Khamis, 6 September 2018

TUTORIAL MASUKKAN HIGHLIGHT COVER STORY DI INSTAGRAM

Hai semua! 

Selain daripada blog,  sosial media seperti Instagram dan Facebook juga menjadi platform untuk kita sebagai blogger berkongsi info, bertukar pandangan dan review. Mimi ambil contoh Instagram. Mimi memang suka update di Instagram kongsi gambar di situ. Ibarat macam kumpul koleksi gambar dalam satu album tapi secara maya. 

Dan lagi best kalau kita dapat kongsi instagram story ikut kategori.  Baru nampak kemas dan teratur. Sebelum ni tengok Instagram kawan kawan bukan main cantik lagi highlight cover story masing masing. Jealous pula tengok. 

Apa lagi cepat cepat cari tutorial cara nak buat highlight cover story Instagram.  Terjumpa tutorial di blog kak Fiza. Just ikut saja langkah langkah yang diajar. Senang saja. Nak tahu tutorial cara buat highlight cover story klik link ni http://www.fizarahman.com/2018/08/tutorial-bergambar-cara-buat-highlight-cover-instagram-insta-story.html?m=1

Tada!!!Hasil highlight cover story yang Mimi buat ikut tutorial yang kak Fiza kongsikan. Senang sangat tau. Rasa bangga pula bila tengok hasil dari tangan sendiri. Not bad lah kan! Macam biasa background wajiblah PINK. Lepas ni boleh dah tukar tukar highlight cover. Thank you kak Fiza sudi kongsi tutorial buat highlight cover yang comel.



Tutorial yang kak Fiza kongsikan juga ada ajar cara nak cari icon yang comel dan background yang cantik.  Bila ikut langkah yang diberi,  confirm dapat buat. Sekejap saja. Tapi mesti jadi masalah bila dah siap highlight cover story tapi tak tahu macam mana nak masukkan dalam akaun Instagram. Mimi mula mula blur juga tapi cari tutorial di Youtube senang rupanya. So Mimi akan ajar langkah demi langkah TUTORIAL MASUKKAN HIGHLIGHT COVER STORY DI INSTAGRAM

1) Log In Instagram. Pastikan Instagram pada paparan HOME. Kemudian klik icon KAMERA di sebelah atas kiri. Rujuk gambar di bawah. 


2) Akan keluar paparan macam ni. Terus klik pada icon gambar seperti yang ditunjukkan anak panah. Nanti pilih saja gambar highlight cover yang telah di save.


3) Dah pilih highlight cover, klik SEND TO. 


4) Akan keluar paparan seperti gambar di bawah.  Klik SHARE seperti yang ditunjukkan anak panah. 


5) Bila dah klik SHARE akan keluar paparan seperti di bawah.  Klik ADD TO HIGHLIGHTS. 


6) Nanti akan keluar paparan seperti di bawah. Klik simbol +.


 7) Langkah terakhir, masukkan nama highlight yang dikehendaki. Nak letak lifestyle ke,  beauty ke,  ootd ke terpulang. Dah taip nama highlight tu,  terus klik ADD. So,  selesai!  Dah boleh check highlight cover yang comel tu kat profile.


Senang sajakan nak buat highlight cover dan masukkan di Instagram. Ikut betul betul memang senang saja. Sap sap soiii terus eh dah siap. Hah apa tunggu lagi.  Yang tak ada lagi highlight cover tu cepat cepat buat. Memang best! 

33 ulasan:

  1. Alahai..tak ada ig PC...tapi memang comel,kemas dan memudahkan..

    BalasPadam
  2. Yeah...nampak kemas.. Rajin mimi. Leya xsempat lagi la nak buat..nnti kalau berkesempatan, leya pun nak buat jugak laa

    BalasPadam
  3. thank kak mimi for sharing..rabia baru je pandai buat highlight cover story ni.Tips yang berguna.

    BalasPadam
  4. Lia pun suka decorate ig story lawa2. Sebab nampak menarik lagi dan tarik minat orang nak tengok lagi kan .

    BalasPadam
  5. Ada tgk Geng Blogger buat Kt ig yg cover highlights tu.. Cantik2 tp tk try lg.. TQ share step2 nk buat

    BalasPadam
  6. Bagus tutorial ni. Sebenarnya tak reti nak buat jugak. Boleh dijadikan panduan kita. Tq eh....

    BalasPadam
  7. Eh la senang je rupanya. Nanti nak buat jugak lah. Cantik betul bila buat seragam macam ni.

    BalasPadam
  8. Jap lg nak buat..mmg ada nmpk kwn2 buat, cntknyerr. Skrg dh tau nak wat cmne..tq good sharing dear

    BalasPadam
  9. cantik. kalau nak bagi instagram highlight kemas memang sesuai. nanti bagi la tutorial buat cover comel2 tu

    BalasPadam
  10. Rawlins terus cuba dan berjaya. TQ so much ye. Senang sikit nak simpan kenangan hahaha

    BalasPadam
  11. Nanti kena tengok satu-satu, zira buat tak jadi .Huhu Tq info

    BalasPadam
  12. Cantik style gini.. Zaza tgk mmg ramai jugak yg buat..

    BalasPadam
  13. Yes, this is very informative and useful for those starting to use highlight for IG Stories

    BalasPadam
  14. Okeh nak cuba buat la nanti. Nampak kemas sangat bila buat macam ni. Dulu tertanya- tanya jugak macam mana nak buat cover macam tu. Sekarang dah tahu dah. Terima kasih

    BalasPadam
  15. Terima kasih di atas tutorial ini. Nampak senang dan kemas. Nak kena kemaskini nie sbbnya dh terlampau sarat dgn gambar yg dh “tamat tempoh”.

    BalasPadam
  16. Lama dah saya cari tutorial buat highlights di instagram . Akhirnya jumpa jgak. 😊 Terima kasih sebab share.

    BalasPadam
  17. wah nak try la..cantek sikit IG heheheh..tq tau sharing dengan step by step yang emmang senang ikuti dan sangat paham :-)

    BalasPadam
  18. ramai dah buat..tapi nad tak rajin lagi nak bat..hahaha..memnag cantik..nampak kemas dan teratur

    BalasPadam
  19. Dah selalu buat hehehe kita banyak video tapi ada banyak video pendek jer waakakaka tapi bagus ada tutorial macam ni bagi yang tak faham ini sangat membantu...

    BalasPadam
  20. Thanks for the tips! Saya boleh buatkan nanti. Belum sempat buat lagi cover highlights on ig

    BalasPadam
  21. wahhh.. TB memang mencari tutorial ni mimie. tq sangat2 tau.. TB nak google tuto tapi x tau nak search keyword apa untuk benda ni.. rupa2nya instagram highlight cover namanya yea.. huy

    BalasPadam
  22. I have highlight some of my stories in my IG. it's a good memory to share with all followers. hehe

    BalasPadam
  23. Terus buka IG and ikut step tutorial ni.thanks!

    BalasPadam
  24. Baru ibu tau caranya, tapi ibu tak pandai pun main insta ni. Mungkin lepas ni boleh aktif dalam platform tu pula

    BalasPadam
  25. Terima kasih puan mimi sebab bagi tips ni. Walaupun saya tak ada akaun insta pun. Haha

    BalasPadam
  26. Thanks for sharing this tutorial, ramai yg tanya benda ni, next time ask them to visit your blog.

    BalasPadam
  27. Boleh la try nanti. Tak tahu pulak xsesusah mana pun ye..

    BalasPadam
  28. Kak Sue pun suka tengok IG kemas tersusun.. senang juga kan kalau ada step macam nie..

    BalasPadam
  29. Nampak kemas bila kita set highlight cmtu kan. Ana pun terjebak juga buat cmtu. Puas hati.

    BalasPadam
  30. ooo patutlah ig mimi lawa sgt bolehlah cuba nanti. tq for sharing

    BalasPadam
  31. Bonde dah buat juga hari tu google jer dapat step by step mcm mana nak buat, Bagus Mimi share pada yang memerlukan! yang nak kemaskini IG boleh try ni totu Dak Mimi dah bagi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.