PASKAL The Movie Filem Tentera Terbaik dan Tidak Membosankan

Hai semua!

PASKAL The Movie Filem Tentera Terbaik dan Tidak Membosankan kalau korang tonton. Sabtu lepas Mimi dan keluarga tonton PASKAL The Movie di TGV Aeon Seremban 2. Mimi beli tiket jam 1.45pm. Kira sempatlah nak jalan jalan beli barang lain dan makan.

Sebelum tonton wayang kitorang singgah makan dulu di The Chicken Rice Shop. Selesai makan Mimi singgah Popular beli novel dan buku anak anak. Settle di Popular singgah Watsons pula beli foundation, deodoran dan maskara. Stok lama dah habis. Sempat juga upgrade kad keahlian Watsons. Nanti share entry lain lah ya.



Semua urusan settle ngam ngam pukul 1.33pm. So, Mimi dan Auni cepat cepat pergi TGV. Suami Mimi, Aina dan Adhwa tak tahu mana pergi. Sampai TGV Mimi call suami suruh dia datang terus ke TGV sebab dah mula kena masuk hall. Kali ni Mimi book twin seat pula. Bagi anak anak selesa duduk kerusi luas. 



Hall memang penuhlah. Masing masing teruja nak tengok PASKAL The Movie. Nak tengok sejauh mana kualiti filem ketenteraan ni kan. Bagus ke tidak seperti filem filem lain. 

REVIEW PASKAL THE MOVIE


Credit : Google

Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.



Apa yang best filem PASKAL THE MOVIE ni merangkumi semua perasaan tau. Marah, sedih, gembira, cemas, semua bergabung jadi satu. Kalau sedih memang akan rasa sedih. Mimi ada menangis jugalah.. Sikit je.. Kalau part diorang bertempur tu perghhh tabiklah.. Berdebar pula rasa. Memang filem ni terbaik antara filem filem ketenteraan yang ada. Mimi bagi 9.5/10. Eh memang terbaik lah. Kawan Mimi ada yang tengok dua kali. Best katanya. Mimi pun rasa macam nak repeat tengok je tau. Mesti ada yang tertanya kenapa Mimi bagi 9.5 bukan 10. Nak tahu sebab apa? Sebab part mak si Arman a.k.a jerung tu je. Dah tengok nanti taulah apa sebab. Malas nak cerita.. Hahaha.. Nak kornag pergi tengok sendiri. Tapi bab aksi yes memang thorbaikkk!! 

Buat korang yang belum tengok PASKAL The Movie, apa kata cepat cepat tengok. Rugi wei kalau tak tengok. Memang ini merupakan filem aksi terbaik yang Mimi tengok setakat ni. Rasa macam kita sekali ada dalam situasi tu. Memang menjiwai lah. Bukan senang nak bergelar tentera ni. So, filem ni boleh bangkitkan semangat patriotisme dalam diri korang. Mana tahu kan. End credit filem ni semua penonton dalam wayang beri tepukan tanda mereka berpuas hati dengan filem PASKAL The Movie ni. Mimi pun tepuk tangan sekali sebab memang tabik spring pada semua crew yang terlibat bagi menjayakan filem ni. Yang belum tengok cepat cepat tengok. Confirm tak rugi. 

Post a Comment

29 Comments

  1. Rasanya bulan ni akan tengok. Haha. Asyik baca review ja, tak sabar :D

    ReplyDelete
  2. tengok teaser kt tv memang nampak best, insyaallah nak tengok nanti

    ReplyDelete
  3. wah best ke.. baru ayah syafi dgn syafi ajak pergi tgk kalau best boleh lah try

    ReplyDelete
  4. Tak sempat tengok lagi... menarik juga nih... harap dapat tengok.. wishlist

    ReplyDelete
  5. Banyak jugak baca review yang best pasal movie ni tapi Nani tak sempt ai nak tengok.

    ReplyDelete
  6. Ramai kata best movie Paskal ni mimi. Ana tgk trailer dia je dah nampak gempak. Based on truw story pula. Nak tgk juga lah nanti.

    ReplyDelete
  7. ala, jeleslah k.mimi dah p tgk, hihi. aina pun tak sempat p tgk lg ni k.mimi.tgk review org2 yg dah tgk kan, rasa teruja nk tgk.

    ReplyDelete
  8. ramai bagi review cerita ni best! wajib tengok nih ^^

    ReplyDelete
  9. Memang dalam perancangan nak pergi tengok. Last tengok cerita askar kat wayang masa Leftenan Adnan dulu...

    ReplyDelete
  10. memang nak tgk la, mimi.
    tgk rating nyer. tgk review nyer. tgk hasil nyer yg cecah juta-juta after show few days...
    kawan2 aida ramai yg rekomen tgk citer ni.
    semangat kenegaraan meluap-luap diorang kata at the end of the story.
    tapi tu la. this weekend takde peluang la... aduhai. rugi besar!

    ReplyDelete
  11. Ish geram pulak baca review filem Paskal ni. Rasa nak tengok. Tapi masa x sempat . Ramai bagi feedback positif movie ni .

    ReplyDelete
  12. Ramai review paskal ni best kan..ami teringin nak g tengok tapi still tak berkesempatan lagi. Minat betul tengok cerita pasal askar semua ni..haha

    ReplyDelete
  13. Belum ad kesempatan lagi nk tonton sebab busy sangat. Besok kene jugak tgok cerita Paskal ni since dh baca reviev sis ni. Tgok die punya trailer pun dah goosebump. Tak sabar nk tengok.hehehe

    ReplyDelete
  14. Rindunya nak tengok wayang , cerita ni ni ramai bagi feedback positif , bagus lah local movie tak semua tak bagus

    ReplyDelete
  15. dulu awal-awal promosi macam was-was nak tengok sebab takut nanti kecewa. tapi bila baca banyak feedback positif baru beranikan diri tengok. serius memang terbaik. sekarang ni kutipan dah 10 juta dalam masa 7 hari. tahniah paskal. hehe

    ReplyDelete
  16. Liez tak sempat tgk lagi... nnt nak jugak sbb byk review kata terbaik

    ReplyDelete
  17. I can't wait to watch this, saw the trailer and.it has caught my attention, will catch it on movie night next week.

    ReplyDelete
  18. Ramai yang kata best kan filem ni. Diah nak pergi tapi sekarang dengan anak kecik macam tak sesuai. harap nya cepat lah dia tayangkan dekat astro atau mana-mana channel so boleh subscribe tengok.

    ReplyDelete
  19. Menangis time tengok movie ni. Dahlah pernah join airforce sebelum ni, masa scene latihan tu asyik teringat je moment2 kena dera dulu. Filem terbaik buatan Malaysia yang saya pernah tengok. 5/5 rate saya kasi!

    ReplyDelete
  20. Sana sini duk cite pasal paskal ni.Ramai kata cite ni gempak.Tapi ramai jugak cakap berbaloi2 kalau pergi tengok.Mslhnya skrg amni mmg bercuti dari cinema ni bertahun lamanya sbb anak masih kecik heheh.

    ReplyDelete
  21. AM xberkesempatan nak tgk lagi.. sibuk dgn keje.. aduhai.. ramai review ckp best nie.. mmg kena cepat2 beli tiket kat wayang nie.. baru feel skit tgk kat screen besar nie..

    ReplyDelete
  22. omg paskal! SR tak sempat nak tengok lagi. Tpi ramai recommend cerita sini. Ada babak yang menyentuh hati kan? I should watch this soon. hehe. nice entry!

    ReplyDelete
  23. Ayu mmg dah tengok citer ni. Mmg best. Rasa bersemangat. Rasa nak anak2 salah seorang kadi anggota paskal hahahha

    ReplyDelete
  24. Wah semua org pakat cakap Paskal best gila niiiii...huwaaa kita sorg je lah yg tak tengok2 lagi niiii...
    Nak tengok jugak!

    ReplyDelete
  25. Rasanya ini memang movie tempatan yang kita kena tengok kan? Sudah banyak membaca review-review yang gempak tentangnya.

    ReplyDelete
  26. Dah tengok movie ni memang best. Editing CGI pun nampak realistic. Saya bagi full stars!

    ReplyDelete
  27. TB pun terasa nak tengok sangat cerita PASKAL ni.. alahai.. bila lah dapat tengok ..

    ReplyDelete
  28. saya pun dah berkesempatan tengok filem hebat PASKAL ni. memang terbaik. dah rasa macam filem antarabangsa dah.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com