Sabtu, 13 Oktober 2018

FERNLEAF 100% SUSU SEGAR DARI NEW ZEALAND PILIHAN MIMI

Fernleaf 100% Susu Segar dari New Zealand Pilihan Mimi | Hai semua! Siapa suka minum susu, angkat tangan! Susu bukan saja sinonim dengan kanak kanak saja tau, kita yang dewasa pun kenalah minum susu untuk menjaga tulang kita.  Sedari kita lahir, kita dikenalkan dengan susu ibu. Betul tak? Jadi, bila kita semakin meningkat umur kita  akan  mengalami kekurangan kalsium, jadi amat penting untuk kita minum susu untuk membekalkan kalsium pada tulang kita. 



Terus terang Mimi cakap, Mimi bukanlah peminum susu tegar tau. Tak suka sangat nak nak yang jenis plain tu. Bercinta tau nak minum. Memang tekak loya dan tak boleh masuk. Tapi memandangkan susu ni ada perisa lain iaitu coklat, jadi Mimi minum yang perisa coklat lah. Kalau susu jenis plain selalunya Mimi guna bila nak buat kek atau masak makaroni. Hah yang tu baru guna susu plain. 

FERNLEAF 100% SUSU SEGAR DARI NEW ZEALAND PILIHAN MIMI 




Fernleaf 100% susu segar dari New Zealand pilihan Mimi kerana susu segar Fernleaf merupakan 100% susu  dari New Zealand. Ladang yang diusahakan merupakan ladang semulajadi di mana padang rumput yang  ditanam merupakan rumput segar dan subur. Lembu lembu bebas meragut di ladang rumput yang segar dan subur. Ia adalah kerana bagi menghasilkan susu 100% Mmmmmm yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Sebab itulah susu yang dihasilkan semuanya mempunyai makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan kita. Ia juga mengandungi banyak nutrien yang sangat penting seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga Vitamin D. 





New Zealand sangat terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik serta mendapat cahaya  matahari yang banyak menjadikan ia salah satu tempat terbaik  di dunia untuk menghasilkan susu yang sangat berkualiti. Kalau kita lihat, lembu tenusu di New Zealand sangat sihat dan berisi kan. Geram je tengok. Hah sebab apa lembu tenusunya sihat dan berisi? Mestilah kerana lembu yang dipelihara dapat meragut rumput dengan bebas tanpa perlu berkurung di dalam kandang. Rumput yang ada di ladang juga merupakan rumput yang sangat berkualiti dan terbaik supaya dapat menghasilkan susu yang berkhasiat dan berkualiti tinggi. 




Lembu lembu ini juga menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mereka mendapat kandungan Vitamin D yang sihat. Sebab itulah lembu tenusu di sini menghasilkan susu dengan tahap Vitamin D yang tinggi berbanding lembu tenusu lain yang terkurung dalam kandang. 

Sebab itulah Mimi suka minum susu Fernleaf kerana susunya berkualiti tinggi dan mempunyai vitamin D yang tinggi. Bukan Mimi saja yang suka anak anak lagilah suka bila dapat minum susu Fernleaf. 

New Zealand Mempunyai Pakar Tenusu Yang Berpengalaman


New Zealand mempunyai pakar pakar tenusu di Fonterra ini sudah mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu yang mana setiap peladangnya  sentiasa berdedikasi untuk memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk yang sedia untuk diedarkan kepada pengguna. 



Sebab itulah berulangkali Mimi beritahu semua yang susu Fernleaf sangat berkualiti tinggi kerana mempunyai vitamin yang tinggi diperlukan tubuh badan. Terpulang pada semua untuk membuat pilihan yang bijak dan terbaik untuk keluarga. Macam Mimi memang pilih Fernleaf 100% susu segar dari New Zealand untuk diri sendiri dan keluarga. 

Sebelum terlupa susu Fernleaf boleh didapati di semua pasaraya berdekatan dan mempunyai tiga pilihan iaitu :

🌸 Full Cream
🌸 Low Fat
🌸 Chocolate


Jadi, apa perlu tunggu lagi. Apa kata pilih dan dapatkan susu Fernleaf 100% Mmmmmm yang sangat sedap dan lazat ni.


17 ulasan:

  1. Bonde pon suka Susu Fernleaf ni sedap sangat... minum kena sejukkan dulu he he he nokmat tak terhingga

    BalasPadam
  2. Bonde suka minum Susu Fernleaf ni, kena sejukkan dulu.. nikmat tak terhingga

    BalasPadam
  3. Susu Fernleaf memang kesukaan ramai. Best sangat

    BalasPadam
  4. selamat menjamu selera dengan meminum susu fernleaf

    BalasPadam
  5. Wah ni yg buat mama.terasa nak Cuba Susu fernleaf ni

    BalasPadam
  6. Ramai penggemar susu fernleaf ni rupanya. Emi tak biasa minum susu fernleaf. selalu duk minum susu jenama lain. hehe

    BalasPadam
  7. Rumah akak ni susu jenis plain ke, coklat ke semua suka..mesti habis punya.. Yang perisa strawberri punya fernlaf tak mau buat ke??Tu pun anak2 asuka jugak tu..

    BalasPadam
  8. Kita suka juga dgn susu fernleaf ni sbb dr kcik arwah mak bg ... Skrg pon msh minum juga .

    BalasPadam
  9. Nanti keluar bandar zaza nak beli lagi lah susu ni.. Perasa full cream tu sedap..

    BalasPadam
  10. dah la sedap.. low fat plak tu.. sape tak suk susu fernleaf ni rugi.. hhhu

    BalasPadam
  11. dah la sedap.. low fat plak tu.. sape tak suk susu fernleaf ni rugi.. hhhu

    BalasPadam
  12. Cuba buat bskrem macam dania..heheh..sedap plak tu..pas tu ais dia jadi halus je..sedap pun sedap..fernleaf susu choc dia mmg terbaik la

    BalasPadam
  13. Best nyer, i like their chocolate milk, the props and also the cute spec.

    BalasPadam
  14. Sedapnya susu uht fernleaf yang coklat tu. Kita pun suka. Sebelum minum sejukkan dulu dalam peti ais. Memang nikmat laaa rasa dia tu.

    BalasPadam
  15. Zira pun suka minum fernleaf sedap, coklat pekat Tak muak

    BalasPadam
  16. kita suka minum susu ni dari dulu. dulu susu tepung sekrg dah ada pek terus minum..lagi sennag..amlakn minum susu memang bagus

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.