HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER

HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER | Hai semua. Sekarang ni makin menjadi jadi pula scammer ni buat kerja kan. Macam macam cara mereka buat nak tipu orang punya pasal. So, buat semua di luar sana better HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER ni. Bukan setakat mereka call nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat pun mereka call. Handphone pun ada juga ya! 

HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER

Nak dijadikan cerita, Jumaat baru ni officemate Mimi jawab panggilan telefon. Masa dia jawab tu memang tak syaklah siapa kan. Selalunya yang buat panggilan pun dari IPD atau IPK sendiri. Orang awam jarangggg lah call melainkan mereka nak buat aduan. 

Kebetulan Jumaat tu, pagi pagi lagi ada orang buat mood Mimi swing. Menahan marah aje dak Mimi ni tau sampai kalau dak Mimi bersuara boleh jadi gaduh. So, diam dan sabar je. Officemate yang jawab panggilan tadi pula pass panggilan tu dekat Mimi sebab orang tu nak bercakap dengan pegawai. So, dak Mimi jawab panggilan tu sambil membebel! 

Dak Mimi: Hello, ya nak bercakap dengan siapa ? (baca dengan nada lembut) 

Scammer: Cik, saya buat panggilan dari Mahkamah Tinggi Kuantan. Cik kena saman dari pihak kami. 

Dak Mimi: Boleh saya tahu saya kena saman atas kesalahan apa? (suara lembut lagi) 

Scammer: Saya tak tahu. Saya kena semak dulu dalam sistem . Boleh cik bagi no kad pengenalan cik?

Dak Mimi: Macam mana you boleh jawab you tak tahu? Sepatutnya you nak keluarkan saman pada orang you kena tahu. Kenapa tiba tiba i kena saman pula? You tahu tak you call ni ibu pejabat polis kontinjen ....  (okey, suara dak Mimi dah mula tinggi) 

Scammer: Ya, saya tahu cik tapi cik kena saman sebab cik yang jawab panggilan ni. (dah mula tergagap nak bercakap) 

Dak Mimi: Ooo  sebab i jawab panggilan ni i kena saman. Kalau pegawai i yang jawab, pegawai i kena samanlah ! I tak ada masa lah nak layan benda ni! (Bingo) 

Terus dak Mimi hempas ganggang telefon. Maka , jadilah kejadian tangan shaking. Sebab marah yang dari pagi duk tahan dilepaskan pada scammer . Officemate memang nampak tau tangan Mimi menggeletar sebab marah punya pasal. Hah cari pasal lagi dengan dak Mimi. Kan dah mendapat! 

Nak pesan dengan semua di luar sana, scammer ni ada macam macam cara mereka buat untuk dapatkan duit tau. Cakap buat panggilan dari Mahkamah lah, Ibu Pejabat Polis lah, bank lah... Baru baru ni keluarkan waran tangkap pula. Memang mengkarung spesis macam ni. Jumpa spesis ni kat luar, kasi langgar dengan kereta kebal! So, HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER ya semua! 

Post a Comment

11 Comments

  1. samalah sha selalu dapat jugak, no kedai. sha selalu cakap "dah habis menipu?" hehehehe

    ReplyDelete
  2. slalu gak kna..tp tel opis..xlyn..trus letak jer..:)

    ReplyDelete
  3. Macam2 hal sekarang ni. Nak duit cara mudah. Halal haram tolak tepi. Moga kita terlindung dr kejahatan2 mereka ni.

    ReplyDelete
  4. mmg bahaya sgt scammer ni diorg ni x letih ke nak scam org

    ReplyDelete
  5. myra pun selalu dapat panggilan mcm ni. betul! bukan takat handphone, office pun diorg call. myra duduk KK mcm mana pulak yg menyaman tu Mahkamah Tinggi Melaka? hah!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  6. Scammer ada di mana-mana, jangan percaya dan jgn layan dorg nie..

    ReplyDelete
  7. sekarang ni bukan setakat handphone dia call, telefon rumah berkali kali..kadang tu saja menyakat dorang..haha.

    ReplyDelete
  8. Hari tu ada yg call no rumah rabia..Katanya kena pergi mahkamah.Rabia terus letak telefon..Scammer ni ada di mana2 sahaja.Hati2 lah ye..

    ReplyDelete
  9. Memang bahaya kan sekarang nie. Macam-macam cara depa guna nak aniaya orang untuk kepentingan sendiri.. hampeh betui!

    ReplyDelete
  10. Akk pun kena, dia kata dr pej pos

    ReplyDelete
  11. harini satu opis mama kena kacau dgn scammer yg kononnya call dari mahkamah alor setar

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com