PAKAR PERLUMBAAN JUGA MENGGUNAKAN WD-40®!



Setiap motorsikal memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan yang tetap untuk memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Tidak kira sama anda menunggang motorsikal setiap hari atau bersama kumpulan motorsikal setiap hujung minggu, sudah pasti anda boleh mengharapkan tin biru kuning WD-40®  bagi memastikan perjalanan anda berjalan lancar. Malah pelumba motorsikal profesional juga menggunakan WD-40® ketika mempersiapkan motorsikal mereka dalam setiap kejohanan.



Terdapat beribu-ribu kegunaan Produk Pelbagai Guna WD-40® ini dan menyelenggara motosikal adalah salah satu antara kegunaannya yang popular.

WD-40® amat berkesan dalam membersih dan melindungi bateri motosikal, serta memberi pelinciran lancar terhadap kabel dan padel motorsikal.
 
Bagi mereka yang menggunakan tin biru kuning WD-40® pasti menyukai produk ini kerana ia berupaya membersih, mengilat dan melindungi pengisi krom, permukaan enjin dan sprocket daripada terhakis. Ia juga boleh digunakan untuk membuka kunci yang terlalu ketat, atau sukar dibuka.



Adakah anda tahu bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40®  juga dapat menghilangkan kelembapan daripada palam pencucuh? Formulasinya berfungsi dengan baik walaupun semasa musim basah seperti banjir, di mana motorsikal selalunya sukar untuk dihidupkan. Oleh itu, hanya sembur Produk Pelbagai Guna WD-40®  dan biarkan selama beberapa minit, dan selesai! Kelembapan akan dikeluarkan dan motorsikal dapat dihidupkan dengan deruan yang vroom!



Sebab itu, Pasukan KMTR Asia, pasukan terkenal di Asia yang mengecapi banyak kejayaan dalam litar perlumbaan, turut menggunakan WD-40®  untuk mempersiapkan motosikal mereka sebelum Kejuaraan FIM Asia Supermoto (FIM Asia Supermoto Championship).



Selain itu, pasukan KMTR juga menggunakan pelbagai rangkaian produk WD-40® lain bagi mempersiapkan motosikal lumba mereka supaya dalam keadaan terbaik; WD-40® ini juga berfungsi sebagai Pembersih Bahagian dan Brek untuk membersihkan bahagian-bahagian brek daripada kotoran dan tanah yang terkumpul dari perlumbaan, Penghapus Kotoran Minyak untuk memberikan pembersihan yang pantas untuk kotoran dan lumpur pada badan motorsikal; Pelincir untuk memberikan pelinciran maksimum kepada rantai motosikal.



Saksikan perlumbaan seterusnya di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 2 Disember ini. Jika anda berada di sekitar kawasan tersebut jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri bagaimana profesional melakukannya dan perhatikan perubahan yang dilakukan terhadap motosikal kesayangan mereka berikutan semuanya menuju ke arah perlumbaan akhir.

Untuk maklumat lanjut mengenai Produk Pelbagai Guna WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/. Atau layari Facebook FIM Asia Supermoto untuk maklumat lanjut tentang kejohanan.


MENGENAI SYARIKAT WD-40®



Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist TM Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.

Post a Comment

2 Comments

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com