Bintang-Bintang Muda Taekwondo Berentap Rebut Emas & Takhta Di Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® Ke-13

Kejohanan Taekwondo Remaja Ke-13 Nestlé KOKO KRUNCH® 2018 memperlihatkan bakat-bakat baru Taekwondo bertarung untuk merebut kejuaraan dalam Pusingan Akhir yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


Dilancarkan pada tahun 2006 dengan sokongan Taekwondo Malaysia (WTF), Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menyediakan platform untuk membangunkan bakat muda di peringkat akar umbi dengan memberi mereka peluang menimba pengalaman pertama bertarung dalam pertandingan Taekwondo. Kejohanan ini selari dengan komitmen Nestlé untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih aktif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


Kelab Koryo Taekwondo sekali lagi muncul juara tahun ini dan membawa pulang Piala Pusingan Tunku Imran. Mereka memenangi trofi dengan 11 emas, 8 perak dan 17 gangsa manakala Smart MA mendapat tempat kedua dengan 4 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Ahmad Muhaimin bin M. Al-Hafiidz dari A Team berjaya memenangi anugerah persembahan terbaik kanak-kanak lelaki untuk kategori umur 10-12 manakala Wei Jia Ying Cherry dari Singapura dinamakan pemenang kanak-kanak perempuan persembahan terbaik. Pemenang anugerah persembahan terbaik untuk kategori umur 7-9 dimenangi oleh Muhammad Adi Iskandar (kanak-kanak lelaki) dari RSB Perak dan Nurul Alya Qistina (kanak-kanak perempuan) dari TYC.


Pertempuran Bintang Muda Taekwondo untuk merebut emas pada Grand Finals di 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018


YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, yang merasmikan majlis penutup dan penyampaian pingat berkata, “Sukan memainkan peranan penting dalam pembangunan dan pembentukan kepribadian belia. Sejak diperkenalkan, Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® telah diperluaskan, dan platform ini telah memberi peluang kepada beribu-ribu bakat muda untuk membangunkan potensi mereka.”

YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan [kiri] merasmikan penutupan Majlis dan pingat  dalam 13 Nestlé KOKO KRUNCH® Junior Taekwondo Kejohanan 2018 manakala kelihatan Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad [berbaju kuning - tengah].


“Ia amat menggalakkan untuk melihat sumbangan Nestlé KOKO KRUNCH® terhadap pembangunan bakat-bakat muda dalam Taekwondo melalui kejohanan ini. Dengan sokongan padu dan program yang tersusun di peringkat akar umbi, saya yakin bahawa negara Malaysia akan dapat meneruskan usaha melahirkan atlet yang berbakat besar dan mampu mengharumkan nama negara,” tambah YB Encik Syed Saddiq.

Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® juga bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak supaya lebih aktif dalam sukan.

Menurut Encik Chew Soi Ping, Pengarah Eksekutif, Jualan, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Kajian pada tahun 2015 tentang tabiat sarapan pagi kanak-kanak Malaysia telah menunjukkan bahawa tahap aktiviti fizikal 1 dalam 3 orang adalah rendah. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kanak-kanak supaya lebih aktif. Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® menawarkan peluang kepada kanak-kanak dari seluruh negara untuk memupuk minat terhadap sukan serta menyemarakkan semangat kesukanan mereka.”

“Di samping itu, platform ini juga berpotensi untuk melahirkan juara masa depan. Sebagai bukti, Rozaimi bin Rozali, bekas pemenang pingat gangsa kejohanan ini, telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017,” ujar Encik Chew.

Seramai 384 pemenang pingat yang mewakili 21 kelab bertanding untuk merebut Piala Pusingan Tunku Imran Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH®. Daripada jumlah 384 peserta ini, 121 mewakili kawasan Tengah, 78 dari kawasan Selatan, 93 dari kawasan Utara, 86 dari kawasan Pantai Timur, dan 6 dari Singapura. Pusingan Akhir ini menyaksikan penyertaan daripada 193 peserta perempuan dan 191 peserta lelaki, dengan 161 peserta berumur 7-9 tahun dan 223 peserta berumur aged 10-12 tahun. Secara keseluruhannya, Kejohanan tahun ini yang sudah dijadikan acara tahunan kalendar WTF, berjaya menarik seramai 2,000 peserta dari seluruh Malaysia dan Singapura.

Bintang bintang muda dari Kelab Taekwondo Koryo meraikan kemenangan mereka bagi tahun kedua berturut-turut


Kajian tentang tabiat sarapan pagi juga menunjukkan bahawa 9 dalam 10 kanak-kanak tidak makan bijian gandum penuh yang secukupnya. Selaras dengan komitmen Nestlé untuk menyediakan produk pemakanan yang lebih sihat dan lebih berkhasiat untuk rakyat Malaysia, semua produk Bijirin Sarapan Nestlé diperbuat daripada bijian gandum penuh. Nestlé KOKO KRUNCH® juga memberi ceramah nutrisi sepanjang Kejohanan ini untuk mendidik para ibu bapa dan kanak-kanak tentang betapa pentingnya memulakan hari dengan sarapan pagi yang sihat dan seimbang.

Bintang-bintang muda Taekwondo gembira bertemu YB Encik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Dengan penuh kesedaran bahawa pembangunan atlet bertaraf dunia perlu dimulakan sejak kecil, Nestlé KOKO KRUNCH® benar-benar komited untuk menyokong acara-acara seperti Kejohanan Taekwondo Remaja Nestlé KOKO KRUNCH® yang penting untuk membantu mencungkil bakat atlet, serta memastikan mereka menerima sokongan yang diperlukan untuk menjadi juara dunia.

Post a Comment

13 Comments

  1. Terbaek. semoga bakat2 baru ini dapat diketengahkan.. :)

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blog-list-segment-august-edition-by-da.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/misha-omar-sampai-bila-ost-jangan-benci.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/aktiviti-badminton-7-julai-2018.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/mari-belajar-bahasa-sarawak-part-16.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    ReplyDelete
  3. wah meriah betul kejohanan taekwando ni..budak2 sekolah mmg suka dgn taekwando..anak el pun masuk taekwando jugak..mujur ada kokokrunch bertenaga lagi diorg tu

    ReplyDelete
  4. Best taekwando ni..zaza suka tgk.. Dulu tak dapat peluang belajar so selalu ikut yg ada dlm tv je..btw bagus juga koko cruch bt program mcm ni

    ReplyDelete
  5. bagusnye kecik2 dah pandai seni mempertahankan diri kan..boleh tingkatkan keyakinan diri dan tahniah ank2x

    ReplyDelete
  6. Mama singgah bertandang ke blog sis petang rabu ni. pahlawan tempur beraksi

    ReplyDelete
  7. Cergas budak2 mkan kokorunch ni..bukan budak2 je, mak pak budk pun makan..tahniah keada mereka yang berjaya dalam acara ni

    ReplyDelete
  8. suka tengok semangat anak-anak kecil macam ni...

    ReplyDelete
  9. Baguslah program seperti ini dan ia dapat mencungkil bakat atlet muda.. semoga malaysia dapat melahirkan lebih ramai atlet yang berbakat.

    ReplyDelete
  10. Bagus budak2 belajar teakwando boleh elak kes culik

    ReplyDelete
  11. Salam Jumaat, Mama singgah blog walking.

    ReplyDelete
  12. Anak Kak Sue suka juga makan Koko Krunch nie..

    ReplyDelete
  13. amboihh seronok diorang dapat jumpa YB syed saddiq.. kecik-kecik dah terror taekwondo kan.. bagus belajar seni mempertahankan diri ni.. ada self defense..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com