Cempedak Goreng Juadah Minum Petang

Hai semua! 

Siapa suka makan cempedak goreng angkat tangan!  Sekarang ni cempedak goreng mahal kan? Ingat dulu zaman sekolah kalau beli cempedak goreng RM1 dapat 5 ketul. Sekarang ni RM1 dapat 1-2 ketul. Punyalah jauh beza harga dan kuantiti tu kan. Kalau teringin nak makan cempedak goreng,  buat sendiri lagi bagus kan. Lagi berbaloi daripada beli di luar. 

Nak dijadikan cerita, masa duk layan facebook ternampak status kawan blogger kak Suria Amanda update status pasal cempedak!  Mimi bila nampak gambar cempedak tu mulalah tak tentu arah. Nak juga cempedak. 

Nasib baik kebetulan suami nak keluar terus Mimi kirim beli cempedak. Siap doa minta minta ada dijual. Risau tak ada je. Sebelum ni kita semua sibuk update pasal musim durian, manggis, rambutan dan langsat. Sekarang musim cempedak! Memang meroyanlah dak Mimi jawabnya! 

Tada!!!

Cempedak in the house! Suami beli di Family Store. Bukan main panjang lagi cempedak ni. Perli ke apa? 


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Hah siap berpantun lagi tau!  Pantun popular zaman sekolah dulu dulu. Agak agak budak sekarang familiar tak dengan pantun cempedak ni? 

Harga sebiji cempedak yang panjang ni RM25.12. Kira okeylah kan. Berbaloi sebab isinya banyak dan cantik. Dapat jugalah satu mangkuk besar.


Hari ni Mimi nak buat cempedak goreng juadah minum petang. Tak semua Mimi goreng. Separuh Mimi simpan sebab banyak sangat. Esok boleh sambung buat cempedak goreng lagi. Nak dijadikan cerita,  duk kalut sangat nak cempedak sampai terlupa rumah tak ada tepung jagung. Nak buat cempedak goreng kenalah guna tepung gandum dan tepung jagung kan. Baru lagi sedap dan crunchy. Tapi disebabkan ada tepung gandum saja pun boleh janji cempedak goreng.

RESIPI CEMPEDAK GORENG CARA MIMI


Jadi, Mimi kongsikan cara masak cempedak goreng cara Mimi. Diulang lagi sekali, cara Mimi ya. 

Bahan bahan

Cempedak
Tepung gandum
Serbuk Kunyit
Air dan Garam

Cara menyediakan

Gaul kesemua bahan hingga sebati. Kemudian masukkan buah cempedak. Gaul sehingga semua cempedak disalut dengan bancuhan tepung.

Panaskan minyak danngoreng seperti biasa sehingga garing dan masak.


So,  inilah cempedak goreng juadah minum petang Mimi sekeluarga. Esok nak beli tepung jagung baru lagi kick makan. Apa pun syukur sebab keinginan nak makan cempedak goreng tertunai. 

Post a Comment

8 Comments

  1. saya pun suka makan cempedak goeng, takdd tepung jagung pun suka hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnye... menyesal tak beli tadi tau! semua dak Mimi punya pasal

    ReplyDelete
  3. Tula mhl kalo yg jual tu tp kalo teringin beli juga . Mmg puas la goreng sdiri camni.. Bole mkn byk

    ReplyDelete
  4. Wah...beli kat family store eh..murah jugak ke? cukup la dapat makan sikit sebab akak semput lepas tu..sampai seksa nak bernafas

    ReplyDelete
  5. Akk pn baru je makan. Pak mertua bawa dr Taiping, pastu dia anta ke rumah abah akk. Ters abah gorenG mkn pepanas

    ReplyDelete
  6. Banyak betul kak...agak berbaloi la dengan harga dia RM25 tu..puas makan...kalau beli harapkan tepung je tebal..isi takde..mahaiii pulak tu!

    ReplyDelete
  7. kat rumah ni kalau hantu cempedak mak mentua dan suami.. Cik Ash kurang hahahah.. tolong goreng tengok depa dua org tu makan jah...

    ReplyDelete
  8. Kak Sue pun satu keluarga suka cempedak goreng Mimie, tapi belum beli goreng sendiri lagi nie..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com