Sabtu, 11 Ogos 2018

4 SEBAB REAL FRESH SKIN DETOXER - 10 SECOND WASH OFF MASK WAJIB DIMILIKI

4 Sebab Real Fresh Skin Detoxer - 10 Second Wash Off Mask Wajib Dimiliki| Hai semua! Siapa kat sini suka pakai mask? Mimi yakin kebanyakan kaum wanita mahupun lelaki ada yang suka pakai mask. Mask merupakan salah satu rutin yang perlu ada dalam penjagaan wajah untuk memastikan kita mendapat kukit yang sihat dan cantik. Bercakap pasal mask, Mimi nak kongsikan dengan semua mengenai satu mask 2 in 1 yang sangat istimewa iaitu Real Fresh Skin Detoxer - 10 Second Wash Off Mask. Dan semua oang patut memiliki mask istimewa ini.

4 SEBAB REAL FRESH SKIN DETOXER - 10 SECOND WASH OFF MASK WAJIB DIMILIKI



Nak tahu sebab kenapa Mimi kata Real Fresh Skin Detoxer ini perlu dimiliki oleh semua orang? Hah, silalah baca sampai habis ya.

1. Berfungsi sebagai pembersih 2 dalam 1

Untuk pengetahuan semua, Real Fresh Skin Detoxer ni selain bertindak sebagai mask ia juga bertindak sebagai cleanser tau. Jimat masa dan tenaga. Kalau sejenis malas nak konsisten pakai mask, hah Real Fresh Skin Detoxer ni memang sesuai dimiliki!

2. Penggunaan hanya 10 saat sahaja

Ada masanya kita perlu bersiap dengan cepat dan pantas bila terlibat dengan sesuatu event. Macam Mimi memang bab nak cuci muka ambil masa yang lama. Lepas cuci muka, nak skrub lah, lepas tu nak mask lah. Tapi dengan Real Fresh Skin Detoxer tak perlu nak ambil masa yang lama nak bersihkan muka. Pakai selama 10 saat, kemudian buat urutan membulat dan cuci.



3. Kandungan produk dari bahan bahan premium 

Bahan bahan yang digunakan di dalam Real Fresh Skin Detoxer ni adalah bahan bahan premium yang terpelihara kualitinya. Untuk Real Fresh Skin Detoxer (Rose) ia diperbuat dari kelopak bunga rose, ekstrak rose dan gliserin. Manakala untk Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) diperbuat dari duan teh hijau, ekstrak teh hijau dan gliserin.

4. Kulit muka kelihatan segar dan lembut

Memang tidak dinafikan setelah beberapa minggu menggunakan Real Fresh Skin Detoxer, kulit muka akan jadi lembut dan segar tau. Rasa bersih betul muka ni. Kalau konsisten menggunakannya tidak mustahil kita akan memiliki kulit muka yang cantik semulajadi tanpa sebarang cela.

REAL FRESH SKIN DETOXER (ROSE)

Sumber : Althea


Seperti yang diberitahu di atas, Real Fresh Skin Detoxer (Rose) diperbuat dari bahan bahan premium yang berkualiti tinggi iaitu kelopak ros May, ekstrak ros dan gliserin. Untuk makluman semua, bunga ros May dari Grasse, France ini akan berbunga setahun sekali selama 5 minggu sebab itulah ia dipanggil bunga ros May. Bunga ros May ini dipetik dengan tangan untuk menjaga kualiti bunga tersebut. Manakala ekstrak ros di ambil dari bunga Ros May itu sendiri.

Ekstrak ros May premium ini lebih efektif untuk mengekalkan keseimbangan pH semulajdi kulit pada tahap 5 jika dibandingkan dengan ekstrak ros yang biasa. Ia membantu melembapkan kulit muka secara mendalam dan kulit muka sentiasa nampak glowing gitu.

Untuk Real Fresh Skin Detoxer (Rose) ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan digunakan pada waktu pagi tau.

REAL FRESH SKIN DETOXER (GREEN TEA)

Sumber : Althea


Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) diperbuat dari daun teh hijau Jeju, ekstrak daun teh hijau dan gliserin. Teh hijau Jeju ini mampu melindungi kulit daripada rosak akibat terdedah dengan sinaran UV di mana iaitu mengandungi Catechin yang mempunyai 5 kali lebih Vitamin C daripada lemon.

Serbuk daun teh hijau Jeju juga mampu melindungi kulit muka dari berlaku iritasi dan kemerahan dengan cepat di mana ia mengawal pengeluaran sebum dan menyingkirkan segala kekotoran.

Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) ini juga sesuai untuk semua jenis kulit dan digunakan pada waktu malam.

CARA PENGGUNAAN REAL FRESH SKIN DETOXER

1. Sapukan Real Fresh Skin Detoxer dengan tebal pada keseluruhan kulit muka yang kering  dan biarkan selama 10 saat.

2. Ambil sedikit air dan gosok pada muka dengan kaedah memusing.

3. Cuci muka dengan air sehingga bersih.

4. Selesai!



Untuk dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ni boleh layari http://my.althea.kr. Harga untuk setiap satu Real Fresh Skin Detoxer ini ialah RM43.00 (150ml). Tapi sekarang ini Althea sedang buat promosi dimana kalau beli kedua dua Real Fresh Detoxer ini akan dapat 10% OFF (RM86.00 RM77.00) sementara stok masih ada.

3 ulasan:

  1. suka dgn skin detoxer ni, harum dan lepas pakai, kulit lembut ja kan...

    BalasPadam
  2. macam menarik utk dicuba ni..harga pun not bad

    BalasPadam
  3. yang rose tu rasa tergoda2 nak cuba.. tapi kena tnggu yang dok guna skrng habis dlu =D

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.