Jumaat, 27 Julai 2018

2Escape: Nama penyelesaian bagi semua WD-40® BIKE di Malaysia

WD-40® bekerjasama dengan peneraju pakar basikal Malaysia, 2Escape, untuk menawarkan siri WD-40® BIKE - penyelesaian yang khusus untuk penyelenggaraan dan penjagaan semua jenis basikal di pasaran.



“Kami begitu teruja dengan kerjasama ini. Ia memberi kami peluang menawarkan solusi kepada pelanggan dan rakan-rakan penunggang dalam kerja penyelenggaraan basikal mereka,” kata Harish Vadher, Ketua Pegawai Eksekutif  2Escape.



Selain daripada botol biru WD-40® Multi-Use Product, juga dikenali sebagai ‘Botol dengan Beribu Kegunaan’,  di bawah adalah siri WD-40® BIKE yang boleh didapati di 2Escape:

1)WD-40® BIKE Chain Cleaner & Degreaser: Pembersih rantai basikal yang berbuih  ini bertindak balas dengan cepat untuk menghilangkan kesan minyak dan kotoran degil daripada rantai basikal dan sistem kayuhan.



2)WD-40® BIKE All-Purpose Bike Wash: Pembersih basikal ini sangat berkesan dan selamat digunakan. Ia membantu menghilangkan kotoran dan minyak yang boleh menyebabkan kerosakan komponen dan mengelakkan permukaan basikal tercalar semasa kerja pembersihan dilakukan. Ia selamat digunakan untuk semua jenis permukaan basikal termasuk serat karbon, titanium, krom, keluli, aluminium, getah dan plastik!



3)WD-40® BIKE Wet Chain Lube:  Dirumus khas untuk keadaan basah, berlumpur dan sukar, pelincir rantai basah ini memberi salutan yang tahan lama untuk mengelakkan air dan lumpur serta membantu melindungi rantai basikal anda dan memanjangkan tempoh penggunaannya. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax), dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



4)WD-40® BIKE All-Conditions Chain Lube: Gunakan ini untuk pelinciran berprestasi tinggi dalam semua cuaca, sama ada basah atau kering. Cepat dan mudah digunakan, formula ini membantu mengelakkan kerosakan dan memanjangkan hayat rantai basikal anda. Tidak mengandungi lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



5)WD-40® BIKE Dry Chain Lube: Polimer dalam formula ini membentuk filem kering untuk melindungi rantai anda dan mencegah kotoran yang melekat dalam keadaan kering atau berdebu. Ia membantu mencegah kerosakan akibat daripada geseran dan  membantu memanjangkan hayat rantaian. Formula ini tidak mengandungi salutan lilin (wax) dan kotoran tidak akan terkumpul di dalam sistem kayuhan.



Jika anda serius dengan penyelenggaraan dan penjagaan basikal anda, carilah pakar basikal yang boleh dipercayai dan produk yang sesuai dengan penggunaan.


Berlokasi di 9, Lorong 51A/227C, Petaling Jaya, Selangor, 2Escape juga boleh dikunjungi menerusi laman sesawangnya https://2escape.bike

2 ulasan:

  1. Basikal pun ada barang penjagaan khas kan Mimie..

    BalasPadam
  2. sesuai bg yg ada basikal dirumah.. byk kegunaan wd40 ni rupanya

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.