Suami Ada Di Rumah Menu Makan Tengahari Memang Meriah

Assalamualaikum dan hai korang!  Salam hujung minggu.  Hari ni apa aktiviti korang?  Mimi hujung minggu selalunya buang masa dekat rumah saja. Lagipun si kecil demam, lepas tu hujan pula hari ni. Mood nak jalan jalan tak ada.  Malam nanti baru pergi open house. 

Semalam Mimi masak nasi lemak,  ada sambal ikan bilis dan sambal udang. Tapi tak dan nak snap gambar share dengan korang.  Hari ni sempat snap gambar masakan hari ni. Hari ni ada 4 menu simple yang Mimi masak plus pencuci mulu buah naga. 

Sambal udang

Telur dadar

Tumis sawi dan lobak

Telur Asin

Buah Naga

Hujung minggu memang lebih dua menu Mimi masak. Nak nak kalau suami ada di rumah. Kalau tak, hujung minggu kalau Mimi ada dengan anak anak Mimi akan masak satu menu saja dengan kuantiti banyak. Kadang masak bihun goreng,  nasi goreng tengok pada mood dan keadaan. Kadang mood nak masak ke laut,  Mimi bawa anak anak makan kat luar. Tapi bukan selalulah. Korang masak apa pula hari ni? 

Post a Comment

6 Comments

  1. kalau yang tersayang ada mesti nak masak sedap-sedap kan :D

    ReplyDelete
  2. fevret tuuuu udang nyums yum.. dengan buah naga ohoooi =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa sambal udang tu, terliur tengok. Heheh :)

    ReplyDelete
  4. Betul la mimi/ SAme macam saya. Kalau husband ada, laju je nak masak meriah sikit. Kalau makan berdua dengan anak, masak meriah macam mana pun, mesti tak habis huhuh

    ReplyDelete
  5. Tudiaaaaa...weekend ari tu sama jer plak menu ngan Linda..sambal udang...hehehe..apapun weekend mmg takde istilah gantung kuali..sebab akak bukan rajin nak pi berjalan

    ReplyDelete
  6. pergh sodap-sodap menu dia..lapar teruih

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com