Sabtu, 23 Mac 2019

Riadah Bersama Keluarga di Hill Park S2

9:11:00 PTG 11 Comments
RIADAH BERSAMA KELUARGA DI HILL PARK S2 | Hai semua! Kali ni Mimi nak share cerita yang pergi Hill Park S2 bulan lepas. Punyalah lama peram cerita kan. Al kisahnya bila janji dengan anak anak nak riadad bersama. Bila rutin harian sibuk dengan kerja  hujung minggu saja yang ada untuk luang masa dengan anak anak . Suami dah janji dengan anak anak nak bawa diorang pergi jalan jalan kat taman. Tapi last minute suami Mimi tukar plan nak bawa anak anak riadah di Hill Park S2 yang ada dinosaur tuh. Anak anak apa lagi sukalah kan .

Lenguh juga kaki nak mendaki Hill Park ni tapi kuatkan semangat. 


RIADAH BERSAMA KELUARGA DI HILL PARK S2

Jauhkan nak menapak. Mimi jauh ketinggalan tapi last last Mimi sampai dulu .


Pukul 4.15 petang kitorang dah keluar rumah. Jarak Hill Park S2 dari rumah lebih kurang 17km, lebih kurang 12 minit saja dah sampai. Korang kalau nak datang Hill Park S2 ni korang searvh guna Google Maps. Taip saja "HILL PARK S2" confirm kornag akan sampai destinasi.

Hill Park S2 ni terletak di kawasan perumahan, so, memang tak boleh masuk nak parking. Kalau datang sini memang kena parking di tepi jalan, berdekatan dengan sekolah jenis Cina. Dari tempat parking nak ke Hill Park tu lebih kurang 1.18km dan kena menapak tau. Memang penat dan berpeluh jugalah kan . Tapi nak riadah punya pasal Mimi redah saja. Walaupun cuaca time tu panas tapi panas yang berangin dan redup.

Zon Bebas Asap Rokok ya korang


Sampai saja di Hill Park S2, di pintu masuk akan nampak papan tanda zon bebas asap rokok. Masuk pula free tau. Masuk saja terus kitorang cari dinosaur dulu. Bergambar sakan dengan dinosaur. Lepas tu bagi anak anak main dan cuba aktiviti yang diorang boleh buat.







Anak anak memang suka datang tempat macam ni. Boleh main buaian, papan gelongsor dan macam macam lagi. Mimi macam biasalah join anak anak sekejap lepas tu jalan jalan kawasan sekitar. Kena mula dari berjalan baru lah up sikit jogging dan berlari. Ada asma ni biasalah tak boleh main terjah je kena ada teknik supaya pernafasan berjalan dengan lancar gitu.



Kalau pergi taman kat mana mana Adhwa memang suka main gelongsor



Di Hill Park ni korang boleh tengok view kawasan perumahan yang ada sekitar Seremban ni. Walaupun panas tapi berangin sejuk yelah sebab Hill Park ni tinggikan. Boleh nampak highway jugak tau . Mimi sempat juga snap beberapa view dari Hill Park ni .





Kitorang balik pukul 6 petang ,masa ni orang dah mula ramai. Majoriti yang datang sini memang buat aktiviti sihat iaitu jogging dan bersenam. Lepas ni boleh datang sini lagi riadah dengan keluarga .

Jumaat, 22 Mac 2019

3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE

9:11:00 PG 27 Comments
3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE | Hai semua! Salam Jumaat .Hari ni Mimi nak share dengan korang satu jenama lip matte yang Mimi guna sekarang ni. Al maklumlah Mimi memang pengumpul lip matte .Pantang ada lip matte baru mesti nak try  Selalunya warna warna yang nampak natural , pink dan nude jadi pilihan . Sesekali saja beli warna yang dark. Sekarang ni Mimi dah jatuh cinta dengan Hannah Lip Matte tau korang. Mesti ada yang tak familiar lagi dengan jenama Hannah ni kan?



3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE



Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi jatuh cinta dengan Hannah Lip Matte. Sebab Mimi suka Hannah Lip Matte :-

1) bibir lembap dan tidak pecah pecah

Pakai Hannah Lip Matte ni bibir memang akan sentiasa lembap dan tidak pecah pecah sebab ia mengandungi Shea Butter, Minyak Zaitun dan Vitamin E. Walaupun pakai lip matte bibir korang akan rasa lembap tau. Tak mengelupas dan kering .

2) warna natural dan cantik

Warna Hannah Lip Matte ni memang natural dan cantik tau korang. Ada dua warna Hannah Lip Matte ni tau korang iaitu Nude dan Pink. Code yang Mimi pakai sekarang ialah Pink .

3) lip matte pelbagai fungsi

Selain dipakai di bibir, Hannah Lip Matte juga boleh digunakan sebagai blusher tau korang. Eyeshadow pun boleh . Asalkan korang pandai blend dan jadi kreatif untuk kelihatan cantik. Dan yang paling best teksturnya yang soft dan licin. Smooth saja bila sapu pada bibir .







A post shared by 🌸mimi azirah🌸 (@mimi_azirah) on

Baru baru ni Mimi kena jadi mak andam pengantin bidan terjun tau korang .Pengantin tu adik sepupu Mimi. Pagi Jumaat tu dia nikah. Kira malam tak ada majlis apa apa. So pengantin tak ada lah buat apa apa malam tu. Entah macam mana last minute family decide nak buat juga majlis bagi meraikan pengantin. Sebab ada antara tetamu yang tak dapat hadir majlis persandingan keesokkannya. Disebabkan mak andam tak ada, Mimi yang ada jadilah mak andam bidan terjun. Pakai saja mekap apa yang ada.

Yelah, tak diberitahu awal awal kan. Tiba tiba je cakap nak minta tolong mekapkan. Gelabahlah jadinya. Mana mana pergi memang Mimi bawak beg mekap tapi tak complete lah. Blusher pun tak ada. Nasib baik Hannah Lip Matte memang Mimi bawa ke mana mana. So, Mimi guna Hannah Lip Matte sebagai blusher juga. So, nilah hasilnya.

Pengantin yang Mimi mekapkan . Lipstick dan blusher Mimi gunakan Hannah Lip Matte code Pink


Harga untuk Hannah Lip Matte ni ialah RM39.90. Kalau korang nak dapatkan Hannah Lip Matte ni korang boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan Hannah distributor tau. Selain daripada lip matte, ada juga produk Hannah yang lain.



Untuk maklumat lanjut mengenai Hannah Lip Matte dan produk Hannah yang lain korang boleh layari :

Instagram : @imhannahlife

Isnin, 18 Mac 2019

Kad Nama Blogger Dari Arifani Design Dah Sampai

5:00:00 PTG 30 Comments
KAD NAMA BLOGGER DARI ARIFANI DESIGN DAH SAMPAI | Hai semua! Kalau korang ingat lagi Mimi pernah share dengan korang entry mengenai perkhidmatan buat business card ,kad kahwin ,bunting, banner dan sebagainya sebelum ni. Korang ingat tak Arifani Design? Yang Mimi cakap perkhidmatan yang ditawarkan murah ,cepat dan pantas tuh. Kalau tak ingat korang boleh rujuk gambar dan entry di bawah.



BACA  : ARIFANI DESIGN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DESIGN DAN CETAKAN MURAH DAN BERKUALITI

Dah baca? Ingat tak ?Kalau dah ingat bagus. Hah ni Mimi nak share dengan korang yang Mimi pun order kad nama dari Arifani Design ni. Awal bulan kad nama blogger dari Arifani Deaign dah sampai. Masa dapat tu teruja uols dapat kad nama yang baru.

Memandangkan kerjaya sebagai blogger walaupun hanya part time blogger saja kenalah ada kad nama  juga kan? Supaya orang lebih mengenali kita dan sekaligus mengembangkan legasi blog kita kepada orang lain. Hah gitu! Jumpa orang je hulur sambil cakap, " This is my card " Dengan gaya poyo ..hahaha.. 



Penting tau kad nama bagi seorang blogger. At least orang kenal korang dan alert pasal korang kan. Thats why Mimi buat kad nama ni.

Terus terang masa nak order kad Mimi is blur nak design macam mana. Bab bab design ni bukan bidang dak Mimi .Failed .Kalau bab kira kira serah aje laju saja buat. Jadi, Mimi dengan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Arifani Design untuk design kad Mimi macam mana. Mimi just cakap nak kad yang simple corak bunga warna putih pink.

Tada!!! Kad nama blogger Mimi yang baru . Ni bahagian depan


Ni bahagian belakang
Terus terang Mimi cakap Mimi suka dengan kualiti kad ni. Dah lah murah berkualiti pula. Siapa yang tak suka. Yang penting layanan tip top tau. Kalau korang nak tempah kad nama untuk blog, business, kad kahwin dan sebagainya boleh berhubung terus dengan Arifani Design ni okay. Korang boleh rujuk gambar pertama untuk berhubung terus melalui whatsaap atau email. In shaa Allah berpuas hati dengan layanan tip top daripada Arifani Design. Highly recommended !

Pertandingan Bowling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Negeri Sembilan

3:00:00 PTG 3 Comments
PERTANDINGAN BOWLING JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD KONTINJEN NEGERI SEMBILAN | Hai semua! Sihat ke? Dak Mimi sihat tak sihat sangat sebab dilanda cirit birit gara gara makan lauk kenduri kahwin. Tuh biasa dah berlaku kalau makan kenduri orang kahwin. Makan lauk ayam confirm kena. Lauk lain tak ada pula kan. Pelik betul! Sekarang ni baru ada mood nak update story dekat blog. Menjadi jadi malas dak Mimi ni tau. 

Disebabkan mood rajin dah mari, kali ni Mimi nak update story sebulan yang lepas. Hah sebulan dak Mimi peram. Sebulan lepas jabatan Mimi anjurkan PERTANDINGAN BOWLING JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD KONTINJEN NEGERI SEMBILAN sempena kehadiran bos baru dan juga sesi berkenalan dengan pegawai, anggota dan pegawai awam jabatan. Adatlah kan orang lama dan baru silih ganti. So, ini masa kita kenal satu sama lain, betul tak? 



Tempat pertandingan diadakan di U Bowl Aeon Seremban 2. Macam biasa dak Mimi ditugaskan untuk buat kutipan bayaran .Ada yang uruskan tempat dan hadiah. Masing masing ada tugas masing masing. Mimi main satu frame saja tuh pun tak habis. Minta suami gantikan. Bila lama tak main, memang ke laut dalam lah jawabnya plus tangan sakit. 

Untuk hadiah semua kumpulan dapat dari no 1 sampai 13. Untuk kategori individu pula lelaki no 1 sampai 4, perempuan pun sama. So, total hadiah ada 21 tambah satu cenderahati Ketua Jabatan baru kitorang. Semua ada 22 hadiah. Semua hadiah tu setiap jabatan kena sediakan dua hamper. So, semua merasa. 





Mimi satu group dengan dua anggota baru. Awang dan Amir. Dua dua anggota Mimi tak kenal sebab memang diorang baru lapor kat jabatan dan bertugas under daerah. Bila dah satu group kenal kenal jelah kan. Peluang yang ada kita berkenalan. Apa yang best, walaupun main ke laut dalam support antara satu sama lain tu yang best . 




Pertandingan mula pukul 3.00 petang dan habis pukul 5.00 petang. Yelah main dua frame sajakan. Majlis diacarakan oleh Insp. Asrol. Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan diiringi Timb. Ketua Jabatan (Pematuhan). Alhamdulillah pertandingan berjalan dengan lancar. 



Sorrylah korang gambar Mimi tepekasa terima hadiah je sebab gambar lain semua dalam external hard disk. Lupa nak masuk dalam phone. Hahaha ! Hadap sajalah ye tak. Lepas ni ada macam macam lagi acara yang kitorang kena buat memandangkan Ketua Jabatan baru kitorang ni seorang yang aktif bersukan. Jadi ,sama samalah kita mengaktifkan diri ya !

Khamis, 14 Mac 2019

SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM

12:02:00 PG 27 Comments
SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM | Hai semua! Siapa kat sini sebelum apply mekap pada muka dia pakai primer dulu, angkat tangan. Basic bila nak mekap kena sapu primer dulu untuk mengurangkan liang pori terbuka, garis halus dan kedutan. So, sebelum pakai mekap Mimi akan sapu primer. Tapi disebabkan primer dah habis, Mimi cuba Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum. Ia bukan berfungsi sebagai primer saja tau korang tapi ada beberapa fungsi yang buat kita rasa wow sangat!



SOLEKAN SEMPURNA DENGAN MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM

Dah 3 minggu Mimi gunakan produk ni ternyata serasi dan best bila dipakai. Sebelum Mimi share apa bestnya produk ni Mimi nak share dengan korang apa itu MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM. Produk ini merupakan produk yang bertindak sebagai primer, memudarkan dan melindungi. Ia merupakan salah satu produk asas mekap yang ditemui di mana ia bukan komedogenik dan primer hybrid yang tidak berwarna .

Ia merupakan campuran peptida cendawan untuk merawat kulit di mana ia bertindak sebagai Soft-Focus Complex sehingga 12 jam solekan sempurna tanpa cacat cela . Ia juga mampu mengurangkan penampilan liang pori, garis halus pada muka dan tekstur kulit yang tidak sekata .Ia juga mempunyai pelindung SPF untuk menghalang kerosakan kerana sinar UVA/UVB. Senang kata ia juga bertindak sebagai sunscreen .



Bila dikenalkan dengan sesuatu produk mestilah kita nak tahu kebaikan produk kan ?  Kebaikan Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum ni ialah :

🌸 mengurangkan garis halus dan kedutan pada muka
🌸 mengurangkan kesan dan tekstur kulit tidak sekata
🌸 mengurangkan penampilan liang pori besar
🌸 merawat tona kulit tidak sekata

Hah untuk pengetahuan korang produk ni sesuai digunakan untuk korang yang mempunyai jenis kulit normal, berminyak, gabungan dan kering. 

Apa yang penting produk ini TIDAK mengandungi parabens, sulfates, phthalates, gluten dan kandungan berasaskan dari haiwan. Memang sangat sangat selamat digunakan. Teksturnya lembut, licin dan likat dan mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa oily atau tidak selesa pada kulit. Rasa macam tak sapu apa pada muka. 



Bila menggunakan Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum ni ia akan memberikan hasil pada kesempurnaan solekan selama 12 jam dan pengurangan segera sebanyak 30% penampilan liang pori .

Dalam kajian klinikal selama tiga hari juga telah membuktikan :-

🌸 71% kurang garis halus dan kedutan
🌸 94% kelancaran dan tekstur kulit jadi lebih baik

CARA PENGGUNAAN

Sapu pada seluruh muka, leher dan dada dengan rata. Boleh dipakai sebelum mekap atau boleh digunakan macam tu saja tanpa mekap. Terpulang.

Selepas hampir 3 minggu menggunakannya memang Mimi nampak perubahan ketara pada muka. Yang paling best memang mekap tahan lama dan smooth saja tau. Memang puas hati sangat sangat bila gunakan. Tak rugi Mimi cuba produk Murad ni kan. So, memang solekan akan nampak sempurna, flawless dengan MURAD AGE INVISIBLUR PERFECTING SHIELD BROAD SPECTRUM. Kalau korang nak cuba pakai produk yang Mimi gunakan ni memang Mimi highly recommend pada korang sebab walaupun saiz kecil dan harga tahap tak boleh bawa bincang tapi korang kena tahu dan ingat tak salah untuk melabur sedikit supaya kita dapat kulit yang sihat dan cantik. Yang penting hasil selepas penggunaan memberangsangkan dan memuaskan hati. 

Maklumat lanjut mengenai produk ni boleh layari :


Rabu, 13 Mac 2019

LINDUNGI KULIT MUKA DARI SINAR UV DENGAN MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA+++MINERAL SUNSCREEN

9:20:00 PG 23 Comments
LINDUNGI KULIT MUKA DARI SINAR UV DENGAN MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++ MINERAL SUNSCREEN| Hai semua ! Sekarang ni cuaca panas terik betul kan. Bila cuaca panas terik macam ni kita kenalah jaga kulit muka kita dari sinar uv betul tak .Ada yang jenis muka bila terdedah dengan cahaya matahari ni mudah terbakar . Macam Mimi sendiri kalau terdedah lama sangat kulit muka mulalah berbelang. Sebab sebahagian terlindung dengan tudung. So  Mimi cari alternatif untuk LINDUNGI KULIT MUKA DARI SINAR UV DENGAN MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++MINERAL SUNSCREEN produk dari Murad Malaysia. 



Kalau korang nak tahu produk dari Murad Malaysia ni memang terkenal dalam dunia kecantikan dan sentiasa mendapat pengiktirafan kerana kualiti produknya yang terbukti berkesan dan selamat .

MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++ MINERAL SUNSCREEN





Sunscreen Murad Malaysia ini merupakan produk perlindungan kulit yang baharu . Diformulasi dari 100% mineral ultra ringan revolusioner  PA++++ dan SPF 50 dengan Teknologi Perlindungan Alam Sekitar ia mampu melindungi kulit daripada 5 punca kerosakan di mana menyebabkan tanda tanda penuaan berlaku dengan cepat. Punca punca berlakunya proses penuaan dengan cepat seperti berikut:

🌸 Blue Light dari peranti
🌸 Pencemaran 
🌸 Radiasi Inframerah 
🌸 UVA dan UVB


Ia juga mampu melindungi kulit dari:

🌸96% pencemaran 
🌸89% daripada Blue Light dari peranti 

🌸52% daripada Sinaran Inframerah 

Formula ringan berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan menyerap dengan cepat. Ia juga meninggalkan kesan glowing pada kulit muka, boleh juga digunakan sebelum mekap dan membuatkan mekap nampak lebih cantik dan juga boleh dipakai begitu sahaja .






Apa yang Mimi suka tentang sunscreen Murad ni warna pic lembut membantu kita untuk mendapatkan warna dan tona kulit yang betul untuk merangsang kulit yang lebih bersinar dan senada. Macam Mimi katakan sebelum ni , bahan-bahan yang digunakan juga selamat untuk kulit sensitif dan formulanya adalah bebas wangian. 

Ia juga mengandungi Vitamin C dimana ia membantu mencerahkan kulit, tona tidak sekata dan juga melindungi dan memperbaiki kulit yangbrosak akibat sinaran matahari. Produk ini jua selamat digunakan di sekitar kawasan mata.

CARA -CARA PENGGUNAAN

Sebelum guna goncangkan botol .Kemudian sapukan secara rata pada kawasan leher dan dada. Untuk dapatkan hasil yang baik ketika menggunakan sapu dengan kumlah saiz nikel selepas sapu pelembap harian untuk perlindungan yang lengkap. 

Sebelum Mimi terlupa, harga untuk MURAD CITY SKIN AGE DEFENSE BROAD SPECTRUM SPF PA++++ MINERAL SUNSCREEN ialah RM298 .



Sebelum keluar ke mana mana Mimi tak lupa nak apply sunscreen .Dulu tak kisah sangat sekarang wajib sapu. Mula mula sapu pada kukit muka Mimi, muka rasa macam pijar di kawasan pipi dan hidung tapi rasa tu sekejap jela. Risau juga takut tak serasi. Tapi lama lama okey je pakai . Selain tu, apa yang best ia juga lindung kulit Mimi dari sinar Blue Light dari handphone, televisyen dan laptop.  Jangan ingat Blue Light tu tak beri kesan pada kulit kita okey. So, kalau korang nak pakai sunscreen Mimi highly recommended sunscreen Murad Malaysia ni. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Murad Malaysia:

          


Selasa, 12 Mac 2019

SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI

8:42:00 PG 23 Comments
SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI | Hai semua! Semua tahu wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Cantik luaran dan cantik dalaman. Tapi bila berdepan dengan orang ramai mestilah kita mementingkan kecantikan luaran  betul tak? Bila umur semakin meningkat macam macam masalah kulit wajah timbul seperti flek hitam, jerawat, kulit tidak sekata,  kusam, hidrasi dan sebagainya. Bila timbulnya masalah seperti ni mestilah kita berusaha untuk mengatasinya, betul tak? 



So, buat korang yang ada menghadapi antara masalah berikut apa kata cuba SAFI® EXPERT SOLUTION. Seiiring dengan usia Mimi yang dah pertengahan 30 an ni memang skincare macam ni Mimi cari untuk atasi masalah kulit wajah Mimi. Dulu wajah Mimi tak ada masalah pun tapi selepas berhenti menggunakan produk timbang kilo, wajah Mimi mula timbul pelbagai masalah. Nak rawat dengan skincare yang selamat dan diuji secara klinikal memang ambil masa. Tapi kena sabarlah kan.

SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI




Mesti ada yang tertanya ni produk baru Safi ke? Ya, ini produk baru Safi. Safi kini melangkah satu lagi tapak ke hadapan mencipta produk evolusi untuk kecantikan wanita . 

Cantikkan packaging Safi® Expert Solution ni. Nampak eksklusif dan mewah gitu gabungan hitam dan emas. 

Jom baca dengan lebih lanjut mengenai produk terbaru Safi ni .

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Apa yang menarik mengenai produk ini ialah :

🌸 tidak mengandungi alkohol
🌸 bebas daripada paraben dan silikon
🌸 tidak mempunyai mineral oil
🌸 tidak diuji ke atas haiwan



Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology di mana ia berfungsi untuk merawat serta memudarkan flek hitam pada kulit wajah. Ia juga berfungsi mengekalkan kelembapan pada wajah dan menyamaratakan tona kulit wajah .

Kalau korang nak tahu tekstur ampoule 1 ni lembut dan lebih kurang macam air tau. Mudah serap dan tidak oily. Warnanya jernih .




Manakala ampoule 2 yang berwarna kuning ni agak oily dan baunya yang wangi. Bila sapu pada wajah memang rasa agak oily tapi sekejap saja. Lama lama ia serap dan kulit wajah jadi lembap. 




Cara nak pakai Intensive Ampoule ni ialah titiskan beberapa titik ampoule 1 ke tapak tangan sapu sekata pada kulit wajah. Seterusnya titis beberapa titik ampoule 2 ke tapak tangan dan sapu serata pada muka sehingga ia serap pada kulit wajah.

Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin


Kelebihan produk ini ialah :

🌸 tidak mengandungi alkohol
🌸 bebas daripada paraben 
🌸 tidak mempunyai mineral oil
🌸 tidak diuji ke atas haiwan

Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin ini terbukti secara klinikal peningkatan kelembapan dengan segera sebanyak 280%. 



Ia diformulasikan dengan NMF Activator Technology dan Ultra-Micro Hyaluronic Acid untuk mengaktifkan keupayaan menjana kelembapan kulit.

Tekstur Milk Drop Serum ini sangat ringan dan lembut tau korang. Formulasi istimewanya iaitu Hydra-Boost Capsules yang berubah menjadi titisan susu untuk memberi kesan serapan pada kulit dengan pantas dan mudah.




Cara nak guna Milk Drop Serum ni ialah sapukan pada kulit wajah dan leher yang bersih. Kemudian sapu pada kukit wajah dan buat urutan membulat sehingga menjadi titisan susu. Teruskan membuat urutan pada muka sehingga ia serap sepenuhnya pada kulit wajah. Penggunaan yang berterusan akan mencerahkan kulit wajah korang tau .

Korang boleh lihat hasil yang memberangsangkan pada kulit 2 minggu selepas menggunakannya. 

Hasil Penggunaan Safi® Expert Solution

Sebelum guna Safi® Expert Solution kulit muka Mimi ada yang kering, ada lembab. Lepas tu, tona kulit tak sekata, parut jerawat dan flek hitam. So, Mimi nak try produk ni macam mana kan. Okey ke tak.

Hari ni genap 10 hari Mimi menggunakan produk baru Safi ni. Hasil selepas menggunakan memang nampak perubahan pada kulit wajah Mimi. Kulit semakin lembap dan lembut. Yang best parut jerawat dan flek hitam pada muka semakin pudar. Bila bangun pagi nampak wajah ada perubahan sikit dan rasa fresh.

Wajah Mimi sebelum guna Safi® Expert Solution. 


Memang puas hati dengan kesan selepas menggunakannya. Highly recommend pada korang yang ada masalah sama dengan Mimi untuk cuba produk Safi ni .