Ahad, 18 November 2018

RESIPI KEK OREN TANPA TELUR KUKUS

RESIPI KEK OREN KUKUS TANPA TELUR | Hai semua! Rasanya lama sangat Mimi rehat dari baking. Sejak mengandungkan Adhwa, Mimi stop baking. So hari ni merajinkan diri buat kek. Jadi, Mimi nak share dengan korang RESIPI KEK OREN TANPA TELUR KUKUS. 

RESIPI KEK OREN TANPA TELUR KUKUS


Kek Oren Tanpa Telur Kukus


Disebabkan rumah tak ada telur gigih cari resipi kek tanpa telur. Banyak sebenarnya resipi kek tanpa telur ni. Nak dengan tak nak buat je. Disebabkan mood rajin dah datang, Mimi pun buatlah KEK OREN TANPA TELUR KUKUS. Lepas ni nak buat kek marble coklat kot. Suami Mimi suka kek biasa tanpa ada topping ni. Kalau ada toppi g jangan harap dia nak makan. 

KEK OREN TANPA TELUR KUKUS

Topping tu buat geram je tengok


Bahan bahan :

2 cawan tepung gandum
1/2sdt soda bikarbonat
1 sdt serbuk penaik
Secubit garam
1/2 cawan & 2 sdb mentega/marjerin
2 sdb gula kastor
1sdt esen vanila
1/4  jus oren (sunquick)
1/2 cawan air
1 biji lemon (ambil jus saja)

Topping :

1/4 jus oren (sunquick)
Susu cair

Cara buat :

1. Ayak tepung + soda bikarbonat + serbuk penaik. Ketepikan.
2. Masukkan mentega/marjerin + garam + gula kastor + esen vanila + jus oren +air. Masak sehingga semua bahan larut. Tak perlu sampai mendidih. 
Tutup api.

Bahan bahan dimasak sehingga larut

3. Masukkan perahan jus lemon.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam tepung. Gaul rata. Masukkan dalam loyang.

Rupa adunan kek sebelum kukus

5. Kukus selama 45 minit atau 1 jam.
6. Ketepikan dan sejukkan kek.

Kek Oren Tanpa Telur selepas dikukus

7. Topping kek pula, gaulkan jus oren (sunquick) + susu cair sehingga sebati dan likat. Kalau terlalu pekat sangat masukkan susu cair lagi sampai dapat tekstur yang korang nak.
8. Curahkan atas kek.. Siap!!

Untuk sukatan kek ini ialah untuk kek bersaiz kecil berukuran 16cm. Nak dapat gambaran jelas, korang kembangkan tapak kanan korang tu. Hah besar tuhlah KEK OREN TANPA TELUR ni. 

KEK OREN TANPA TELUR ni sedap kalau makan waktu minum petang. Minum pula dengan teh o panas confirm terangkat. Kek ni paling mudah dan senang nak buat tau. Selamat mencuba! 

15 ulasan:

  1. kenapa sha terliur ni T_T padahal baru habis lunch

    BalasPadam
  2. Bagi yang ada alahan pada telur....boleh cuba resipi ni...

    BalasPadam
  3. Done follow here.
    Tq resepinya, akk suka resepi ringkas ni sbb akk alah telur, boleh cuba ni.

    BalasPadam
  4. meleleh air liur kita tengok cake oren nih tau! bak sikit

    BalasPadam
  5. nampak sangat sedap...thanks for the share....

    BalasPadam
  6. ni nak kena buat jugak ni..bookmark dlu,nanti ada masa boleh buat...thanks mimi for sharing resepi ni..

    BalasPadam
  7. Oooo..dak mimi tu pndi baking rupanyaaaa...nakkkkk....8hb bawak erk..ehhh...hahahhaa

    BalasPadam
  8. mudahnya resepi boleh try ni.. hihihi..

    BalasPadam
  9. sedapnya, rajinnya mimi baking, bab buat kek memang suka yang simple dan mudah kan

    BalasPadam
  10. Wahhh bestnya.. nampak sedap sangat tu

    BalasPadam
  11. Senang je rupanya. Boleh lah nak cuba try test nanti.

    BalasPadam
  12. Nampak sedap nie Mimie.. nanti boleh Kak Sue cuba buat juga..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.