ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI | Hai semua !Cerita pasal produk Althea ni kan memang tak pernah mengecewakan. Kalau tak, takkan Mimi setia pakai cleanser Althea Bare Essentials kan. Kali ni Althea keluarkan baby baru mereka iaitu ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI.
ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI
Mesti ada yang tertanya apa itu Milk Peel Cream Mask kan? Althea Milk Peel Cream Mask ini merupakan mask yang mengandungi susu untuk memberikan kesegaran pada kulit.
Tekstur tanah liat mask ini akan menjadi "creamy" dan "milky" bila disapu pada kulit muka dan kemudian akan bertukar menjadi buih buih halus untuk menyingkirkan sel kulit mati.
Ia juga mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan memperbaharui kulit. Ia diformulasikan dengan AHA & BHA di mana ia berkesan menghapuskan sel sel kulit mati. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit .
Cara nak gunakan pun senang saja tau korang. Pastikan kulit muka dalam keadaan kering dan lembap. Kemudian sapukan mask ke seluruh muka . Biarkan selama 30 - 60 saat dan boleh bilas dengan air suam.
Nak share dengan korang bila pakai mask ni kan masa dari creamy nak jadi buih buih tuh memang akan rasa geli geli pada kulit muka tau. Rasa macam semut hurung gitu .Geli sangat. Hahaha..
Nak share dengan korang bila pakai mask ni kan masa dari creamy nak jadi buih buih tuh memang akan rasa geli geli pada kulit muka tau. Rasa macam semut hurung gitu .Geli sangat. Hahaha..
KANDUNGAN DAN BAHAN UTAMA MILK PEEL CREAM MASK
Sebelum beli sesuatu produk mesti kita nka tahu apa isi kandungan dan bahan utama yang digunakan ,betul tak? Untuk kandungan dan bahan utama di dalam Milk Peel Cream Mask ialah:
🥛 Ekstrak Protein Susu
Melembap dan menguatkan kulit
🥛 AHA & BHA
Pengelupasan sel sel kulit mati dengan lembut untuk kulit yang licin
🥛 Kaolin
Mengdetoks dan mengeluarkan kekotoran dari liang liang pori
FUNGSI UTAMA MILK PEEL CREAM MASK
Milk Peel Cream Mask ini mempunyai fungsi yang sangat bagus untuk kulit iaitu :
🍶Mengeluarkan sel kulit mati, sebum tersumbat dan kekotoran dsrinudara tanpa meninggalkan cela pada kulit
🍶Melembap dan menyegarkan kulit dengam Kasein yang diperkaya dengan vitamin untuk kulit yang sihat
🍶Untuk korang yang ada masalah kulit seperti di bawah sangat sangat disyorkan pakai Milk Peel Cream Mask ni .
🍶Jenis kulit kombinasi
🍶Mempunyai liang pori yang besar
🍶Kulit wajah yang kasar dan sensitif yang memerlukan pengelupasan secara lembut
🍶Kulit kering yang perlu kelembapan
Hah nampak tak kelebihan dan kebaikan selepas menggunakan Milk Peel Cream Mask dari Althea ni. Mimi memang dah jatuh cinta dengan mask ni. Selepas pakai memang kulit muka lembap dan segar saja tau. Bila sentuh sentuh kulit muka, memang lembut je. Macam kulit baby, hah gitu
Nak dapatkan kulit yang sihat kena konsisten pakai ,betul tak!? Mesti ada yang tertanya tanya berapa harga sebotol mask ni. Okey harga sebotol ialah RM36 (50ml) .
Kalau dah berkenan dan nak beli layari web di bawah untuk dapatkan Milk Peel Cream Mask:
34 Comments
nak trylah guna produk ni
ReplyDeleteHalahhh..halahhh yang comel tu...cak cak ba ya..
ReplyDeleteSetuju...konsisten..
sungguh lama teringin nak cuba produk Althea ni
ReplyDeleteMacam menarik yer milk mask ni. Dapat bayang kebaikan susu tu nanti serap kat muka :)
ReplyDeletebestnya dpt manjakan kulit dgn mask ni
ReplyDeleteSuka bila dia naik buih2 tu..kegelian yang menyeronokkan..lepas tu muka segar jer...
ReplyDeleterasa geli tu yang cambest nak pakai sebenarnya. lepas tu rasa kulit lebih bersih lembut dan lembap. plus, so fresh!
ReplyDeletememang best. Ros suka pakai. kulit lembut ja rasa ! memang terbaiklah produk Althea.
ReplyDeleteairah memang suka guna peel milk ni bau dia wangi macam bau bedak baby.tak rasa pedih pada kulit pun rasa seronok je
ReplyDeleteBest sangat bab bila clay to jadi buih2. Dah lah bau macam sabun baby. Kulit pulak jd bersih sebersihnya.
ReplyDeletesuka gila dengan althea milk peel cream mask ni tau.time dia jadi macam bubble tu geli ada, gatal pun ada jugak.Bau susu tu yang membuatkan kita suka sangat pakai
ReplyDeletelately ni bnyk jugak jumpa ramai yg share bout Milk Peel Cream ni, mcm menarik jugak yea nampaknya. review yg ada tu pon semuanya positif2 belaka, tu yg buat lg tertarik tu hehe lagi2 bila tgk packagingnya tu adoii teramatlah cutenyaa dan unik sungguh yg design mcm milk carton tuu hehe suka sgt tgk!
ReplyDeleteThe best product to recommend others! Muka cx pon jenis kering, sgt sesuai pakai Althea Milk Peel Cream Mask ni. Dpt melembapkan kulit wajah dan mengecilkan pori . Nanti nak dptkn satu lah
ReplyDeleteAda pengelupasan juga ke?. Kalau kulit sensitif takut kalau menggelupas tu sensitif lagi....texture tu nampak macam creamy ajer. Harga sebotol mask tu sangat berpatutan.
ReplyDeleteSedap bau zaza suka pakai.. Lembut je kan pas cuci
ReplyDeleteoh recently many bloggers sharing this. seem like a nice products. The packaging is so simple and nice. I might give it a try in future, thanks for sharing.
ReplyDeleteBesttt sangat kan kak Mimi mask ni! Dah jadi favourite Nad juga dah ni sekarang haha. Sebab practical, mudah nak pakai dan fresh. Cuma perlukan beberapa saat je and we're done! <33
ReplyDeleteBuih-buih sangat wangi Bonde suka sangat milk peel cream mask ni
ReplyDeleteMenyingkirkan sel kulit mati hehehe bagus lah ni kalau orang laki pakai ok tak kita geram juga tengok orang perempuan ni banyak sangat produk kecantikan hehehehe kita laki nak kena jaga juga penampilan wakakaka..
ReplyDeleteTak sangka pula ada ask jenis ni. Tak pernah lagi kami cuba. Harga 36RM which is affordable. Biasa produk ada susu ni wangi. Btw, buat dari ekstrak susu apa ya? Hehe
ReplyDeleteMenarik produk baru dari Althea ni. Ramai juga yang dah pakai produk comel ni. Nampak banyak feedback positif la mengenainya.
ReplyDeleteKita tak try lagi produk macam ni.
Rawlins suka gila dengan tekstur cream dia dan juga urutan manja ketika menggunakan Milk Peel nie. Setiap 3 hari mesti nak pakai .
ReplyDeleteYes! I love this mask, it helps to even out my skin tone as well.
ReplyDeleteAlaaa...terujanya tgk buih buih dia tuuuu...nak jugak la mcm ni...kita try kawan punya harituuu
ReplyDeleteRamai yg review kata produk ni mmg best. Nampak lps pakai pun lebih glowing muka dia heheh. Beli kat althea kan mmg berpatutan harga
ReplyDeletethis is the second blog post i saw about this milk peel cream mask! i rarely use any of these products but i read that it is all in one so must be easy for lazy guy like me. haha
ReplyDeleteInvest in PRS to get Tax Relief!
Lia pun suka produk ni, Dah jadi salah satu koleksi mask di rumah. Tekstur tanah liat lepastu dia meresap jadi buih2 pulak.
ReplyDeleteeh..ngat mahal...rupanya harga dia mampu milik
ReplyDeleteBest dpt product Althea..peel cream sekali sekala bagus dipakai utk buang kulit mati
ReplyDeleteRamainya pakai Althea ni, macam nak try je .Harga berapa ya
ReplyDeleteI really need to try this especially when I hardly get to go for facial, it'll be a good way to help me remove my dead skin cells and moisture it again.
ReplyDeleteMacam best mask tu Mimie, lain dari yang lain..
ReplyDeletebaca review althea semua best2 rasa cam nak cuba pula
ReplyDeleteMacam magic bila buih kembang tu suka sangat! lagipun wangi sekali #love
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com