Ahad, 9 Disember 2018

TOKIO MARINE MEMENANGI ANUGERAH KEPIMPINAN ICON JENAMA BRANDLAUREATE 2018

1:02:00 PTG 1 Comments
Tokio Marine membuktikan kehebatannya untuk menjadi peneraju dalam industri dengan memenangi Anugerah Kepimpinan Industri ICON Jenama BrandLaureate 2018 di bawah kategori 'Penyelesaian Insuran'.

Majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Masjetik pada 26 November 2018, turut dikenali sebagai acara berprestij yang memberi pengiktifaran kepada jenama yang telah memenuhi standard kecemerlangan dengan menerajui inovasi trend, produk dan perkhidmatan.



Dengan tema tahun ini, ‘Capitalise Your Leadership to Crystallize your Brand’(Memperkukuh Kepimpinan untuk Mencipta Jenama Anda), anugerah ini mengiktiraf kemampuan Tokio Marine untuk terus mengikuti teknologi yang sentiasa berubah dengan memodenkan perkhidmatan mereka.


Peneraju dalam Pendigitalan Insurans





Tokio Marine telah mengambil langkah berani dalam pendigitalan beberapa perkhidmatan mereka. Tokio Marine Life adalah syarikat insurans hayat pertama yang menawarkan kemudahan pemeriksaan wang yang tidak dituntut dan antara yang pertama memberikan penyerahan tuntutan dalam talian melalui laman web mereka. Perjalanan transformasi digital Tokio Marine Life bukan sahaja mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik tetapi juga meningkatkan produktiviti anggota agen. T-Marine Pro, aplikasi perniagaan telah diwujudkan bagi memastikan penyerahan jualan yang lebih cepat dan mudah oleh ahli agensi.

Membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri, Tokio Marine Life merupakan syarikat insurans hayat untuk menaja jamin insurans hayat internet pertama di Malaysia. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, Tokio Marine terus membangunkan pelan insurans hayat yang mampu dimiliki melalui inovasi digital akhir-ke-akhir.
 



Tokio Marine Life juga memperkenalkan insurans hayat yang mampu dimiliki bagi kumpulan B40 di bawah inisiatif  "Perlindungan Tenang" oleh Bank Negara Malaysia. TokioMarine-StarterPack boleh dibeli dengan mudah melalui laman web dengan hanya RM6 sebulan *, tanpa memerlukan penajajaminan perubatan. Ini adalah usaha berterusan bagi syarikat untuk meningkatkan perlindungan insurans bagi seluruh rakyat Malaysia.

Pada tahun depan, Tokio Marine Life juga akan melancarkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai “OneTokio” yang membenarkan pemegang polisi untuk mengakses maklumat lebih terperinci terhadap polisi dan kemudahan kemasukan ke hospital.
Pelanggan juga boleh menikmati faedah melalui program kesetiaan yang dikaitkan dengan rakan kongsi perniagaannya.

Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Tokio Marine dalam memberi kesan positif terhadap seluruh masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan industri insurans hayat yang berterusan.

Mengenai Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd
Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (“Tokio Marine Life”) mempunyai kehadiran selama 70 tahun di Malaysia dan mempunyai kekuatan kewangan dengan jumlah aset sebanyak RM8.48 bilion **. Hari ini, Tokio Marine Life adalah ahli Tokio Marine Group di Jepun dengan lebih daripada 36,900 pekerja, 46,000 ejen dan beroperasi di 483 bandar di 38 negara di seluruh dunia. Syarikat utama Tokio Marine Group, Tokio Marine & Nichido Fire mempunyai kekuatan kewangan yang bernilai lebih daripada USD208 bilion dan mempunyai penarafan kredit A+ oleh Standard & Poor's Aa3 oleh Moody's dan A++ (Stable) oleh A.M. Best.

*Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sehingga 31 Disember 2017
Setakat 18 April 2018

Jumaat, 7 Disember 2018

MENU EATCLEAN UNTUK HARI KEDUA HINGGA HARI KEEMPAT

12:29:00 PTG 13 Comments
MENU EATCLEAN UNTUK HARI KEDUA HINGGA KEEMPAT | Hai semua! Entry kali ni nak share MENU EATCLEAN UNTUK HARI KEDUA HINGGA KEEMPAT pula. Patutnya nak update hari hari kat blog tapi kekangan masa Mimi update sekali harung .

MENU EATCLEAN UNTUK HARI KEDUA HINGGA KEEMPAT


Untuk hari kedua, menu eatclean untuk breakfast ialah Omellette Paratha Wrapping. Nak buat pun senang je. Masak omelette tanpa garam. Paratha tu pun masak macam biasa tanpa minyak. Lepas tu letak salad dan tomato atas paratha  Kemudian letak omelette .Gulung macam biasa. Dah siap. 

Untuk lunch Mimi buat makaroni white sauce dengan sayur. Sos putih tu Mimi guna susu Goodday Rendah Lemak dan Prego Cheese Alfredo. Mula mula masukkan susu dalam kuali kemudian masukkan sos prego dan ayam. Gaul sehingga masak .Tak perlu bubuh garam sebab sos Prego tu dah ada rasa. 

Sayur tu just hiris halus kobis dan tomato potong dadu. Yang sos putih atas sayur tu Mimi guna lebihan sos yang dimasak. 



Untuk hari ketiga pula, breakfast Mimi makan tiga keping biskut Oat Krunch dan Fernleaf Yogurt Strawberi . Makan biskut oat 3 keping dan yogurt pun dah kenyang sebenarnya. Makan pula dengan yogurt memang bertambah kenyang .


Untuk lunch sepatutnya ada bekal tapi terlupa bawa so Mimi beli saja dari kawan satu tempat kerja. So, Mimi beli chicken wrapping. Kira okeylah  ada juga salad. 



Hari keempat pula bawa bekal sandwich. Roti plain sekeping, telur mata masak tanpa minyak. Cara masak telur tu ,masukkan telur ke dalam kuali yang panas  Kemudian tutup sekejap kuali dengsn penutup periuk. So telur akan masak sebab haba yang terperangkap tu mempercepatkan proses masak .Letak roti, salad, tomato dan telur. Kenyang je makan macam ni. Kalau roti wheat bolehlah makan dua keping. Kalau roti plain makan sekeping saja. 

Untuk lunch Mimi bawa bekal nasi kukus, ayam bakar + kentang bakar + lobak bakar. Ayam tu Mimi perap dengan lada hitam yang ditumbuk. Kemudian bakar bersama dengan lobak dan kentang yang dipotong dadu. Tabur secubit garam  Tapi Mimi tak sempat nak snap gambar menu. Dah makan separuh baru teringat nak snap gambar. Penyudahnya sambung sajalah makan sampai habis. 

Harap tawakal dan berterusan buat eatclean ni kan . Ada yang tanya dah slim pun nak jaga badan ke? Takkan orang slim tak boleh jaga badan, kawal pemakanan. Betul tak? Sekarang ni penyakit menyerang tak kira siapa. Baik jaga diri dari sekarang kan. Jom korang buat eatclean sama sama nak. 

Rabu, 5 Disember 2018

ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI

9:09:00 PTG 31 Comments
ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI | Hai semua !Cerita pasal produk Althea ni kan memang tak pernah mengecewakan. Kalau tak, takkan Mimi setia pakai cleanser Althea Bare Essentials kan. Kali ni Althea keluarkan baby baru mereka iaitu ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI. 



ALTHEA MILK PEEL CREAM MASK MENYINGKIRKAN SEL KULIT MATI

Mesti ada yang tertanya apa itu Milk Peel Cream Mask kan? Althea Milk Peel Cream Mask ini merupakan mask yang mengandungi susu untuk memberikan kesegaran pada kulit. 

Tekstur tanah liat mask ini akan menjadi "creamy" dan "milky" bila disapu pada kulit muka dan kemudian akan bertukar menjadi buih buih halus untuk menyingkirkan sel kulit mati. 



Ia juga mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan memperbaharui kulit. Ia diformulasikan dengan AHA & BHA di mana ia berkesan menghapuskan sel sel kulit mati. Ia sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit .

Cara nak gunakan pun senang saja tau korang. Pastikan kulit muka dalam keadaan kering dan lembap. Kemudian sapukan mask ke seluruh muka . Biarkan selama 30 - 60 saat dan boleh bilas dengan air suam.

Nak share dengan korang bila pakai mask ni kan  masa dari creamy nak jadi buih buih tuh memang akan rasa geli geli pada kulit muka tau. Rasa macam semut hurung gitu .Geli sangat. Hahaha.. 



KANDUNGAN DAN BAHAN UTAMA MILK PEEL CREAM MASK

Sebelum beli sesuatu produk mesti kita nka tahu apa isi kandungan dan bahan utama yang digunakan ,betul tak? Untuk kandungan dan bahan utama di dalam Milk Peel Cream Mask ialah:

🥛 Ekstrak Protein Susu
Melembap dan menguatkan kulit

🥛 AHA & BHA
Pengelupasan sel sel kulit mati dengan lembut  untuk kulit yang licin

🥛 Kaolin
Mengdetoks dan mengeluarkan kekotoran dari liang liang pori



FUNGSI UTAMA MILK PEEL CREAM MASK

Milk Peel Cream Mask ini mempunyai fungsi yang sangat bagus untuk kulit iaitu :

🍶Mengeluarkan sel kulit mati, sebum tersumbat dan kekotoran dsrinudara tanpa meninggalkan cela pada kulit

🍶Melembap dan menyegarkan kulit dengam Kasein yang diperkaya dengan vitamin untuk kulit yang sihat

SIAPA YANG PERLU GUNA MILK PEEL CREAM MASK



🍶Untuk korang yang ada masalah kulit seperti di bawah sangat sangat disyorkan pakai Milk Peel Cream Mask ni .

🍶Jenis kulit kombinasi

🍶Mempunyai liang pori yang besar

🍶Kulit wajah yang kasar dan sensitif yang memerlukan pengelupasan secara lembut

🍶Kulit kering yang perlu kelembapan



Hah  nampak tak kelebihan dan kebaikan selepas menggunakan Milk Peel Cream Mask dari Althea ni. Mimi memang dah jatuh cinta dengan mask ni. Selepas pakai memang kulit muka lembap dan segar saja tau. Bila sentuh sentuh kulit muka, memang lembut je. Macam kulit baby, hah gitu  

Nak dapatkan kulit yang sihat kena konsisten pakai ,betul tak!? Mesti ada yang tertanya tanya berapa harga sebotol mask ni. Okey harga sebotol ialah RM36 (50ml) . 

Kalau dah berkenan dan nak beli layari web di bawah untuk dapatkan Milk Peel Cream Mask:

Isnin, 3 Disember 2018

MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA

9:48:00 PTG 19 Comments
MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA | Hai semua! Salam Disember buat semua. Hari ni Mimi nak share dengan semua MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA yang Mimi buat  . Bukan senang nak buat eatclean ni tau. Kena kuat semangat dan cekal .Kalau selama ni macam macam kita bedal, why not ubah cara makan pula kan. Jom tengok menu eatclean Mimi hari ni. 

MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA

Menu Breakfast Eatclean: Yogurt dan Epal


Untuk hari pertama ,breakfast Mimi cuma Fernleaf Mango  Yogurt dan 1/2 biji epal yang Mimi hiris. Serius memang kenyang. Tahan jugalah sampai tengahari. 

Fernlerf Mango Yogurt tu harga RM1.25 dan epal tu 7 biji RM5.00. Beli di NSK Seremban. Semua bahan untuk menu eatclean Mimi beli di NSK saja. 

Isi dalam Mango Yogurt. Sedap !


Untuk makan tengahari pula Mimi makan dada ayam yang dibakar. Tabur thyme leaves sikit dan oregano. Kemudian letak salad air, tomato dipotong dadu dan juga kobis ungu. Tomato tu boleh je ganti dengan tomato ceri. Ikutkan memang nak cari tomato ceri tapi tak jumpa pulak  So ambil saja apa yang ada. Kemudian, Mimi letak juga beberapa hiris epal. 

Menu Lunch Eatclean: Dada ayam bakar + salad air + kobis + tomato dan epal


Makan macam ni kenyang jugak tau. Selama ni duk melantak saja kan. Badan naik complaint tapi tak jaga makan siapa suruh. Menu untuk dinner Mimi tak dan nak snap gambar sebab dah ngap baru teringat. Untuk malam Mimi makan roti paratha + omelette saja. 

Untuk menu esok dah fikir nak bawa apa dah. Tunggu Mimi update esok ya. Esok gagahkan diri snap semua gambar menu so boleh share  Sebenarnya Mimi dah siap buat jadual MENU EATCLEAN ni sebulan tapi tertinggal dekat office. Hopefully plan nak amal makan eatclean ni bertahan sampai bila bila. 

Ahad, 2 Disember 2018

POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN

3:07:00 PTG 26 Comments
POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN | Hai semua ! Selamat hujung minggu dan berehat . Ada yang keluar jalan jalan ke? Alang alang keluar tuh jangan lupa tengok POLIS EVO 2 tau. Mimi dah tengok dan apa yang boleh Mimi katakan POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN  



POLIS EVO 2 SARAT DENGAN MESEJ KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN

Khamis baru ni Mimi tengok Polis Evo 2 dengan officemate . Kitorang tengok dekat GSC Palm Mall. Walaupun ada isu boikot tapi kitorang nak juga tengok sebab nak tahu sebab apa filem ni di boikot kan. Lepas dah tonton tu, tak ada apa isu pun yang perlu di boikot, ni pendapat peribadi Mimi sendiri okey. Maybe sebab ajaran sesat tu kot. Maybe lah ! Sebenarnya pokok pangkal iman. Jika kuat pegangan agama tu , in shaa Allah terpelihara sentiasa. 

SINOPSIS POLIS EVO 2

Sekumpulan pengganas telah menawan sebuah kampung dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. Pasukan Khas dari Malaysia dan Indonesia telah ditugaskan untuk mengendalikan kes itu tetapi misi mereka gagal. Kini ia semua terserah kepada Inspektor Khai dan Inspektor Sani untuk menyelamatkan tebusan dan pada masa yang sama cuba untuk menumpaskan kumpulan pengganas itu. 

REVIEW MIMI MENGENAI POLIS EVO 2

Boleh dikatakan filem ni best untuk ditonton kerana boleh dikatakan filem ini 70% sarat dengan aksi. Kira perjalanan filem ini disusun cantik dan berterusan untuk aksi. Unsur lawak tu ada tapi kuranglah. First time tengok Zizan berlakon lebih banyak serius daripada lawak. Ada part yang buat Mimi terusik nak nak part Lah mati ditembak depan mata Inspektor Sani. Lagi sedih bila Mat Dan lakonan Syafie Naswip dibunuh dengan kejam depan mata Insp Sani. Bila Sani ditahan di satu bilik lain yang penuh dengan mayat rakan rakan seperjuangannya, emosi dan mental dia mula terganggu apabila Insp. Khai datang menyelamatkannya. Part ni memang sedih sebab dia rasa dia seorang loser tak dapat selamatkan rakan seperjuangan. 

Part paling menyampah bila tengok Saif (Hasnul Rahmat) bertindak kejam bunuh penduduk kampung. Dia ni merupakan bekas pensyarah di salah satu universiti yang mempunyai kelulusan dalam bidang kimia dan agama. Tapi sayang kemahiran yang dimiliki disalahgunakan. Kononnya perjuangannya tu untuk menegakkan syiar Islam dan syurga menanti mereka. Tapi kalau dah jauh terpesong tu faham faham sajalah kan. Agama Islam tidak pernah mengajar umatnya berlaku kejam pada orang lain. 

So, memang emosi bercampur baur lah bila tengok filem ni tapi sayang sebab ending filem ni cliche sangat . Pulak tu jadi geram sebab kenapa bantuan lambatttttt sangat sampai. Astaghfirullah, mengucap panjang tau tengok filem ni. Bayangkan Insp. Khai, Insp. Sani dan Rian (polis Indonesia) bertarung bermati matian dengan pengganas yang ramai sebab nak selamatkan penduduk kampung. Punyalah duk fikir bantuan datang bantu sekali sampai ke sudah tak datang datang. Menyirap je tau. Serius cakap filem ni separuh je masuk ke jiwa tau. Terus Mimi cakap dengan nada yang geram whyyyyyy whyyyyyyy lambat sangat polis ni hantar bantuan oiii!!!Hahaha geram sangat dah dak Mimi ni. Sampai balik dak Mimi bebel tak puas hati. Kah, emosi sungguh !

So far, filem ni okey dan best untuk ditonton seisi keluarga. Memang SARAT DENGAN MESEG KEAGAMAAN DAN PERSAHABATAN. Filem ni beri peluang untuk kita fikir sama ada tindakan Saif tu betul atau tidak. Bila belajar ilmu agama kena berguru jangan berpandukan pada buku dan tafsiran sendiri semata mata. Begitu juga nilai persahabatan. Bila kita punya sahabat jaga hubungan tu sebaik mungkin, berjuang sama sama untuk pertahan negara.  Lain orang lain pendapatnya kan. Ini pendapat Mimi sendiri untuk POLIS EVO 2. Untuk filem POLIS EVO 2 ni Mimi bagi 7.5/10. Kemungkinan besar filem ni ada sambungan berdasarkan pada dialog antara Insp. Khai dan Insp. Sani. Maybe lah kan !

Korang yang belum tengok cepat cepat tengok. Nak tahu juga emosi korang sama tak dengan Mimi bila tonton filem ni. 

HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER

11:36:00 PG 6 Comments
HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER | Hai semua. Sekarang ni makin menjadi jadi pula scammer ni buat kerja kan. Macam macam cara mereka buat nak tipu orang punya pasal. So, buat semua di luar sana better HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER ni. Bukan setakat mereka call nombor telefon rumah, nombor telefon pejabat pun mereka call. Handphone pun ada juga ya! 

HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER

Nak dijadikan cerita, Jumaat baru ni officemate Mimi jawab panggilan telefon. Masa dia jawab tu memang tak syaklah siapa kan. Selalunya yang buat panggilan pun dari IPD atau IPK sendiri. Orang awam jarangggg lah call melainkan mereka nak buat aduan. 

Kebetulan Jumaat tu, pagi pagi lagi ada orang buat mood Mimi swing. Menahan marah aje dak Mimi ni tau sampai kalau dak Mimi bersuara boleh jadi gaduh. So, diam dan sabar je. Officemate yang jawab panggilan tadi pula pass panggilan tu dekat Mimi sebab orang tu nak bercakap dengan pegawai. So, dak Mimi jawab panggilan tu sambil membebel! 

Dak Mimi: Hello, ya nak bercakap dengan siapa ? (baca dengan nada lembut) 

Scammer: Cik, saya buat panggilan dari Mahkamah Tinggi Kuantan. Cik kena saman dari pihak kami. 

Dak Mimi: Boleh saya tahu saya kena saman atas kesalahan apa? (suara lembut lagi) 

Scammer: Saya tak tahu. Saya kena semak dulu dalam sistem . Boleh cik bagi no kad pengenalan cik?

Dak Mimi: Macam mana you boleh jawab you tak tahu? Sepatutnya you nak keluarkan saman pada orang you kena tahu. Kenapa tiba tiba i kena saman pula? You tahu tak you call ni ibu pejabat polis kontinjen ....  (okey, suara dak Mimi dah mula tinggi) 

Scammer: Ya, saya tahu cik tapi cik kena saman sebab cik yang jawab panggilan ni. (dah mula tergagap nak bercakap) 

Dak Mimi: Ooo  sebab i jawab panggilan ni i kena saman. Kalau pegawai i yang jawab, pegawai i kena samanlah ! I tak ada masa lah nak layan benda ni! (Bingo) 

Terus dak Mimi hempas ganggang telefon. Maka , jadilah kejadian tangan shaking. Sebab marah yang dari pagi duk tahan dilepaskan pada scammer . Officemate memang nampak tau tangan Mimi menggeletar sebab marah punya pasal. Hah cari pasal lagi dengan dak Mimi. Kan dah mendapat! 

Nak pesan dengan semua di luar sana, scammer ni ada macam macam cara mereka buat untuk dapatkan duit tau. Cakap buat panggilan dari Mahkamah lah, Ibu Pejabat Polis lah, bank lah... Baru baru ni keluarkan waran tangkap pula. Memang mengkarung spesis macam ni. Jumpa spesis ni kat luar, kasi langgar dengan kereta kebal! So, HATI HATI DENGAN PANGGILAN TELEFON SCAMMER ya semua!