LAMPIN DAN PRODUK PENJAGAAN BAYI KIRA KIRA KINI DI MALAYSIA

Kecomelan, keselesaan dan kualiti dari Jepun menggembirakan bayi


Sifat ingin tahu memang dimiliki oleh bayi semenjak lahir. Jadi mengapa tidak biarkan mereka melakukannya dengan penuh bergaya dan selesa. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya sambil selesa.

Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants. Ramai pengguna Kira Kira yang berkongsi pengalaman di laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria  dan kurang meragam.

"Lampin kami sememangnya direka selari dengan slogan Kira Kira iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun, kami telah menghasilkan lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan beragin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria sepanjang hari,” kata Patt Sue-Ann, Pengarah Komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn. Bhd.

Tambahnya lagi, sebagai contoh inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar sentiasa kering dan segar.

“Bagi membolehkan bayi anda tetap selasa dan bergaya, kami telah menggunakan corak lampin yang kawaii (comel) untuk si kecil anda,” katanya lagi.





Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah masanya untuk lampin perlu diganti  bagi mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda. 



Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama. Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja bergerak dengan mudah.

Selain lampin, Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi organik.

“Kami sebagai ibu bapa amat prihatin dan berhati-hati dalam penjagaan kulit bayi yang lembut. Produk penjagaan bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang  bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya,” Patt menjelaskan.



Sebagai contoh, produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah.

Kira Kira Baby Lotion (380ml) yang mengandungi baobab organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila disapu selepas mandi. Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit.
Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang penting bagi bayi anda. Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk disapu pada kulit bayi anda. Krim lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit bayi anda daripada ruam lampin. 



Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk Kira Kira. Mengapa? Harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama. 

Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee , dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu pembayaran untuk menikmati diskaun. *Promosi adalah sah sehingga 30 September 2018. 

Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka www.facebook.com/kirakiramalaysia.

Post a Comment

11 Comments

  1. 1st time dgr psl produk baby kira2 ni..so cute

    Nti boleh rekemen kat adik yg nak sambut bb taun dpn

    ReplyDelete
  2. Ini produk baru ke kak? Sedap nama dia kira2... Kalau x kiki la koko la.. Tp kira2 dr jepun kan.. Comel2 packaging dia.. Bau dia sedap x?

    ReplyDelete
  3. Serious lampin dia tu kawaii. Bau dia mesti bau mcm baby jugak kan..

    ReplyDelete
  4. Adwa kenapa masam bebenor muka tu nak oiii....Opick pun suka product ni..dah selamat dia guna dah..haha..ingat nak simpan untuk adik baby nak lahir nanti...sudahnya dia yang pulun...

    ReplyDelete
  5. Ada baby nnti boleh la beli, tak pernah belikan bila org Kata ok nak juga try

    ReplyDelete
  6. Comel jerkk packaging produk ni..nm pun unik

    ReplyDelete
  7. Comel comelnya produk kira kira ni. First time ana dgr tau. Boleh rekemen kat adik2 ni.

    ReplyDelete
  8. wah bagusnya lagi bagusbila ada diskaun

    ReplyDelete
  9. Geramlah tengok produk ni.. naseb tak dah tak ada baby kalau tak mesti nak cuba! nnt nak bagi tau kat adik ipar produk ni.. menarik untuk dicuba!

    ReplyDelete
  10. Comel packaging dia Mimie.. bagus kan kalau produk dari bahan organik nie..

    ReplyDelete
  11. pertama kali dengar jenama Kira=kira hehehe. Dah macam akaun...nk try juga produk ni. nampak comel je

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com