Makan Malam di D' Garden S2 Bersama Keluarga

Hai semua!

Semalam Mimi dan keluarga MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2. Sebelum tu kitorang pergi Rantau dulu sebab suami nak recce jalan sebelum pergi bawa bos. Balik dari Rantau, anak anak request nak makan kat luar tak nak makan dekat rumah. Diorang nak makan sate tapi kedai yang kitorang pergi tu penuh.

Wefie satu kali sebelum makanan sampai

Anak anak dara Mimi Aina dan Auni


Last last decide pergi makan di restoran Masakan Thai D' Garden S2. Pujuk anak anak tak dapat makan sate tapi makan chicken chop. Nasib baik diorang okey dan memang suka.

Untuk Aina dan Auni, Mimi orderkan Chicken Chop. Mimi, suami dan Adhwa makan makanan 1 set yang ada Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Air pula mula mula order Tembikai  Laici tapi tembikai habis. Tukar order Sirap Laici. 


Siakap Tiga Rasa

Tomyam Campur

Sayur Kailan Ikan Masin

Chicken Chop untuk Aina dan Auni

Sebenarnya dah banyak kali Mimi MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2 BERSAMA KELUARGA. So far, makanan yang dijual di sini menepati citarasa kitorang. Rasanya sedap dan kaw. Portion banyak. Puas hatilah. Kira berbaloi harga yang ditawarkan dengan rasa makanannya. 

Restoran D' Garden S2 ni betul betul terletak di tepi jalan S2. Landmark utama cari Petronas S2, restoran ni terletak betul betul berhadapan Petronas S2. Kalau korang ada jalan jalan di S2, jangan lupa datang makan kat restoran ni. In shaa Allah berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 

Post a Comment

14 Comments

  1. Sayur kailan ikan masin tu...terliur pulak..

    ReplyDelete
  2. tingin sate gak tp x dpt2 lagi ni.. kalo kedai mkn tu serve good food mesti kita suka repet..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap ni Mimi..banyak mknnannya. Puas hati mkn mcm ni

    ReplyDelete
  4. rantau kt kerteh tu ke dik? kira ni area2 situ ke... kot2 balik kg nnti blh try cari

    ReplyDelete
  5. TOMYAM CAMPUR DAN CHICKEN CHOP TU SEDAP.

    ReplyDelete
  6. seronok sekali sekala kumpul ramai2 makan di luar :) teringat masa kecik2 dulu :)

    ReplyDelete
  7. Nampak Sedap Nanti Bolelah singgah kalau ke S2

    ReplyDelete
  8. Sedapnya makanan dia. Terliur tengok. Portion dia pun ok.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Mimie.. puashati kan makan macam nie..

    ReplyDelete
  10. Kualiti time dengan anak² ni memang bagus masa time makan kan

    ReplyDelete
  11. sedapnya menu dia... berair mulut tengok hahaha

    ReplyDelete
  12. chicken chop tu menggoda nyaaaaaaaaaaaaaaa ^_^

    ReplyDelete
  13. Banyak kali baca yg ada word recce tu. Baru faham. Haha.
    Wah sedap semuanya tu mimi. Siakap tiga rasa tu fav ana juga.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com