang pori pun mengecil dan scars pada muka semakin pudar.


11) Boom De Ah Dah Everyday Mask Lemon Lime 

Setakat ni, Mimi ada 3 jenis mask dari jenama Boom De Ah Dah iaitu Rice, Lemon Lime dan Green Tea. Lepas ni nak tambah stok mask lagi. Lemon Lime tu best, walaupun masa pakai rasa pedih sikit jerrrr tapi boleh nampak kesan pakainya. Scar jerawat semakin pudar. Hasil gabungan mantop dengan produk lain gitu juga kan.

12) Boom De Ah Dah Everyday Mask Green Tea

Mask Green Tea ni pun best sangat pakai tau korang. Bau green tea tu soft je bila kita bau. Bila pakai kulit muka memang rasa moist sangatttt. 

13) Tony Moly Pureness 100 Green Tea Mask Sheet

Dah pakai mask Green Tea ni memang best. Boleh nampak ekstrak green tea pada mask tu. Lepas pakai memang kulit muka rasa soft dan moist gitu. 


14) Althea Pore Purifying Serum Cleanser

One of my favourite product from Althea. Highly recommended untuk korang yang tak suka bawa segala tok nenek skincare yang memberatkan beg korang kalau pergi mana mana. Tak payah dah bawa wet tissue, makeup remover, cleanser atau serum. Ada sebotol ni dalam beg cukup. Bertindak 3 dalam 1 tau iaitu sebagai makeup remover, cleanser dan serum. Kalau mekap tebal memang Mimi suka pakai ni. Semua jenis mekap tanggal sepantas kilat.


15) The Face Shop Light Cleansing Oil

Since Mimi sekarang memang rutin skincare ikut cara Korean Skincare routine, so ni salah satu wishlist yang Mimi nak . Nak buat double cleansing memang kena ada cleansing jenis oil ni. 

16) Missha 4D Mascara

Kemain ko nama maskara ni 4D Mascara gitu . Terfikir juga kenapa panggil 4D kan. Ke bila pakai bulu mata ni dari jauh nampak "4D" tu ke macam mana kan. Tapi yang best bila pakai maskara ni, ia tak clumpy tau korang. Tuh yang best. Bulu mata pun nampak sehelai sehelai je. I loike sangat! 

So, inilah kesemua 16 produk yang Mimi grab sempena birthday Mimi yang lalu. Hah amacam best best tak produk yang Mimi grab! Gila tak suka dapat hadiah masyuk macam ni. Thank you very much to ALTHEA for the awesome gifts. Rasa beruntung dan bertuah sangat terpilih jadi Althea Angels tau korang. Sebab barang barang yang ada di Althea semua best best. Kalau korang tak percaya korang boleh klik link web Althea ni, confirm korang pun akan jadi rambang mata macam sejenis dak Mimi. 


Khamis, 24 Januari 2019

5 PETUA MUDAH (DENGAN PERALATAN!) UNTUK MENJADIKAN TAHUN BARU CINA LEBIH BERSIH DAN SEGAR

11:00:00 PG 7 Comments
Hari yang dinanti-nanti sudah hampir tiba dan Tahun Baru Cina juga hanya sebulan lagi untuk diraikan. Adakah anda bersedia untuk menyiapkan kediaman anda sempena sambutan tahun baru ini?

Kita cenderung berfikir bahawa kerja pembersihan itu agak merumitkan. Namun, realitinya, ia boleh menjadi cepat dan mudah, apabila anda merancang dengan betul dan mempunyai alat yang bersesuaian untuk melaksanakannya. Berikut adalah 5 petua atau tips mudah untuk anda bermula:

#1 Bermula dengan membuat perancangan: Tandakan kawasan yang perlu diberi tumpuan, dan periksa sama ada anda memerlukan bantuan luaran. Anda tidak perlu membersihkan keseluruhan rumah anda dalam satu masa. Sekiranya anda harus melakukannya, bahagikan ia sekurang-kurangnya kepada dua hari atau dua minggu. Ini bukan sahaja membuat tugasan membersih lebih mudah diurus, anda juga tidak akan bosan atau terlalu letih pada akhirnya.



#2 Periksa sama ada anda alat anda betul-betul sebelum anda menggunakannya:
Dalam setiap tugas yang kita uruskan dalam kehidupan harian, memilih and menggunakan peralatan yang sesuai adalah sangat mustahak. Beberapa peralatan yang sering ditemui di kediaman kita tidak semuanya digunakan untuk melakukan pembersihan. Adakah anda bertanya peralatan seperti apa?

Sepeti produk Pelbagai Guna WD-40®, yang mana ia sangat bagus untuk menghapuskan minyak, gris, kotoran, dan kesan degil melekit. Apabila menggunakan produk ini, ia juga melindungi logam daripada karat dan hakisan. Bayangkan pagar dan gril. Ia juga amat berkesan dalam membantu menanggalkan pelekat lama, menyingkir bahan lekatan yang ketat pada pita, label dan pelekat dengan mudah.



Jika anda memerlukan pembantu yang sangat pantas bekerja, sila dapatkan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40® (Specialist™ Fast Acting Degreaser WD-40®). Pakar penyelesaian berasaskan air ini pantas bertindak menghilangkan gris, minyak, kotoran dan kotoran degil tanpa meninggalkan sebarang kesan. Ia juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan termasuk logam, tudung ekzos dan lantai. Buihnya mampu bertindak dengan segera pada sentuhan, dan dibilas dengan mudah.     

Dan anda tidak perlu lagi mengupah kontraktor apabila anda mempunyai alat yang bersesuaian untuk membantu anda- walaupun ia melibatkan pembersihan mesin yang agak rumit seperti penghawa dingin. Hanya dapatkan Pembersih Penghawa Dingin Profesional 3-Dalam-Satu®.



Agen pembersih berasaskan air ini, bertindak melarutkan gris, kotoran, kulat, acuan dan lain-lain daripada gegelung penyejuk penghawa dingin anda dengan mudah. Keluarkan penapis dan cuci habuk yang terdapat padanya, sembur Pembersih Penghawa Dingin Profesional 3-Dalam-Satu® pada sirip penyejuk dan biarkan selama beberapa minit dan ia akan bertindak sendiri. Selepas itu, apa yang perlu anda lakukan ialah letakkan semula penapis  pada tempat asal. Tiada bilasan diperlukan. *keselamatan diutamakan, oleh itu matikan dahulu kuasa penghawa dingin anda sebelum anda memulakannya!*

#3 Bersihkan dari atas ke bawah: Fikirkan mengenai graviti dan bagaimana habuk yang bergerak-gerak. Oleh itu, ia perlu dimulakan dari permukaan yang lebih tinggi- lekapan ringan, kipas, penghawa dingin, langsir dan tingkap, dan gerakkan ke bawah. Ini bermaksud akhir sekali baru bersihkan lantai anda.   

#4 Tidak perlu kasihan: Tanpa menyedarinya, kita sering menyimpan barang-barang yang sebenarnya tidak begitu diperlukan dan barangan itu bertimbun dan bertindih. Oleh itu, sebelum tahun baru bermula, tanya diri anda adakah anda masih menggunakan barangan tersebut dalam tempoh setahun lalu. Jika jawapannya tidak, maka sudah tiba masanya untuk anda membuangnya. Sekiranya anda mempunyai banyak barangan seperti itu, anda juga boleh membuat jualan garaj bagi menukarkan barangan yang tidak diperlukan itu kepada wang.



#5 Ceriakan diri anda: Pembersihan boleh menjadi tugas yang sangat memuaskan dan menyeronokkan. Tetapi jika anda tidak biasa menikmati proses pembersihan atau anda cepat jadi bosan, hidupkan semula suasana yang mengembirakan seperti memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Dengan semua perkara ini, yang memberi perbezaan adalah sikap. Oleh itu, ia adalah perkara yang amat baik apabila anda dapat melakukan kerja pembersihan dengan rasa seronok, dan anda cenderung untuk melakukannya dengan lebih kerap, atau lebih bagus.

Diharap dengan 5 petua atau tips yang kami kongsi ini dapat membantu anda bersedia untuk meraikan Tahun Baru China! Untuk mendapatkan tips atau cadangan lebih lanjut- dan produk berguna bagi setiap tugasan yang diperlukan -boleh melayari http://wd40.asia

Di sini, kami sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru China! Gong Xi Fa Cai! Kepada anda dan orang yang tersayang.

Isnin, 14 Januari 2019

MURAD HYDRO-DYNAMIC ULTIMATE MOISTURE MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN PADA WAJAH

9:43:00 PTG 38 Comments
MURAD HYDRO-DYNAMIC ULTIMATE MOISTURE MENGURANGKAN GARIS HALUS DAN KEDUTAN PADA WAJAH | Hai semua ! Semalam meningkat lagi setahun usia Mimi. Semakin lama umur meningkat semakin tua Mimi rasa tau. Nak nak bila melibatkan kulit wajah. Bila umur meningkat memang segala garis halus dan kedutan mula menampakkan diri masing masing. Stress gitu kan !

So, apa yang Mimi buat untuk atasi masalah garis halus dan kedutan pada wajah ni. Of course lah Mimi rawat masalah ni dengan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture. Hah pernah dengar ke tak pasal produk ni ?Apa istimewanya Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni sampai Mimi sanggup habiskan duit beli krim secoet ni. Secoet bukan sebarang secoet okey. Bak kata orang kecil kecil cili api .



Walaupun kecil berbaloi sangat gunakan tau. Mimi sendiri dah guna hampir sebulan still ada lagi. Nak sapu pada muka tu janganlah banyak sangat. Agak agaklah kan. Barulah tak cepat habis. Jom baca kesitimewaan produk Murad ni .

Keistimewaan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture:

1) mengurangkan garis halus dan kedutan pada wajah

Jangan tak percaya tau korang, testimoni daripada 92% pengguna mengatakan garis halus dan kedutan pada wajah diorang hilang dalam masa seminggu penggunaan. Hah precaya ke tak? Kalau dah testimoni daripada pengguna takkan nak tipu betul tak? Mimi sendiri pun setelah hampir sebulan guna pun berpuas hati sebab garis garus halus pada muka dan kedutan di kawasan sekitar mata terutamanya makin kurang .Yang paling best kulit iols rasa tegang muda remaja gitu. Umur dah meningkat ni banyak benda kena jaga tau .



2) meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan keseimbangan air serta kelembapan pada kulit

Pakai Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni memang Mimi akui kulit muka sentiasa rasa lembut dan lembap saja. Walaupun sejenis kulit oily tapi bila pakai muka tak oily pun. Bila apply mekap kan rasa smooth dan cantik saja mekap tu kekal pada wajah. Tak bercapuk. Nak nak sekarang cuaca agak panas so, Mimi akan pastikan kulit sentiasa lembap. 

3) penghidratan 24 jam dan tahan lama

Bila pakai kulit sentiasa terhidrat dan tahan lama pada mukit wajah. Korang tahukan betapa pentingnya untuk pastikan kulit sentiasa terhidrat.



4) sesuai untuk light travel

Hah kan Mimi dah cakap walaupun secoet tapi sangat mudahkan korang bawa ia ke mana saja . Tak kisah lah korang travel ke mana pun bawa saja secoet ni masuk dalam handbag. Penting okey apply krim ni pada muka. Rugi kalau korang tinggalkan. Sebab bentuknya yang kecil, ringan dan mudah dibawa memang tak membebankan kalau korang pergi travel .

Ermmm dah tahu keistimewaan mesti korang nak tahu bahan yang terkandung dalam Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni kan. Korang jangan risau dan ragu sebab kandungan bahan yang digunakan terdiri daripada bahan semulajadi di mana ia dirumus tanpa paraben, sulfat, phthalates dan gluten. 



Kandungannya terdiri daripada :

Teknologi asid hyaluronik maju -
Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaan untuk penghidratan dan tahan lama

Ekstrak kelapa  - menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin dan muda. 

Mentega Shea, Alpukat ,Bunga Matahari dan Minyak Buah Zaitun - membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat

Mesti korang nak tahu siapa yang sesuai menggunakan Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni. Hah  korang yang mempunyai kulit jenis kering, kombinasi, normal dan sensitif sangat sesuai menggunakan krim ni. 



Cara nak gunakan pun senang saja korang. Sapu dan buat urutan secara rata ke muka  leher dan dada. Lepas sapu diikuti pula dengan pelindung matahari Murad pada siang hari. Krim ni boleh digunakan pada waktu pagi dan malam ya. Macam Mimi sendiri wajib guna pada pagi dan malam sebelum tidur. Esok bangun muka rasa moist moist gitu .

Harga Murad Hydro-Dynamic Ultimate Moisture ni ialah RM88 (15ml). Walaupun kecil tapi sangat sangat jimat tau bila guna. Walaupun harga tu mungkin ada yang cakap mahal tapi bagi Mimi ia berbaloi untuk korang pakai sebab kesan dan hasil penggunaan secara konsisten memang amat memberangsangkan. 

Kalau korang nak maklumat lanjut mengenai produk Murad ni layari: 


atau

Jumaat, 11 Januari 2019

PASTIKAN WASIAT ANDA KEKAL SELAMAT DENGAN WILLKEY™ DAN DAPATKAN MATA GANJARAN TAMBAHAN DARI SUNWAY PALS

7:57:00 PG 9 Comments
Kerjasama antara WillKey™ dan SUNWAY PALS menguntungkan lebih 670,000 ahli

WillKey™, pendaftar wasiat dan khidmat pencarian serta simpanan wasiat berpusat yang pertama di Malaysia kini menjalinkan kerjasama dengan Sunway Pals Loyalty Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Sunway yang menjalankan program kesetiaan pelanggan. Kerjasama terbaru ini membolehkan ahli Sunway Pals mengutip 20 kali ganda Pals Points apabila mereka mendaftar sebagai pelanggan menerusi perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ dan tambahan 5,000 Pals Points jika mereka memilih untuk menjadi pelanggan simpanan wasiat. Mata ganjaran berkenaan akan dikira berdasarkan kadar standard 1 Pals Point bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.

Sunway Pals ialah program kesetiaan pelanggan yang memberikan ganjaran kepada ahli mereka atas setiap pembelian barangan atau perkhidmatan di lebih 1,000 kedai yang mengambil bahagian di Pusat Membeli-belah Sunway, Taman Tema Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pengajian Sunway, Hartanah Sunway serta Unit Perniagaan Sunway yang lain.



Kerjasama ini merupakan kerjasama strategik pertama WillKey™ sejak ia dilancarkan pada Ogos 2018. Sebagai penyedia perkhidmatan pendaftaran wasiat dan penyimpanan wasiat khusus yang pertama di Malaysia, WillKey™ bertindak sebagai sebuah pusat pendaftaran di mana pewasiat boleh mendaftarkan maklumat mengenai lokasi wasiat mereka, atau menyimpan wasiat mereka dengan selamat. Orang ramai sentiasa mencari jalan penyelesaian yang lebih mudah serta efisien, dengan WillKey™ urusan mendaftar atau mencari wasiat dapat dilakukan dengan mudah bagi mempercepatkan pelaksanaan sesuatu wasiat dan pengagihan aset kepada pewaris yang tepat.

“Kerjasama dengan Sunway Pals membolehkan kami menjangkau pasaran yang lebih meluas dalam kalangan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat usia dan tahap pendapatan. Ramai orang terutamanya golongan muda suka menangguhkan urusan berkaitan wasiat. Walau bagaimanapun, mentaliti berkenaan sedang berubah dan orang ramai kini mulai sedar tentang pentingnya memiliki wasiat dan menjaga aset demi kepentingan para pewaris mereka. Tidak kira sama ada ibu bapa, pasangan atau anak-anak mereka,” kata Marina Suwendy, Pengurus Besar MWD Wills Depository Sdn Bhd.



Tambah Marina lagi, “Kami berharap agar kerjasama dengan SUNWAY PALS ini dapat membantu meningkatkan lagi kesedaran dan lebih ramai orang akan menyedari bahawa sebaik sahaja mereka memiliki akaun bank, kereta atau apa-apa hartanah di bawah nama sendiri, mereka harus bertanggungjawab dan perlu menyediakan wasiat. Selepas menyediakan wasiat, urusan untuk mendaftar dan menyimpannya dengan selamat tidaklah semahal tanggapan ramai dan ia dapat mengelakkan tekanan tambahan apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini.”

Ketua Perniagaan Sunway Pals, Kevin Wong berkata, “Kami amat menghargai peluang kerjasama yang ada dan kami yakin bahawa kerjasama baru dengan WillKey™ bakal mewujudkan satu lagi cara baik yang membolehkan kami memperluaskan ganjaran kepada lebih daripada 670,000 Ahli Pals. Kami percaya bahawa menerusi kerjasama dengan rakan usahasama baru dari pelbagai bidang, kami dapat sentiasa menemui, membangun dan menyampaikan nilai yang terbaik kepada Ahli Pals.”

Bermula dari 1 Disember 2018 hingga 30 April 2019, Ahli Pals akan menikmati ganjaran istimewa apabila mereka mendaftar dengan WillKey™.
Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan pendaftaran wasiat WillKey™ pada harga RM133.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points di sepanjang tempoh promosi.
Ahli yang mendaftar untuk perkhidmatan Simpanan Sepanjang Hayat Premium WillKey™ pada harga RM833.33 akan mendapat 20 kali ganda Pals Points serta tambahan 5,000 Pals Points di sepanjang tempoh promosi.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari https://mywillkey.com/sunwaypals/ atau https://sunwaypals.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang program kesetiaan pelanggan Sunway Pals.


Mengenai MWD Wills Depository Sdn Bhd

MWD Wills Depository telah ditubuhkan oleh sepasukan peguam yang aktif setelah mereka mendapati ada keperluan untuk mewujudkan perkhidmatan pendaftaran wasiat secara berpusat di Malaysia. Ditubuhkan pada 2017, MWD Wills Depository Sdn Bhd memiliki WillKey™, penyedia perkhidmatan pendaftaran wasiat berpusat yang pertama di Malaysia yang menyediakan kemudahan untuk mendaftar, menyimpan dan mencari wasiat. Menerusi WillKey™, MWD Wills Depository Sdn Bhd komited untuk menguruskan dengan cekap proses penyimpanan wasiat, dan memastikan para pewaris dapat mengakses wasiat terakhir si pewasiat dengan selicin yang mungkin. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi https://mywillkey.com/

Mengenai SUNWAY PALS

Sunway Pals ialah program kesetiaan pelanggan yang ditubuhkan pada 2014. Ia diwujudkan dengan tujuan untuk memberi ganjaran ke atas kesetiaan dan memberikan keistimewaan yang berterusan kepada ahli kami. Dengan lebih 1,000 perniagaan yang mengambil bahagian dan terus bertambah setiap hari di Pusat Membeli-belah Sunway, Hotel Sunway, Taman Tema Sunway, Pusat Perubatan Sunway, Pusat Pengajian Sunway, Hartanah Sunway serta banyak lagi perniagaan Sunway, ahli-ahli boleh menggunakan Sunway Pals untuk mendapatkan lebih nilai secara serta merta. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunway Pals, sila kunjungi https://sunwaypals.com.my/.

Selasa, 8 Januari 2019

KENAPA PRODUK CHOMEL JADI PILIHAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN ADHWA

8:22:00 PG 29 Comments
KENAPA PRODUK CHOMEL JADI PILIHAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN ADHWA | Hai semua! Eh korang yang ada anak kecil tu produk bayi apa yang korang gunakan untuk anak korang? Mimi sendiri pilih produk CHONEL untuk Adhwa. Mungkin ada yang tertanya tanya pasal produk CHOMEL? Jenama apa tu? Tak pernah dengar pun. Hah kalau tak pernah dengar meh Mimi nak kongsi dengan korang KENAPA PRODUK CHOMEL JADI PILIHAN UNTUK KEGUNAAN HARIAN ADHWA. 



Ermmmm kenapa eh produk CHOMEL jadi pilihan Mimi untuk kegunaan harian Adhwa . Mesti korang pun nak tahu kan sebab apa Mimi pilih dan yakin dengan produk CHOMEL ni. Apa kelebihan CHOMEL ni kan sampai Mimi baik sangat hati nak kongsi dengan korang kebaikan CHOMEL ni. 

Hah, korang kalau sayangkan anak korang mesti akan pilih produk terbaik dan selamat digunakan untuk anak anak ,betul tak ?Hah macam tu juga dengan Mimi. Nak tahu kenapa Mimi suka guna CHOMEL untuk Adhwa? Sila baca sampai habis .




Korang pernah dengar tak mengenai produk CHOMEL? Tak pernah dengar eh? Ok takpe Mimi share dengan korang mengenai CHOMEL ni. CHOMEL diformulasikan secara natural iaitu berasaskan tumbuhan dan sangat selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai kulit nipis. Kulit bayi ni tak sama macam kulit orang dewasa tau korang sebab kulit bayi ni mudah menyerap dan cepat juga hilang kelembapan. Jadi, CHOMEL memang sesuai untuk kulit sensitif dan eco-friendly. Macam Adhwa kan korang dia tak ada ekzema tapi kalau makan ayam atau pegang kucing tangan dia mudah gatal gatal dan naik biji kecil kemerahan. Disebabkan CHOMEL tiada bahan sintetik dan menggunakan minyak semulajadi seperti Flaxseed, Rosehip, Coconut & Monoi Tiare jadi Mimi cuba produk CHOMEL ni untuk Adhwa. Bila mandikan Adhwa gunakan CHOMEL head-to-toe lepas tu sapu losyen pada tangan dan kaki. Wet tissue pula Mimi akan bawa ke mana saja bila keluar dengan Adhwa.in case tangan dia kotor lepas makan atau pegang barang kan, so boleh lap. Tak sangka pula produk ni serasi dengan Adhwa. Biji biji kecil kemerahan semakin berkurangan. Ia juga sesuai digunakan untuk anak kecil yang ada ekzema. #Chomel #SensitiveSkin #NaturalProduct
A post shared by 🌸mimi azirah🌸 (@mimi_azirah) on


1) BERASASKAN TUMBUHAN DAN TIADA BAHAN SINTETIK

Hah, salah satu ciri utama yang Mimi titikberatkan ialah kandungan sesuatu produk . Nak nak bila melibatkan anak anak. Mimi sangat cerewet bab ni . Kalau beli apa apa barang mesti duk baca dulu isi kandungan yang ada dalam sesuatu produk. Kalau tak jumpa produk berasaskan bahan semulajadi selagi tu Mimi cari sampai jumpa. Dulu agak payah sikit nak cari produk bayi berasaskan tumbuhan ni. Sekarang senang dah nak cari. Apa lagi kalau bukan CHOMEL. Korang tak perlu risau atau was was nak guna CHOMEL ni sebab kandungannya diperbuat dari bahan semulajadi iaitu berasaskan tumbuhan dan tiada bahan sintetik di dalam produk CHOMEL .



2) HYPOALLERGENIC DAN TIADA BAHAN KIMIA BERBAHAYA

Untuk pengetahuan korang produk CHOMEL ni merupakan produk hypoallergenic di mana ia tidak memberikan reaksi alergi pada kulit bayi dan ia sangat lembut pada kulit bayi . Yang paling bagusnya produk ni mestilah tak ada bahan kimia berbahaya yang digunakan . Macam Mimi bagitahu sebelum ni, CHOMEL ni berasaskan tumbuhan di mana ia merupakan bahan semulajadi. Satu lagi point untuk CHOMEL sebab kenapa Mimi pilih gunakannya untuk Adhwa .

3) DIUJI SECARA DERMATOLOGI UNTUK KULIT SENSITIF

Untuk anak korang yang berkulit sensitif sangat sangat digalakkan guna produk CHOMEL ni .Sebab ia telah diuji secara dermatologi bagi yang berkulit sensitif . Hah kalau anak korang ada ekzema tu memang elok sangat guna CHOMEL. Macam Adhwa sendiri, dia alergik dengan daging ayam dan kucing .Kalau makan daging ayam atau sentuh kucing siaplah tangan dia naik biji biji merah. Gatal pula tu siap garu garu lagi .Pergi klinik dah banyak kali. Habis ubat sapu pergi lagi . Sampai mengelupas dan bercapuk kulit tu .Tapi bila guna CHOMEL ni nampaklah perubahan pada kulit dia plus Mimi tak bagi dah makan daging ayam atau sentuh kucing.



4) DIIKTIRAF HALAL OLEH JAKIM

Dan paling penting kenapa produk CHOMEL jadi pilihan tentulah sebab ia HALAL . Tak perlu risau arau was was nak guna sebab kesemua produk CHOMEL telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM okey .So  tak timbul dah isu halal atau tak .Kalau dha ada halal tu kenapa mesti nak was was betul tak ? Sebab tuhlah Mimi lagi bertambah yakin dan yakin sangat nak guna CHOMEL untuk Adhwa. Dah lah selamat ,tak ada bahan berbahaya , diiktiraf halal pula tu kan .

Sebab tuh lah Mimi tak pandang dah prosuk lain .Buat apa nak cari lain kalau ada prosuk yang dah lengkap semua kan . Manalah tahu ada rezeki timang baby lagi lepas ni kan, memang produk CHOMEL jadi pilihan utama Mimi . Tak ada kompromi lagi dah.



Sebenarnya kan korang produk CHOMEL bukan ada setakat wet tissue , losyen dan mandian head-to-toe saja tau, banyak lagi rangkaian produk CHOMEL yang ada seperti hand sanitizer, baby laundry detergant, foaming hand wash dan banyak lagi. 

Kalau korang nak tengok rangkaian produk dan nak dapatkan produk CHOMEL ni, boleh layari:

Web: 

Facebook: 

IG:

Ahad, 6 Januari 2019

HADIAH DARIPADA RAKAN BLOGGER

3:01:00 PTG 16 Comments
HADIAH DARIPADA RAKAN BLOGGER | Hai semua ! Cuti hujung minggu ni pergi mana? Mimi duduk di rumah je. Rehat rehat. Buat apa yang patut. Rabu hari tu baru naik kerja setelah 12 hari bercuti . Masuk kerja tengok ada dua sampul untuk Mimi. Satu pos biasa satu lagi poslaju .

Bila buka dua dua sampul tu rasa happy tau sebab dapat hadiah daripada rakan blogger. Nak tahu apa Mimi dapat jom tengok .

Yassin dan kalendar daripada blogger Azlinda Alin
Kak Lynda ni suka tau bikin surprise macam ni. Terima kasih kak bagi yassin dan kalendar. Sebelum ni Mimi pernah dapat jugak yassin daripada kak Lynda. Kalau ada buat bacaan yassin dekat pejabat memang Mimi guna yassin yang kak Lynda bagi. 


Yang kedua pula Mimi dapat hadiah planner book daripada kak Suria Amanda. Hadiah top komentator blog kak SA untuk bulan November. Mimi dah rasmi pun planner ni untuk kegunaan di pejabat. Catat semua benda benda penting dan to do list yang Mimi perlu buat next day. Terima kasih kak SA bagi planner book ni. Macam tahu tahu saja dak Mimi memang nak cari satu untuk kegunaan kat pejabat .

Kedua dia hadiah yang Mimi dapat ni memang sangat sangat berguna dan akan di manfaatkan sebaik baiknya. Terima kasih sekali lagi. 

Khamis, 3 Januari 2019

GIVEAWAY SEMAKANONLINE.COM DI MIALIANA.COM

12:40:00 PG 9 Comments

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bT8iQhqN